BEN ASHAARI



Ternampak kat satu iklan video Facebook mula mula. Uih.. menarik ! Memudahkan aku yang mudah lemas dengan Face Mask ni. Tapi aku tau sangat la, kalau barangan yang jual kat FB atau IG tu, mesti ada jual kat Lazada atau Shopee. Terus aku search ! 

Terkejut tengo harga. Murahnya ??? Kat iklan tu aku tengok harga berpuluh ringgit la gak ! Huhu...Terus aku order 5. Sorang satu untuk dalam rumah ni. Takda la nak serabut sangat. Kalau nak gi sekolah ke... gi kuar rumah ke.. pakai jer..senang nak bernafas.





Ahaaa.. ni satu lagi aku beli. Tak perlu nak letak merata Face Mask tu ! Sangkut kat leher jer. Nak tanggalkan face mask tu , biar jer tergantung kat leher.. Huhuh.. Harga pun murah jer. Aku beli 5 terus.. Sorang satu dalam rumah ni. 

Persediaan untuk nak sekolah buka nanti.. kalau buka la.. Huhuh.. 
 





Ok la kan ? Hurm...

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Aku tengok dia berlakon sekali jer.. Tu pun kat Netflix. Masa tengok tu pun , aku tak kenal sapa dia. Tanya wife aku ,barulah aku kenal dia. Aku cam.. 'Oooooo..'.. Tu jer. Tak kata lebih. Nak komen bagus ke tak lakonan, takkan nak berdasarkan satu cerita tu je kan ? Tapi tak kisah la. Aku bukanlah pakar dalam menilai lakonan orang.

Semalam.. trending di Twitter. Nama Janna Nick meletup ! Apa kes ? Aku mencari punca.. Dan akhirnya jumpa. Dengan USA punya isu 'The Purge' dek kerana US Capitol di serbu dengan penyokong Trump, Janna Nick memberi pendapat dia. 

Haih... sebenarnya di Twitter ni kalau nak memberi pendapat, memang berat skit ! Bila menyuarakan pendapat , ko kena bersedia untuk berbalah atau berbahas ! Tak boleh lepas tangan. Memang jadi kluster punya ! Hahaha.. Berangkai rangkai.. Huhuh.. Bersedia jer la.. 


Berbalas balas Tweet. Macam macam ada. Aku mampu geleng kepala jer. Nak kata apa dah ? Dunia Twitter ni lain skit. Kat sana memang tiada tapisan ! Baik kata kata atau pun video ! Katanya Kebebasan Individu. Hurm.. 

Dan aku memahami perasaan Nick.. camana kena kecam ! Hehehee.. Memang boleh down abis. Yang penting, rakan rakan sekeliling memberi semangat dan sokongan ! InshaAllah boleh bangkit semula. Dan yang mengecam ni.. pun perlu beringat la juga ye. Berilah pandangan yang baik baik. Kalau tidak , 2x5 jer... apa beza kan ? 





Sememangnya , dunia Twitter ni memang tak sesuai untuk aku.Faktor umur ? Hahahaa.. Tak la. Faktor pengalaman. Tak perlu nak buang masa nak berbalah berbahas kat sana. Tak de kesudahan ! Sebaiknya , sebelum nak tweet apa apa... kena pk panjang ! Kalau rasa nak selamat , main dalam zon kita jer yang mana kawan kawan atau kenalan kita boleh beri pandangan mereka secara kita nak.. maklumlah, dah lama kenal ! Huhuhu... Takda la nak pening kepala kan ? 

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Sekarang aku dah tau camna rasa bila mana kau terlibat dalam rantaian Covid 19 ! Aduh la.. senak perut rasanya. Bukan sebab takut mati tapi memikirkan kau punya rantaian dalam masa kau tak tau kau terlibat ! 

Ceritanya begini.. baru baru ni aku ada gi ziarah kenalan rapat aku. Ahli keluarga dia meninggal dunia. Aku kenal baik la dengan si arwah. Tu pasal aku pergi. Tak pergi , kita pun ada ahli keluarga, kan ? Kena ingat yang tu gak la. Huhuh.. 

Sampai di sana.. aku dan yang lain dimaklumkan arwah dan keluarga semua dah pernah buat swab test Covid 19. Maka semua clear la. Arwah meninggal dunia masih belum diketahui puncanya. Aku tak berani lagi nak masuk dalam rumah. Cuma berada di luar dan jumpa keluarga arwah. Kat sini , aku terlepas SOP ! Dek kerana yakin , tu yang aku terlupa.. Namun aku masih pakai face mask dan ada penjarakan fizikal. 

Selepas tu aku teruskan aktiviti seperti biasa.. Esok harinya , kawan aku maklumkan pada aku. Satu berita yang aku tergamam dibuatnya ! Teringat anak anak , kawan kawan serta tempat tempat yang aku dah gi. Tepuk dahi aku ! 

Maklumkan pada wife. Semua kena duduk rumah !! Dan aku terima mesej di Whatsapp. Terasa lega sedikit tapi aku masih teruskan duduk rumah. Huhuh. Pada masa yang sama , aku mencari infomasi yang berguna. 

Terasa nyesal lak terlupa SOP ! Terus terasa sakit tekak , sakit kepala..sesak nafas ! Simptomkah ?? Alaaaa.. jangan laaa... 

 ‼️‼️‼️‼️ *PERKEMBANGAN TERKINI* UNTUK URUSAN SWAB TEST, PKD SEPANG TELAH TETAPKAN BAHAWA HANYA MEREKA YANG *BERSENTUHAN (DIRECT) DENGAN ARWAH SAMA ADA SEMASA HIDUP ATAU TELAH MENINGGAL DUNIA* SAHAJA PERLU JALANI UJIAN SWAB BERKENAAN DI LOKASI DAN TARIKH YANG AKAN DIMAKLUMKAN KELAK 


Semalam , aku dapat berita rasmi dari ahli keluarganya. Tarik nafas lega abis aku ! Terus semua sakit hilang automatik ! Selera makan tiba tiba lain maciam ! Maggie 4 bungkus selamba je makan ! Sebelum tu, nak  makan pun takda selera. Drama Korea pun tak minat nak tengok. Dok pikir perancangan jika itu dan ini.. 

Alhamdulillah...semuanya selamat ! Dan sesungguhnya... tolonglah ikut SOP ! Sakit tu merbahaya atau tidak atau ada ubat bagai... masalahnya ialah KAU KENA ANGKUT SATU KELUARGA KOT ??? Kalau melibatkan orang tua , camana ? Aduh.... 

Dan perlu ingat... katil dah nak abis ! Haaa...






Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Berkali kali iklan Erojan keluar di Facebook aku. Rasanya mereka yang kaki bersenam mesti akan dapat iklan ni punya. Kan kan ? Awalnya , aku tak terpengaruh. Bagi aku, dia sama je cam produk produk yang lain.. 
 
Tapi bila aku baca review mereka yang pernah guna , tertarik lak aku. Kenapa ? Huhuh.. bila dah umur 40 ni ke atas ni, tenaga dia tak macam orang muda muda walaupun muka cam orang muda ! Haaa ! Bukan faktor tak power atau tak power tapi bila dah 40 an ni , kita banyak komitmen harian. Hari hari guna banyak tenaga ! Haaa.. ok tak alasan aku ? Hahahaha.. Tapi serius , memang terasa la. Dari awal pagi hingga ke malam hari.. tak berhenti bergerak ! Huhuh.. Beza cam masa muda... Tengahari baru nak aktif... Lalalalaa.. 


Ok ok.. Sambung balik pasal Erojan.. Aku mencari info pasal Erojan ni. Mencari kot kot ada review negatif atau yang kecam Erojan ni. Dan aku nak tau gak pasal bahan bahan yang digunakan dalam Erojan ni.. 

Jumpa.. ! Sahabat aku kasi... dia pun lama dah mengidam nak try Erojan ni katanya. Aku bagitau dia , biar aku guna dulu. Hahaha.. Kalau nampak aku lain macam jee , baru dia guna ! Hahahaha.. Ok la kan ? Baru gempak gitu.. 

Terlebih dahulu , korang kena tau apa itu Erojan. Ianya adalah supplement yang dibuat khas untuk lelaki bagi meningkatkan kadar testosteron , bertujuan untuk kita kekal bertenaga secara optimum termasuk kekuatan dalaman. Ia juga mengalakkan ketumpatan tulang  yang lebih kuat , 


Kandungan Erojan : 
  • Tongkat Ali 
  • Maca -Boleh baca di SINI mengenainya
  • Butea Superba  - Boleh baca di SINI mengenainya
  • Cuscuta Chinensis  - boleh baca di SINI mengenainya
  • Tribulus Terrestris - boleh baca di SINI mengenainya
  • Horny Goat Weed - boleh baca di SINI mengenainy
Wowww ! Kandungan dia ! Kalau korang rajin baca semua tu, korang mesti akan beli punya Erojan ni. Hahaha.. Padu wehhh ! Diorang satukan semua herba herba tradisional di dalam satu bentul pil kapsul ! Dan kita guna sehari 2 kapsul jer.. dah memadai. 

Erojan juga mempunyai sijil kelulusan dari KKM dan sebagainya. Boleh rujuk di SINI. 





Hari pertama guna..

3 hari selepas guna Erojan

Kesan Erojan pada aku : Pastikan sebelum mengambil Erojan , korang makan terlebih dahulu. Selepas setengah jam makan , baru amik Erojan. Cam aku , aku akan amik sejam sebelum workout. Tapi kena loading la dulu. JANGAN SESEKALI MAKAN DENGAN PERUT KOSONG yer ! 

Semasa aku guna Erojan , aku kena berhenti amik Pre Workout supplement. Nak tengok camana dia punya kesan pada aku. Sebelum ni, jika tak guna apa apa supplement , dalam gym... aku mampu bertahan sehingga sejam. 

Tapi aku tak puashati sebab peluh tak berapa nak banyak. Selepas guna Erojan , dia punya peluh.. perghhh ! Puashati sangat. Aku tak perlu lama dalam gym pun tapi aku punya tenaga lain macam. Reps dan set boleh berganda tanpa bantuan spotter ! Otot pun terasa lebih padu berbanding sebelum ni. Itu baru beberapa hari.... 



Paling ketara.. aku tak rasa dah kesengalan pada bahagian belakang lutut aku yang mana sebelum ni jika lepas 'leg day' aku mesti akan mintak wife urutkan kat situ ! Serius.. aku pun tak sangka ! Bila aku baca balik kebaikan Erojan ni, baru aku faham. Rupa rupanya turut menguatkan tulang dan juga otot. 

Ketiga.. angin ! Ketika pertama kali aku makan, angin keluar membuak buak ! Angin dalam badan. Awalnya aku ingat tak sesuai untuk badan aku. Rupanya tidak ! Dia memang buang angin dalam badan dulu. Huhuh.. Dan pastikan , makan Erojan selepas makan yer.. Makan yang berat. Jangan makan cikedis pastu makan Erojan lak ! Haaa.. Tak ok tuu.. Huhuh.. 

Hari ke 5 aku guna, dah boleh rasa perbezaan pada otot badan. Dan di bahagian perut pun, lemak berair dah kurang ! Ooooo.. patut la ! Dalam Erojan ada juga khasiat membakar lemak. Perghh... lengkap !  Peluh atas bawah dibuatnya aku.. 

Patutlah harga dia boleh tahan. Bukan calang calang punya produk haa... Tu belum cerita perfomance atas katil.. Hee..

Hari ke 5 
Kalau korang konsisten guna Erojan , InshaAllah akan beri kesan positif. 

Dapatkan pandangan doktor anda terlebih dahulu sebelum menggunakan Erojan. Boleh dapatkan Erojan di Instagram Erojan For Men  atau whatsapp terus ke 0182714042


Share
Tweet
Pin
Share
5 comments
Bayangkan.. tempat tinggal kita tiba tiba dilanda banjir besar ! Apakah kita bersedia ? Apakah persediaan kita ? Apakah kita akan bergantung harap pada kerajaan ? Hurm.... Atau kita dah bersedia dari awal lagi ? Tapi apakah bentuk persediaan yang perlu kita buat ? 

Ok.. aku terfikir perkara ni selepas membaca kisah kisah rakan rakan yang sedang hadapi banjir di Pahang dan Johor.  Sesuatu yang tidak dijangka sama sekali. Bila air semakin tinggi, apakah perlu dibuat ? Perlu selamatkan diri tapi nak ke mana ?  Bagaimana pula bantuan belum sampai. Bagaimana dengan bekalan makanan ? Jika sakit , bagaimana dengan ubatan ?

Amik contoh apa yang sedang berlaku sekarang. Kes Covid 19.. awal awal dulu kata semua terkawal. Tapi sekarang , dah tak boleh dikawal. Pandai pandai la nak hidup sendiri. Nah... begitu juga jika berlaku bencana.. Kita orang 'kecil' ni , bukanlah keutamaan jika ada melibatkan orang ' besar' ! Maka perlu bersedia dari sekarang.



PERSEDIAAN SEBELUM BANJIR
  • Dapatkan maklumat tentang banjir di tempat anda
  • Pastikan sistem amaran banjir dan dengar hebahan semasa yang disampaikan melalui radio,sosial media & online,televisyen dan bilik-bilik gerakan banjir Negeri atau Daerah yang berhampiran.
  • Periksa lubang air seperti longkang atau saluran najis.Bersihkan halangan dan pastikan ia tertutup rapat supaya air banjir tidak msauk melaluinya.
  • Pastikan di mana Pusat permindahan dan Pusat Bantuan Bencana di tempat anda.
  • Sediakan bekalan makanan dan peralatan kecemasan secukupnya
  • Pastikan seluruh keluarga tahu cara-cara bertindak semasa kecemasan dan tidak panik.
  • Dalam musim hujan pastikan alat untuk berkomunikasi dalam keadan baik.

SEBELUM BANJIR – SEMASA TANDA-TANDA DIKESAN
  • Dengar melalui pengumuman radio, televisyen atau pihak-pihak tertentu.
  • Pindahkan peralatan di dalam rumah ke tempat yang selamat
  • Letakkan dokumen penting di tempat yang selamat atau bawa bersama didalam bekas kalis air
  • Bersedia untuk menutup suis elektrik,injap utama bekalan air dan gas.
  • Beritahu kepada jiran-jiran supaya mereka bersedia menyelamatkan barang-barang penting

SEMASA BANJIR -  SEMASA PEMINDAHAN
  • Apabila menerima arahan,segeralah berpindah ke pusat-pusat pemindahan yang disediakan.
  • Berpindah awal sebelum banjir meningkat atau pada waktu siang kerana lebih mudah dan selamat.
  • Ikut laluan yang di tentukan,laluan lain mungkin terhalang banjir

SEMASA BANJIR – DI DALAM KENDERAAN
  • Jika kenderaan anda tersangkut,kunci kenderaan serta tinggalkan kenderaan tersebut dan pergilah ke tempat yang selamat.
  • Jangan terus mengharungi kawasan banjir,Hendaklah berpatah balik ke tempat yang selamat.

SEMASA BANJIR-DI DALAM RUMAH
  • Dengar pengunguman melalui radio,televisyen atau pihak tertentu.
  • Bersedia dengan peralatan kecemasan
  • Jika mendapat amaran untuk berpindah,segera lakukan.

SEMASA BANJIR –DI LUAR RUMAH
  • Pergi ke tempat tinggi dan selamat.
  • Elakkan dari melalui kawasan banjir, arus deras yang boleh menghanyutkan anda.
  • Jangan sengaja bersiar-siar di kawasan banjir sama ada dengan sampan mahupun berjalan kaki.
  • Jangan sentuh mana-mana kabel atau wayar yang jatuh.
  • Awasi kanak-kanak, jangan biarkan mereka bermain-main di longkang, sungai atau lombong.
  • Jangan minum air banjir.

Ok... ni yang aku amik dari grup Malaysian Preppers. Sesungguhnya grup ni ada berkongsi maklumat serta info info berkenaan survival yang perlu kita ambil tahu. Bukan saja bersedia untuk bencana tapi juga dalam apa jua keadaan termasuk pandemik ! 

Berikut beberapa perkara yang perlu kita ambil tahu. Antara kerosakkan yang boleh dielakkan jika persediaan dijalankan dengan betul adalah:
  1. Dokumen penting seperti surat beranak, sijil kahwin, geran kenderaan/hartanah, dll hendaklah diletakkan dalam satu tempat yang senang diakses dan kalis air.
  2. Barang kemas hendaklah diletakkan di tempat tersorok dan senang diakses supaya boleh dibawa bersama jika perlu.
  3. Sediakan Pakaian, makanan terus makan yang kering untuk 3 hari, wang bergantung kepada isi rumah(rm200), 1papan pil activated charcoal (trust me, I can write 1 whole post about it), powerbank.
  4. Sentiasa peka dengan amaran banjir dan lokasi pusat pemindahan terutama musim monsoon. Pindah jika diminta. Kalau sempat sebelum diminta boleh pindah rumah sanak saudara yang jauh dari bencana. X perlu bol asalkan bov ok.
  5. Bersihkan longkang, wall mountkan tv anda, cabut semua plug, tinggikan sedikit peralatan elektrik seperti mesin basuh dan peti ais (guna batu je)
Diatas itu merupakan contoh perkara yang kita boleh lakukan berdasarkan satu jenis bencana. Untuk bersedia kita kena faham risiko mana yang lebih besar dan risiko mana yang berpotensi untuk berlaku.
Sakit perut itu bencana. Kesengsaraannya kecil kalau sakit perut di rumah sendiri tetapi kesengsaraannya besar kalau berlaku semasa di atas jalan yang jem pada musim perayaan.
Untuk penulisan akan datang kita akan lihat bagaimanakah untuk mengakses risiko, kerosakkan, dan kepentingan persediaan. Doakan semoga saya rajin menulis.


Semoga bermanfaat.

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

 "ASSALAMUALAIKUM WBT. 

BERKENAAN DGN VIRAL SEBUAH KERETA BERHENTI ATAS JAMBATAN TOHOK SAMPAH KE DALAM SUNGAI..SATNI ADMIN TELAH DIHU8UNGI OL£H KELUARGA PIHAK YG DI VIRAL BELIAU MEMOHON BERBANYAK2 MAAF..

SE8ENARNYA. MEREKA RARU BALIK DARI BERUBAT DI KUALA KRAI.. PIHAK MEREKA DISURUH OLEH PERAWAT TRADISIONAL SUPAYA MEMBUANG BARANG 'SAKA ' ITU KE DLM ARUS SUNGAI YG MENGALIR. JADI ITU SEBABLAH KENAPA MEREKA MEMBUANG BUNGKUSAN 'TU KE DALAM ARUS SUNGAI. MOHON SEMUA PIHAK..

TOLONG HENTIKAN MENYE8AR DAN MEMAKI HAMUN KELUARGA I'lU. KASIHANILAH MEREKA..DRP VIRAL KES ITU..MENYEBABKAN PESAKIT TU..MENANGIS DAN KEMURUNGAN..HARAP PUAK2 KITA BOLEH FAHAM SITUASI YG MERE)(A ALAMI. "
 

Video tu ada aku kongsikan jugak di Facebook aku. Geram sebenarnya bila melihatkan perbuatan gitu ditambah lagi dengan situasi banjir begini. Perbuatan membuang sampah keluar dari kereta tu memang tak dapat diterima sama sekali. Tapi selepas penjelasan begini.. nak kata apa dah kan ?

Benar atau tidak... Wallahualam.  Cuma yang merisaukan. pasni jika ada yang buat perkara yang sama , mau jugak dia kata nak buang saka dia lak ! Adoi la.. naya gini.. Huhuhu..

Video tu dah pun aku delete dari Facebook aku. Jika benar katanya , aku minta maaf juga sebab share.
Share
Tweet
Pin
Share
3 comments


Kluster demi kluster ! Seperti yang diduga , cuti panjang akan menghasilkan kluster baru. Dulu ingatkan akan ada kluster Ramadan, kluster raya tapi Alhamdulillah.. takda ! Tapi selepas kluster politik buat hal, rakyat Malaysia dah cam.. hurm.. malas dah kot ? Tapi bukan semua la. Masih ada yang berjaga jaga. 

Bagi aku... nak bercuti tu, bercuti la. Tapi kena la bijak ! Jauhi tempat yang ramai orang. Bersesakkan. Pakai face mask dan sebagainya. Tak kira la ko percaya atau tidak wujudnya Covid 19. Tapi bila dah kena swab test dan positif, abis berangkai rangkai jadinya. Tu yang jadi masalah ! 

Betul.. tak mintak pun nak kena tapi macam disering dinasihati... elakkan.. elakkan.. elakkan ! Bila dah berkumpul beramai ramai setempat tu... memang naya la gitu !  Entah la... aku bukan nak nasihat korang pun. Aku pun gi gak bercuti tapi tidaklah keluar dari zon merah aku. Huhuhu.. Buat masa sekarang. Kesian kat zon zon hijau tu. Huhuh.. 

Nak tak nak .. kita tunggu dalam 2 minggu ni. Baru leh tau apa ceritanya. Cam Kluster Genting.. tu Cameron ada kes gak ! Cuma belum tau rantaian dia camana.. 

Semoga Allah lindungi Malaysia.

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments


Hurm... risau aku dengan budak sorang ni. Walaupun dah kenal huruf dan nombor tapi duduk rumah dok layan menda ni. Kalau mak dia ada, tak berani dia nak main. Kalau aku ada.. berani diorang mintak  lak. Adehh..

Hantar tadika ? Abang dan kakak dia memang hantar sejak dari usia 5 tahun tapi dek kerana sejak dua menjak dengan Covid 19 ni.. kelas asyik on off , on off.. tak berani lak aku nak hantar. Satu risaukan kesihatan dan satu lagi.. korang pun tau la kan... kang kelas tutup , kena bayar gak. Nak bayar, skit skit ok la.. Huhuh.. Tapi ..gulp ! 

Rasanya aku nak hantar dia gak nanti. Tunggu sekolah buka. Tengok camana keadaan Malaysia ketika tu. Kalau semua ok dan terkawal, aku hantar gak la kot si kecil ni. Sayang. Bijak dah bijak. Cepat tangkap pun yer.. Rugi dok abis masa ngan menatang tu jer. 

Risau ketagihan ? Dia ni bukan sebab ketagihan tapi sebab tak tau nak buat apa. Kalau ada aktviti , dia ok je layan. Tu sebab aku nak sibukkan dia dengan sekolah. Duduk rumah pun , kalau membantu aku jemur baju... dah bagus.. Ni tak haaa ! Hahahaha..

Ke nak antar masa 6 tahun nanti ?
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Kesan jangka panjang bila kita malas memang naya pada tubuh badan kita ! Sebab tu dulu orang tua tua ada ajar teknik teknik meregangkan badan untuk elak sakit badan bila dah berumur ! Bila sebut berumur ni, bukan usia 60-70 tahun tapi atas 30 tahun dah mula rasa ! Ko pikir 30 tu muda lagi ??? Hehehee.. 20 an tu muda !


Ok...meregangkan badan amat penting setiap pagi ! Kiranya lepas solat subuh tu , buatlah yer. Banyak manfaatnya ! Sebab tu orang dulu dulu, banyak anak ! Hahahaha.. Bukan sebab diorang tak de apa nak buat tapi sebab diorang punya tubuh badan mantap luar dalam ! Bukan macam sekarang.. Nampak mantap tapi lembik ! Haaaa ! Jangan gelak tau.. Realiti ! Nak nampak mantap , makan ubat ! Tu la dia.. bila dah umur 40 an sakit sana sini. Huhuhu.. Darah tinggi, jantung, kencing manis, sakit pinggang.. semua tu berpunca dari kesilapan dari masa muda la ! Tu belum lagi part lemah tenaga batin. Hahaha.. 

Jom tengok beberapa senaman ringkas tradsional melayu yang tuk nenek kita amalkan dulu. Banyak manfaat. Lancarkan pernafasan , perjalanan darah dan sebagainya.

Senaman Pertama
Duduk bersila dengan menegakkan tulang belakang. Tangan diletakkan di atas lutut dan bahu harus terbuka lebar. Tarik nafas sedalam-dalamnya hingga paru-paru terasa penuh dengan udara. Tahan nafas dan biarkan udara berada di dalam paru-paru sekitar tujuh saat sebelum ia dihembus keluar secara perlahan sehingga paru-paru terasa kosong. Ketika udara dihembus, perut hendaklah dikempiskan dan tumpu tenaga ke arah dada. Lakukan gerakan ini sebanyak tiga kali.

Kebaikan:

Senaman ini seelok-eloknya dilakukan di subuh hari kerana ia melibatkan proses pertukaran udara badan. Gerakan ini dapat membangkitkan kekuatan otot belakang terutamanya di bahagian tengah belakang.

Senaman Kedua

Duduk dalam keadaan dua tumit kaki bertemu dan bawakan ia hampir dengan kemaluan. Tegakkan belakang. Tarik nafas hingga paru-paru terasa penuh secara perlahan-lahan. Ketika menarik nafas, tekan kedua-dua kepala lutut dengan tapak tangan (kiri dan kanan) supaya lutut dapat mencecah lantai. Jika tidak boleh, buat setakat termampu. Tahan nafas selama tujuh saat dan hembus keluar secara perlahan-lahan. Lakukan gerakan ini sebanyak tiga kali.


Dari kedudukan sebelumnya, tarik nafas semula secara perlahan-lahan. Dengan perut kedua-dua jari tangan, cari urat paha di bahagian paha dan urut menggunakan perut ibu jari dari hujung paha ke pangkal paha . . Selepas itu lepaskan nafas.

Senaman Ketiga

Duduk bersila dengan kedua tapak kaki ditemukan. Tangan kanan pegang ibu jari kaki kanan dan tangan kiri memegang ibu jari kaki kiri. Tarik nafas perfahan-lahan sambil menarik ibu jari kaki menghampiri kemaluan. Lutut seboleh-bolehnya mencecah lantai. . Ketika tarikan berlaku, tumpuan tenaga akan tertumpu ke otot belakang dan akan terasa ia diurut, Selepas itu barulah nafas dilepaskan secara perlahan-lahan dan meletakkan kaki kembali ke kedudukan asal. Lakukan gerakan ini sebanyak tiga kali. Dari kedudukan ini, tarik kedua-dua jari kaki supaya tumit terbuka ke arah hadapan dalam masa yang sama ia tetap disatukan. Tarik nafas dengan dalam secara perlahan-lahan dan rebahkan tubuh ke depan dalam keadaan tangan masih memegang ibu jari kaki. Jejakkan kepala ke lantai jika mampu, kalau tidak, lakukan setakat terdaya. Balik ke kedudukan asal dan hembuskan nafas.

Kebaikan:

Gerakan ini mengimbangi otot paha, belakang dan baik untuk pinggang.


Senaman Keempat

Duduk bersila dan tegakkan belakang. Tarik nafas sambil tangan kanan didepa separas bahu dengan lurus ke arah depan sambil menarik nafas. Manakala tangan kiri di angkat separas bahu juga ke arah sisi badan. Lakukan gerakan ini sebanyak tiga kali sebelum nafas dihembus keluar.

Pastu senaman senaman seterusnya sehinggga 13 , korang boleh tengok kat link SINI. Rajin rajin amalkan untuk dapatkan manfaatnya. Bukan untuk orang tua je tau.. Dan jangan pandang enteng senaman senaman ni. Kalau amalkan , tak perlu dah nak sibuk sibuk pergi ke pusat fisioterapi. InshaAllah.




Ok.. jom tengok senaman harimau lak. Nah... ini senaman sangat bagus untuk tenaga batin. Budak budak sekarang malas nak buat. Katanya tak sempat. Dok sibuk kat Twitter atau main game ! Huhuhu.. Sebab tu bertarung tak sampai seminit.. Lalalaalalaa..


Padi Bukit

1. Duduk bersila dengan menegakkan tulang belakang
2. Tangan diletakkan di atas lutut
3. Tarik nafas sedalam yang mungkin
4. Tahan selama 6 saat
5. Hembus perlahan-lahan
6. Semasa menghembus nafas, perut hendaklah dikempiskan
7. Ulang sehingga 3 kali

Gerakan ini meningkatkan kekuatan otot belakang dan menguatkan stamina ketika di ranjang.


Nafas Pertapa

1. Duduk dengan keadaan merapatkan tapak kaki
2. Tarik kaki rapat ke arah badan
3. Tegakkan belakang
4. Tarik nafas sehingga penuh dengan perlahan
5. Semasa menarik nafas, tekan lutut sehingga mencecah lantai (setakat mampu)
6. Tahan sehingga 6 saat
7. Hembus nafas perlahan-lahan
8. Ulang sebanyak 3 kali

Gerakan ini membantu zakar untuk kekal tegang dengan melancarkan peredaran darah di bahagian peha.

Ok.. ada lagi 6 gerakkan. Aku tak nak copy semua. Korang boleh tengok sendiri kat blog Senaman Harimau ni. Hehehe.. Macam aku kata tadi , senaman harimau ini bertujuan untuk menguatkan tenaga batin untuk lelaki. Sesuai bagi mereka yang ada masalah premature ejaculation, juga bagi mereka yang ingin merasa lebih nikmat dalam hubungan seksual. Tetapi tidak semestinya untuk mereka yang sudah berkahwin. Bagi yang belum berkahwin, ianya membantu dalam meningkatkan peredaran darah. Senaman ini dimuatkan dalam buku Permata Yang Hilang.

Kalau malas nak buat senaman senaman tradsional ni , korang buat je la senaman nak main bola atau nak berjogging. Yang penting.... yang penting ialah panaskan otot otot sebelum nak melakukan apa apa jua pergerakkan. Macam kereta la.. kasi panas enjin dulu sebelum nak bergerak. Barulah tahan lama enjin tu kan ?

Ingat.. badan mau pakai lama ! 
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
 

Adoi laaa... terjebak lagi aku. Memang boleh rosak hari kalau layan drama bersiri Korea ni. Aku kalau boleh memang nak elakkan. Tapi tak boleh bila tau ada Kdrama yang best depan mata ! Hahahah.. Tapi memang best Dr.Romantic ni. 

Cerita dia simple tapi best. Dari episod pertama lagi dia dah menarik. Akan buat nak tengok episod ke dua dan seterusnya sehingga tak sedar hari dah hampir siang. Nasib baik aku layan dengan wife. Kalau layan sorang sorang , mau tak bergerak aku langsung ! Huhuh.. 

Aku layan Kdrama ni kat Netflix. Dah masuk musim kedua. Ditayangkan kat Korea lama dah. Kalau dari info aku baca tu, tahun 2016. Banyak anugerah mereka menang. Bermakna drama ni best la. Pelakon pelakon pun tak la over sangat cantik dan kacaknya. Hehehe...

Kalau korang minat cerita cerita pasal perubatan , keegoaan dan cinta ni.. Memang syok la layan Dr.Romantic ni. Aku nak kasi tau jalan cerita pun tak syok kat korang. Nanti hilang feel. Tapi memang berbaloi la kalau korang layan cerita ni. Huhuh.

Dr. Romantic 2 , dah main pada tahun 2020. Mesti lagi syok ni. Aku baru abis episod ke 5. Hahaha.. Masak !
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
Kes positif Covid 19 setiap hari seperti yoyo. Tinggi rendah, tinggggiiii... rendah pastu naik semula.  Sampaikan aku sendiri pun dah terlupa nak ikuti perkembangan. Dah lali. Reda dengan apa yang berlaku semua ni.  Nak tuding jari . tak berguna sama sekali. Nak tak nak , kena terima dan tiba masa untuk perbaiki segalanya. Segalanya dah berubah sama sekali. 

PKPB di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur sehingga 14hb Januari. Sekolah bakal di buka pada 20hb Januari. Apakah ketika tu kes dah menurun ? Aku tak rasa pun. Ditambah lagi dengan minggu ni cuti panjang.. masing masing galak gi sana sini.. balik kampung , bercuti ! Dan pastinya setiap hari mewujudkan kluster kluster positif baru. 


Apa yaang belaku , kita jangan tengok dari sudut negatif ! Kena amik juga dari sudut positif. Nah.. paling utama ialah inilah masanya untuk gunakan kepakaran tenaga muda dalam bidang teknologi. Bagaimana nak memanfaatkan internet untuk mendapatkan pendapatan yang jauh tinggi ! Bukan mustahil pon ! Cuma tak tau cara. Yang tau , mereka sedang membina empayar ! 

New Norm atau Norma Baru.. di negara kita. Bagus la kan ? Nasib ada Covid 19... ! Masing masing menjarakkan diri. Nak bersentuhan pun dah kena pikir panjang. Kalau dulu, lelaki perempuan bersalaman.. berpelukan tanpa hirau orang ramai.. bertepuk tampar.. macam macam lagi la. Korang pun tau camana kan ? Sekarang ni, nak sentuh pun dah takut.. Bagi yang risau dijangkiti la. Yang tak risau tu, sila la buat.. Huhuh.. 

Pemakaian face mask.. Sebelum Covid 19 lagi aku dah suka pakai face mask ni. Kenapa ? Satu.. pencemaran udara. Asap kenderaan... asap industri.. asap rokok , bau kentut.. bau mulut orang.. dan macam macam lagi laaa bau bau yang tak enak.. Sekarang , semua kena pakai ! Dan paling menarik , tidak lagi orang pandang seorang pada gadis gadis yang pakai niqab ! Hahaha.. sekarang semua kena pakai ala ala berniqab

Koleksi French Jilbab oleh Maryam Sophia


Dan tiba masa untuk perkemaskan lagi sistem pembelajaran pendidikan melalui online dan juga bekerja dari rumah yang mana dulu kita rasa sangatlah mustahil untuk dilakukan. Tapi sekarang ni, ada dah jabatan kerajaan buat sistem bekerja dari rumah ni. Tapi bukan semua la yang boleh. Hanya bahagian bahagian tertentu dan juga mereka yang memerlukannya.  

Belajar dari rumah... sekolah rendah , menengah dan juga IPT. Nah...bagus la kan ? Tuisyen online pun boleh dah buat sekarang ni. Macam yang aku cuba masuk baru baru ni yang dikendalikan oleh FlyHigh Training Centre , sangatlah bagus ! Mak ayah tak perlu dah nak sibuk keluar malam hari untuk hantar anak anak gi kelas fizikal. Buat je secara online. Mak ayah boleh juga tengok dan belajar bersama. Ok la kan ? 

Banyak lagi sebenarnya... cuma kesan dari sudut ekonomi , ramai yang dibuang kerja.. tapi ramai dah bangkit kembali ! Satu tika dulu.. pilot pegang stering kapal terbang.. sekarang dah pegang sudip ! Bukak cafe ! Dah jadi rider ! Masing masing berada di bawah.. nanti bila kembali di atas , mereka akan lebih hargai kehidupan seperti aku satu tika dulu. Sangat sangat bersyukur jatuh terduduk. 

Semalam.. aku tengok ramai puji negara luar yang bebas Covid 19 ni menyambut tahun baru. Tapi sangat bersyukur di negara kita tidak dapat buat ! Jika tidak.. 9 bulan kemudian , mesti banyak kes buang bayi. Masalah sosial di sebabkan 'satu malam' memberi kesan sepanjang tahun ! Hurm... 

Masjid surau ? Sekarang dah tau erti rindu kan ? Dulu tak kisah pun. Bila kerajaan negeri dah buka sedikit demi sedikit.. nah.. masing masing berebut nak gi solat berjemaah ! Dan paling ketara... Ramadan nanti ! Huhuh.. 

Dan akhir sekali.. kita sebenarnya sedang menuju satu fasa baru.. fasa pemodenan yang lebih tersusun.



Share
Tweet
Pin
Share
No comments


Selamat tinggal 2020. Apa yang kita impikan di ketika Wawasan 2020 dilancarkan , tidak menjadi kenyataan. Tiada kereta terbang. Tiada bangunan pencakar langit yang gah kecuali KLCC dan Menara Kuala Lumpur. Nasib baik ada Putrajaya tapi tiada internet percuma. Ada pun kena locked. Huhuh.. Ke laut dalam Wawasan 2020. 

Dan Covid 19 menjadi igauan kita setiap hari. Penutup 2020 , menyaksikan kes tertinggi untuk negara kita. Nak kata apa dah ? Nak berPKP sekali lagi , memang akan lingkup negara ! Boleh bikin huru hara. Nak tak nak, kita dah kena terima dan hidup bersama dengan Covid 19.

Moga 2021 memberi sinar harapan penyembuhan buat kita semua. Sama sama kita berdoa pada Allah. Hanya pada Dia saja kita bergantung harap. Dan pada masa yang sama , kita turut kena bertaubat. Insaf. Kita terlalu leka. Terlalu rasa bebas sampaikan anak cucu kita ada yang mula hilang pedoman dan arah hidup. Masing masing rasa seolah dunia ni mereka punya. Menakutkan.. 

Ok la.. Masuk 1.1 setiap tahun, bermakna isteri tercinta pun injak setahun lagi usia. Huhuh.. Walaupun masing masing rasa seperti muda tapi hakikatnya , tidak. Rajin rajin belek rambut di kepala tu. Uban dah mula menonjolkan diri. Bukan masalah makanan atau tak cukup zat mahupun stress.. tapi tanda tanda sudah sudahlah dengan dunia tu ! Huhuh.. Untuk aku juga tu.. Hahaha.. 

Ucapan ? Tu biarlah aku bisik kat telinga dia sendiri. Hahaha.. I is segan u nak tulis jiwang jiwang kat sini. Biarlah dia saja yang mendengarnya.. tu pun masa dia tidur ! Hahaha.. 

Buat rakan rakan yang senantiasa menyokong blog aku ni.. Jutaan terima kasih. Semoga Allah murahkan rezeki korang semua... diberi kesihatan berpanjangan  serta bahagia bersama keluarga tersayang. 

Selamat Tahun Baru 2021. Selamat Hari Lahir Sayang.. Hadiah ? Seperti biasa.. kasih sayang berpanjangan dari daku ini.. Eceh.. hahahaha.. 
 

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

Aku sekeluarga ke Avani Gold Coast Resort, Sepang kelmarin. Mak aku ajak join adik aku sekeluarga. Ada bilik kosong. Diorang saja amik lebih. Aku join je la memandangkan takda apa apa perancangan. Lagi pun aku gi malam tu dan balik keesokkan harinya. 

Avani Gold Coast Resort , Sepang.. lama dah nak menginap kat sini tapi tak berpeluang lagi. Lagi pun dari rumah aku cuma amik masa 40 minit jer. Tak jauh pun. Tak terasa cam travel lak. Hahaa.. Dekat sangat. Lom sempat kentut abis, dah sampai. Eh.. hahaha.. Gurau gurau.. 

Ok..Sebelum ni aku pernah ke Pantai Bagan Lalang. Resort ni memang kelihatan cantik dari tepi pantai. Dan Alhamdulillah.. sebelum 2020 berakhir , aku merasa la gak semalam kat sini. Ternyata resort ni bukan calang calang resort ! Haaa..

Apa pendapat aku mengenai Avani Gold Coast Sepang ni ? 

Lokasi :  Menarik. Pantai yang landai dan sesuai untuk mereka yang suka main pasir.

Tempat parking : Ada parking valet. Kena bayar. Harga boleh tahan la gak. Tak nak bayar , parking kat luar hotel. 

Layanan Staff : Bagus. 

Bilik : Puashati ! 

Makan Pagi : Aku tak sempat nak makan berat sebab lewat masuk. Layan gym dulu. 

Kemudahan : Ada gym. Kolam renang. Kalau korang baru kawin , sini syok untuk honeymoon. Jalan jalan belah malam memang best dalam resorts ni. Kalau ttak nak makan dalam hotel , bersepah restoran makanan laut di luar hotel tu. Takda masalah bab makanan kat kawasan ni. 

Harga : Sejak bila harga hotel atau resorts ni tetap ? Hahahaha... Kalau beli online leh dapat murah. Walk in , memang berdarah la harganya.. Heee..

Permandangan kat sini bila matahari naik dan terbenam.. Memang boleh bikin jatuh cinta ! Tu jika cuaca cantik la.. Heeee... Kesimpulannya.. nyesal aku tak rembat pakej murah ketika PKP ari tu. Hahaha.. Dan aku akan kembali ke sini lagi.. sekeluarga. Sorang sorang tak leh la.. Kang bini suspek aku kawin lain lak. Hahahaha.. 







 

Singkat tapi dah mencukupi. Kalau nak duduk 3 hari 2 malam.. pastikan korang datang berdua.. Baru berbaloi. Kira cam honeymoon la. Kalau sekeluarga.. ok gak la.. kena cari aktiviti aktiviti menarik. Ketika aku gi ni , Sepang Red Zone. Aktitviti untuk keluarga terhad. Mandi kolam pun 30 minit jer. Kena booking dulu... Tak leh main terjah. Hahaha... 

Rajin rajin tengok pakej yang dijual oleh agen travel terpilih. Hati hati juga yer.. Risau kena tipu. Pastikan mereka berlesen dan baca juga review yang ada. Google juga mengenai agen travel tu gak tau.. heee.. 


Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
 

Tu diaaa ! Ni emas pinjam untuk bergambar je ! Hahaha.. Bukan wife aku punya tau !Tak payah bernak rompak aku !   Tak berbaloi ! Haaa.. Tapi pemiliknya , yakni kawan aku.. memang suka beli emas. Katanya simpanan masa hadapan. Dan memang orang perempuan sekarang menyimpan emas. Er. sebenarnya dari zaman tok nenek kita lagi dah giler bab emas ni. Sememangnya aku akui walapun dulu agak berat nak terima ! Tak nampak akan kelebihannya sehinggalah Covid 19 memunculkan diri itu hari. Heheheh.. Timbul pulak rasa menyesal tak simpan jongkong emas dari kecil lagi. Hahaha..

Ok ok... Aku tau , korang memang banyak duit. Beli emas tu bagus dah. Tapi dah bayar zakat emas tak? Haa ??? Tak tau kena bayar ? Eh... ingatkan kena bayar zakat fitrah je eh ? Hahaha.. Zakat pendapatan tak layak nak bayar sebab gaji kecil.. eh ? Tapi emas boleh beli banyak banyak ? Owh... duit tabung gitu..




Tak kisah la apa pun alasan korang.. Emas dan Perak ni , jika korang ada buat harta , kena bayar zakatnya. Aku pernah nasihatkan seorang kenalan. Dia simpan banyak emas perhiasan ni. Tapi bila aku tanya pasal zakat emas , dia tak tau pun wajib kena bayar. Dia kata semua dia pakai ! Hahahaha.. Aku kata kat dia.. gi pusat zakat dan bertanya. Ingat.. harta harta kita ni leh jadi bebanan untuk kita di akhirat kelak ! Dan dia pun pergi laaa. Alhamdulillah... dia tunaikan kewajiban dia. Menariknya... rezeki dia berganda tahun ni. Makin  banyak pulak emas dia. Sapa kata kita muflis bila bayar zakat ? 

Jom tonton video dibawah ni dulu.. 


Sedutan infomasi dari laman sesawang Lembaga Zakat Selangor... 

Dalil Al-Quran:  “Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka kabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya”  (Surah At-Taubah : Ayat 34)


Sabda Rasulullah s.a.w: “Setiap pemilik emas dan perak yang tidak menunaikan haknya maka pada hari kiamat dijadikan kepingan lalu dibakar dalam api neraka kemudian diselar rusuk dan belakang mereka; setiap kali kepingan itu menjadi sejuk ia kembali dibakar semula pada hari yang kadarnya bersamaan dengan lima puluh ribu (50,000) tahun sehingga ia dihukum di antara hamba-hamba Allah maka dilihat jalannya sama ada ke syurga atau ke neraka”. (Hadis Riwayat Muslim).



Kategori Emas  : 
  1. Emas Perhiasan Wanita - Iaitu emas yang digunakan untuk perhiasan badan wanita, perkakasan atau perabot sama ada digunakan sekali-sekala atau berterusan. Emas perhiasan wanita wajib dizakat apabila jumlah beratnya melebihi ‘uruf(adat kebiasaan). Kadar uruf emas di negeri Selangor ialah sebanyak 800 gram (kadar uruf semasa).

  2. Emas Bukan Perhiasan - Iaitu emas yang dimiliki bukan untuk tujuan perhiasan sama ada dalam bentuk matawang, jongkong, tempa, barang kemas dan seumpamanya. Ia dikenakan zakat sebanyak 2.5% daripada jumlah yang ada sekiranya kadar yang dimiliki itu sama atau melebihi nisabnya iaitu 85 gram. Ia tidak sama dengan emas perhiasan wanita. Nisab emas yang tidak dipakai ialah sebanyak 85 gram.

  3. Emas Bercagar - Emas yang digadai adalah milikan sempurna dan wajib dizakatkan setelah ditolak nilai pinjaman dan upah simpan.
Pelaburan Emas Fizikal Haram ? Eh... Camana tu ? Haaa... Jangan ingat  asal pelaburan emas , semua halal tau ! Ada yang haram di sisi agama juga ! Kena hati hati dan ambil tahu juga. Camana tu ? Meh sini baca... 

Pelaburan emas tanpa fizikal adalah tidak patuh Syariah ! Ini kerana ianya menggunakan nilai harga emas semasa sebagai sandaran pelaburan mereka kerana pihak institusi sebenarnya tidak memiliki emas secara fizikal.

Hukum pelaburan seumpama ini adalah tidak sah dan haram. Ia termasuk dalam kategori jual beli sesuatu yang tidak wujud secara fizikalnya dan juga jual beli sesuatu yang tidak dimiliki oleh pihak yang menjualnya. Akadnya batil kerana tidak mencukupi syarat termeterai akad dari sudut kelayakan bertransaksi dan subjek yang diakadkan.

Segala keuntungan yang diperolehi daripada pelaburan ini adalah haram. Jadi ianya tidak wajib dizakatkan.Walau bagaimanapun, modal atau pokok pelaburan adalah harta yang halal. Oleh itu, jika ia melebihi Nisab, maka zakat wajib dikeluarkan sebanyak 2.5% daripada jumlah modal tersebut.

Manakala dalam keadaan Akad Fasid kerana tidak mencukupi syarat sah / rukun jual beli , tetapi diakhiri dengan berlaku proses qabd (pindah milik), maka diwajibkan zakat ke atasnya kerana status pemilikannya adalah sempurna. Iaitu wajib zakat (atas kedua – dua prinsipal dan keuntungan) untuk transaksi yg akadnya fasid tetapi disertai qabd.


Amacam ? Faham tak ni ? Kalau tak faham , boleh je hubungi Lembaga Zakat Selangor untuk pertanyaan lebih lanjut mengenai bahagian bahagian yang korang tak paham tu. Jangan buat buat paham kalau tak paham ! Haa.. boleh sesat jadinya. Heee.. 

Ok.. Camana nak kira zakat emas tu ? Meh.. klik je gambar di bawah ni.. Tapi kalau korang mudah pening cam aku ni.. Hee , aku lebih suka pergi terus ke Cawangan Pusat Zakat LZS yang berhampiran dengan aku. Aku kena bertentang mata baru boleh paham terutama bila melibatkan harta ni. Hahahaha.. Tak mo pendam dalam hati dan biarlah membayar dengan ikhlas.. gitu ! Heee..



Anda adalah HERO !! 

Jangan risau mengenai zakat anda itu. Setiap sen direkodkan dan dimanfaatkan sepenuhnya pada mereka yang memerlukan. Anda adalah hero mereka. Di kala pandemik ni, ramai yang memerlukan bantuan. Dan inilah tugas Lembaga Zakat Selangor. Mencari dan membantu meringankan beban mereka dengan wang zakat anda. 

Terima kasih pada anda ! Semoga zakat anda diberkati Allah. 



Ada banyak cara memudahkan untuk pembayaran zakat. Samada ke kaunter , atau juga melalui online. Segalanya dipermudahkan. Apa lagi alasan kita untuk tidak membayar zakat ? Semoga zakat anda diberkati Allah dan juga dimurahkan lagi rezeki.

Laman sesawang Lembaga Zakat Selangor : https://www.zakatselangor.com.my/zakat-emas/
Facebook : https://web.facebook.com/zakatselangor
Instagram : https://www.instagram.com/zakatselangor/




Terima kasih buat Frontliners negara kita ! 






Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (11)
    • ▼  Mei 2026 (1)
      • Kenapa pasangan baru menikah akan cepat 'berlemak' ?
    • ►  April 2026 (2)
    • ►  Mac 2026 (2)
    • ►  Februari 2026 (3)
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (171)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (16)
    • ►  Julai 2023 (14)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes