Yeee.. aku tau.. mesti nk kata lyn ceramah ke .. iskh .. tamo la hipokrit .. aku layan semua tu setiap masa.. ;)
Kang ada jer nk ceramah kt komen... Huhu... Yg tgk bola cmna lak ? Haha..
Ada satu kes ni .. dia tukar hp .. esok jgak dia ikut tukar .. sebijik lak tu .. katanya lama dah minat .. huk aloh .. pelik aih ..
Pastu , ada sekali tu dia ada la keluarkan duit dr bank .. tujuan peribadi la .. nampak kat minah ni .. tau tau mlm tu minah tu tukar gambar kt profile dok tayang duit gak ..hahaha.
Gamaknya mmg ada perangai begini ke org perempuan ? Setau aku la kan ..susah nak jumpa lelaki mcm tu ..
Tu penyakit apa tu ? Iri hati ? Atau mmg sakit jiwa ?
Semangat begini mmg patut ada kan ? Kalau kalah cmna yer ? Apakah mereka terus bg sokongan ? Aku harap begitulah ..
Aku dlm lrt skg.. penuh dgn mereka berbaju belang.. Tak kisahlah .. dr mereka berteriak menyokong negara lain , baik teriak sokong negara sendiri kan ? Hehe ..
Buktikan dan byr semula hutang hutang lama yer.. ops... Jauhi rasuah.. hehe..
Terima kasih kepada Putera Remaja .. Sahabat meminta aku menyampaikan kisah sebenar mengenai batu terapung yang di dakwa sempena Isra' Mikraj ..
Kisah sebenar , korang boleh baca di blog Putera Remaja , atau tuan punya entri tersebut , Qhazanah .. Sedikit cebisan dari artikalnya..
BENARKAH : Batu Terapung Dalam Peristiwa Isra’ Mikraj Di Palestin
" Setiap kali menjelang kalendar Rejab sempena kedatangan tarikh peristiwa Isra’ Mikraj, pasti gambar-gambar ini disebarkan ke serata dunia maya dan hasilnya, ramailah yang mempercayainya..
Berikut adalah gambar-gambar palsu yang kononnya ia adalah Batu Terapung atau Batu Tergantung seperti yang tercatat dalam peristiwa Israk Mikraj, tersebar meluas di dalam internet. Dan juga.. Ia diguna pakai dalam khutbah multimedia di masjid-masjid di KL..! "
Selanjutnya .. korang leh baca sendiri di Qhazanah .. Wallahualam ..
Tadi lepas makan kat The Mall ( yg di order tak sama cam dalam gambar .. hahahha ) , aku cam biasa .. lalu kat dewan dalam PWTC tu...
Dalam dok lalu tu , terperasan satu mamat ni .. Tengok jambul dia , mmg sah la si DAFI , pujaan si Syuib tu haaa... hahaha.. Tapi tu la kan .. Berbeza dia masa memula dulu .. Mmg perempuan mudah layu la tengok .. Skang ? Dah sama cam bapak dia gak .. Maksud aku , rupa tu haa... Nak kata apa kan ? Satu acuan .. Tapi tak kisah la , janji popular kan ?
Point aku kat entri ni , kita ni jgn la dok bangga sangat ngan rupa kita ni .. Maksud aku , hari ni kita cantik.. anggun.. body seksi meksi... berketul ketul .. Esok lusa ? Riak mmg mengundang padah ..
Lelaki ? Tak kisah la.. berisi camana pon , kantong penuh dengan $$ .. perempuan tetap himpit.. Haaa.. Kalau perempuan ? Yang himpit tu mmg semata nak perabih $$ perempuan tu.. Cinta ? Pergh.. susah laaaa nak jumpa lelaki yang sebenarnya cinta kerana cinta .. Kalau ada pon , leh kira ngan jari la ..
Lelaki ? Haaa.. yang jenis berduit , bukan bagi free punya .. Sah sah ada yang tergadai.. Yelah , mana bisa kasi begitu punya kan ? Kena meleser gitu gituan , baru dapat g shopping.. hahaha.. Maaf yer.. tapi inilah hakikat dunia skang .. Duit adalah segalanya ... Jalan mudah , begitu.. Jalan susah ? Cuba buat blog ! Klik la sendiri.. Lom tentu dikira !
Kalau ada yang terasa tu , aku mintak maaf yer .. Tak semua gitu kan ? aku tau ramai yang cinta sejati .. kan kan
Apa ni ? Nak tau ? G klik sendiri... Klik SINI
Hehehe.. semakin lama dalam dunia blog , semakin kita kenali ragam blogger .. Ada yang kata , mereka mendekati blogger blogger lama , hanya kerana nak menumpang 'trafik' .. Betul ke ?
Hurm... aku ? Bab trafik ni , perkara kecik je .. tak bawak mati semua ni .. Sebab tu aku suka promote kawan kawan yang lama mahupun yang baru .. Apa guna nak kedekut kan ?
Cuma , tu la .. aku terkilan bila yang mula pandai menari ..sedangkan dulu beria mintak kita promote dia .. sanggup buat apa saja .. Maaf bukan ungkit tapi sekadar pengajaran buat mereka yang baru nak mula melangkah .. Bila dah pandai menari , mulalah tunjuk belang ..
Ini bukan kali pertama .. bukan kali ke dua .. bukan kali ke tiga.. Aku tak mintak sapa sapa dengar cakap aku .. sanjung aku.. puji aku.. Mintak maaf .. tapi jika anggap aku ini kawan , gunakan kebijaksanaan untuk menegur jika aku ada salah atau silap.. Aku jugak manusia biasa .. Bukan tak tau nak cari kat mana .. Bukan tak tau nak hubungi camana ...
Aku amik contoh aku dengan MAT GEBU .. Kitorang ni dah setahun lebih berjiran ..Mmg ada yang dengki .. ada yang cuba porak perandakan 'rumahtangga ' kitorang .. tapi alhamdulillah.. apa saja masalah , kitorang selesaikan dengan matang.. Telefon ada .. Ym ada.. hubungi je la.. bukan susah kan ?
Hilang kawan ? Ni bukan kali pertama .. banyak kali dah berlaku pada aku .. dan aku percaya .. Kawan sebenar adalah kawan yang senantiasa menegur salah dan silap.. Menyokong tatkala memerlukan .. Senyum di kala duka .. Menangis tatkala gembira .. Ketawa di kala suram .. Itulah kawan ..
Jadi , kalau tanya aku semula .. BEN , Kau nak terus promote blogger blogger baru ke ? Jawapan aku cuma satu ... jika aku rasa dia mmg patut dipromotekan di kalangan pembaca aku , kenapa tidak ? Aku rugi apa apa ? Tak kan ? Biarlah blog aku ni nampak bodoh atau tidak berinfomasi bagi mereka tapi bagi aku , blog inilah segalanya bagi aku ..
Mmg selepas ini aku berhati hati dalam memilih kawan ... Walaupun berkali aku terkena , aku tetap percaya pada takdir Allah .. Lari 1 , 10 lagi datang ...
Aku ada sepasang .. Tu pon mak mertua aku bagi sewaktu dia g haji dulu.. Sampai koyak la aku pakai.. selesa gitu.. hahaha... ni plan nak cari lain.. Tapi idak la sampai ke masjid aku pakai.. dalam rumah jer .. Kang sampai ke masjid , ada gak ingat aku peserta IMAM MUDA .. hahaha.. tak layak langsung ! hahahhaa.. MAMI MUDA boleh laa..
Ok..buat pengemar jubah , pe kata usha sat .. cantik cantik wooo...
Buat pembaca sekalian , jubah-jubah yang dijual diperolehi terus dari Dubai, UAE yang mana design-design terbaru yang bersesuaian dengan citarasa pembeli di Malaysia boleh didapati dengan lebih cepat dan harga yang amat berpatutan. Ini kerana salah seorang dari rakan niaga JubahSouq.com ini berada di Dubai yang mana tidak melibatkan sebarang orang tengah dalam mendapatkan stok-stok jubah kami. - Pelbagai jenis material kain berkualiti sepertic chiffon, internet, cotton etc mengikut kemampuan pembeli di Malaysia, dan harga jubah kami bermula semurah RM139 hingga ke RM350.Dalam masa terdekat ini kami akan mula menjual jubah Dubai untuk lelaki, kanak-kanak dan juga tudung/shawl dari sini.
Dimiliki oleh dua pemuda iaitu ZACK AMRUL dan AMIRUDIN YATIN. Untuk page di Facebook anda boleh seacr JUBAH DUBAI SOUQ.Kalau website pula www.jubahsouq.com
Kami juga penaja kepada Dato Mashitah Ibrahim untuk rancangan Sembang Dato Mashitah Ibrahim di Astro Oasis .. Amacam ? Masa untuk berubah ? Hehehhe.. Tepuk dada sendiri yer..
Pergh.. yela... Dah tak terhitung pendapatan tokey FACEBOOK kan ? Mau kasi pecah la sedikit.. kalau tak , ada yang suka suka tekak je naikkan harga cam.. cam .. cam sapa eh ? Hehehe...
Ok ok.. jom baca artikal yang aku petik dari BHARIAN ni ..
WASHINGTON: Enjin pencarian internet terkenal dunia, Google melancarkan laman sosial terbaru bagi menyaingi Facebook yang dipanggil Google+.
"Perkongsian secara dalam talian sedang berada dalam keadaan serba salah. Malah sudah pecah dan kami ingin memperbaikinya," kata Naib Presiden Kanan Kejuruteraan Google, Vic Gundotra dalam blog mengenai inisiatif laman sosial yang dinanti-nantikan syarikat berkenaan.
Ketika memperkenalkan Google+, Gundotra berkata, keupayaannya ialah membolehkan pengguna membezakan kawan secara dalam talian dan keluarga dalam "bulatan" berbeza atau rangkaian dan berkongsi maklumat hanya dengan ahli dalam bulatan berkenaan.
Salah satu kritikan terhadap Facebook ialah sebarang kemas kini dikongsi semua kawan kecuali pengguna membuat Kumpulan Fecebook berbeza. - AFP
Apa pendapat korang ? Mampu tak kita beralih arah camana dulu guna MYSPACE pastu ke FACEBOOK ...
Nyaris pagi tadi aku nak isytiharkan kemenangan pada HIDAYAH SALLEH (3.57 pagi ) .. sikiittt je lagi .. kalau tengok tempoh masa tu , hampir sejam.. tapi last last minit , SOR FIENA ( 4.27 pagi ) menghantar komennya .. huhu..
Maka terpaksa aku tunggu lagi .. haih... Ada yang mengalah dah ker ?? Kalau tak , terpaksa menunggu lagi ni ... Huhuh.. sabar eh sabar ...
Buat mereka yang merasa segmen ni mengarut , yer arrr.. mmg pon segmen ni mengarut .. sekadar hiburan di kala bosan ... ok ? nak segmen best , g kat Dewan Bahasa Pustaka .. ;P
Lama betul aku tinggalkan minat aku ni .. Bz benar dengan update blog sehinggakan tertinggal minat aku yang satu ni .. Hehehe.. Minat aku ni , mmg dari kecik.. aku pasti korang pon cam tu gak .. Confirm minat punya ..
Seperti yang korang tau , baru baru ni aku beli sebuah buku di Mph .. Haa.. buku apa ? Heheeh.. tu pon nak kecoh kan ? Pedulik ar ! Aku bukan kecoh tapi nak berkongsi ... Tengok SINI ..
Ada satu part yang mana aku rasa aku patut berkongsi dengan korang terutamanya buat mereka yang masih belajar ..
" Buat adik adik yang membaca Travelog Hidayah ini , aku merayu dengan nama Tuhan Yang Maha Pengasih .. Janganlah engkau sia-siakan peluang untuk belajar . Hanya imu yang akan melorongkan jalan kebaikan di dunia dan akhirat .Ketololan di waktu muda akan mendera perasaan mu di masa tua .
Ingatlah , hargailah masa muda di sekolah. Jangan cuba untuk menjadi penjenayah kecil . Juga jangan cuba menyedut asap rokok untuk dipenuhkan balang oksigen di tubuhmu dengan asap yang diracik dengan nikotin , tar dan 4,000 racun yang akan menghantarmu mati konyol , mati sia sia dengan gigi lesu berkarat. "
Buku ni tak sampai setengah lagi aku baca .. Aku baca perlahan lahan.. hayati segalanya .. Sebab bagi aku , kisahnya adalah sangat menarik lebih lebih lagi dia adalah keturunan TOK KENALI , ulama yg amat terkenal di nusantara ini ..
Buku ni mmg menarik untuk dibaca .. Murah jer .. baru RM16 ..
Salam dan selamat pagi .. hehe ..
Dua hari rehat .. sakit perut dan sakit kepala ... Tak g keje ? Rezeki ada di mana mana .. kesihatan kita je tak de di mana mana .. kaya tak guna jika otak sakit .. kacak tak guna jika jiwa derita ... Kan ? Cantik tak guna jika hati kotor .. kan kan ?
Maka aku g keje hari ni dengan minda yang agak tenang .. tak fikirkan apa apa pun kecuali diri sendiri dan mereka yg aku sayangi ..
Sebelum ni aku gemar kisahkan kehidupan rakan-rakan ..tapi nampaknya aku kena fikirkan semula semua itu .. Bukan apa, nanti org tuduh kita nyebuk tepi lain mereka lak ..sedangkan kalau ikutkan sejarahnya, sebaliknya ..
Tapi tak mengapalah .. masing masing punya akal dan fikiran ..dah besar panjang pon .. kan kan ?
Ikut gila aku , mau je aku g Sabah ari ni sampai Jumaat ..hehe ..ikut wife .. dia meeting kat sana ..aku leh g jalan jalan ...tapi aku masih lom gila..hehe..
Maka aku kena jaga rumah 2 hari ni la ... Dan kena mula diet balik ..hurm..
" Sedang aku bermain ping pong bersama rakan aku , datang seorang lelaki dan perempuan .. dalam berpakaiaan uniform sekolah menengah ..
Lalu dia berkata sambil berkata , " U mandi pakai baby ka ? " .. Berulang kali dia kata gitu .. Dia datang hampir dengan aku lalu dia curah air ke arah aku !! Habis basah baju dan seluar aku
Apasal dia buat gitu ??? Geram gila ! Aku dan kawan aku lalu kejar mamat tu .. Mamat tu tinggi wooo.. dia berlari sambil terbongkok bongkok .. Tak terkejar kitorang .. Peliknya dia lari dalam kawasan tu gak .. Aku tanggalkan kasut aku dan kejar semula .. Kira nak laju skit la kalau tanggal kasut ..
Mamat tadi tu lari dan dapatkan kasut aku .. Lalu dia buang ke dalam longkang besar !!! Sepatutnya perbuatan dia tu menimbulkan rasa geram aku lagi .. tapi tak ! Kenapa ? Sbb aku sedar salah aku .. Yang aku g tanggalkan kasut nape !
Sampai ke sudah tak dapat kejar dia .. Dia lari sambil ketawa gitu .. Hurmm... "
Aku terjaga .. Nape pelik benar mimpi aku.. tengok jam.. baru kul 4 pagi.. Dan aku taip ni agar aku ingat mimpi ni..OK.. nak tidur balik..
Ni cuma aku punya strategi .. takde kaitan dengan mana mana strategi blogger lain.. Kalau ada , cumalah satu kebetulan...Kenapa aku berkongsi ? Aku berpegang pada , ILMU KITA DATANGNYA DARI ALLAH .. TIADA HAK KITA UNTUK MENYIMPAN UNTUK DIRI SENDIRI .. MAKA SELAYAKNYA BERKONGSI JIKA IANYA PATUT MEMBAWA KEBAIKKAN PADA ORANG LAIN .. Segalanya terpulang pada diri sendiri.. Tiada paksaan , okeh ?
Seperti yang aku buat selama ni , aku berblog dengan punya perancangan tersendiri .. Bermula dengan LIHAT DAN BELAJAR .. CUBA DAN ANALISA ... Aku lihat bagaimana blogger blogger terdahulu dari aku berblog .. Cara tulisannya , template blog , penggunaan teknikal blogging dan banyak lagi .. Ternyata apa yang korang nampak sekarang inilah yang paling sesuai dengan aku ..
WUJUDKAN BLOG - PROMOSI - KREATIVITI - BERDIRI SENDIRI ...
Aku dah punya blog .. Promosi aku dah lakukan sebelum lagi aku punya blog .. Dan tempat aku promosi habis-habisan adalah di FACEBOOK yang ternyata memberi aku pembaca tetap dan juga pembaca biasa ... Pembaca biasa ni , bila dia rasa nak datang atau ternampak promosi , baru dia datang ..
KREATIVITI yang korang nampak pastinya adalah SEGMEN aku .. Hampir setiap hari aku buat segmen .. Segmen di mana bukan aku sorang je 'makan' tapi semua yang terlibat ( pastikan rajin ) akan membuahkan hasil ..
Bila perancangan berjalan dengan teliti , maka inilah fasa terakhir untuk memastikan apakah segala usaha selama ini membuahkan hasil ...
Apakah maksud aku dengan BERDIRI SENDIRI ? Tidak perlu lagi promosi dan SEGMEN .. SEGMEN mungkin perlu untuk membantu blogger blogger lain ... Tapi aku akan kuatkan dengan entri entri aku sendiri .. Yakni entri peribadi yang mana aku akan bercerita apa saja yang ada di depan mata aku .. Bukan lagi untuk mencuri trafik tapi adalah untuk berkongsi cerita ..
Aku akan mulakan pada awal tahun depan ... Ni adalah tempoh terakhir aku menguatkan lagi segala promosi dan strategi .. bukan mudah ...
Trafik selepas ini akan jatuh .. Tetapi akan meninggalkan pembaca pembaca yang setia dan juga menghasilkan pembaca yang sememangnya berminat dengan blog kita ..
Disinilah kekuatan penulisan dan intipati cerita kita akan menentukan segalanya .. Apakah mereka masuk ke blog kita kerana segmen ? Atau cerita orang lain ? Atau juga cerita kita ?
Jika tidak berjaya , bermakna masih ada kekurangan lagi .. Maka ..perlu perancangan lain .. Ingat , pelancongan negara kita pon sampai sekarang masih lagi memerlukan promosi yang berterusan .. Negara kita masih belum dikenali.. Begitu juga blog kita .. Jangan sangka popular menjaminkan kehadiran pembaca yang berterusan ... Saingan terlalu banyak di luar sana .. Jangan sampai kehilangan pembaca setia kerana merekalah medan pengiklanan kita paling berkesan !
Sekadar pendapat .. InsyaAllah ...
DI KLCC IMPIANA SPA , sangat relaks kat sini .. Layanan pon TIP TOP ... Harga ? Jgn risau .. mmg berbaloi !
Wife aku sorang je masuk .. Kang aku masuk , sah sah jadi isu .. Kena hati hati skang ni.. hahaha.. Lantak la... aku bukan artis .. bukan selebriti .. Hehehe.. Janji tau mana dosa.. mana pahala cukup la.. tak larat nak jaga dah hal orang .. Niat baik , terus disalah anggap.. Sekarang , aku jaga hal aku jer .. kan kan ?
Mood terpilih finalist berjaya mengatasi stress tengahari tadi .. Syukur pada Allah .. Ini membuktikan segalanya memerlukan usaha... Takan menjerit saja tak berguna ... Tercalon di peringkat finalist ni pon dah amat amat mengembirakan ... Yelah , aku dah berusaha.. Rakan rakan dah memberi sokongan .. cuma tunggu keputusan saja ..
Mengharapkan kemenangan tu tak la .. Sekurangnya membuktikan blogger cam aku ni , berjaya juga buka mata orang ramai .. Tak semestinya blog yang punya info saja layak digelar blog .. kan ?
Terima kasih sekali lagi pada mereka yang sudi letak banner , buat entri ... Jasa anda semua , aku tak mampu balas.. Hanya Allah saja mampu balas ... InsyaAllah ... Semoga Allah merahmati anda semua ..