' Tamar Jalis ' cuma satu rekaan ? Jadi Siri Bercakap Dengan Jin tu cumalah imaginasi ?

by - Khamis, Jun 08, 2017

Aku membesar dengan membaca buku buku seram karya Tamar Jalis dan Tok Awang Ngah. Memang mengisi malam aku laaa ! Seram sejuk je bila baca buku buku ni. Nak tambah feel lagi , baca tengah malam buta.. Hahahaha.. 

Sehingga pagi tadi , aku anggap novel Siri Bercakap Dengan Jin tu adalah berdasarkan pengalaman benar.. tapi hancur bila aku dengar sendiri pengakuan dari bekas penulis majalah Variasari , majalah misteri yang cukup popular tahun 80'an. 

" Hah ??? ". Aku terkejut. Siap bagitau lagi dia keluar amik gambar busut dan jadikan cerita. Aku tepuk dahi ! Giler dasat imaginasi dia ! Hidup sungguh la penceritaan dia. Aku tak marah pon malah kagum lagi ! Kalaulah dia buat blog dengan cerita cerita dia tu sekarang ni , aku rasa dia antara blogger yang cukup popular laaa di tanah air kita ni ! 

Aku google...
'..teknik penulisan kreatif tertentu dan strategi memikat pembaca.. "

Tapi insan yang buka mulut tu , bukanlah insan di dalam gambar tu.. Lain orangnya. Tapi dia bagitau dulu dia seorang wartawan dan ketika bertugas di Variasari , dia gi sampai ke Indonesia untuk mencari idea bagi menghidupkan lagi cerita SBDJ ni.. 

Serius , aku tergamam dan geleng kepala sehingga sekarang ! Bukan sebab tertipu tapi giler real cerita dia ! Hahahahaha.. Tahniah ! 30 tahun aku percaya SBDJ ni sebuah kisah benar... Huhuhuh.. Aku masih berharap, aku salah dengar.. Hahahaahaa. 

Dan baru aku teringat.. Ada beberapa ketika, jalan cerita dia macam hambar dan hilang feel. Tukar penulis ke? 

You May Also Like

13 comments

  1. wow, bermakna penuh imaginasi kan..hebat. kena belajar lagi nih

    BalasPadam
  2. Memang feel seram giler kalau baca cerita dia, tak sangka pulak hanya imaginasi. Tapi baguslah sebab penulisan dia berkesan di hati pembaca walaupun hanya rekaan.

    BalasPadam
  3. sy mengharap ia tak betul sbb koleksi SDBJ yang masih cantik disimpan suami dan sy sendiri kagum dgn Tamar Jalis..huwaaaa

    BalasPadam
  4. Berapa siri yg ditayangkan di tv?

    BalasPadam
  5. Tamar jalis saja tak nak orang anggap dye dgn atuk dye keramat, itu dye saja cakap imginasi , apa yg dlam novel dye itu betul, cuba tanya org tua2 di perak tntang kesah long piah atuk pada tamar jalis

    BalasPadam
  6. dier sendiri mention separuh kisah betul.. bukit shamsul bahrin yg di ceritakan tu mmg wujud,n x smpai skrg x leh nk wat ape.. padahal keliling dh tanam sawit dr sekitar tahun 1992-1996..bukit tu blkg rumah sy..dan beruas mmg kawasan kerajaan lama gangga negara.. mmg ade cerita2nya.. cth di kg sy,kampung kota

    BalasPadam
  7. Kalau penulis tinggal di Hollywood, pasti siri ni dah jadi filem Box Office.

    BalasPadam
  8. Cerita di ulas bdasar kisah benar...cuma tamar tak mahu pembaca mengagungkn datuknya. Sy pnh bjumpa dgn org yg bkebolehan spt datuknya...wa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya bersetuju dgn pendapat ini. Bkn apa, takut nanti membawa kpd syirik pula jika tempat persemadian arwah dijadikan tpt pemujaan.

      Padam
  9. Cerita di ulas bdasar kisah benar...cuma tamar tak mahu pembaca mengagungkn datuknya. Sy pnh bjumpa dgn org yg bkebolehan spt datuknya...wa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdh 35thn tdk baca tahu tentang kehidupan tmjs.saya masih yakin itu kisah nyata bersama atoknya.waktu belia sy baca.skrng sy sdh jadi atok juga Wass

      Padam
  10. Betul la tu... Tamar Jalis sendiri pernah maklumkan dahulu bahawa SBDJ ini adalah separuh benar dan separuh digubah sebagai novel...maksudnya cerita dalam siri ini adalah berlatarbelakang kisah benar dalam hidup Tamar Jalis tapi diedit dan digubah supaya menarik di baca...saya teringat tahun berapa tak pasti..dahulu ada seorang hamba Allah yang menyatakan kekaguman beliau atas ingatan kuat Tamar Jalis sehingga mampu menceritakan semula perihal yang berlaku dalam hidupnya secara terperinci...kisah itu berkaitan dengan satu siri dalam SBDJ iaitu ketika seorang sahabat Datuk bernama Haji Salim pergi ke tempat orang Cina mengadakan persembahan sambil menjual minyak. Berlaku peristiwa haji salim ditetak parang ke tangan beliau tetapi tidak luka...peristiwa ini dirakam secara terperinci dalam SBDJ walaupun ketika peristiwa itu berlaku, Tamar Jalis masih belasan tahun...Hamba Allah di atas sebenarnya turut berada di tempat kejadian dan melihat peristiwa itu...Jadi saya berpendapat banyak petua di dalam SBDJ boleh dijadikan rujukan kerana separuh dari cerita ini adalah kisah sebenar kehidupan Tamar Jalis dan Datuknya.

    BalasPadam