Makin mahal buat kita..

Seorang sahabat , dah terpaksa bungkus restorannya gara gara kenaikkan harga sewa kedai dan harga barang. Aku rasa ramai dah mula berkira kira nak tutup kedai .. tak tahan dgn harga barang yg mengarut ditambah lg dengan pengguna yg semakin mula kedekut nak berbelanja..

Pagi tadi , aku makan pagi di sebuah restoran 'orang kaya' , area Ayer@8. Makan bihun goreng dan milo panas.. Rm12++ ! Gulp.. Tak pe la..nak selesa punya pasal..

Nak makan kedai murah , aku dah mula tak yakin part kebersihan.. Macam macam dah telinga ni dengar. Kena pandai mencari utk elakkan makan makanan yang kurang bersih.. hurmn.

Entah laa..nak masak sendiri ? Tido pon tak cukup..ni kan pulak nak memasak.Ada gak termasak tangan sendiri gara gara mengantuk punya hal..huhu..

Apa pun..ni nak habaq.. aku makin terbeban dgn segala segi yang dah mahal.. Petrol , sehari RM50. ,Haihh..

11 ulasan:

  1. errr aben masak ke? tak pernah nampak pun aben masak? ha ha ha... saja ngusik...

    BalasPadam
  2. keluh2 ni xelok kan....tapi kadang2 tak tahan, terkeluh jugak huhu...

    BalasPadam
  3. harga standard makan kat sabah dah tu bang..hehe

    BalasPadam
  4. betul, sekali berbelanja maunya lebih rm50.. huhuhu memang terasa laa dengan peningkatan harga barangan sekarang..

    BalasPadam
  5. hmmmm paling senang boleh goreng telur.tp lalu ke.hmm ntah lah!

    BalasPadam
  6. memang terasa sebenarnya, lebih2 lagi susu anak sepeket dah jadi 900g biasa 1 kg.tapi dijual harga 1kg..nampak tak kita dah rugi 100gm.skg ni mmg kurang2kan makan kat luar tapi dah keje and penat tak sempat tak larat nak masak..terpaksa juga

    BalasPadam
  7. huh..aben jalan mana je sehari RM50..?? yoorin ingat dah paling sakit seminggu RM70.. aben je 50 ringgit sehari.. adehhh.. keluh kesah rakyat entah didengari kannn..

    BalasPadam
  8. tulah memang makin terbeban, yang paling sedih bila perkara tu out of our control. takde cara lain selain berjimat tak pun tambah income

    BalasPadam
  9. Sangat terasa.. bukan sebab berkira tapi sebab makin terbeban dengan kenaikan harga yang adakala dirasakan melampau.

    BalasPadam
  10. Sesiapa yang minat memasak try
    http://amazing-tm5.blogspot.com/
    pasti Terbaik

    BalasPadam
  11. betul lah a.ben. saya yang bujang ni pun terasa jugak. kadang tu sampai kena catu makan. haih...ni ke yang dikatekan rakyat didahulukan?

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009