Aku blogger baru.. so what ????

 

image

Camana nak mula eh ... erm... ok... Mulakan dengan Bismillah ..disudahi dengan Alhamdulillah .. maka aku nak makan kfc dulu neh.. 3 ketul ..ok ? Set dinner plate nih.. Stok untuk tenaga petang karang kat gym.. hehe..

Okeh.. abis dah .. hehehe .. Kenyang ... blurppp.. hehe.. acah jee.. tak la tahap sendawa ala ala badak sumbu sendawa ... huhu..

Aku perhatikan rata rata yang tinggalkan komen di blog picisan ini ( blog aku laa ) , amatlah merendahkan dirinya... Baguslah gitu .. kita serupa . .sama sama rendah .. Tapi jgnlah terlalu memandang tinggi sangat pada sesuatu blog tu .. Boleh pandang tinggi jika mmg layak dipandang tinggi .. Cuma bagi akulah kan , semua blogger layak di pandang tinggi .. Kenapa aku kata gitu ??? Sila beli E- BOOK aku di laman www.benashaari.com .. Ok ? Hahahha.. tengok.. muka ketat dah tuu.. hahaha.. guna ayat Mat Gebu Al-Buaya Padang Pasirun.. hehe.

Bagi aku la kan , semua blogger sama bagusnya .. Apa yang membezakan ialah pengalamannya .. Pengalaman dalam bidang penulisan , kehidupan serta kekreatifan akan membezakan antara blogger baru dan lama ..

Penulisan ... semua blogger boleh menulis ..maksud aku menaip laa... adeh.. takkan tak tau gak kot ??  Sejak sekolah rendah lagi kita dah diajar membuat karangan .. kan ? Maka masing masing dah diajar menulis berdasarkan imaginasi samada realiti atau fantasi , terpulang pada mereka .. Pokoknya pokok betik.. hehe.. Pokoknya , blogger dah tau mengarang .. bukan susah kan ?

Kehidupan .. Jauh perjalanan , luas pengalaman .. Fahamkan ? Tua belum bererti berpengalaman .. Tak semestinya berjalan baru leh dapat pengalamanan tu .. Maksudnya kena la 'bergerak' .. Kalau setakat duduk dalam bilik tu , camana nak ada pengalaman ? Camana nak berkenalan dengan insan insan lain ? Banyak cara lagi untuk kutip pengalaman kehidupan ini ..

Kreatif ? Pastinya blogger ini sangat kreatif... macam macam hiasan akan diletakkan dalam blognya .. kalau boleh diorng nak cipta sendiri punya widget .. kan ? hehehe.. kreatif tapi tak kena tempat .. blognya rumah banglo .. blog ibarat perpustakaan sekolah .. penuh buku tapi tak la cantik cam IKEA tu... macam macam deco ada .. Yang penting ialah 'isinya' ...

OK.. aku malas nak panjang padahal dah panjang ni .. Oleh itu , wahai saudara saudari blogger sekalian , jgn terlalu merendahkan diri .. Anda dan mereka sama je .. Banyakkan membuat kajian.. Bila blogwalking tu , belajar bagaimana mereka menulis .. bukan g tengok apa yang mereka letak dalam blog tu ... haaa... faham ? Tak ? Adeh...

26 ulasan:

  1. Faaahhhhaaamm..

    *follow stail budak2 kat sekolah*

    BalasPadam
  2. zila kalau melawat blogger2 yang lama ni , ske tengok cara penulisan mereka , kadang-kadang boleh baca old post mereka sampai yang tahun lepas punya :) sangat menarik

    BalasPadam
  3. Fahaaammmmm *serentak ngan pala maldini*

    BalasPadam
  4. setuju part last tu.
    yang penting isi blog.
    template kena simple dan kemas je.
    orang suka blog yang senang nak loading.

    BalasPadam
  5. tetiba lapar KFC dah ni..
    terima kasih letak saya d blog list..
    ok kena kurangkan merendah diri..
    tp jgn terlalu meninggi diri kan...

    BalasPadam
  6. saya amat merendah diri nak komen blog ben ni..tp skrg lepas baca entry ni saya tak merendah diri dah..

    BalasPadam
  7. Ya, Baeklah..saya faham!! Tenkiu :)

    BalasPadam
  8. masih belajar dari pengalam dan akan terus belajar.. =)

    BalasPadam
  9. mekaseh hencek ben...

    wah KFC lapo la plak

    BalasPadam
  10. LIKE! (macam kat fesbuk..hihihi~!)

    BalasPadam
  11. paham cikguuuuuuuuuu...!

    BalasPadam
  12. seriyes mmg camtu ek ?
    efy blogger baru :) .
    so tak expert sgt pasal benda2 ni ..
    thnx abg ben sbb bagi info ok :) ..
    thnx jugak abg ben dah follow blog efy :)
    hehe ..

    BalasPadam
  13. Salam,

    blog aku bernyawa; seolah hidup. dari mula2 aku mulai berblog, harapan aku cuma 1, menyampai maklumat buat umat...

    BalasPadam
  14. BA: Masing2 ada kelebihan & kekurangan memasing kannnn....

    BalasPadam
  15. yerrr en ben.. tok faham!!! (mcm kanak2 riang) nama jer tua tp dalam hati masih ada taman.,.. haha

    BalasPadam
  16. orang kata setiap orang ada lucky star dalam bidang tertentu..

    BalasPadam
  17. Paham Encik Ben...tp mmg rasa rendah diri sgt2 pd blogger2 yang dah di kira otai ni.

    Kita msh tercari2 idea nak buat entri sehari satu..mereka blh je buat 5-6entri sehari..menulisan yg mantap dan berkesan.Byk lg perlu dikaji dan dipelajari oleh saya..

    BalasPadam
  18. huu baru je rsa rendah diri nih .
    sbb mmg diri dah rendah .

    okay cikgu ben .
    thankz ltak lam blog list . sngguh pantas dan bergaya skali .
    heheh

    BalasPadam
  19. Salam,
    sebagai blogger yang baru merangkak aku tak pernah paksa org laen jd follower aku even kenkawan or family... jika mereka suka blog aku then diorg jd follower... lbih mudah mcm tue... dan betul ckp Ben tue, kena berani baru dpt dikenali ramai... huhu kena tanam semangat baru tahun nie.... chaiyok chaiyok...

    p/s:ader org yg berminat nak promote blog aku... entah tak pernah plak di fikirkan...

    BalasPadam
  20. saya pun sekarang sudah suka baca blog..dulu x tau pun apakah itu blog dan apakah itu berblog...hebat kan dunia masa kini...dengan jari..semua boleh jadi.... dan saya jugak setuju...perlukan imaginasi dan kreativiti yang tinggi...bykkan berfikir...
    saya pun masih mencari2 apa yang ingin saya fokuskan dalam blog saya...
    feel free to visit my blog..
    htpp://akmallrazlan.blogspot.com

    jikalau ada idea...sila lah tinggalkan...mana tau ia meransang saya untuk menulisnya...thanks...

    BalasPadam
  21. faham......cikgu.....huhuhu...
    jgn mrh yea..

    tips yg bguna utk Hanna.

    tQ :)

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.