Tukarkan penggunaan Istilah SEMBAHYANG kepada SOLAT!.

by - Jumaat, Jun 11, 2010

gambar hiasan - hatiwanita

Hampir kebanyakan umat Islam hari ini tidak terlepas daripada menggunakan istilah "Sembahyang" yang merujuk kepada "Solat." Tetapi pada hakikatnya, istilah "Sembahyang" mempunyai maksud atau pengertian yang terdapat unsur "Syirik."

Professor Hasbi As Siddiqi di dalam salah satu bukunya, membahas perkataan "Sembahyang." Katanya; "Sembahyang di ambil daripada perkataan "Sembah" dan "Hyang" yang merujuk kepada nama dewa - dewa yang disembah oleh penganut Agama Hindu dahulu kala. "Sembahyang" juga diertikan sebagai "menyembah berhala yang bernama Hyang."

Dua pakar Bahasa Indonesia, yang salah seorangnya pernah datang ke Malaysia, mengajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), iaitu Dr Daniel juga telah mengesahkan bahawa istilah "Sembahyang" merujuk kepada "menyembah dewa yang bernama Hyang."

Orang Buddha pergi ke Tokong, Orang Hindu pergi ke Kuil dan Orang Kristian pergi ke Gereja menggunakan istilah "Sembahyang," terserahlah kepada mereka, kerana memang terdapat unsur "Syirik" dalam ibadah mereka. Tetapi Umat Islam, Tidak sesuai sekiranya, "Solat" juga diistilahkan sebagai "Sembahyang", yang mana pada asalnya kata sembahyang itu merujuk kepada "menyembah dewa bernama Hyang."

Kalau boleh ubahlah ayat seperti seorang ibu mengarahkan anaknya bangun untuk menunaikan Solat Subuh. "nak, bangun!. pergi "Sembahyang Subuh," kepada "nak, bangun!. Pergi "Solat Subuh." Solat lebih tepat istilahnya

Mungkin sebahagian daripada kita, akan menganggap bahawa hal ini hanyalah hal yang remeh dan tidak begitu penting. Tetapi bagi mereka yang mempunyai kesedaran Agama dan memetingkan kualiti ibadah, akan sentiasa berhati-hati dan mengambil perhatian akan hal seperti ini.

SEBARKAN . . . Semoga Allah merahmati usaha kita. Amin!.

http://www.youtube.com/watch?v=LK9kdMSX5Q4

dari FIQH & SUNNAH

You May Also Like

7 comments

  1. tau dah benda ni tak lama dulu, sejak tu mmg guna perkataan SOLAT je. alhamdulillah dah biasa.


    nice sharing, betulkan kebiasaan yang tak betul.

    BalasPadam
  2. kalau dalam quran terjemahan tu tk prasan plak, guna solat ke sembahyang eh?

    BalasPadam
  3. mmg dari dulu mmg suke gune istilah solat dari sembahyang...

    rase sejuk bila sebut perkataan solat itu..

    BalasPadam
  4. ohh.camtu ker.bru tau.thnx for dat info.
    btw.salu gune pkataan solat lg pon.

    BalasPadam
  5. salam..

    isk isk iskk.. mcamana nak tukar semula istilah tu... rasanya dalam buku2 pun dah banyak printed as sembahyang.... At least kena tukar dah sebutan tu bermula dari rumah yek.

    ENTRY KU :
    Donut pun boleh jadi SUSHI ?

    http://sweetomoide.blogspot.com/2010/06/donut-pun-boleh-jadi-sushi.html

    BalasPadam
  6. salam..
    bgus info ni..
    mintak kebenaran tuk share entri ni kt fb saye ye encik ben.. =)

    BalasPadam
  7. sy br tau ni...tp mcm mn plak dengan papan2 tanda yang kt masjid2 yang tulis "sembahyang lah anda sebelum anda disembahyangkan"...mcm mn ye hukumnya?

    BalasPadam