Kembara #KBBA9 COSMODERM - IKHLAS TOURS ke New Zealand : Bermalam di Rasa Sayang Villa Rotorua.

by - Ahad, Oktober 01, 2017

Malam kedua , kami bermalam di sini.. Rasa Sayang Villa Rotorua. Ikhlas Tours yang memilih buat kami dan ternyata pilihannya sangat tepat dan menepati citarasa kami... Memang cantik dan selesa malah cukup rasa bangga dapat duduk menginap di rumah milik En. Jeffri Haidzir ni.. anak jati Negeri Sembilan yang dah lama memiliki PR New Zealand.

En.Jeffri dan isterinya , Dianna sangatlah peramah sehinggakan tak terasa macam duduk tidur di New Zealand ! Ikutkan hati nak je menginap situ untuk 2-3 hari ! InshaAllah , next trip kitorang akan lama di sini... dan nexti trip nak bawak anak anak sebab anak anak mereka bagus bagus sangat !

No Tel : 64221584041
Email : info@rasasayangvilla.nz
Web : www.rasasayangvilla.nz

Cantik suasana rumahnya. Tak terkata aku dibuatnya.

Sarapan pagi disediakan dan sedap !

Malam , kami menghabiskan masa dengan berbual santai bersama tuan rumah. Banyak cerita dan maklumat dikongsi bersama. Memang tetiba rasa nak pindah sini sebabnya di sini mereka ' menikmati kehidupan dan kehidupan mereka sangatlah terisi dengan pelbagai aktiviti aktiviti yang cukup menarik ! 


Sememangnya , mereka cukup berpengalaman mengenai New Zealand. Amat disyorkan sama sekali bila kita berada di sini dan menginap bersama mereka. En.Jeffri akan syorkan tempat tempat menarik untuk dikunjungi terutama buat mereka yang bujang dan gemarkan aktiviti luar yang boleh membuatkan rasa nak kembali dan kembali lagi ke sini !

Rasa Sayang Villa Rotorua , aku akan kembali ! Dan buat korang nak menginap sini , sila booking awal yer. Kalau suka insan yang peramah , sinilah antara tempat yang disyorkan.

You May Also Like

9 comments

  1. mesranya depa..tak terasa berada di luar negara kan.. rezeki jumpa tour guide yg best pula tu. banyakkan doa jiga..jangan lupa..musafir dlm ilmu.

    BalasPadam
  2. Cantiknya villa ni.boleh masuk wishlist travel tahun depan.

    BalasPadam
  3. ok boleh masuk housestay ni dalam itinerary next year .. NZ here i come ke ben nak bawak shah? hahahah

    BalasPadam
  4. Cantik sgt! Bestnya kalau dpt pi tidoq sana gak

    BalasPadam
  5. Alhamdulilah syukur nikmat! Tahniah!

    BalasPadam
  6. Bestnya, memang lawa villa dia. Pastu dengan orang peramah camni memang tak terasa dok di luar negara pun.

    BalasPadam