BEN ASHAARI



 

Ada kawan aku tanya aku kelebihan EPHYRA ni .. Aku senyum jer .. Kenapa ? Sebab segalanya dihujung jari dan sekarang ni .. Apakah kelebihannya ?

image

Tu diaaa aih !! Ramai dah yang buat artikal pasal EPHYRA ni haaaa .. Pe susahkan ? Ke susah gak ? Hehehee.. Segan nak google ? Ok , meh sini aku kasi link ke entri KELEBIHAN EPHYRA tu.. klik SINI jer ! Heee.. Mudah dah kan ?  Segala jawapan boleh dapat dalam tu.. Halal ke ? Apa kandungannya ? Selamat ke ? Dah aku ceritakan semuanya dalam tuuuu … Rajinkan diri masuk dan baca jer .. heee.. 

Dan apakah aku juga minum EPHYRA ? Kenapa aku minum ? Bukankah EPHYRA ni untuk perempuan je sebab orang perempuan je nak jaga kecantikkan ?  Haaa …Cuba baca kat SINI ..

promo ephyra 2

Tertanya apakah ada pegakuan ikhlas lagi benar dari pengguna produk EPHYRA ni ? Hurm… Ok , ada kawan blogger yang aku syorkan padanya untuk diberikan pada isteri kesayangannya.. Katanya , selepas beberapa kali minum EPHYRA ni , wajah isterinya yang selama ni kusam ( sebab kepenatan bekerja ) , kembali cerah dan  segar ! Huihh… Jatuh cinta dia lagi dia pada isterinya .. Hahahah .. Baguslah …

Dan lagi testimoni dari pengguna EPHYRA ..

testimoni ephyra 1testimoni ephyra 2

Nak tau aku punya testimonial ? Haaa .. Baca kat EPHYRA Kologen menaikkan seri wajah aku ! , EPHYRA sesuai untuk lelaki jugak la ! dan EPHYRA : Sepaket setiap pagi ! .. Haaa .. Amacam  ?

Berminat ? Ok ok .. rileks dulu.. Baca sampai bawah sekali baru gi serbu beli ehhh .. Heeehee.. Sedikit info untuk korang , aku ceritakan yer ..

Team EPHYRA akan berada di Putrajaya sempena Karnival Utusan  dan juga di Ipoh , sempena Karnival Jom Heboh pada 26/4 - 27/4 ni ! Haaa … Apa menariknya ? Harga promosi dan juga free gifts pada yang datang membeli EPHYRA tu nanti ! Selain tu , jangan lepaskan peluang beramah mesra dengan Memey & Norman Hakim nanti ! Mesra lagi peramah pasangan ni ! Talak sombong punya lor …

promo ephyra 001

Sempena 2nd Anniversary MEGA SALE , EPHYRA akan jual produk EPHYRA dengan harga promosi iaitu RM180. Harga asal adalah RM197.. Haaaa .. banyak dah jimat ni ! Kalau beli dua kotak ? Tiga kotak ? Pakat pakat la ajak kawan join sama beli .. Untung wooo beli produk bagus ni ! Bukan untuk enjoy enjoy tapi untuk kesihatan agar hari hari anda lebih indah .. InshaAllah..

promo ephyra 4

promo ephyra 3

Cantik tak baju EPHYRA ? Hehehehe .. Berminat ? Murah jer .. Tapi berkualiti dan selesa sangat memakainya ! Harga ? Tuuuu.. dah terpampang dah harganya ? RM15 jer ? Aku kata dah… Murah ! Sambar satu dulu.. Try .. Best ? Beli lagiii !!  Hehehehe .. Nak beli kat mana ? Sms atau Whatsapp je ke 019 3999238 atau email je ke sales@oceanlife2u.com ..

Nak tau lebih lanjut pasal EPHYRA ?

Untuk maklumat lanjut, boleh layari :

  1. website official - www.oceanlife2u.com

  2. facebook- www.facebook.com/oceanlife2u

  3. instagram : ephyra2u

Terima kasih kerana sudi baca hingga abis dan sharekannya di FB anda.. Hehehehe .. Semoga info ini memberi kebaikan untuk anda sekeluarga .. Hee.. Jangan lupa bagitau kawan kawan gak yer .. Heee…

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

 

Ahhh … Tak caya bila otai otai kata ,

“ Ben , jangan dukung anak selalu sangat .. Nanti dia terlebih manja ! Tamo berjalan nanti .. Haaa “..

Aku tak kisah aih.. Nak dapat dukung anak ni , bukan selalu.. Nanti dia dah dapat kaki , haaaa.. Dia tak nak dukung dah !

Dah dapat kaki , nak naik camni lak ! Hahahahha .. Gasak la Ben ! Dengan mak dia , dia ok je nak berjalan .. Dengan aku jer , dia nak berdukung .. Huhuhuh …

Share
Tweet
Pin
Share
12 comments

 

Huh … Aku tidur tak beberapa nak lena semalam sebab risaukan Qhaliff ( Yeke tak lena ? Siap dengkur lagi haa ) ..  Yelah , dia asyik terjaga pastu merengek sambil pegang kaki dia .. Fobia mungkin ? Hehehehe ..

Awal pagi.. kul 630 , dia terjaga dan tegur mak dia .. Aku celikkan mata , tengok dia .. Nak tengok gak apakah dia pegang kaki dia ? Hurmm..

Takde ! Ok la pulak dia jalan berbanding semalam terhencut hencut .. Iskhh.. Apa kes sebenarnya ? Betul ke selumbar ? Tapi kalu ikut aku laa .. Bukan sakit apa pon tapi lebih pada lenguh dan sejuk ! Macam aku gak .. Bila lenguh kaki , mmg sengal abis laa rasa.. Kena letak minyak urut , baru ok skit..

Ni dah ok dah ni .. Tidur nyenyak je dia .. Aku cerita kat mak aku , dia kata anak buah aku yang lain pon mmg gitu gak.. Bila lenguh , semua pakat menangis punya . Huhhh.. SeDNA rupanya..

Hehehe.. Sian dia semalam . Tak pasal pasal kena masuk bilik operation .. Cari selumbar tu ! Abis meraung dia .. sampai keluar hingus hijau nak selamatkan diri ! Heheheh ..

Dan menariknya kan.. haaa .. Aku dapat info baru ! Aku tak tau la pulak ada petua untuk keluarkan selumbar ni .. heee.. Guna belacan dan limau nipis jer ! Sapu kat tempat tu , insyaAllah senang nak keluarkan… Diorang kata laa.. Aku bagitau jer.. Heheeee..

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

 

Hurm..

Tiba tiba dengar dia menangis. Wife pon pelik naper .. Dia pegang kaki dia kiri dia … Aku pelik gak.. Takde angin takde ribut tetiba menangis .. Dia dok main ngan wife tu tadi..

Periksa kaki dia .. Dia tak kasi pegang ! Haih.. Menangis meraung.. Nak tak nak , aku kena paksa check gak .. Ternampak menda halus hitam kat tapak kaki kiri dia .. Selumbar !

Operasi mengeluarkan selumbar secara paksa  ! Tak kira ! Kang bengkak menanah , satu hal lagi.. Aku guna ketip kuku.. Menangis abis abisan dia .. Huhuh..

Tak pasti dapat keluarkan ke tak sebab abis semua barang dia campak kat aku ketika aku buat ‘pembedahan ‘ tu .. Sian dia ..

Aku lepaskan dia .. Gi kat mak dia . Tolak aku bila aku datang nak peluk dia.. Terus lena tidur.. Sesekali terjaga menangis pegang kaki dia ..

Tak elok gak , esok gi klinik ..

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

Dulu kan , aku cukup tensen bila ada eksiden di jalan raya ! Memasing la nak cuci mata tengok apa yang berlaku .. Nak lagi best , siap ada yang amik nombor plet kereta .. Nak ‘tikam’ ! Huhu… Tak ingat dosa dah part ni .. taubat je la bila dah tua ..  Er , bukan aku yer ..

Tapi satu hari tu , aku tertengok la satu kemalangan tu.. rupa rupanya , kawan aku sendiri terlibat ! Haaa .. Nasib baik aku tengok .. Kalau tak ? Aku pon berentikan kereta dan gi la tolong mana yang patut ..

Dalam perjalanan balik tadi dari Damansara , hujan lebat ! Yang berani nak memecut , silakan.. Tapi aku , tak berani ! Pernah terlibat dalam kemalangan yg mana orang belakang bantai kereta aku , dalam hujan lebat ! Dentuman yang kecik tapi bagi impak yang besar !

Dan lebuhraya KLIA tu , kereta mula perlahan .. Aku syak ada eksidenn dah tu.. Handphone HTC yang aku mmg letak di car holder tu , memang dipasang GPS dan juga standby untuk camera .. Macam macam ada atas jalan raya ni wooo ..

Hurmm .. 2 kejadian dalam masa sejam ..

4 bijik kereta berdentum .. Aku bersyukur laa memandu dalam keadaan perlahan dan ikut peraturan … Tak berani woooo nak memecut ..

Dan satu lagi , kilang sarung tangan getah di Bandar Baru Salak Tinggi terbakar .. rasanya dari pagi tadi hingga ke petang waktu aku balik tu , api masih marak ..

Bayangkan kalau rakyat Malaysia tak amik kisah apa yang berlaku di kiri kanan mereka ?  Tapi janganlah sampai menyusahkan pengguna lain kan ? Cam nak parking ikut suka mak pak diorang jer semata mata nak gi tengok dan berbual kat situ sambil makan keropok lekor ! Huh !!!!

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

Tercari Homestay yang selesa untuk penginapan sementara ? Yelah , mana tau ada sedara mara datang dari jauh untuk hadiri kenduri kawin ? Nak gi konvo ke .. Atau nak berehat seketika bersama keluarga ? 

Ok.. aku cadangkan di Damansara Damai ni.. Aku dan keluarga aku dah gi dah ! Best ! Tenang , selesa dan ok sangat ! Nak keluar cari makan pon senang .. Yelah , dah dekat ngan food court dan jugak McDonalds gitu .. Nak ke Ikea Damansara pon dekat dah .. Haaa ..

Gambar tempat tu ? Adaaa .. Amik dahhh .. Ada 3 bilik tidur yang selesa , 2 bilik air yang selesa , petunjuk arah kiblat , beranda yang luas dan rileks je kalau nak lepak bersantai .. heee …

Kedai runcit bersebelahan jer ..

Kalau nak layan BBQ pon boleh haaa .. Dah disediakan dah pon ..

Pool untuk kanak kanak dan juga orang dewasa ..

Kawalan keselamatan sini mmg bagus .. Amacam ? Tak berminat lagi ? Hehehe.. Syorkan pada kawan kawan kalau mencari ! Dari menginap kat hotel.. 3 bilik tuuuu … Ramai leh masuk .. Confirm meriah !

Untuk pertanyaan lebih lanjut , sila hubungi En.Shahrin di 0125809297 .

Lokasi : D'Damansara Guest House
A-01-13, Blok A,
One Damansara,
Jln. PJU 10/1,
Damansara Damai,
47830 Petaling Jaya,
Selangor.

Share
Tweet
Pin
Share
12 comments

 

Nak kena recall balik ni .. Maklumlah , aku buat sekali je.. Tu pun 2 tahun lepas.. heeee …  Info ni aku dapat melalui Facebook. Memasing dok tagged je kan ..

Sumbernya adalah dari Kidz collection corner

 

AMALAN SELEPAS KELAHIRAN.
(SUAMI-ISTERI WAJIB BACA..!!)

1. PENYAMBUT BAYI.

Orang yang terbaik untuk menyambut bayi ialah bidan atau doktor Muslimah. Sekiranya tiada, maka keutamaannya boleh diserahkan kepada perempuan non-Muslim, seterusnya kepada Muslim, dan akhir sekali kepada lelaki non-Muslim. Ini semua adalah merujuk kepada fiqh aurat wanita di dalam Islam.

2. PERSEKITARAN TEMPAT BERSALIN

Bilik bersalin adalah tempat si ibu berjuang dengan nyawanya untuk melahirkan anak. Justeru, pastikan tempat tersebut bersih. Selain itu, galakkan si bapa untuk berada sekali semasa persalinan sebagai sokongan moral. Si bapa bolehlah memainkan peranan mengurangkan kesakitan si ibu, dan juga membaca doa atau sekadar memasang alunan bacaan al-Quran. Biar si ibu sentiasa teringat Allah, dan biarlah si bayi mendengar kalam Allah sebagai kalimah pertama ketika mula mengunjungi alam dunia ini.

3. MENGHEBAHKAN DAN UCAPAN TAHNIAH TANDA GEMBIRA

Adalah disunatkan untuk menghebahkan kelahiran anak terutama kepada si bapa dan juga kepada kaum keluarga dan rakan taulan. Dalam a-Quran, ketika Allah mengkhabarkan cerita mengenai kelahiran Yahya kepada Zakariya, Allah menggunakan perkataan menggembirakan atau memberitakan berita gembira (rujuk Ali Imran:39 dan Maryam:7)

Abu Lahab adalah antara orang yang amat gembira, bahkan memerdekakan hambanya Thuwaibah ketika mendengar berita kelahiran nabi Muhammad. Menurut hadith sahih riwayat al-Bukhari, walaupun status Abu Lahab itu sehingga dikutuk secara kekal di dalam satu surah al-Masad di dalam al-Quran, akan tetapi kegembiraan beliau mendengar berita kelahiran nabi Muhammad melayakkan Abu Lahab mendapat minuman setelah mati daripada celah ibu jari dan telunjuk nabi. Menurut riwayat daripada al-Abbas, Abu Lahab akan mendapat minuman tersebut setelah mati pada setiap hari Isnin, iaitu hari kelahiran nabi.

Di dalam kitab Tuhfatul Maudud karangan Ibn al-Qayyim, dilaporkan yang Hasan al-Basri mencadangkan ucapan doa tahniah kepada ibu bapa yang baru mendapat anak. Sebahagian menyatakan doa ini adalah riwayat Imam al-Hasan r.a.

Doanya seperti berikut:
بورك لك بالموهوب و شكرت الواهب و رزقت بره و بلغ اشده
Buurika laka bilmauhub, wa syakarta al-Wahib, wa ruziqta birrahu, wa balagha ashuddahu.

Moga engkau diberkati dengan anugerah (kelahiran bayi) ini, dan bersyukur kepada yang Maha Pemberi (Allah), dan moga engkau diberikan ketaatannya, dan dia (bayi) akan membesar (dewasa)
Ibu dan bapa diajar untuk menjawab:
بارك الله لك و بارك عليك و رزقك الله مثله
Baarakalahu laka, wa baaraka ‘alaika, wa rozaqakallahu mithlahu
Moga Allah memberkati kamu, dan berkat-Nya ke atas kamu, dan moga Alah mengurniakan rezeki seperti ini (mendapat anak juga)

4. AZAN DAN IQAMAT

Sejurus selepas kelahiran anak, si bapa atau walinya disunatkan untuk memperdengarkan bacaan azan di telinga kanan dan iqamat di telinga kiri anak. Ini berdasarkan sepotong hadith riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi menyatakan yang nabi berbuat demikian ketika kelahiran al-Hasan bin Ali. Ada yang mengkritik hadith ini kerana statusnya dho’if. Akan tetapi Ibn al-Qayyim tetap menggalakkannya kerana menurutnya biarlah si anak mendengar ucapan yang membesarkan Allah, syahadah, serta seruan ke arah solat dan kejayaan sebagai ayat-ayat pertama didengar di muka bumi ini.

5. TAHNIK ANAK

Tahnik digalakkan selepas anak itu dilahirkan. Orang Melayu biasa menyebutnya dengan istilah membelah mulut. Caranya ialah dengan mengunyah tamar, lalu diletakkan tamar yang sudah lumat dikunyah itu ke hujung jari, dimasukkan perlahan-lahan ke mulut anak, dan diratai tamar tadi ke seluruh bahagian dalam mulut anak tadi terutamanya di lelangit. Ketika ketiadaan tamar, bolehlah digantikan dengan apa jua makanan lembut yang manis.
Sunnah tahnik adalah berdasarkan sepotong hadith sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim. Dilaporkan Abu Musa r.a. berkata:
Aku pernah mendapat seorang anak lelaki, maka aku pun membawanya kepada Rasulullah SAW maka dinamakannya Ibrahim, kemudian ditahnik dengan tamar, lalu didoakan keberkatan kepadanya. Kemudian diserahkannya kepadaku.

6. MENCUKUR RAMBUT BAYI

Sunat dicukurkan rambut bayi secara licin pada hari ketujuh kelahirannya. Kemudian ditimbang rambut tersebut dan disedekahkan nilai beratnya berbanding perak kepada faqir miskin. Menurut Abdullah Nasih Ulwan di dalam kitab Tarbiyatul Aulad, ada dua hikmah galakan mencukur rambut bayi. Pertamanya, untuk menguatkan kepala si anak, dengan cara membuat lubang rambutnya dan sekaligus mengukuhkan panca indera berhampiran. Keduanya, ialah hikmah sosial iaitu bersedekah dan saling bantu-membantu kepada yang memerlukan.

Ini berdasarkan sepotong hadith yagn diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a.:

Bahawasanya Rasulullah SAW telah mengarahkan untuk mencukur rambut al-Hasan dan al-Husain pada hari ketujuh mereka, rambut mereka telah dicukur, lalu disedekah timbangannya dengan perak.
Satu perkara yang perlu diberi perhatian ketika menggunting rambut anak ialah larangan qaza’. Qaza’ bermaksud mencukur atau memendekkan sebahagian rambut dan membiarkan sebahagian yang lain panjang. Contoh qaza’ ialah rambut punk. Ini berdasarkan sepotong hadith sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim:
Rasulullah telah melarang qaza’.

7. MEMBERIKAN NAMA ANAK

Ibu dan bapa disunatkan memberikan nama anak sama ada pada hari pertama atau hari ketujuh. Khilaf ini berdasarkan hadith yang melaporkan Rasulullah memberi nama anak baginda dengan nama moyang baginda Ibrahim sejurus selepas kelahirannya, sementara dalam hadith yang lain Rasulullah memberikan nama al-Hasan dan al-Husein serta ramai yang lain pada hari ketujuh.

Digalakkan untuk memberikan nama anak dengan makna yang baik. Antara cadangannya ialah berdasarkan hadith riwayat Abu Daud:
Berikanlah nama anak dengan nama para nabi. Sebaik nama di sisi Allah ialah Abdullah dan Abdul Rahman. Yang bagus ialah Harith (حارث) dan Hammam (همام) manakala yang buruk ialah Harb dan Murrah.
…Janganlah engkau namakan anak dengan nama Yasar (yang sangat bertuah), Rabah (yang sangat beruntung), Najih (yang sangat berjaya) atau Aflah (yang paling berjaya). Kerana engkau akan tertanya nanti, betulkah anakku itu seperti makna namanya. Sesungguhnya nama yang aku tegah itu empat sahaja, janganlah engkau tanya banyak lagi.

(Riwayat Muslim, Abu Daud dan al-Tirmizi).

8. AQIQAH

Secara literal, maksudnya ialah memutuskan. Daripada sudut syara’, maksudnya ialah menyembelih haiwan untuk anak yang dilahirkan kerana Allah. Hukum aqiqah adalah khilaf di kalangan ulamak. Majoritinya termasuk mazhab Shafie menggalakkannya (sunat). Sementara mazhab Hanafi pula tidak mewajibkannya.
Haiwan aqiqah juga menjadi khilaf akademik ulamak. Majoriti menyatakan untuk anak lelaki, dua ekor kambing, sementara anak perempuan seekor kambing. Sebahagian ulamak menyatakan menurut zahir hadith, memadai anak lelaki itu aqiqah dengan seekor kambing sahaja.

Masa untuk aqiqah disunatkan pada hari ketujuh. Akan tetapi boleh dilanjutkan sehingga mampu.

9. KHITAN / SUNAT

Hukum khitan atau bersunat juga adalah khilaf sama ada wajib atau sunat. Di dalam mazhab Shafie, Hanbali dan Maliki, hukumnya adalah wajib bagi anak lelaki. Imam Ahmad turut mewajibkannya untuk anak perempuan.

Mengenai waktu berkhitan, digalakkan untuk melakukannya sama ada pada hari pertama atau hari ketujuh kelahiran. Akan tetapi ianya boleh dilaksanakan sehinggalah ke umur mukallaf. Berkhitan mempunya hikmah yang pelbagai, antaranya ialah sebagai tanda keseriusan Islam terhadap kesucian anak.

10. DOA

Anak-anak perlu dilihat sebagai saham kita untuk masa hadapan. Ini kerana ketika kita meninggal dunia nanti, doa anak yang soleh ialah antara amalan yang akan berterusan sampai kepada diri kita. Justeru, janganlah putus daripada mendoakan anak kita menjadi anak yang soleh.

Doa yang terbaik ialah seperti yang diajar oleh Allah sendiri di dalam surah al-Furqan ayat 74:
ربنا هبلنا من أزواجنا وذرياتنا قرة أعين وجعلنا للمتقين إماما
Tuhanku, kurniakanlah daripada isteri dan anak-anakku sesuatu yang menjadi penyejuk mata, dan jadikanlah kepada imam kepada orang yang bertaqwa.


Semoga bermanfaat..

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments


Ni kat homestay di Damansara Damai.. Hahahaa.. Mati keras dia kat sini.. Cantik dan kemas cuma utk budak kecil cam Qhaliff ni , memang mati kutu laaaa.. 

Nasib baik laaaa setiap handphone dah ada stok movie kartun dan jugak pembelajaran cam ABC dan sebagainya.. Hilang laaa kebosanan dia jap...


Ajak datang sini untuk berehat tapi sama jer.. hahahaaa.. Tetsp kepenatan aku .. huhu.. Baru sorang bini..eh , anakk.. haaaa.. Tambah sorang lagi tak lama lagi , perghhhh....
Share
Tweet
Pin
Share
10 comments


Huh.. bawah mata kanan.. lebam semacam jer.. Kelmarin , bangun tidur , taik mata penuh seolah macam nak mai sakit mata tapi Alhamdulillah , takde ..

Balik dari bersenam di taman , aku letak ubat skit.. Dah ada kurang skit .. hurm.. Tapi punca ? 

Hari tu ada tersiku muka dia .. dia dok memanjat belakang badan  aku .. Tapi takde la pulak lebam .. hurmmmm... Terkena pipi kot ? 
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

 

Tiap kali Qhaliff tengok aku buat senaman , dia mesti nak ikut ! Sekarang ni , dok kalut tengok aku bergayut kat situ.. Dia pon nak la jugak buat !

Persoalannya , mampukah ??

Yer.. aku dukung dia dan dia pegang dengan kedua tangan dia ..

Penuh bergayaa kooo !

Perghh.. berjaya buat berapa ?? Satu ? Dua ???? Tiga ?????

Terdampar kepenatan selepas bersenam.. Rasa rasa , berapa kali dia berjaya buat ?

Heeee .. Teka je la .. Malas nak bagitau ..

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

Kalau korang follow aku dari dulu , selepas jam 12 pagi mesti ada beberapa entri .. Tapi kebelakangan ni , kurang sangat dah ! Kenapa ? Adakah sebab aku takde idea ?

No , no , nooooo ! Bukan sebab takde idea tapi sebabnya ialah.. Aku layan secawan susu kambing Nutri Goat Miracle 8 ni ! Terus terang , aku dah macam wajib minum sebelum tidur dan seawal pagi .. Hehehe ..

Stok 2 kotak dah abis .. Dan aku dapatkan lagi 5 kotak ! 2 kotak untuk aku.. 2 kotak untuk wife dan bakal baby .. Sekotak untuk mak aku yang gemar minum susu kambing ..

Aku sukar nak elak dari makan malam sejak dua menjak ni.. sebabnya terlalu penat dan kehilangan tenaga .. Sejak minum susu kambing Nutri Goat ni , aku bancuh susu secawan dan cicahkan dengan roti yang disapukan dengan Nutella .. Sedap siot ! Hahahaha .. Qhaliff pon siap tiru aku makan gitu..

Rasa macam berjaya jer nak diet cara gini .. Hehehee.. InshaAllah ..Ha , kalau nak tau pasal susu kambing Nutri Goat Miracle 8 ni , baca kat SINI ..

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

Tong sampah dekat je tu .. Tapi kenapa tak dibuang ke dalam tong sampah ? Hurmmm … Apakah terlupa ? Atau sengaja ? Atau mmg dah sikap begini sejak abis sekolah ?

Di tempat ni jugak , jadi tempat mereka merokok .. Maklumlah , nak merokok dalam bangunan , tak boleh .. Nak tak nak , merokok kat situ.. Lantak la..

Tapi tak seronoknya , kawasan tu jugak jadi kawasan lalu lalang orang yang bekerja di situ. Aisey.. Cer fikir kat mana putung rokok di buang ?

Aku bukanlah nak mencipta isu tapi semua ni mmg lama dah berlaku .. Masalah kesedaran sivik ? Tak de laa.. Ni masalah diorang fikir diorang je bernyawa ! Orang lain , tak memberi apa apa keuntungan untuk mereka.. sebab tu mereka tak kisah ..

Amaran untuk aku juga , sampah tak kira la dalam kereta atau dalam rumah.. sila buang di tempat yg dah disediakan .. Kaki ada dua , mampu berjalan .. sila lakukan dengan tenang dan sabar ..

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Pengedar Shaklee hari ini di cari-cari oleh ramai orang yang berhasrat nak mula mencuba atau menggunakan pelbagai rangkaian Produk Shaklee seperti ESP Shaklee, Set Kesuburan Shaklee, Set Mengandung Shaklee, Set Bersalin Shaklee, Set Menyusu Shaklee dan pelbagai lagi Set Shaklee yang lain.

fan page shaklee yang best


Untuk membantu memudahkan anda mendapatkan Set Shaklee dan Produk Shaklee anda, di sini kami senaraikan Pengedar Shaklee di Kuala Lumpur yang berhampiran dengan anda.

Sekiranya anda berminat nak menjadi salah seorang Agen Shaklee atau nak Beli Shaklee Harga Ahli, kami amat mengalu-alukan penyertaan anda. Yuran untuk Daftar Ahli Shaklee ni tak mahal, hanya RM65 saja seumur hidup. 

Kos pos barang Shaklee yang anda dapat selepas mendaftar ialah RM10 sahaja, so total registration ialah RM75 seumur hidup untuk dapat semua manfaat Harga Ahli Shaklee

Adakah terdapat Pengedar Shaklee di Cheras, Ampang, Wangsa Maju dan sekitar Kuala Lumpur?

Ye  , terdapat ramai Pengedar Shaklee di kawasan yang tersebut di atas dan juga di kawasan sekitar KL. Untuk memudahkan carian anda, kami senaraikan Pengedar Shaklee mengikut kawasan anda.
Bolehkah saya dapatkan Produk Shaklee secara COD?
Ye  , kini anda boleh dapatkan Set Kurus Shaklee, Set Bersalin Shaklee, Set Kesuburan Shaklee, atau apa saja Vitamin Shaklee secara COD atau Pick Up atau poslaju dengan menghubungi Pengedar Shaklee dalam senarai berikut

Pengedar Shaklee di Cheras ( Alam Damai, Bandar Tun Hussein Onn, Bandar Tun Razak, Hulu Langat, dan seluruh Cheras serta Balakong. Boleh COD  )






1. Puan Zura dan Encik Jamil : 0133011121 https://www.facebook.com/faizura.murad

2. Ustazah Najat dan Ustaz Nawawi : 0133101221 https://www.facebook.com/nnza1

3. Puan Erni – Cheras -012-3461698 - https://hargasetmengandung.com

4. Ustazah Salmah : 0163064352

Pengedar Shaklee di Ampang (Pandan, KLCC, Ampang Jaya, Taman Dagang, Taman Kosas, dan seluruh Ampang)


1. Puan Fatin Fasihah: 012 3672 560 :Pengedar Shaklee Ampang  http://hargasetmenyusu.com

2. Cik Atifah - Ampang - 017 3466 579 - http://hargasetkesuburanbajet.blogspot.com

3. Puan Salwa ; 0133101221

4. Ustaz Adam : 0123701514

Pengedar Shaklee di Kuala Lumpur ( Masjid Negara, SOGO, Bank Negara Malaysia, Jalan TAR, Jalan Raja Laut, DBKL )


1. Puan Norulhuda  014-9209040  www.dasyifa.blogspot.com
2. Puan Lailina Iqtiyani 013-3101221
3. Puan Siti Norasma Razak 013-3011121

Pengedar Shaklee di Wangsa Maju, Melawati, Bukit Antarabangsa, Ukay Perdana, Gombak, Keramat, Setapak


1. Puan Fatin Melawati dan Ampang - 012 3672 560 - http://hargasetmenyusu.com

2. Puan Khadijah dan Ustaz Mustafa ; 0123701514

3. Puan Salwa ; 0133011121

4. Encik Rahman (Pengedar Shaklee Ampang) 0133101221

5. Puan Hanis (Ukay Perdana) 0133080397

6.  Fairuzah Hanum  019-3307605 batu caves, selayang  https://www.facebook.com/fairuzahhanum.mohdpauzi

Pengedar Shaklee di Bangsar, Pantai Dalam, TM, University Malaya , UM dan Kerinchi



1. Puan Izatun Nazariah Abu Bakar : 013-3331610 : http://clickmoment.net/

Pengedar Shaklee di Bandar Tasik Selatan dan Sungai Besi


1. Puan Huda 014-9209040 https://www.facebook.com/norulhuda.seman
2. Encik Arif - 016- 2079040
3. Puan Yanti (Kem Polis Sg Besi) 0123252692
4. Puan Azura (Pengedar Shaklee Bandar Tasik Selatan & Sg Besi) : 0125220191
5. Puan Fadhlina : 0193666196 http://hargasetmengandung.blogspot.com
6. Cik Farah liana : 60179064214

Boleh bayar dengan kad kredit / credit card / paypal?

Ya kami menerima pembayaran menerusi kredit kad dan Paypal. Untuk maklumat lanjut hubungi kami di talian khas 013-3101221

Bagaimana dengan Pengedar Shaklee di Selangor, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Penang, Perak, Kedah, Perlis, Sabah, Sarawak?

InshaaALLAH kami akan update from time to time. Jika anda rasa perlu, anda boleh subscribe kepada blog ini untuk dapatkan maklumat mutakhir tentang Shaklee.

Untuk sebarang maklumat lanjut berkenaan Produk Shaklee, Harga Produk Shaklee, Harga Set Shaklee dan Daftar Ahli Shaklee, hubungi Pengedar Shaklee di Cheras dan Ampang melalui link tersebut.

Atau hubungi kami melalui saluran berikut :


Share
Tweet
Pin
Share
25 comments

Barulah boleh up di Facebook atau medium media sosial yang lain.. Jangan main belasah jer .. 

Aku pun dengar gak kt radio semalam. Memula tu tak jelas.. Apakah ' dia ' sendiri yg terlibat atau cuma ahli keluarganya ? Kemudian aku check di Facebook. Tengok rss kengkawan yg rajin up pasal info harian ni ..

Confirm .. 


Bila dah jadi kes gini .. Kan dah jadi bahan senyuman kawan kawan yg lain .. hehehehe..
Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

Keratan ni aku dapat dari Whatsapp.  Jangan pula nake marah aku sebab tak bagi backlink .. Haaaaa..

Aku up di Facebook .. Ada yg kata salah internet dan ada yang kata mak bapak yg patut dipersalahkan kerana tak reti 'coverline ' ..

Yeke ??? Sapa yg bersalah ni ? Atau pengasuh ? Budak kecik je nii.. Takkan semahir ni ? Ni dah macam hafal Kamasutra je ni ??? Iskhhhhh .. 

Anak anak kita ni dah bg makan mcm mcm makanan berkhasiat lg terbaik utk menyambungkan sel sel otak mereka.. Jadi , apa yg mereka nampak , mereka belajar dan lakukan ujikaji..

Kalau mereka nampak menda  cam di atas tu , maka tak hairan laaaa mereka praktikkan !!
Share
Tweet
Pin
Share
8 comments
Semalam , seharian aku lari sana sini. Nasib baik tak gi gym. Kalau pergi , mungkin tidur aku jauh lebih lena akibat kepenatan.. 

Aku tidur terlalu awal dua tiga hari ni .. 


Tadi lepas solat subuh , wife bagitau aku Qhaliff menangis mengingau.. Aku pasti ni mesti dari tv punya cerita .. Pasni tak leh tengok dah tv citer citer ngarut.. hurmm..

Si Qhaliff bangun jam 1 pagi rasanya.. Mak dia pun bangun awal .. Kelaparan.. hurmm .. dikejutnya aku tapi aku tak sedar appa pun .. Aku tidur kat luar .. Kononnya jadi pengawal keselamatan laaa .. Jaga kononnn.. cehhh.. 

Hurmm.. sian dia.. Ni dah dekat pukul 8 pagi.. masih lena.. Nak gi antar mak dia gi keje.. Tak sampai hati nak kejut dia.. hurmm..
Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

Photo

Dulu , masa aku kecik .. aku rasa sayu sangat tengok ayah dan mak aku yang bekerja siang malam untuk mencari rezeki .. Siang malam ! Hurm…

Bila aku dah besar , tengok anak aku .. Rasa kesian kat dia .. Hurm.. Apalah harta yang aku boleh tinggalkan kat dia andai aku pergi sekarang ?

Hurm…

Sekarang aku dah faham .. Mak ayah kita tak kisahkan tentang diri mereka .. Mereka cuba yang terbaik untuk beri anak mereka yang terbaik ..

Apakah kita sebagai anak , mampu beri yang terbaik buat mereka ?

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments



Dahaga la pulak .. Ajak wife pekena air kelapa.. Katanya ada jual di gerai sorang makcik tu , dalam perjalanan balik ke rumah.. Harapnya ada jual la.. Kot la takde stok .. huhu..

Rezeki.. ada !! Tak byk dah tp cukup utk kami..Beli dua bijik jer.. Rm7 .. Dan tiba tiba tmbul idea nak buat coconut shake memandangkan wife ada beli jus blender hari tu.. Leh bikin sendiri !!

Singgah kedai runcit.. beli aiskrim.. Perghhhh.. rosak diet aku.. Bahan dah cukup.. Tukang kacau pon dah buat kerja.. Akhirnya , tadaaaaaaa..


Sedap ? Boleh laaaa... tak buat manis pon ..Asal hilang dahaga dah memadai.. heeeee.. 

Baki  , buat air selusuh ..
Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

 

Aku sebenarnya boleh lukis lagi cantik tapi saja tak nak sebab hak cipta terpelihara.. Nanti ada yang amik dan kata dia yang buat.. Pastu siap patenkan lagi.. Tamo laaa .. Biar nampak lukisan aku  ala ala Fatamorgana punya style..

Er , fatamorgana tu apa ??

Ok , lukisan ala ala Leonardo Da Vinci ni apa halnya ? Gini .. Zaman ni , makin ramai manusia yang pentingkan diri sendiri ! Dia cuma kisahkan nyawa dia je.. Nyawa orang lain , dia tolak tepi !

Nak dijadikan cerita .. Aku sekeluarga dalam kereta aku yang dibeli tahun lepas tu .. nak keluar dari simpang taman perumahan aku menghala ke Putrajaya.

Kedudukan kereta aku tu , dalam gambar di sebelah kiri tu.. Nasib baik aku memandu perlahan sangat … Tiba-tiba , sebuah Mpv boleh muncul depan aku ! Face to face woooo !! Kalau aku laju skit je kan .. Hurmmm .. Aku rasa blog aku ni dah sunyi dah skang ni ..

Kawan , memandu elok elok laaa .. Kalau rasa nak pandu laju cepat mati , gi memandu kat taman perkuburan jer .. Tak de sapa mau susah punya lorr .. Mati kasi tanam saja lorr !

Share
Tweet
Pin
Share
15 comments

 

Antaranya aku la .. Huhuh.. Kalau aku tak memandu kereta , aku mmg tenang di rumah. Layan movie 3D dengan home teater Pioneer aku yang best tu ..

Tapi kalau kena keluar memandu , aku cukup stress dengan kenderaan yang tak reti reti nak bagi signal bila nak masuk ke laluan kita !!

Nak laju , lantak pi la.. Terbabas , sendiri tanggung la kan ! Jangan terbabas kat kenderaan yang tak terlibat sudah laa .. Kalau rasa tak leh nak kawal part terbabas tu , maka pandu dengan cermat..

Pastu ni  yang tak reti bagi signal tuu ..Apahal ??? Tetiba masuk laluan orang padahal jarak kenderaan tu dah rapat.. Dia main masuk macam tu pulak !

Nak lagi ? Bagi signal bila dah betul betul kat simpang ! Huk alohhhhhhhhhh.. Sebelum tu dia memandu cam cipan nak mengawan.. Slowwwww .. tetiba bagi signal dan terus masuk ke lorong dia.. Yang belakang ni , sah sah terkejut cipan ! Tak jadi mengawan dah ! ARghhhhhhhhh..

Serius , aku leh mati sakit jantung gini.. Kita berhati hati dah … Mai unta padang pasir, dia memandu serupa dia je bayar road tax !

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

Wife meetingg di PPUM pagi ni .. Semalam kat PPUKM .. Aku kena hantar dia sebab .. sebab ? Hurmm.. panjang cerita aihh… Malas nak cerita. Nak tau cerita , jom lepak mamak .. borak panjang.. Baru sesuai. Nak cerita dalam ni , risau ‘orang kampung’ pon baca .. hee.. Tak sesuai gitu..

Untuk ke PPUKM , takde masalah. Tapi ke PPUM ni .. aku lupa lak kat mana walhal aku tau !  Aku cuma kurang pasti.. Wife ? Heee.. orang perempuan.. Tau tau je la.. Bab jalan ni , mmg gagal sama sekali !! Hheehe. nak marah aku la tuuu .. Tak btul ke ??? Lalalala ..

Pasang Waze.. Hala tuju ditentukan .. Oh , tak jauh pon. Tapi sebab jammed , maka perjalanan jadi lama la .. Ditambah dengan kemalangan jalanraya lagi.. Huhuh..

Maka bergerak laaa awal pagi dari rumah. Hantar Qhaliff dulu ke rumah orang tua aku jap pastu terus antar wife .. Di lebuhraya menghala ke lebuhraya , Waze menunjukkan lagi beberapa km je nak sampai.

Jalan jammed ni ! Haaa.. Tiba tiba ‘dia’ suruh belok ke kiri dan kemudian buat ‘U turn ‘.. Tuu yang jalan dekat Angkasapuri. Aku ng pelik la kenapa dia suruh u turn.. Aku ikut je la sebab kereta banyak ni !!

Menariknyaaa ..Dia suruh jalan terusss ke depan dan masuk balik ke jalan yang aku datang tadi ! Huk alohhhhhhhhhhhhhh !! Woiii !! Nak kasi aku mati sakit jantung ke Waze ni ??? Dok sesuka hati je suruh lalu jalan tadi tu !! Geram aihhhh..

Wife whatsapp kawan dia yang gi meeting tu gak. Katanya dekat Amcorp Mall je tempat tuuu ! Aku kata dahhhh .. Aku tau tempat tu tapi tak yakin !!

Nasib baik la si Waze kasi laluan lain yang tak perlu harung jalan jammed tu ! Kalau tak ???

Dan sampai tepat pada masanya ! Tepat pada masanya di parking.. Bukannya atas kerusi dalam bilik meeting ! huhuhuh..

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

Aku masuk satu fan page artis ni .. Dia ni mmg aku minat dari dulu lagi.. Lepas kawin , tak minat dah ! Hahahaha .. Yelah , dah jadi bini orang.. nak minat mendanya .. kan ?

Jumlah ‘Follower’ dia melebihi 400 ribu ! Dan dia sering update yang tidak melalaikan .. Bagus sungguh dah dia sekarang berbanding dulu .. Heee..

Setiap status dia , dapat beribu LIKE , beratus SHARE dan KOMEN .. Perghh.. mmg aktif sungguh aihh .. Bagus bagus .. Aku suka dia update gitu dari dok mengarut tah hapa hapa kat TimeLine dia tu..

Tapi sayangnya .. aku tengok bila dia SHARE part sumbangan , kebajikan.. Perghhhhhhhhhhhhh !!! Cuma berpuluh je LIKE .. Yang SHARE ??? Huhhhhh .. hampehhhhh ..

Isu terkini , pasal dia  dan seorang ustaz .. heeee.. Dapat teka ? Tak kisah la part tu .. Apa yang aku nak tekankan ialah part sumbangan tuuu … Berapa ramai nak kongsi dan letakkan di TimeLine dia sendiri ?

Tak ramai aihhhhh …

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

“ Saya akan berusaha bersungguh sungguh bila dpt kerja ni , Tuan .. “

Bila dah dapat kerja ? Serius ! Memang dia akan kerja sungguh sungguh .. Tapi sampai bila ? Sampai dia ditawarkan tetap .. Bila dah tetap , mula berubah perangai .. kan ?

Pernah nampak tak situasi begini ? Serius ! Aku nampak banyak kali dan ianya sering berlaku pada mereka yang bekerja di sektor awam !! Tak kira la apa pun jawatannya , pasti berubah . Jumlah mereka yang semakin bersemangat , tak ramai .. Tapi yang jadi ‘pelik tapi benar’ tu , memang ramai ! Besar kepala dan sombong lagi !

Aku dah tengok camana bila guru dapat jawatan tetap .. dah tengok  pembantu tadbir dapat tetap .. dan tengok kontrak dapat tetap ..

Perghhh .. Pening jap ! Macam tak bersyukur lak …

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (11)
    • ▼  Mei 2026 (1)
      • Kenapa pasangan baru menikah akan cepat 'berlemak' ?
    • ►  April 2026 (2)
    • ►  Mac 2026 (2)
    • ►  Februari 2026 (3)
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (171)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (16)
    • ►  Julai 2023 (14)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes