Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 14 Jun 2015

Apa guna telefon mahal mahal tapi ..

 

iPhone 6 Plus yg aku dapat baru baru ni , telah pon aku serahkan kepada wife. Tapi sebelum aku serahkan bulat bulat pada dia , aku ajak dia gi Low Yatt dulu. Nak cari casing untuk iPhone tu bagi mengelakkan dari ‘terluka’ dan ‘tercedera’.

Maka carilah case yang sesuai dan juga pasang tempered glass pada LCD. Dekat 100 ++ gak la abis duit semata mata nak pasang kedua dua menda alah tu..

TERPAKSA ! Bukan sebab nak nampak cantik ke atau saja saja nak poyo tunjuk kat orang ! Tak baik ada niat gitu.. Riak namanya. iPhone je pon.. kan ? Heee..

Terfikir kembali aku.. Apa guna beli telefon pinar mahal mahal pastu kena beli ‘perlindungan insuran’ untuknya ? Kan dah tak pasal pasal makin tebal telefon pintar tu ???

image  Nipis dah nipis dah.. Ringan dah ringan.. Tapi bila tambah cover yang ..hurmm.. siap ada macam pasang kereta kebal kat telefon pintar dia.. alasan untuk elakkan kerosakkan kalau terjatuh.. Huhuhu…

Takde la pulak aku nak beli gitu kat wife. Dia bukan nak panjat gunung pon.. Dia bukan nak masuk hutan pon.. Jadi beli je yang nampak elegan dan koprat gitu..

image

Walhal… telefon pintar yang ada ditangan kita tu , dibeli dengan harga yang mahal.. pastinya mereka dah gunakan material yang bagus untuk elakkan dari kerosakkan kecil seperti calar pada bahagian belakang dan muka telefon pintar tu..

image

Sama macam Sony Xperia Z3 aku la.. Body dah cun tapi kenapa perlu aku beli back cover ?

imageimage

Yer , betul !! Walaupun telefon pintar makin pintar lalu mahal tapi takde maknanya kalau mudah rosak ! Kan ? Gorilla glass ? Hurm.. Rasa cam tak berbaloi je kan ?

Kemudian.. part lasak ! Kalau beli mahal mahal , jangkaan kita pasni telefon tu boleh bertukar jadi Transformer !! Haa.. itu gurau jer yer.. Beli mahal mahal tapi takut masuk air !

Kecuali XPERIA , lain lain handphone pasti akan terbinasa jika terjatuh dalam air ! Cepat cepat letak tangan di dahi dan pantas  mencari alasan..  Rugi rugi.. kan ? Nak jual balik mesti murah jer.. kan ?

Contohnya.. masuk air !

image image

Penting sangat ke boleh masuk air ?? Serius penting ok ! Aku dah pernah kena.. Baru pakai Nokia 1320 , si Qhaliff dah rendam dalam air tanpa kitorang sedai !! Nak repair , serupa harga beli baru je kan ? Hurmmm..

Aku bukanlah nak kondemkan iPhone tapi sekadar nak mintak rakan rakan pilih betul betul sebelum membuat keputusan untuk amik jenama X ! Bajet takde katanya..

Apa pun.. setiap telefon pintar ada kelebihannya !

7 komen :

DYatie ABakar berkata... [Reply to comment]

Iphone je punnn.. Hahaha.. Kemain tau a.ben..

Tapi Yt mmg teringin iphone 6+ tu.. teringin tapi mcm tak mampu.. lately baca pasal sony a.ben.. macam teringin nak sony pulak.. tgu lepas pantang nanti nak upgrade hp.. hoho..

NURUL AQIDAH AZAHAR berkata... [Reply to comment]

kalau ida dpt iphone pun tkut sbnrnyedgn ank kecik..suka main campak2 je..huhuh

SysOp berkata... [Reply to comment]

Bhai Ben...

Lu tembak gua ker... Itu hari lu tanya gua pasai aper guna produk buah Epal... Masa kat Masjid KLCC ..... Hahaha...

Jawapan gua.... Barang free bhai.... Kompeni kasik.. Amik jer la... Hahaha

C++
CipanTapirTenuk.Blogspot

Ben Ashaari berkata... [Reply to comment]

@SysOp
Cess..takde kijee.. Hahaha

Murniwati Awang berkata... [Reply to comment]

Bg saya pulak dismping protect phone dari rosak..salah satu faktor pulak adalh bila kita jg iphone kita baik2 esok2 kalau kita nak jual ada rega..pgalaman saya dan suami dari pkai iphone 4, 4s, 5 , 5s sampai laa ke 6&6+ loni..setiap kali nk jual yg lama letak je iklan dlm mudah.my berduyun org nk beli.. Berebut2.,sggup dtg dr jauh semata2 nk beli..pastu bila tgk conditions tip top tanpa sebarang calar (sebab pkai screen protector) terus diorg beli tak ckp byk..

Zizie Zack berkata... [Reply to comment]

@Murniwati Awang btol jugak tu.. Pengalaman teman kawan jual hp mcm tu jugak.. Dia tgk calar sikit je, angkat je.. Xbanyak soal..

Fendi Rocka berkata... [Reply to comment]

betul jugak.patut kita dah bayar harga mahal..dapatlah barang yg tahan dr calar dan kerosakan,tpi malangnya lagi mahal lagi sensitif

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI