Rama- rama dah bagi petanda pada aku sebelum jatuh ? - BEN ASHAARI

Rama- rama dah bagi petanda pada aku sebelum jatuh ?

Lokasi : Hutan Royal Belum. 
Nak masuk gi tengok tempat ikan kelah membiak dan juga air terjun. Aku berat hati dah sebenarnya tapi sebab dah sebahagian dari tugasan aku , aku kena habiskan juga semua program hari ni.. walaupun kaki dah mula rasa sakit ! Hurmm...
Masa turun dari bot , ada sekumpulan rama rama berterbangan... dan beberapa ekor hinggap di kasut kiri aku. Hurmmm.. Aku pelik gak apasal dalam ramai ramai , aku jadi pilihannya ??? Menurut awek omputeh tu sebab warna kasut aku yang cerah tu.. tapi aku tak rasa pun gitu. Biasanya kalau ada rama rama , mesti dia lari sebab kasut aku berbau kaki.. hahaha.. 
Ok... aku ikut masuk gak. Tapi disini bermula kesilapan aku. Aku gi pasang Dji Osmo Mobile aku ! Hurmm.. aku telah menambah beban aku sebenarnya ! Tapi aku tak tau la yang hiking kali ni walaupun simple tapi jalannya berlecak ! Dan satu lagi kesilapan aku ialah kasut sukan yang aku pakai.. tak sesuai langsung untuk permukaan tanah di hutan ni.. 
Aku kembali memandang bot. Nak patah balik ke tak eh ? Hati dah berbelah bagi. Hurmm.. Tak pe la.. aku ikut je la kawan kawan yang lain. Dan ternyata naluri aku berkata benar ! Denai tersedia sangat tidak sesuai untuk kasut aku ! Aku terpaksa berjalan perlahan lahan sambil merekod perjalanan kali ni. 
Dan... inilah video terakhir aku amik sebelum aku tergelincir ke bawah ! Dibelakang aku ada beg.. di tangan kiri ada gadget ! Aku ternampak pokok buluh besar tuuu.. nampak tak ? Aku cepat cepat sangkutkan kaki kiri aku. Tu yang menyelamatkan aku. 
Rakan blogger , Jean  berada di belakang aku cepat cepat hulurkan tangan ! 

Video terakhir sebelum tergelincir
Tangan aku tak mampu capai tangan dia disebabkan bebanan pada aku. Seorang lagi rakan , Aznan datang membantu. Aku hulurkan gadget kepada dia . Kemudian baru aku mampu pegang sebatang lagi pohon buluh bagi menaikkan badan aku lalu memegang tangan Jean dan seterusnya , aku berjaya dibawa naik.. huhu.. 
Cuak ? Tak pun.. aku tenang je ketika tu sebab seolah akan menjangkakan aku akan tergelincir. Yang merisaukan aku ialah kaki aku jer.. Hurmm... Tunggu esok , baru nampak kesan dari jatuh tu.. Alhamdulillah.. segalanya selamat.. Pasni kalau nak hiking , kena pakai kasut yang betul betul sesuai untuk hiking ! 
Cabaran.. kan kan ? Sikit je ni.. heee...

7 ulasan:

  1. Uish nasib baik tak teruk, take care aben

    BalasPadam
  2. Hati-hati. Mudah-mudahan tak ada yang serius

    BalasPadam
  3. Sapu deep heat dulu Beben.....
    Harap² esok tak bengkak la....
    Klu bengkak sebelum balik KL tu singgah memane klinik dulu...

    BalasPadam
  4. Uiksss..baik2 aben..take care

    BalasPadam
  5. Fuhhhh mujur takde apa², cemas jugak baca.

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.