BEN ASHAARI




Ketika aku dok siapkan Zahra, aku perasan dia dok mengaru kaki dia. Aku biarkan je memula. Kemudian dia cakap kat aku , kaki dia gatal. Aku tengok la. Dah merah ! Bengkak dek kerana mengaru tu. Kalau di biarkan , memang akan melecet dan serterusnya luka la. Pastu berparut. Haish.. Sian dia parut sana sini. 

Terus aku ke dapur. Cari Azyma Care. Gel mandian ni , memang aku cukup suka. Bukan sebab wangi jer tapi jika aku dok mengaru gatal sana sini , memang aku guna ni je. Aku picit sepam.. pastu sapukan je kat tempat gatal tu. Biarkan beberapa minit. Kemudian bilas. InshaAllah , gatal tu akan hilang. Kalau datang semula gatal tu pun sebab kita gi saja saja usik tempat gatal tu. Sapulah lagi.. Hee.. 

Dan.. lega aku tengok dia dah tak mengaru dan pergi ke sekolah dengan gembiranya. Hahahaha.. Cam citer kayangan lak. 


Aku lak... memang lepas gym guna Azyma Care ni. Elak dari jerawat badan naik dan juga nak tidur lena pastu. Huhuh.. Maklumlah, lepas workout , penat dia lain macam sampai tak leh nak tidur. Bila badan dah segar dek kerana  bauan bunga dari Azyma Care ni , baru syok tidur. 

Anak anak pun suka je mandi dengan Azyma Care ni. Sebab tu aku standby banyak stok kat rumah. Aku dengan masalah gatal gatal badan. Tak tau la dari mana punca. Mungkin debu debu kat gym tu ha.. atau kat rumah ni.. Payah nak cakap tapi yang aku tau. memang gatal la lengan dan kaki.. Abis berparut ! Nasib baik hensem tu masih ada. Huhuh.. 





4 kotak. 2 kotak nanti... nak kasi mak aku. Dia tu pun masalah dengan kulit gak tu. Alergik ! Dia pun memang mintak aku bekalkan Azyma Care. Kalau tidak , asyik makan ubat je kalau gatal tu datang menjengah. 

GEL MANDIAN AZYMA CARE 

 

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

Aku puasa hari ni. Tapi tengahari tadi, aku terpaksa buka. Aku rasa pening pening lalat. Risau tekanan darah naik ! Terus aku buat air asam keping untuk turunkan tekanan darah aku. Camana aku tau turun ke tak turun ? Hahahaa.. Aku pun tak tau. Tapi dapat rasa perbezaan lepas minum tu. Aku kena duduk rehat sekejap. Pastu pening lalat tu hilang. 

Di dapur.. wife dah masak makanan awal pagi tadi. Tapi masalahnya, makanan tu untuk anak anak. Aku kan puasa. Maka takda makanan untuk aku. Hahaha.. Tak pe.. Dalam kepala aku dah tahu mana nak menghala mencari makanan. 

Lepas hantar Zahra , aku amik Qhaliff lak.  Kemudian aku tanya dia nak makan apa ? Dia bagitau la nak makan apa. Aku pun terus menghala ke Nasi Ayam Mafia. Dalam  3 minit je dari rumah aku. Sini , aku tapau jer. Senang. 

Tapi masalahnya.... tunai dalam dompet , ciput jer ! Hahahaha.. Abis laa.. Camana ni ? Tak pe la.. Aku beli untuk Qhaliff je la. Aku selongkar je la dapur kang. Malas nak gi ATM untuk keluar duit. Huhuhu.. Kalau keluar duit, tak sampai sehari aku belanjakan. 



Sampai di Nasi Ayam Mafia.. Terus aku scan MySejahtera. Kemudian beratur. Nampak Chef Joe.. terus tegur dia. Makin berisi gitu. Hahahaha.. Tapi masih terkawal. Ok la.. sibuk dengan bisnis kan ? Dulu masa PKP tergugat gak bisnis peniaga ni. Sekarang dah kembali ok.. Alhamdulillah. 

Pastu aku nak beratur.. Dia cakap ngan aku. Tak perlu beratur pun sebenarnya. Gi kat meja pastu scan QR Code. Kemudian ikut je arahan. 3 langkah je. Selesai ! Bayar online jer.. Wah ??? Bayar online jer ? Hahaha.. Bermakna aku pun leh la order sekali eh ? Huhuh.. Alhamdulillah... 

Aku order dua Nasi Ayam Mafia. Satu aku punya , satu lagi... Qhaliff. Aariz ? Dia kongsi ngan aku jer..





Tak sampai 10 minit pun tunggu. ke 5 minit ? Kang cakap 5 minit , nampak benar nipunya.. Hahaha.. tapi yang pasti aku tak sempat bukak Facebook pun. Oh ya la.. sibuk amik gambar nak buat entri gitu. Hahahah.. 

Alhamdulillah.. rezeki untuk aku dan anak anak hari ni.. Ada Nasi Harimau Menangis lagi.. Menu baru kat Nasi Ayam Mafia yang sering menambah menu menu baru. Yang Nasi Harimau Berantai Menangis ni ni , Chef Joe belanja sebab dia kata.. asal aku datang je, ramai orang datang pastu. Erk.. ahahah.. Dia wat lawak je tu. Tapi biasanya gitu la.. masuk kedai kosong.. pastu mesti ramai masuk kedai tu lak ! Adeh.. Kebetulan je tu.. kan kan ? 

Apa apa .. jom makan dulu.. lapaqq ! Esok je puasa. Hehehee.. 


 

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Terkejut juga aku bila baca artikal tu. Bukan apa.. aku memang dari dulu minum susu terutama yang tinggi kalsium untuk kuatkan tulang dek kerana aku kerap bersenam di gym. Dan Alhamdulillah, sehingga kini takda masalah dengan tulang rapuh. Er. camana aku tau.. aku teka je. Heeee..

Selain kalsium, susu juga membekalkan protein. Sebenarnya , macam macam dah aku dengar bab susu ni. Baik susu lembu atau susu kambing. Ada yang suka susu dari soya. Tak kisah la dari mana sekali pun, tapi penemuan baru ni , sedikit sebanyak membuatkan aku mengaru kepala aku yang tak gatal. 

Kita 'dimaklumkan' sejak kecil lagi mengenai kebaikan susu ni pada tubuh badan kita. Jangan cerita susu ibu ketika lahir tu yer. Tu memang sedia maklum, adalah yang terbaik untuk tubuh badan baby yer.. Diulangi.. baby yer.. Yang My Baby You tu , jangan coba coba lak yer.. 




Ok.. aku petik sedikit dari artikal tu yer.. 

" ..menurut sebuah kajian pada tahun 2014 oleh Michaëlsson, et al., minum terlalu banyak susu sebenarnya boleh membawa mudarat kepada kesihatan ! Menurut kajian tersebut, terlalu banyak minum susu (lebih daripada 3 gelas sehari) bukan sahaja dapat meningkatkan risiko kematian, ia juga membuatkan tulang anda lebih mudah untuk mengalami keretakan.

Malah, wanita yang dilaporkan minum lebih daripada 3 gelas susu sehari juga mempunyai risiko kematian sebanyak 2 kali ganda berbanding wanita yang hanya minum segelas susu.

Walau bagaimanapun, kaum Adam tidak terkesan dengan perkara ini seperti kaum Hawa. Namun, lelaki yang gemar minum susu yang banyak juga menunjukkan peningkatan dalam kes kematian.

Tapi, bukankah minum susu baik untuk kesihatan tulang?

Perkara ini mungkin tidak benar jika anda mengambil terlalu banyak susu. Malah, faedahnya juga akan hilang dan ia tidak mampu lagi untuk melindungi pengamalnya daripada menghidap tulang rapuh ataupun keretakan tulang.

Susu merupakan sumber utama sejenis gula yang dikenali dengan nama D-galactose. Menurut beberapa eksperimen yang dijalankan terhadap haiwan, pendedahan terhadap terlalu banyak D-galactose adalah berbahaya kepada kesihatan.

Malah, dos D-galactose yang rendah juga menunjukkan kesan yang seakan-akan penuaan di dalam kalangan haiwan, termasuklah jangka hayat yang lebih pendek, inflamasi kronik dan juga degenerasi neuron. "

Camana ? Nak percaya atau tidak ? Dalam peti ais aku memang selalu je ada susu ni ! Hahaha.. Dan setiap kali aku nak berpuasa, memang akan amik susu dan dicampurkan dengan whey protein dari BS Nutrition.  Ditambah juga dengan telur sebiji, kacang badam serta kismis mahupun kurma. Kasi kenyang skit perut. Huhu..

Sambungan dari artikal tu lagi.. 

" Menurut sebuah kajian yang diterbitkan di dalam British Medical Journal, keretakan tulang pinggul paling banyak berlaku di negara yang mempunyai pengambilan kalsium yang tertinggi.

Malah, wanita yang minum 3 gelas susu ke atas setiap hari mempunyai penambahan risiko sebanyak 60% untuk menghidap keretakan tulang pada masa hadapan.

Oleh sebab itu, mengapa kita diberitahu sejak kecil untuk minum susu sebagai sesuatu yang sihat?

Sebenarnya, jika diambil secara sederhana, susu dapat melindungi kita daripada penyakit kronik. Malah, pengambilan secawan susu sehari sudah cukup untuk memenuhi rekomendasi nutrisi harian.

Menurut Cleaveland Clinic, jika anda inginkan tulang yang sihat, elakkan minum susu lebih daripada 1 gelas sehari.

Jika anda seorang penggemar susu, sudah tentulah anda akan rasa risau tentang penemuan ini. Walau bagaimanapun, kajian yang dilakukan oleh Michaëlsson, et al. masih mempunyai beberapa kelemahannya yang tersendiri. "

Bersederhana... Tu je sebenarnya. Tapi aku masa zaman muda dulu, lepas gym, memang bedal sekotak terus susu HL. Huhuh.. nasib baik tak jadi apa apa pada aku. Huhuh. Tapi badan naik la. Sebab tu aku payah nak dapat otot di perut. Hahaha.. Yer, memang payah ! Walaupun hari hari. Bila aku kurangkan susu, baru badan aku ok skit.. 

Harapnya ada kajian terkini mengenai pengambilan susu ni. Jika tidak , nampak gayanya... kena ikut?

Sumber artikal  - HelloDoktor.Com

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

Wife tau , tiap kali kalau dia memasak.. aku tak nak dia letak garam ! Biar takda rasa dari terlebih rasa. Aku kesian kat dia gak sebenarnya. Aku tak nak garam dalam makanan sebab untuk elakkan penyakit tekanan darah tinggi dan tak bagus untuk buah pinggang. Kalau letak sedikit tu, secubit dah memadai. Sebab tu sekarang ni aku memilih kedai untuk makan. Maklumlah, usia pun dah 40an. Walaupun nampak muda, yang belah dalam ni.. kena jaga dah. Tak larat tua tua nanti nak ulang alik hospital. Huhu..

Dan sekarang.. rajin dah aku berpuasa tiap Isnin dan Khamis. Saja nak bersedia untuk Ramadan. Takda la liat sangat nanti. Hahaha.. Dah tua tua pun cam budak budak lagi. Apa nak buat. Makanan sekarang ni sedap sedap belaka. 

Buka puasa semalam..wife pening nak masak apa. Aku kata masak je apa yang ada kat dapur. Akhirnya, dia masak je bihun. Dia bagitau aku dia tak campur garam. Senyum je. Tak pe... Aku ke dapur dan cari Royal Floss Serunding. Aku dah rasa macam macam serunding. Memang semua sedap sedap tapi yang ni , aku suka sebab dia nipis tapi rasa sedap dia tu sampai ke tekak aku ! 






Ada dua jenis dalam simpanan aku. Satu ayam dan satu lagi daging. Serunding ikan pun ada. Tak mahal pun harga dia. Serendah RM15 je pun. Dan menariknya serunding Royal Floss ni dimasak dengan menggunakan kayu api supaya rasanya lebih sedap dan tak kering. Tak sama kalau guna dapur gas tu ha ! Kira cara masak orang lama la.. Boleh tahan hingga 12 bulan !

Bila dah makan dengan Royal Floss Serunding ni.. jangan mimpilah makan sekali jer. Memang akan bertambah tambah la.. Nasib baik bihun goreng je. Hehehe.. Ari tu aku try makan dengan maggie sup. Pergh.. Memang terbaik la ! 


Untuk Ramadan ni, kena la standby sebungkus dua. Bagi yang tak dapat pulang ke kampung tu, jangan bersedih la. Beli sepeket dua dan kirimkan ke orang tua kita. Buat penganti diri. Sementara nak tunggu boleh balik, kan ? Huhuh.. Aku tau.. 

Ok.. camana nak beli ? Korang boleh whatsapp terus ke RFserunding ni atau ke Instagramnya, @RoyalFlossSerunding. 

 

Oh ya... kalau korang nak jadi agen pun boleh. Whatsapp je tanya diorang. Nanti diorang terangkan. Hee.. Selamat Berpuasa dan selamat menjamu selera ! 







Share
Tweet
Pin
Share
7 comments


Mak dia cakap... " Camana la rupa dia lak petang ni ? " sambil ketawa. Aku sengih je la. Anak dara aku sorang ni , memang lasak. Maklumlah, kawan dia kat rumah ni... 2 orang lelaki yang memang lasak walaupun nampak lembut. Hahahaha..

Anak tudung.. ada yang dah syorkan guna jenis gitu gini.. Contoh guna tudung Si Comel dan sebagainya. Belum lagi aku beli tapi ada la mak dia gi beli yang baru. Jenis ikat belakang. Masalahnya, tertarik di depan tu. Aku rasa dek kerana beg bekal dia tu la. Besar gedabak. Hahahaha.. Dah dia nak yang itu bawak gi sekolah. Boleh isi bekas makanan , sudu garfu. 

Setiap kali nak gi sekolah.. memang aku pening kepala nak ikat rambut dia. Risau jadi gini la. Kang mk dia cakap aku yang tak pandai ikat rambut. Walhal berkali kali aku betulkan rambut dia. Jadi jugak macam ni. Hahaha.. 

Tak kisah la. Asalkan tudung tu masih kat kepala dia. Dan dia nak pakai tudung. Malu katanya kalau tak pakai. Huhuh.. Nanti jumpa yang elok, belilah...
 

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2025 (61)
    • ▼  Disember 2025 (2)
      • Proses pemulihan dan menguatkan kembali sendi otot !
      • Slips disc rupanya aku !
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes