Segalanya kerana SISTEM !

by - Rabu, Oktober 11, 2017

Sejak kebelakangan ni , Qhaliff tak suka gi sekolah. Aku tanya kenapa ? Dia tak jawab. Aku rasa aku tahu kenapa. Teringat rakan di New Zealand yang berkongsi pengalaman anaknya yang menangis sebab nak gi sekolah ! Di sini , menangis tak nak gi sekolah ! Eh , terbalik sudahhhh ni ! 
Aku tanya kenapa jadi gitu ? Dia kata anak dia seronok gi sekolah berbanding duduk rumah. Di sekolah ramai kawan dan bermain ! Yer , anak dia baru 3 ke 4 tahun tapi dah pandai mengira. Dan menariknya , tiada kerja rumah sehingga 12 tahun ! Dan katanya , di sana tak ada kedudukan pelajar. Tidak ada ranking. Mereka diajar tidak membezakan sesama mereka. Semua sama jer. Maka budak budak tidak tertekan sama sekali ! 
Aku mampu WOW ! Dua hari ni , Qhaliff ada exam. Dia seolah olah tak bersedia. Ada ujian BM, Agama , Matematik , Sains , English... 5 tahun dah ada exam ! Perghhh... sian aku tengok dia. Di usia mereka patut masih bermain , tapi dah kena bersedia untuk menghadapi peperiksaan besar ?? 


Apakah segalanya kerana SISTEM ? Perghhh... giler laa ! Apakah kita tidak boleh menukarnya ? Nak kata dasar pendidikan negara kita menghasilkan pelajar cemerlang , rasanya tak pun. Setakat ni , yang aku nampak.. pelajar cemerlang semuanya berada di luar negara. Di dalam negara , bakat mereka akan tersekat ! Maka apakah kita menghasilkan pelajar cemerlang untuk memajukan negara lain??? 
Sian aku tengok Qhaliff.. Kecik kecik dah stress.. 
" Qhaliff tak tau buat , ibu.. ". Tunduk sayu. Dia berat hati nak ke sekolah. Dia mintak aku amik dia awal. Aku angguk kepala. 
" Nanti daddy amik awal yer.. ". Jawab aku. 
Ibu dia nyampuk... " Tak pe. Abang kecik lagi. Ibu tak marah pon abang tak tau buat. Nanti ibu ajar abang jadi pandai yer. ".
Terus ok dia. Hurmmm.. 
Itu baru Qhaliff. Zahra , Aariz nanti camana ? Cukup usia, mereka akan dididik untuk menjadi robot yang terpaksa ikut arahan yang telah diprogramkan kah ? Perghhh... 

You May Also Like

17 comments

  1. Hurmmm tu laaa..sebenarnya kalo nak ikut Pendidikan awal kanak2 yg sebenar mmg x ada assessment pun. Tp nape ntah kat malaysia mcm ni. Kanak2 sebenar x leh dibebankan dgn sistem camni..sian budak2

    BalasPadam
  2. Kesian kan anak2..zaman sekarang belajar lagi mencabar.. Lagi susah. Kita dulu main jer banyak..

    BalasPadam
  3. yeeee betul... sistem pendidikan kita makin sakit.

    BalasPadam
  4. Rayyan nnt camane lah , apa la kecik2 dah ada exam nak kejar amende tak tau ..

    BalasPadam
  5. Dulu-dulu 5 tahun tu baru nak kenal ABC. Sekarang 5 tahun dah kena jawab exam.

    BalasPadam
  6. sistem skrg dah lain, xmacam dulu, ilmu sekarang macam diperjudikan. hurmm

    BalasPadam
  7. Macam nani, nani yang aturkan perjalanan anak. tiada peperiksaan ketika 5 dan 6 tahun. masuk darjh 1 baru masuk sekolah.

    BalasPadam
  8. huhuhu...terpaksa hadap apa yg tlh di'sistem kan. Sampai makpak pun naik stress

    BalasPadam
  9. Boleh la ade alasan nak PI NZ ahahahahah

    BalasPadam
  10. mrs pip pun ada kawan duduk NZ, lepas darjah 6, parents dia pindahkan mereka semua adik beradik ke NZ kerana parents dia impress dgn education kat NZ ...

    BalasPadam
  11. hahhaha.. setuju 100%.. malaysia punya education system ialah exam oriented.. Nor Amalina pelajar cemerlang SPM dulu tu pun skrang duduk kat luar negara, belajar kat luar negara, tak balik-balik malaysia.hehe

    BalasPadam
  12. betul tu....makin membebankan anak-anak kecik

    BalasPadam
  13. abg ben boleh pilih tadika yg tkde sistem exam.

    BalasPadam
  14. Hurmmm ada betulnya. Usia 5 tahun tapi kena hadapi exam yang menguji kemampuan mereka. Moga dipermudahkan urusan anak² kita.

    BalasPadam
  15. Kesian tgk anak².. Memang struggle dengan sistem pembelajaran sekarang ni... Kita dewasa pun tak tercapai dek akal.

    BalasPadam