BEN ASHAARI




Tak perasan lak dalam gym yang dah 10 tahun aku gi ni , ada mesin ni ! Hahahaah.. Nampak sangat aku jenis tahu masuk workout dan blah. Isi air percuma pun jarang. Tandas pun boleh kira la beberapa kali masuk. 

Terperasan ada sorang kawan tu guna.. terus aku pun sibuk nak check juga. Nak gak tau hasil workout aku selama 2 tahun ni yang siap berpantang itu ini. Dan hasilnya.. er, aku cuma nampak berat aku naik 1kg dan BMI aku terlebih semula. Aku kena turunkan berat badan dalam 79kg untuk capai BMI ideal aku. Tapi jangan kurus sangat kan ? Tak.. kena ganti dengan banyakkan makan protein natural. 

Tapi ikutkan ok dah cuma kalau tengok dari gambar tu, aku baru perasan pasal Visceral Fat. Itu pun seorang rakan yang juga seorang doktor di Facebook tegur. Terima kasih atas komen doktor ! Saya hargai sangat. Kalau tak , memang tak amik port pasal ni.. 

Katanya tinggi. Apa itu Visceral Fat ? Aku terus google cari jawapan dan ianya sesuatu maklumat baru untuk aku. Bahaya juga menatang ni jika  terlebih dalam badan. Visceral fat adalah lemak yang terletak di dalam perut kita dan meliputi organ-organ penting seperti hati, pankreas dan ginjal. Visceral fat berbeza dengan lemak subkutan yang terletak di bawah kulit kita. 

Kenapa visceral fat berbahaya bila terlalu tinggi lapisannya ? Visceral fat boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan seperti diabetes, darah tinggi, penyakit jantung, strok dan kanser. Ini kerana visceral fat dikatakan mengeluarkan bahan kimia yang boleh meradang dan merosakkan sel-sel tubuh kita. Visceral fat juga boleh mengganggu fungsi hormon dan metabolisme kita.

Otot lengan tu macam ok dah. Tak nak besar dah. 

Muscle Mass 


Bone Mass 


Bacaan air dalam badan


Aku punya bacaan , 13%

Aku punya Visceral Fat ialah 11% . Sebelum ni mesti lagi teruk. Takpe.. kasi 2 bulan lagi. Tengok bacaan terbaru lak.


Ilmu baru untuk aku. Pentingnya kena jaga sebab ianya melibatkan penyakit penyakit berbahaya. Nampak gayanya , kena banyakkan berpuasa atau buat IF dalam 6 bulan ni. Workout , rasanya ok dah cuma mungkin kena kasi bikin HIIT dua tiga kali seminggu kot ? 

Bagaimana nak turunkan visceral fat ni ? Melalui pembacaan aku , pertama sekali... jangan stress ! Jaga tidur dan waktu rehat kita. Dan yang ketiga ialah jauhi pemakanan bergoreng , makanan ultra process dan juga fruktose ! Hurmm.. turunkan dulu barulah boleh ambil sedikit sedikit pastu. Bukan tak leh langsung. Tapi kena sihatkan dulu. Yer, aku ada masalah bab fruktose tu sebab aku suka makan buah. Dan juga sedikit stress. Maklumlah , jaga 3 orang anak. Bila bergaduh, masing masing mengadu pada aku. 

Metabolic age , 23. Nasib baik Islam melarang warna rambut hitam ! Kalau tak.. confirm janggut dan rambut aku kembali hitam. Hahahahhaa... Dah laaa , Ben oii ! Dah tua , buat cara tua. Kubur dah memanggil tu.. Hee.. 

Menjaga kesihatan ni sunnah. Jangan jadikan alasan tua untuk malas jaga perut kita tu. Bila badan fit, nak gi masjid surau jalan kaki pun takda masalah. Nak bangun subuh pun ok jer. Kalau sebelum ni, asal nak bangun subuh jer, mesti sakit kepala. Kena cool 10 minit, baru boleh bangun. Tapi sekarang... alarm belum bunyi, aku jaga dah ! Tuuuu diaaa aih ! 

Semoga Allah berkati niat kita dalam menjaga kesihatan. Kawin dua itu bonus. Eh.... 

Share
Tweet
Pin
Share
No comments


Ada dua jenis yogurt greek , sepengetahuan aku. Yogurt yang biasa tu , tinggi gula manakala yogurt greek pula , rendah gula. Manfaat yogurt greek ni banyak terutamanya mereka yang gemar bersukan dan juga nak menjaga kesihatan. 

Berbeza dengan yoghurt biasa, greek yoghurt memiliki kandungan protein yang lebih tinggi. Dengan tercukupinya kandungan protein, maka tubuh lebih mudah dalam menjaga pertumbuhan sel, membangun otot, dan memperbaiki  bahagian yang rusak. Tak hanya kesihatan, protein juga penting untuk menjaga kecantikan.

Antara manfaat mengamalkan yogurt greek dalam diet pemakanan harian kita ialah : 
  1. Sumber kepada pelbagai nutrien seperti protein , magnesium , kalsium , fosfurus , kalium dan juga mengandungi lemak lipid.
  2. Bagus untuk kesihatan tulang
  3. Baik untuk perut
  4. Makanan pemulihan selepas bersenam ( recovery )
  5. Boleh membantu merendahkan kolestrol
  6. Mengurangkan risiko diabetis type 2
  7. Berpotensi mengurangkan risiko penyakit metabolik




Yogurt greek sedap bila dicampurkan dengan buah buahan seperti mangga , pisang , buah delima , berries atau dicampurkan dengan sedikit madu tualang atau madu tulang. Bila boleh ambil yogurt greek ni ? Bila bila masa saja bila lapar ! Tapi awas.. bila sedap tu, jangan makan banyak pulak ya. Ambillah secara sederhana. 

Untuk info lanjut mengenai Yogurt Greek ni , korang boleh baca di SINI. SINI. 


 

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments


Bukan mudah sebenarnya tapi ini je la aku mampu nak buat supaya mereka membesar menjadi insan insan yang bermanfaat di atas muka bumi ini. Alhamdulillah , walaupun awalnya dulu mereka sukar untuk ikut aku bersama dan lebih mudah untuk bersolat di rumah tapi sekarang , masing masing boleh je melangkah masuk ke dalam kereta dan menuju ke masjid untuk solat subuh berjemaah. Satu kelegaan untuk aku. Samada mereka kusyuk atau tidak , moga Allah akan bantu hati mereka.  

Aku bercerita kepada mereka kenapa kita kena bangun subuh dan pergi berjemaah. Antaranya, ketika itulah kita dapat berdoa qunut nazilah berjemaah di awal pagi ! Camana kita nak lawan Israel kalau tidur pun kita gagal nak lawan ?? Haaa... Pastu awal awal pagi ni la kita nak lihat dunia tanpa kekotoran. Udara segar.. nyaman. 

Dan aku juga turut bercerita pada dia mengenai seorang lelaki yang sering aku nampak satu tika dulu ketika nak hantar wife ke pejabat. Lelaki tu buta. Sering berjalan kaki sebelum masuk waktu subuh dan juga tiap kali sebelum azan fardu berkemundang. Dia menuju ke masjid. Bertongkat. Seorang diri. Nah.. tidak ada rasa malukah pada kita yang cukup sifat ni ? 

Kalau kita nak berubah , kita mulakan langkah ke masjid atau surau berdekatan untuk solat subuh berjemaah. Amalkan selama seminggu dua. Pergilah sebelum azan berkemundang. Duduk dan berdoalah meminta kebaikan dan keampunan dariNya. Tak perlu tunggu nak ke Mekah dan berdoa depan Kaabah. InshaAllah... selebihnya , biar saja Allah yang tentukan hala tuju kehidupan kita. Yang penting , kita merayu dan meminta dariNya.

Sabda Rasulullah SAW: "Berilah khabar gembira kepada orang yang berjalan ke masjid pada waktu gelap bahawa dia akan mendapat cahaya yang sempurna di akhirat kelak." (Riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)

Rasulullah SAW bersabda: "Solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat Isyak dan Subuh." (Riwayat Ahmad)

Semoga Allah melindungi anak anak kita dan menjadikan mereka , khalifah yang beriman dan beramal soleh serta amanah , jujur dan ikhlas dalam apa jua bidang yang mereka ceburi... 

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

 


Ingat lagi tak kes ni di Piala Dunia Qatar yang lepas ? Lepas dia buat camni , terus pasukan hancur lebur. Heee.. Gagal layak sama sekali ke pusingan ke 2. Iskh iskh.. Tak lama lagi , negara ni menjadi tuan rumah Euro 2024 pulak. 

Persoalannya.. apakah kita nak boikot dari menonton secara langsung nanti ? Ke nak gi kedai mamak je layan ? Hahahaha... Eh , kenapa kena boikot ? Pertama sekali... aku amik isu paling panas dan penting masa kini.. Pembunuhan berama ramai di Palestin. Apakah tindakan dari Eropah terutama Germany ni ?

Ketika undian menjadi Palestine sebagai ahli tetap di PBB , mereka memilih untuk BERKECUALI ! Begitu juga beberapa negara negara besar yang bakal bertanding di Euro 2024 nanti seperti Itali , Swistzerland , United Kingdom , Ukraine Croatia , Austria , Albania , Netherlands , Lithuania dan Latvia. Manakala menolak , Czech dan Hungary. Manakala sebab kedua ialah Rusia kena sekat oleh FIFA tapi Israel tidak la pulak eh ?

Kita tengok pulak penaja penaja besar untuk kejohanan ni. Heee.... Ada nampak tak kat bawah tu ? Nah.. Tu diaaaa.... nama nama besar dalam menyatakansokongan terhadap si zionis tu ! Apakah tindakan kita ? Nak layan gak ke bola ni ?

Kalau aku , sejujurnya aku tengok bola yang lepas pun kerana ada negara Asia masuk bertanding dan ianya di Qatar. Tu pun tonton yang percuma punya di tv. Nak berbayar tu tidak la ! Tapi untuk kali ni, sebagai sokongan aku terhadap All Eyes On Rafah , memang aku tak nak layan la. Sekadar tengok keputusan je la kot. Tu pun kalau lalu depan mata aku. Kalau takda , takda la... 




Amacam ? Heeee.... kaki bolah mesti mengigil punya la. Mencari sebab untuk menonton. Antaranya , jangan libatkan sukan dengan politik atau isu semasa. Bodoh kan ? Hahahaha.. Bayangkan jika negara kita di situasi Palestin tu. Negara lain sibuk bersorak layan bola, kita berlari sana sini menyelamatkan diri tanpa makanan ! Dan menariknya , negara jiran tutup pintu untuk kita... Ko rasa ?

Kita tak mampu nak pergi membantu. Berdoa sudah.. sekali lagi kita tunjukkan kekuatan kita bersama ! Tak perlu layan EURO 2024. 


 
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

Aku pengemar kopi. Satu tika dulu. Begitu juga dengan isteri aku yang nombor 1 tu. Yang nombor dua dan tiga tu, aku tak tau diorang suka kopi ke tak sebab belum ada lagi. Awal awal dulu aku suka layan kopi ni , di KLCC. Lepak cuci mata ngan kawan kawan aku kat Coffee Beans. Kira nampak kaya la kononnya. Sekali beli mau dekat RM10 lebih gak la. Tu zaman aku remaja la. 

Bila dah kawin , lifestyle berubah. Mengopi ngan isteri lak. Asal keluar shopping mall, wife mesti nak minum. Aku pun join sama la. Tertarik dengan bau kopi tu. Pastu minum dek kerana nak membakar lemak lemak. Kan kopi ni ada unsur fat burner. Kononnya.. padahal letak creamer n gula lagi. Bingai tul la kalau dikenang kenangkan semula. 

Jadi blogger lak.. kena review produk termasuklah produk workout ni. Macam macam produk dah aku review. Yang percuma.. yang berbayar. Pastu lak , kebanyakkan minuman tu mengandungi kafein. Pergh...Sempurna sungguh kehidupan ! Siap jadi duta kopi lagi. Hahaahaha.. naya sungguh la perut aku. 

Tahap ketagihan aku pada kopi ni , sampaikan bila nak memandu balik kampung tu.. wajib kena dua tiga sachet ! Baru puas. Memula tu , satu ok dah. Lama lama tak syok pulak satu. Kasi up satu lagi.. dan lagi. Kesudahannya.. 16 jam memandu baru sampai kampung dek kerana kerap mengantuk. Bila sampai kampung , terus nak cari katil. Terlalu penat. 

PKP Covid 19... aku kena anxiety kerana kerap mengambil tahu isu semasa. Ditambah pulak ada yang rajin dok forward forward berita dalam luar negara.. dengan kes jangkitan dan kematian melibatkan kenalan dan sanak saudara , jantung aku tak terkawal laju. Siap boleh dengan lagi dengupan jantung. Asyik pikir nak mati jer. Sampaikan wife aku nak gi kerja pun aku tak kasi. Risau ! Kalau nak pergi , kena pakai face mask siap face shield ! Macam orang giler dah rupa. Hahahaha.. 

Urat tegang dek kerana Anxiety ! 

Muka penuh gula !

Nak gi brisk walk pun takut.. Anxiety !!

Ubah gaya hidup... diet pemakanan terutamanya.

 

Alhamdulillah.. wife aku walaupun dia pengemar kopi dia masih ada batas. Dia minum tak abis pun tapi gemar minum hari hari. Dan kesannya ? Dia pulak ada gastrik teruk. Bila aku kaji balik gaya pemakanan kitorang... semua salah sendiri. Malah anak anak pun aku kesian sebab mereka makan apa yang kami beli.. dan mereka pun selalu jatuh sakit ! 

Maka aku berhenti segalanya termasuk kopi ni. Aku perasan bila aku minum je kopi , perut akan kembung dan belikat aku mula sakit. Bangun tidur , terasa pening . Huhhh... Begitu juga dengan isteri aku. Kalau nak kejut bangun tidur , kena kejut perlahan lahan. Jangan kasi dia terkejut. Kalau tak , sakit kepala. Sekarang ??? Alarm tak bunyi lagi kami dah bangun dan cergas ! 

Sekarang kalau nak balik kampung pun , aku tak de nak minum kopi atau minuman penambah tenaga. Aku boleh je memandu sampai dalam 8 jam perjalanan ke Kelantan. Tu pun sebab berhenti solat dan tandas. Kalau tak , boleh je 6 jam. Dulu aku ingatkan mustahil.. rupanya boleh jer ! 

Semakin ramai golongan muda jatuh sakit dengan mudah. Kebanyakkannya menyalahkan vaksin. Ya , vaksin tu kasi trigger tapi racun dalam badan kita ni , sejak dari kecil lagi dah berkampung. Gaya pemakanan kita dari kecil lagi !! Susu tepung... jajan.. gula  gula. Air gas.. biskut.. roti ! Makanan segera seperti megi , roti berkrim.. susu susu putih di pasaraya tu.. air kotak.. air tin.. makanan dalam tin.. makanan pantas di pagi hari macam cereal.. coklat coklat manis.. Haiihh.. banyak kalau nak disebut. 

Korang yang suka kopi ni, cuba buat kajian sedikit mengenai kafein ni. Aku tak nafikan ada kebaikan kopi ni tapi keburukannya amatlah tak bagus untuk tubuh badan untuk jangka panjang. Nak minum seminggu sekali , ok jer.. Pastikan hanya kopi tanpa sebarang campuran saja. Kalau ada campuran.. memang cari penyakit la ! 

Aku lebih sihat.. segar tanpa kopi.  Sekadar nasihat... terpulang. 


Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Makin membiak lak dia ! Besar besar lak tu. Aku suka tengok diorang ni sebab kerajinan mereka mencari rezeki dari malam hari lagi hinggalah subuh hari. Kejap lagi bila matahari dah mula menyinar, mereka hilang. Aku pun tak tau mana rumah mereka. Takda kesan pun. 

Tapi yang aku perasan la kan.. rumput depan rumah aku ni makin menghijau berbanding sebelum ni macam nak kering mati dah. Takda la pulak aku membaja tanah tu tapi baru baru ni ada la tanam pokok pandan. Mati ! Mungkin kerana cuaca kering masa tu. Sekarang dah kembali hijau. Rasanya nak tanam semula pokok pandan kat situ. Pokok kari pun ok. Atau pokok moringa. Haaa.. pokok moringa ni bagus. Sangat bagus khasiat dia untuk kita. Nak beli serbuk moringa pun mahal ! 

Bila aku google mencari info pasal siput babi ni , yang banyak cumalah camana nak hapuskan binatang ni. Adeh... apakah dia merosakkan tanaman ? Aku tak tau sebab aku tak berkebun. Tapi untuk pengetahuan mereka yang tak tau macam aku ni.. lendir dari siput babi ni amatlah bagus untuk perubatan kosmetik ! Haaaa... hukum penggunaan siput babi dalam penghasilan produk kosmetik adalah harus. Boleh rujuk di SINI. 

Buat masa ni , aku biarkan je la diorang. Selain siput babi , aku juga 'bela burung' di luar rumah tapi tidak bersangkar. Kasi diorang beras dan nasi putih setiap pagi jika ada lebihan. InshaAllah, selagi aku murah rezeki.





SIPUT BABI DALAM EKOSISTEM

Siput babi adalah hidupan cengkerang yang penting dalam ekosistem. Siput berfungsi menguraikan sayur dan buah yang jatuh ke tanah. Apabila ia mati atau dimakan oleh haiwan lain seperti burung, itik, dan sebagainya akan mengitar semula kalsium kepada tanah semula.

Walaubagaimanapun, siput seeing disalah tanggap sebagai haiwan perosak kerana ia sering memakan daun pada tanaman dan dibunuh dengan meracun pokok tersebut sedangkan is merupakan sumber makanan haiwan pemangsa lain yang boleh dimanfaatkan. Tanpa siput, sisa lebihan tanaman tidak dapat diuraikan dan membantu Kita mengurangkan lebihan sisa organik yang jatuh di atas muka bumi Kita.

Di dalam Islam, Kita digalakkan bersedekah kepada haiwan-haiwan yang berzikir kepada Allah swt. Haiwan juga akan mendoakan sesiapa jua yang bersedekah dan memberi makanan kepada mereka. Dengan tidak meracun kawasan rumah dan kebun Kita akan membolehkan pelbagai haiwa mendapat manfaat dan berterusan jariah dari setiap perbuatan Kita kepada mereka.

Oleh itu, menjaga alam sekitar bukan saja satu tindakan menjaga kelestarian Alam sekitar tetapi juga satu cara menambahkan jariah Kita secara tidak langsung kepada Allah swt. Jika tidak meracun, potong saja rumput dari masa ke semasa dan menjadikan lebihan sisa makanan menjadi baja semulajadi iaitu baja Kompos atau makanan untuk haiwan kecil seperti siput agar dapat mengembalikan sumber calcium ke dalam tanah dan menyuburkan lagi tanam Kita.

Sumber - Ecopro Training Centre - Kebun Abi


Share
Tweet
Pin
Share
2 comments


Ada kawan kawan tanya , memandangkan aku dan keluarga dah jarang nak makan malam selepas jam 8 , apakah yang akan kami makan jika terasa lapar ? Dah la tak makan nasi putih banyak.. lauk pauk pun tak banyak. Cuma ada satu dua makanan tinggi protein dan fiber saja. Nasi putih, cuma segenggam jer si wife dan anak anak ambil. 
 
Untuk pengetahuan rakan pembaca , di rumah aku dah memang tak beli roti putih mahupun roti berkrim. Tiada lagi biskut biskut kering apatah lagi biskut berperisa. Tidak seperti dulu lagi terutama ketika PKP. Air manis pun dah takda. Sesekali je wife beli air kotak teh bunga yang kurang manis. Saja nak minum. Tu pun ambil masa 3-4 hari untuk abis. 

Jika terasa lapar atau nak mengunyah , antara makanan yang ada untuk dimakan ialah pisang , anggur , almond , walnut dan juga kurma. Kalau nak  tahan lama, simpan je almond dan walnut. Buah buahan ni cepat rosak. 

Almond atau kacang badam dan walnut ni takda rasa. Tawar jer ! Tu yang bagus. Malah boleh dimakan pada bila bila masa saja dan yang penting , khasiat yang terkandung di dalam kekacang ni sangatlah tinggi ! Kita ambil tahu dulu pasal almond ! Nanti cerita pula pasal walnut.. 

8 Khasiat Kacang Badam (Almond) Berdasarkan Kajian
  • Padat dengan Nutrien
  • Mesra Jantung
  • Mesra Penglihatan
  • Sumber kepada Antioksidan
  • Mengurangkan Risiko Penyakit Kardiovaskular
  • Mengurangkan Kedutan Kulit
  • Membantu Mengawal Gula Darah
  • Boleh Mengurangkan Rasa Lapar dan Mengurangkan Pengambilan Kalori
  • Membantu Menurunkan Berat Badan
  • Brain Booster
  • Bantu Pertumbuhan Rambu
Ni antara kandungan yang ada dalam almond
  1. Protein
  2. Serat
  3. kalsium
  4. Magnesium
  5. Kalium
  6. Zinc
  7. Selenium
  8. Kuprum
  9. Phosphorus
  10. Biotin
  11. Riboflavin
  12. Niacin
  13. Zat Besi
  14. vitamin E
  15. antioksida yang tinggi
Almond juga mengandungi kandungan lemak yang tinggi, tetapi 90% daripada lemak tersebut merupakan lemak tidak tepu (unsaturated fat). Lemak ini sangat diperlukan oleh badan kita. 






Nah... pagi pagi , kasi anak anak sorang 3-5 biji almond dulu sebelum diorang nak makan makanan yang punya karbohidrat tinggi. Atau jika malam sejam dua sebelum nak tidur , kasi juga almond beberapa biji. Untuk mereka yang nak bersukan , juga bagus sebagai sumber tenaga dan juga mempunyai khasiat untuk otot. 

Mana nak beli almond ni ? Almond mahal ? Gi kedai Arab atau kedai organik. Biasanya mereka ada jual almond yang siap boleh di makan . Inshaallah stok boleh tahan lebih 2 minggu. Cubalah amal setiap hari... nanti akan nampak perubahan pada kesihatan kita. 


Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

Alhamdulillah... dah ada Mykad pun dia. Dulu masa Mykid , aku yang gi uruskan seorang diri. Tak sangka sebenarnya aku boleh buat. Hahaha.. Biasanya bab bab gini , wife yang uruskan. Aku tak suka urusan dokumentasi ni. Leceh. Dan memang leceh. Nasib baik ada kawan yang tolong bantu permudahkan urusan aku. 

Untuk urusan pertukaran Mykid kepada Mykad ni, tak susah pun. Pertama sekali, buat dulu  temujanji dengan cawangan JPN berdekatan dengan korang. Urusan di kaunter cuma ambil masa 10 minit jer. Korang jangan la pulak gi tepat masanya. Gi la awal sedikit. Kekadang tu, memang dah ada kekosongan. Sampai je kat situ terus ambil nombor giliran. Kalau hari biasa , inshaAllah cepat je urusan.

Pastikan dokumen cukup ye masa nak gi buat tu. Rujuk link di bawah. Aku dah sertakan. Aku tak nak kasi sini takut ada penambahanbaikan di web mereka. Sebaiknya rujuk sana terus. Dan bila nak pergi amik Mykad yang dah siap , jangan lupa bawa juga Mykid bersama resit. Mereka nak tengok dua dua ni. Kalau terlupa bawak ? Hahaha.. balik je la rumah. Esok je gi amik. Nak ambil , takda masalah. Bila bila boleh. Cuma jangan datang waktu rehat tengahari. Takut tutup sebentar. Aku tak pasti hari biasa tapi aku gi pada Jumaat , memang tutup sampai 2.45 petang.

Oh ya.. pastikan buat penukaran dalam tempoh 30  hari selepas hari lahir anak kita. Kalau terlebih ? Kalau terlebih , kita kena bayar duit proses penukaran. Rasanya dalam RM10 jer. Kalau takda masa tu, jangan kalut kalut.. Standby duit je. Heeee.. 

Dan amik gambar kat sana gak. Pakai baju elok elok warna gelap.. Pastikan rambut dah sisir rapi. Jangan jadi macam aku. Terpacak macam landak kena tembak jer ! Senyum ! Kang tak kacak gambar tu , sian lak diorang. Masuk usia 18 baru boleh tukar baru. Hahahaha.. Kang gi sekolah menengah , jadi bahan lak gambar tu. 


 

Rujuk sini untuk info lanjut : https://www.jpn.gov.my/my/perkhidmatan/kad-pengenalan/mykad-12
Cawangan Jabatan Pendaftaran Negara : https://www.jpn.gov.my/my/hubungi-kami/direktori-cawangan
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments


Perrghh.. betul ke sampai level gini pelajar pelajar kita ? PISA ni betul ke buat kajian atau main hentam je ? Tapi kan.. kalau diikut ikutkan la... aku rasa ada benarnya juga. Level pendidikan kita ni masih gitu juga walaupun sukatan dah level lain macam ! Tapi sayangnya , gagal menarik minat para pelajar. Ramai yang belajar sekadar untuk lulus saja ! Minat tu agak kurang ! Belajar untuk masuk asrama dan seterusnya ke Universiti. Pastu dapat kerja elok elok dan bergaji tinggi. Boleh buat loan banyak banyak. Beli kereta best best dan rumah besar. Pastu kawin. Pastu ulanglah menda yang sama sampai ke anak cucu cicit ! Gitu...kan kan ? 

Dalam banyak banyak mata pelajaran la kan.. Sains je nampak menarik sebab ada makmal. Di sana para pelajar boleh buat macam macam praktikal. Pastu pendidikan jasmani. Boleh berada di padang dan bermain. Kalau pendidikan seni lak , kekadang jadi bosan sebab kena bawak barang dari rumah. Kos tinggi ! Matematik ? Cikgu kasi nota dan buat latihan. Latihan , latihan dan latihan. Hanya untuk pelajar mahir dan bersedia untuk ujian. Tapi mereka  tak didedahkan untuk apakah mereka belajar matematik ni. Begitu juga dengan English.. Mereka boleh bertutur tapi belum tentu dapat menulis dengan baik. Kenapa ? Tak menarik ! 

Cikgu cikgu kena lebih kreatif bila mengajar ! Hahahaha..cikgu gak kena ! Aku tak salahkan cikgu ! Aku salahkan Kementerian Pendidikan dan juga Menteri Pendidikan samada yang lepas dan sekarang. Bebanan tugasan adalah masalah pada guru guru zaman sekarang. Ya... aku tahu. Tu pasal jeling pada kementerian ! Hahahaha.. nasib ko la nak ! 

Bagaimana nak menjadikan sekolah tempat menarik seperti pergi ke  taman tema ? Apa yang boleh membuatkan murid murid ni rindukan sekolah selain dari berjumpa kawan kawan ? Bila sekolah jadi tempat menarik untuk dikunjungi, pastinya mereka akan lebih mudah memahami dan mampu menguasai ilmu. Bukan sekadar datang sekolah untuk belajar dan lulus ujian. 


Tukar lagi. Bersediakah anak anak kita ? 

Cikgu yang menarik dan kreatif , akan membuatkan para pelajar gembira bila belajar.

Tak kiralah.. samada nak belajar secara online atau bersemuka , cikgu cikgu berpengalaman mahupun yang segar dari ladang , perlu kreatif setiap hari bila berdepan dengan anak anak murid. Bagaimana nak membuatkan mereka ambil perhatian pada cikgu ? Jangan jadi cikgu yang sekadar masuk kelas.. ajar dan keluar. Tunggu hujung bulan... gaji ! Sian anak anak bangsa Malaysia ni ! 

Pastikan tiada murid yang ketinggalan. Jangan sekadar fokus pada murid cemerlang. Cabaran guru dan juga Menteri Pendidikan, pastikan semua berjaya ! Jika ada yang tercicir... salah kita. Ibu bapa, guru dan juga Menteri ! 


Belajar Secara Bersemuka dengan guru berpengalaman 

Belajar Secara Online

Mencari pusat tuisyen ? Layari www.flyhigh.my sekarang ! Jangan biarkan anak anak kita terpinga pinga ! Mereka anak anak yang pintar. Kita yang perlu asah mereka. 

Facebook : https://www.facebook.com/flyhigheducentre
Share
Tweet
Pin
Share
No comments


Menghitung hari je si Zahra ni nak menyambut hari lahir dia yang ke 10.  Alhamdulillah... Besar dah si anak dara ni. Sekejap je masa berlalu. Dia harap dia ada ada perempuan. Ibunya dah tutup kilang .Hahahaha.. tak nak dah katanya. Kalau nak, dia kata kena la daddy kawin lagi. Eh... tu aku yang tambah sendiri. Hahaha.. Cari pasal. Beras mahal zaman Madani. Serba serbi mahal. Cukuplah 3 dengan bini sorang. 

Cabaran membesarkan sorang anak dara di kalangan 2 anak lelaki memang lain macam sikit. Perangai dia sedikit lasak dan keras. Tapi keperempuanan tu tetap ada. Takda la nak jadi jantan atau nak main permainan jantan. Masih dengan kegadisannya. 

Ingat lagi detik detik menyambut dia keluar. Ramai kata macam muka aku. Auch... Kening , mata dan hidung.. memang ikut aku la. Anak mami. Hahaha. Membesarkan dia , tak banyak kerenah. Dua kali masuk hospital. Pertama sebab jatuh dan luka pada dahi. Yang kedua , jangkitan kuman pada paru paru dek kerana batuk dan selsema berpanjangan. 

Dek kerana inilah aku cukup berjaga jaga bila anak anak jatuh sakit. Aku memang takkan biarkan mereka batuk dan selsema berpanjangan.  Alhamdulillah , aku dah tahu camana nak elakkan mereka dari batuk berkahak dan juga selema berpanjangan. 

Ketika umur 5 tahun.. dia ada masalah kenal huruf. Malah nak pakai selipar pun dia asyik terbalik. Kalau menulis , mesti semua terbalik. Ada aku tulis di entri TULISAN TERBALIK ! PAKAI SELIPAR PUN SALAH ! BENARKAH ANAK KITA ITU ADA DYSLEXIA ? ZAHRA ADA TANDA-TANDA TAPI..

Alhamdulillah.. ketika PKP aku dan wife gunakan masa yang ada itu untuk mengajar Zahra dan Aariz mengenal huruf. Rupa rupanya benarlah sangkaan aku. Dia ada 'perangai' aku yakni.. seni ! Dia cukup suka berkarya. Melukis antaranya. Dan mana tau kan , dia akan gantikan aku sebagai penulis blog pula. Idea dia ada... dan bila dia berkarya, dia akan duduk senyap senyap dan tak kasi orang baca sehinggalah dia berpuashati dengan apa yang dia tulis. Gitulah..



 

Sekarang dia dah 10 tahun usia. Dah darjah 4 pun. Membaca BM dan BI takda masalah. Membaca Al Quran pun takda masalah. Mengira pun takda masalah. Kalau masuk kelas online bersama FlyHigh Education Centre , dia mampu je uruskan diri sendiri. Malah dia gembira ketika belajar secara gitu. Mudah tangkap dan jika tak tau.. dia terus tanya seolah olah cikgu depan dia jer ! Alhamdulillah.. Banyak dah perubahan dia. 

Selamat Hari Lahir Zahra Nur Iman.. semoga menjadi anak yang berjaya di dunia dan akhirat. 
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments


Golongan yang menolak vaksin atau anti vaksin sedang tersenyum sinis. Bertepuk tangan dengan mengatakan mereka yang mengambil vaksin ni , kena tipu ! Hurm.. masih ingat lagi ketika awal awal Covid 19 menyerang dunia dan ramai tewas termasuklah ahli keluarga , saudara mara , jiran tetangga , sahabat handai dan kenalan kenalan di media sosial. Tiba tiba dijangkiti dan... ada yang nazak dan ada yang pergi terus ! Siren ambulan siang malam kedengaran. 

Apakah solusi yang ada ketika itu untuk mencegah atau merawat ? Ubat ubatan terhad dan melambung tinggi ! Yang keluarkan produk sendiri , yang cipta resepi sendiri pastu jual dengan harga yang tinggi. Macam macam kisah ada ! Benar benar bikin untung. Yang berkemampuan , ok la. Yang takda duit nak beli ni camana ? 

Aku bukanlah pencinta vaksin. Aku sendiri pun tak nak ambil tapi disebabkan kita hidup bermasyarakat dan saranan kerajaan untuk wujudkan imuniti berkelompok , aku antara mereka yang 'terpaksa' menadah lengan untuk dicucuk dan seterusnya menyerahkan diri kepada Allah. Tawakal sajalah.  Ramai tak nak... tak pe. Tapi untuk memastikan Covid19 ni tidak menular bertahun tahun lamanya hingga ramai hilang pekerjaan dan mata pencarian.. ini antara solusi yang ada. 

Kesan sampingan ? Aduh.. cuba bagitau aku apa atas dunia ni yang takda kesan sampingan ? Hanya satu jer.. Mencintai Allah dan rasulNya. Sempurna. Kau gi keja , harung jalan sesak. Bikin stress. Tu belum part kena langgar tiba tiba walaupun dah memandu dengan berhemah. Makan ? Tu yang ada berproses ? Yang asli macam ayam ikan lak , ingat takda kesan sampingan ? Yang merokok.. yang hidu asap kenderaan.. yang makan jajan , makanan dalam plastik , dalam tin.. semua tu ada kesan jangka panjang ! Hanya menanti masa saja. 

Satu je la aku minta... hormati je la. Ramai kawan kawan yang dah cucuk ni , bukan sakit sebab vaksin tapi tekanan perasaan ! Mereka auto jadi takut bila ada puak puak yang mengambil kesempatan ni bikin duit ke atas mereka dengan mengeluarkan pelbagai pendapat dan produk ! Kalau nak tolong , kasi percuma je la. Bukan jual. Sekurang kurangnya vaksin yang diambil rakyat ni , percuma. 

Ingat lagi aku.. awal awal vaksin sampai Malaysia , diberikan pada golongan VVIP dan ramai marah. Pastu kata pulak vaksin ni sekadar air suam jer. Aduh.... pening kepala ! 

Vaksin kau takut.. makanan yang penuh beracun tu, takda pulak nak kisahnya ? Cer tengok balik apa kita makan kelmarin.. semalam dan hari ni ? Tu yang hisap vape tu... tu yang memandu kereta cam celaka tu ! 

Bersyukurlah kita masih bernafas. Dan tolonglah hormat. Kau tak amik vaksin, diam. Kau amik, diam. Bagi yang jatuh sakit tu , semoga Allah berikan kesembuhan. 

Sejujurnya aku pun tak percaya Covid 19 . Tapi apa pilihan yang aku ada ? Berserah kepada Allah dan senantiasa menjaga kesihatan dengan menguatkan sistem pertahanan badan dengan mengambil makanan berkhasiat dan elakkan makanan yang tinggi keradangan. 
Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

Sesungguhnya , aku dah berjaya lakukan tanpa sebarang suppliment sintetik ! Heee... kalau dulu , aku nak turunkan berat badan , aku ambil fat burner yang mengandungi kafein dan beberapa bahan lagi yang dikatakan boleh membantu menaikkan metabolisme dan membakar lemak ! 

Memang berjaya tapi ada kesan sampingan ! Jantung laju wooo ! Mungkin kita anggap biasa tapi sebenarnya tak bagus untuk jangka panjang. Korang boleh buat kajian sendiri. Aku malas nak cerita lebih tapi aku dah ada beberapa pengalaman termasuklah rambut gugur !! 

Bila berhenti ambil fat burner , badan mula naik balik kerana selera makan bertambah. Tak boleh nak kawal sebab tak tau nak kawal camana. Kesudahannya , badan jadi sebu dan gebu. Orang kata bila berisi ni nampak muda tapi yang diorang tak tau ialah penyakit mula nak menyinggah. Dalam gambar di bawah ni , aku ada masalah sakit sendi di lutut dan siku. Perut berlemak kiri dan kanan ! Punya payah nak hilangkan. 


Otai otai gym ada ajar. Jaga makan.. jaga makan ! Katanya diet ! Tapi dalam diam diorang ambil barang juga untuk hilangkan lemak. Nak diet 100% ? Diorang takut hilang size otot. Heehehee.. Dengar boleh nak caya 100% tu , tidak lah. Tapi ada yang benar benar kasi tips pemakanan sihat dan berdisiplin. Bentuk badan pun kita boleh tau dah sapa yang benar benar asli ! 

Nak makan apa ?? Zaman ni sejujurnya ada banyak infomasi di hujung jari berbanding ketika aku di usia 20-30an. Main belasah makan. Kata mereka jaga gula, jaga minyak dan jaga lemak ! Dah tu nak makan apa jer ??? 

Masa tu aku memang tak tau la nak makan apa jer tapi sekarang dah tau apa yang patut aku makan dan apa yang patut aku elakkan . 

Ambil complex carb ! 

Telur tinggi kolestrol ? Banyakkan membaca lagi. 

Kesihatan perut amatlah penting dalam usaha nak menurunkan berat badan. 

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Sebenarnya aku penat nak cakap pasal kesihatan ni. Kalau ada yang berfikiran aku sibuk cakap pasal ni dek kerana aku jual halia maka.. hurm , tak pe la. Aku nak tukar bidang jualan. Jual makanan yang ada perisa dan manis , inshaAllah akan lebih menguntungkan aku sebab ramai rakyat Malaysia ketagihan kemanisan dan tak hiraukan kesihatan sehinggalah doktor kasi tau yang dia ada penyakit berbahaya ! Masa tu barulah mengelupur nak jaga kesihatan dan sanggup berbuat apa saja untuk kembali sihat.  

Dulu aku macam tu gak. Aku tak kisah. Selagi mana aku bersenam , rajin berlari dan keluar masuk gym, berpeluh... inshaAllah aku sihat ! Kononnyalah ! Hampeehhh... makin teruk adalah. Dan penghujungnya , aku kena anxiety seperti mana yang korang tau la. Kalau rajin nak selongkar entri entri aku yang lepas..banyak kali dah aku cerita pasal ni. 

Nak kenal tak golongan golongan berisiko ? Pertama.. yang selalu pegang air kopi manis manis ni. Dan biasanya pipi mereka tembam ! Badan pun mula dah membiak lemak lemak terutama di bahagian bawah badan dan seterusnya lemak perut ! Mereka akan cover dengan mekap tebal di muka ! Kenapa mekap tebal ? Sebab muka dah nampak tak bermaya. Kulit pun dah tak glowing...

Apasal lak pipi tembam ? Abis tu budak budak ? Baby tu ?? Baby tu tembab sebab apa ? Dalam perut ada diorang bersenam ? Ada diorang kawal makan ? Makanan masuk dari mana ? Bila keluar.. tu yang size besar dan gebu.

Pastu diorang membesar.. apa yang mak ayah kasi makan ? Tabiat gini dah dibina sejak dalam kandungan lagi. Tu pasal sekarang , muda muda lagi dah ada macam macam penyakit ! Dah dari kecil lagi kita bina banyak kem racun dalam tubuh badan kita. Tunggu nak trigger jer ! 





Yer... aku tahu , kopi tak bersalah. Nasi tak bersalah. Tu kopi dan nasi zaman tok nek kita la. Zaman sekarang ni , yang berkhasiat semua spesis yang tak mampu beli. Yang mampu kita beli , cuba check camana kandungannya. Check laa... 

Bila kita ke pasaraya... apa yang kita beli ? Pasti ada makanan yang tak berkhasiat untuk anak anak dalam troli tu dengan alasan bukan selalu pun ! Brooo... memang bukan selalu tapi pernah dengar tak sikit sikit , lama lama jadi bukit ! Makanan makanan gini selalu akan membuatkan ketagihan dan paling teruk , merosakkan sistem imun anak anak kita. Sebab itulah mereka mudah jatuh sakit . Bila sakit , kena jumpa doktor. Jumpa doktor , kena makan ubat. Kalau tak sembuh , kena masuk wad. Nak masuk wad , duit kena sediakan. Datanglah agen insuran dan suruh amik insuran. Bayar bulan bulan. Katanya persediaan untuk di masa hadapan. Sapa tahu kan ? Aduh.. sedap je kita kena jual kan ? 

Maka , bekerjalah untuk kayakan puak puak ini. Dari makanan hinggalah kesihatan .




Mampu garu kepala ! 

Mak ayahlah kena mainkan peranan. Selagi berpegang pada prinsip kehidupan yang sama dan tak berminat untuk mengubah.. jadilah kita hamba abdi pada mereka selama lamanya.. Anak anak membesar dan bakal mengikut jejak langkah kita... menjadi hamba abdi pada manusia lain. Cuma membezakan ialah berduit atau tidak saja...
Share
Tweet
Pin
Share
No comments


Aku pernah jual ubat melibatkan kelakian lelaki. Ramai je pm beli. Bukan ubat makan tapi ubat sapu ! Yang aku perasan , ubat sapu ni bertujuan untuk melancarkan perjalanan darah di bahagian itu. Bahagian itu adalah daging ! Kenapa perlu lancarkan ? Apakah saluran darah di situ tersekat ? Apakah puncanya ? 

Kalau kita rajin menjenguk orang orang tua di kampung satu tika dulu dan mereka punya ramai anak dan pada masa yang sama , tenaga mereka seperti orang muda ! Apakah mereka makan banyak seperti orang orang di bandar ? Berbadan kurus tapi tegap dan masih berotot sasa walaupun dah berumur 50 tahun ke atas. 

Segalanya berpunca dari pemakanan ! Zaman sekarang ni , makanan kebanyakkannya terdiri dari makanan yang merosakkan tubuh badan ! Penuh dengan gula ! Gula pula ada pelbagai nama untuk 'terus memperbodohkan' kita. Dan katanya kita perlukan semua ni untuk terus kekal bertenaga dan sihat. Kita yang bebal ini pun percayalah... Beli dan berikan pada anak anak ! Sebab itu generasi sekarang , payah nak dapat anak ramai ! Kena jumpa doktor baru boleh nak anak. 

Hurm... 

Ini tips yang sejujurnya boleh membuatkan korang rasa setiap malam seperti malam pertama ! Haaa.. membuak buak nafsu bila tengok sang isteri setiap malam. Dia pulak masuk dengan wangi wangian. Takkan nak tengok je kan ? Hahahahah.. Adoilah. tu tujuannya sang isteri kena berhias untuk suami. Bukan berhias berwangi wangian  hanya ketika nak pergi pejabat atau keluar jalan jalan. Huhu..

Bila bahagian ni berjaya kita atasi . barulah kita rasa perkahwinan kita ni bukan sekadar atas kawin untuk anak pastu menunaikan tanggungjawab. Kita kawin sebab atas dasar cinta. Hubungan atas dasar cinta. Dan selebihnya... halal untuk kita ! 

Kalau nak rasa padu lain macam ketika bersama seperti tenaga orang muda malah ada orang muda pun sudah seperti orang tua mati pucuk , maka ubahlah gaya pemakanan. 

  • Berhenti minum air manis terutamanya yang mengandungi gula putih , susu putih , air coklat , air berkotak , air bertin  dan sebagainya. 
  • Berhenti makan makanan yang diproses berulang kali seperti hotdog , burger dan sebagainya.
  • Kurangkan  nasi putih. Kalau mampu, sehari sekali dan segenggam saja. 
  • Utamakan fiber seperti sayur sayuran dan buah buahan. Kemudian banyakkan protein seperti ayam , ikan , telur , daging , kekacang.Dapatkan real food adalah sangat penting ! 
  • Berhenti sama sekali meminum minuman berkafein seperti kopi dan teh. Tukar ke teh hijau lebih baik. Kalau nak minum kopi , minumlah yang korang kisar sendiri dari biji kopi. Tak de kopi pun takpa. 
  • Berhenti  makanan berunsurkan tepung putih seperti roti putih dan roti canai.
  • Berhenti  makan lewat malam.
  • Pastikan di dapur tiada makanan makanan seperti coklat , biskut , jajan untuk anak anak juga. Latih mereka dari sekarang.
InshaAllah.. bila perjalanan darah cantik , segala gala yg berkaitan OTOT akan cantik !! Termasuklah si adik sado tu ! Ramai suami sekarang terkulai layu padahal baru mendayung menentang arus. Dah tersadai. Tu semua boleh membikinkan pasangan memendam perasaan. Lama lama , stress woo ! Kalau diorang happy , nah... korang akan rasa kelainannya. Percayalah. Muka pun berseri jer.

Bila darah dalam badan berjalan dengan cantik.. Badan pon bertambah sihat. Isteri makin sayang.

Aku tahu.. korang mesti nak kata payah nak kawal gula dan dan kurangkan karbohidrat ? Mudah jer sebenarnya . Tips mudahnya ialah buat lewatkan makan pagi , awalkan makan malam. Tidur awal , beraktiviti sihat sepanjang hari. 

Macam aku.. aku tukar dulu minuman kegemaran aku satu tika dulu seperti kopi 3 in 1 , susu rendah lemak kepada air halia setiap pagi dan malam sebelum tidur. Malah sebelum makan pun aku minum. Khasiat ? Air halia ni bersifat alkali. Bila asid tinggi dalam perut , nah... air halia ni akan menenangkan. Salah kita ialah gi sumbat dengan air gula...Pergh... rosak perut ! 

Alhamdulillah.. aku ubah gaya hidup dah lebih 2 tahun dan kesannya... tiap tiap malam macam malam pertama ! Hahahahaha.. Kat gym pun bertenaga malah aku rasa lebih kuat dari aku ketika muda dulu. Muka pun jauh lebih sihat. 

Kalau korang rasa korang dah sihat , maka tak perlulah ikut tips aku ni. Teruskan je kehidupan korang tu. Aku cuma kongsikan tips buat mereka yang ada masalah jer... Kena sabar bila melakukan proses ni. Jangan gelojoh. Yang penting , sihat. 






 

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (13)
    • ▼  Jun 2026 (1)
      • Cara nak kurus cepat !
    • ►  Mei 2026 (2)
    • ►  April 2026 (2)
    • ►  Mac 2026 (2)
    • ►  Februari 2026 (3)
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (171)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (16)
    • ►  Julai 2023 (14)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes