Ke'stress'an di pagi hari ! Jika berlaku kemalangan , camana ?

by - Isnin, Oktober 23, 2017

Bila teringat pejabat , stress datang.. kan? Nak ke pejabat , dah satu hal ! Nak kena redah jammed.. nak kena redah insan insan yang memandu hanya memandang ke hadapan saja , yang tak reti nak perlahan , yang tak reti nak bagi signal , yang keje dia asik mencilok kiri kanan  dan ada nampak awek cun kat sebelah pon boleh mengundang stress gak ! Hee.. yelah , tak sempat nak kasi kad... berkenalan gituu.. kan kan ? Hee..gurau jeee ! 

Ni yang selalu berlaku pada aku la.. awal pagi , keluar dari lorong.. tengok kanan... kereta sayup je jauhnya. Aku pun celah masuk ke kiri... Bawak Bezza. Paham paham la kereta bajet ni kan ? Bukan pick up ala ala kereta Cristiano Ronaldo yang berharga RM11 juta tu ! Dan kereta yang sayup tadi tu... fuh , dia punya tak nak slowkan kereta sampai himpit belakang pastu nak potong beria ria ! Aku tengok jam.. baru jam 6 lebih kot ??? Ko nak gi New Zealand ke awal pagi ni ??? Dan bila lane bertentangan clear , dia potong.. double line pon rembat je ! Dan aku jeling kat pemandu kereta tersebut. Perempuan ! Aku geleng kepala. Bukan pertama kali begini !! Banyak kali.. dan kebanyakkannya perempuan !! 
Maaf.. aku bukan la nak bersikap jantan betina tapi kita sedia maklum , perangai memandu tak bertimbangrasa ni , 'milik' lelaki. Tapi bila perempuan buat perangai gini , rasa cam ianya salah satu dari keajaiban dunia yang semakin berkembang ! 
Bukanlah apa... bila berlaku kemalangan , majoriti perempuan tak tau nak buat apa ! Abis satu keturunan dia call suruh datang tolong ! Tadi sikit punya jaguh bawak kereta. Ni bila eksiden , dah kalut tak tau nak wat apa ! 
Ok ok... tak pe.. Kita jangan cari salah sesiapa di sini. Tapi apa yang penting ialah memandu dengan kewarasan fikiran. Biar segalanya selamat yer. Dan wajib tahu apa yang kena buat bila berlaku kemalangan walaupun kecil ! 

Berikut adalah 7 perkara yang perlu lakukan sekiranya terlibat dalam kemalangan.

  1. Dapatkan maklumat asas mengenai pihak terlibat adalah penting. Dapatkan nama orang yang terlibat, alamat mereka dan nombor untuk dihubungi adalah langkah pertama.
  2. Selepas itu, catat nombor pendaftaran kenderaan mereka, serta dengan jenis dan jenama kenderaan dan maklumat-maklumat lain yang berkenaan.
  3. Minta maklumat syarikat insurans orang yang terlibat, termasuk nombor polisi atau sijil. Jika mereka tidak dapat memberitahunya di waktu itu, pastikan anda mendapatkannya kemudian.
  4. Buat catatan tentang saksi berkecuali (jika ada) dengan mengambil nama, alamat dan maklumat untuk menghubungi mereka. Mereka dapat membantu menyelesaikan sebarang bakal sengketa.
  5. Buat laporan polis. Di Malaysia anda perlu beritahu pihak polis dalam masa 24 jam berlakunya kemalangan jalan raya.
  6. Beritahu syarikat insurans anda dalam bentuk bertulis secepat mungkin. Kegagalan membuatnya mungkin menyebabkan anda akan menanggung sebarang kerugian, termasuk tuntutan pihak ketiga terhadap anda. Walaupun anda dan pihak terlibat tak mahu buat tuntutan atas kemalangan tersebut, anda patut beritahu penginsurans secepat mungkin, kerana ini adalah satu dari syarat dalam polisi anda.
  7. Bergantung kepada keparahan kemalangan, anda mungkin perlu hantar kereta ke bengkel panel yang diiktiraf oleh syarikat insurans anda. Kebanyakan syarikat insurans mempunyai senarai lengkap bengkel panel di laman sesawang mereka. Jika anda tak hantar kereta ke bengkel yang diiktiraf, anda mungkin tak dapat tuntut kerugian kemalangan dari penginsurans anda.

Setelah kemalangan dilaporkan dan kenderaan anda ditarik ke bengkel diiktiraf terdekat atau ke balai polis, syarikat insurans anda akan hantar seorang penaksir kerugian. Penaksir kerugian ialah seorang yang akan menilai kerugian yang berlaku ke atas kenderaan anda dan bertanggungjawab menyiasat punca sebenar kemalangan. Penaksir kerugian akan memberi nasihat kepada syarikat insurans tentang berapa banyak anda boleh tuntut atas kemalangan tersebut - Sumber Imoney

Yearghhh.. dah sampai opis ! Legaaaaa ! Teringat nak balik umah lak.. jammed lagi ! Aduhhhh.. Naik pengangkutan awam je laaa jawabnya ! Huhuhu.. Tapi jenuh nak keluar awal pagi. Hurmm...  Jom pindah New Zealand je la... heeee...

You May Also Like

3 comments

  1. Good Info Aben! Tq.

    Habis keturunan call.hahahahaha

    BalasPadam
  2. memang bengang kalau kat jalanraya ada pemandu yang bawak kete macam jalan tu bapak dia yang punya. huhu

    BalasPadam
  3. dan yang penting, kalau kemalangan, pergi dok tepi. Tak payah nak bincang atau salah menyalah time tu juga. Cerita kat balai je senang..hehe..

    BalasPadam