Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 23 Jun 2015

Andai aku dipenjarakan !

 

Terkejut aku dari mimpi. Mengucap panjang aku. Mimpi yang cukup menakutkan aku ! Aku berpisah dengan anak anak gara gara salah aku sendiri ! Aku tidak berjaya menahan amarah menyebabkan aku telah melakukan kesalahan besar ! Aku bergaduh dengan orang lalu membunuhnya ! Aku menyesal giler !! Aku berharap sangat apa yang berlaku ketika itu , adalah mimpi dan ternyata ianya mimpi sama sekali !

AllahuAkhbar.. Menakutkan betul ! Aku tak nak masuk penjara gara gara sikap panas baran aku. Biarlah aku bersabar dan terus bersabar.. Aku tak nak anak anak aku membesar tanpa ayah.. Aku taknak mereka hilang nahkoda mereka..

image

Mimpi tu menyedarkan aku betapa SABAR itu sangatlah penting ! Sedikit kesilapan dan ketelanjuran , boleh membinasakan diri sendiri dan juga keluarga tercinta..

Melepaskan geram memang memuaskan hati dan syaitan akan ketawa riang kerana mereka dah ada kawan baru.. Selepas tu ??? Apakah itu penyudahnya ??

Itu aku selalu fikir.. Ikut hati , mati . Ikut akal , inshaAllah selamat..

5 komen :

QasehnyaRania berkata... [Reply to comment]

betul tu..
selamat berpuasa :)
comelnya dua beradik ni..

NURUL AQIDAH AZAHAR berkata... [Reply to comment]

kita ni manusia biasa mmg tak terlepas dari sifat mrh...sbr jelah..

yanie yusuf berkata... [Reply to comment]

betul2.. (tapi kekdg yanie tak sabar jugak huhuh)

Mira Adzlia berkata... [Reply to comment]

yup..tp mnusia bese xley lari dri kemarahan. tmbh2 klu tgh drive pmpuan lmbut pun boleh maki2 org..hihi

Norma NML berkata... [Reply to comment]

dua2 pun iras muka daddynya

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI