Tips nak sasakan badan atau kurus ?

 

Hurm… Bila aku letak gambar kat gym , ada orang mintak tips untuk jadi begitu atau tanya bagaimana nak kuruskan badan ?

Tips tips begini mmg banyak ada kat internet ni sebenarnya dan aku percaya ramai dah google kan ? Dah cuba? Persoalannya , berapa lama ? Dan pastinya satu kesilapan yang utama ialah , keputusan yang cepat !

image

Kebanyakkan yang aku jumpa , mereka akan tanya camana nak sasa dengan cepat atau nak kurus dengan segera .. Ya , mmg ada ubat tapi percayalah segalanya ada kesan sampingan termasuk bersenam !

Bersenam ? Bersenam dengan cara yang salah akan memberi kesan pada tubuh badan terutamanya otot .. Perlu ada sifu untuk bersenam , sebagai permulaan. 

Ubat ? Aku galakkan disiplin pemakanan atau diet yg seimbang . Diet tak bererti tidak makan sebaliknya mengawal  pemakanan dengan mengambil yg diperlukan oleh tubuh badan kita. Kena tau yg tu ..

Dan paling penting , semangat ! Yang ni ramai takde ! Serius !! Baru buat seminggu , dah nak tengok hasilnya. Aku rasa kebanyakkannya terpengaruh dengan rancangan tv. Jangan lupa , yg kat tv tu pastinya punya suppliment tambahan yg tak dikongsi bersama penonton.

Bagi aku mudah saja bila bab begini .. Utamakan kesihatan ! Apa guna badan sasa tapi tak sihat ? Apa guna badan langsing tapi tak sihat ? Sihat dan mantap ! Mantap ni maksud aku fit la.. Kira nak berlari apabila dikejar anjing tu , takde masalah langsung .. Kira lari sambil makan jagung je la.. Kita tak mengah sebaliknya anjing jadi bosan mengejar ! Haaaa… Baru mantap kan ?

Badan sihat , secara automatik , semua sihat ! Banyakkan membaca artikal kesihatan dan dapatkan nasihat pakar ..

11 ulasan:

  1. sihat dan fit itu yg saya inginkan..fit untuk lari berkilo-kilometer..kena usaha lagi la..

    BalasPadam
  2. Ape yg penting .. KESIHATAN ! :D
    *versi wonderpet . hihi

    BalasPadam
  3. betol tuh..diet sendiri, mkn mcm mcm, mahal mahal duk tang tu jgk..nak kena pi consult dgn yg pakar la jugee

    BalasPadam
  4. betul tu..badan sasa tak sihat tak guna...yang lagi sadis badan sasa tapi tak bahagia...

    BalasPadam
  5. Ben..betul ke klu nak jd badan macam ko tu gi gym tp kena makan ubat yg dia bg kat gym tu?

    aku tak tau, anak bujang aku yg cakap..huhuhu *bru drjh 6 tp sibuk nak bdn mcm ko...huhuhu

    BalasPadam
  6. yup! kesihatan memang peting!:)

    BalasPadam
  7. Baru balik dari gym tadi. Dapat free training session dari sorang trainer baru kat situ. Boring katanya takder benda nak buat kat gym, so dia kasi free training. Dia pun ikut training sama. Apa yang dia suruh I buat, dia pun buat jugak. Bagus budak nih. Kalau buat beberapa training session lagi dengannya, memang boleh jadi fit punya lah! Memang terasa sangat kesannya pada body ini walaupun training hanya selama sejam! :-)


    Terbaru dari Logokoko:

    [U] Guna telefon tempat kerja

    [U] Jual apa tuh?

    [18SX] Telur EXPOSED!

    BalasPadam
  8. Baru habis marathon di sekolah ....kekerasan otot di bhgian paha masih terasa meskipun dah 3 hari marathon abissss !

    BalasPadam
  9. whoa ~ boleh diguna pkai nih ..
    diet + semangat + bersenam = kurus ?
    oyeah ! haha

    BalasPadam
  10. En Ben,nak sasa kena amik protein ke?kalau tak amik leh ke ketul2..xbest ar kalau ketul tapi stocky..huduh..any advice?

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.