Sentuhan Kasih Ramadan 'Konvoi Amal Meniti Raya' menyentuh perasaan aku !

by - Ahad, Jun 11, 2017

Terharu tapi berlagak macho ! Itulah aku sepanjang mengikuti program Sentuhan Kasih Ramadan 'Konvoi Amal Meniti Raya'  dengan kerjasama PWID Design & Build, Arte Grade , RTM dan penaja utama , Kopi Badang. Program ni adalah sebuah program bantuan bagi golongan asnaf dan anak anak yatim dalam persediaan menyambut Ramadan. 
Program kali ni bermula dari bersahur lagi bersama anak anak yatim tapi aku tak sempat join. Aku sempat join di Ole Ole Shah Alam hingga berbuka puasa bersama mereka di Ruang Event Space , Shah Alam. Menariknya , program kali ni disertai oleh duta duta kecil Kopi Badang seperti Zur Eda , Nizam Laksamana , Roannie Hussein dan Kina Mentor. Along Exist pon ada.. sebab dia akan mengiringi 'konsert istimewa' ketika berbuka nanti. 


Jam 11 pagi. Berkumpul di Pusat Pakaian Hari Hari , Ole Oleh Shah Alam. 
Anak-anak yatim dari Rumah Anak Opah Hasnah , Klang dibawa dengan kereta kereta sport dari Ruang Event Space , Shah Alam. Sedikit latar belakang mengenai Rumah Anak Opah Hasnah terlebih dahulu. Opah atau Puan Hasnah Mohd Rais , menguruskan kebajikan lebih 20 kanak-kanak berumur satu hingga 18 tahun. Seramai 13 daripada kanak kanak tersebut adalah cucu Hasnah sendiri manakala selebihnya , kanak kanak yang ditinggalkan di hadapan rumah tersebut. Hasnah mula memikul tanggungjawab menjaga cucu cucunya selepas kematian dua anak lelakinya. Bergantung sepenuhnya dari sumbangan derma dan elaun bulanan RM450 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat , nenek berusia lebih 75 tahun itu hanya mampu sekadar menyediakan kepeluaan asas saja. 
Atas sebab inilah , banyak pihak tampil untuk membantu Opah dan antaranya ialah Kopi Badang. Program hari tu ialah membawa kanak kanak tu 'membe;i pakaian raya' di Pusat Pakaian Hari Hari , dan ianya ditaja sepenuhnya oleh Pusat Pakaian Hari-Hari itu sendiri ! Tahniah !! 
Satu suasana yang cukup meriah ! Syahdu je tengok mereka gembira memilih pakaian baru. Alhamdulillah .




Sejam lebih di sini. Dan Alhamdulillah , berjalan dengan baik. Staff Pusat Pakaian Hari Hari pun memberi kerjasama yang cukup baik. Masa untuk bergambar kenangan dan berangka ke Ruang Event Space , Shah Alam kembali untuk program seterusnya. 
Setibanya di Ruang Event Space , Shah Alam.. masing masing berehat sementara menanti jam 6.15 petang untuk acara seterusnya. Selesa jugak Ruang ni. Kalau buat kenduri kawin pon ok kat sini. Heehehe... Atau buat open house blogger nanti , haaaa ! 






Ok.. aktiviti di sini , selain ada mini konsert yang dipersembahkan oleh Zur Eda , Nizam Laksamana dan Roannie , mereka turut menyumbangkan duit raya pada kanak kanak terlibat dan juga pada Opah, yang hadir ketika berbuka puasa petang itu.
Suka budak budak tu ketika ni.. hahhaha.. Gile tak suka ?? Aku sendiri suka dapat duit raya.. apatah lagi diorang.. kan kan ? 







Dan apa yang aku dapat tau ialah... rumah yang digunakan untuk buat tempat perlindungan anak anak yatim dari Rumah Anak Opah Hasnah itu , adalah rumahnya sendiri !! Rumah milik Opah sendiri , yer ! Tersentuh hati aku malam tu.. 
Oh ya.. sebelum aku terlupa.. Program yang dirakam itu akan disiarkan rancangan Sentuhan Kasih Ramadhan , pada hari Khamis jam 8.30 malam.. sepanjang bulan Ramadan ini. Jangan lupa tonton yer ! Moga beri keinsafan pada kita semua. 

Terima kasih Kopi Badang ! Bangga menjadi sebahagian dari keluarga Kopi Badang yang bakal menjadi produk yang cukup gah ! Lepas solat Maghrib , aku bertolak balik. Ada tanggungjawab di rumah pula.. Anak anak aku , masih berayah... hehehe.. 

You May Also Like

22 comments

  1. Teringat ingat lagi kemeriahan event smalam, moga anak anak tu pun turut rasa happy

    BalasPadam
  2. alhamdulilah aktiviti seperti ini perlu di perbanykan...terbaik !

    BalasPadam
  3. Tumpang gembira dan tumpang bangga jadi sebahagian keluarga Kopi Badang

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah masih ramai yang prihatin dengan mereka yang kurang bernasib baik. Semoga Allah membalas kebaikan hati opah...

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah ptogram berjalan lancar..semoga dipermudahkan untuk anak2 ini dalam menjalani ibadah puasa dan berhari raya .. Alhamdulillah masih ramai insan berhati mulia seperti opah hasnah..semoga opah diberi ganjaran pahala berpanjangan untuk usaha2 beliau..aamin aaamin ..

    BalasPadam
  6. Terbaik usaha menggembirakan ank2 syurga ni.

    BalasPadam
  7. Bagusnye program cmni.. Terbaikkk

    BalasPadam
  8. lama teringin juga join mcm tu .. bawa anak-anak yatim bershoping . tengok mukakebahagian yang terpancardari diorang .... huhu :) alhamdulillah...

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah masih ramai yg prihatin macam Kopi Badang

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah , trpancar kegembiraan di wajah mereka

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah.. Tahniah pada semua yg terlibat dalam memberikan opah dan cucu cucnya sedikit kegembiraan . Kudos kepada penaja utama .."KOPI BADANG"..

    BalasPadam
  12. Meriah nya sambutan nie. Kagum dengan opah yang guna rumah sendiri utk ank2 yatim. 👍

    BalasPadam
  13. Tahniah... Alhamdulillah usaha yang murni.... T kasih pada semua penaja....

    BalasPadam
  14. Alhamdulillah dapat juga mengembirakan diaorang

    BalasPadam
  15. Seronok diaorang diraikan camni, lebih bermakna raya mereka. Kita yang tengok pun tumpang gembira.

    BalasPadam
  16. sedih dan gembira tengok diorang ....tq kopi badang san pusat pakaian hari2 kerana menyantuni mereka anak2 yatim ....dan tahniah team kbba ...semoga allah membalas dengan kebaikkan

    BalasPadam
  17. Save the date sentuhan kasih ramadan...x sabar nk tonton

    BalasPadam
  18. alhamdulillah, merasa mereka baju baru..sedih ada, gembira pun ada tengok gambar ni..

    BalasPadam
  19. Pernah juga pergi program untuk anak-anak yatim... Sebak juga tengok mereka, kesian sangat...

    http://www.amiranozrin.com/

    BalasPadam
  20. syioknyee dapat join event camni.. moga ade rezeki join hihii

    BalasPadam