Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 15 September 2015

Antara duit dan pengalaman ?

 

Aku ditawarkan satu job . Aku akan diberi satu barang elektrik yang aku nak lama dah dan juga bayaran sebanyak RM7K ! Aku terima.. dan menunggu masa untuk pergi event seperti mana yang dberitahu.

Dan dua hari kemudian , aku terima satu email dari Air Asia X ! Yer .. pelawaan melancong ke Osaka , Jepun dan segalanya ditaja penuh melainkan shopping !  Giler ahhhhhh ! Macam mimpi di siang hari !

Tetapi aku terlupa  yang tarikh event barangan elektrik tu dan tarikh ke Jepun adalah selang sehari jer ! Bermakna sepatutnya aku tak boleh terima andai aku nak dapat RM7K tu ! Dan semalam aku tersedar mengenainya.. Adoiyaiiii…

Camana ni ?? Aku nak amik mana satu ?? Jepun atau RM7K ? Kalau tanya wife aku , aku tau dah apa jawapannya tetapi dia bagi aku peluang sebab dia tau aku teringin sangat nak ke Jepun dari dulu lagi !

Walaupun ada yang kata dengan RM7K tu aku boleh bawak satu keluarga ke Jepun tapi ianya berbeza dengan aku ke Jepun di bawah tajaan Air Asia. Seperti korang ke Jepun sambung belajar di bawah tajaan MARA atau sendiri bayar ! Mana best ? Haaaa…

Satu lagi.. sebagai seorang blogger , adalah satu impian untuk melancong ke negara orang dengan tajaan syarikat terkenal.. Bukan tak mampu tapi satu kebanggaan ! Seperti aku ke Korea di bawah tajaan Samsung dan Paris serta Toulouse dibawah tajaan Air Asia X.. Kali ni ke Osaka , Jepun di bawah tajaan Air Asia. Ianya akan mencantikkan lagi profile aku sebagai blogger !! Bila profile cantik , automatik harga ‘ Ben Ashaari’ akan bertambah lagi !

InshaAllah .. satu hari nanti aku akan melancong bersama anak anak serta wife bila mereka dah bersedia. Buat masa sekarang , tak guna ke sana sini lagi.. Mereka belum reti menghargai atau menikmati keindahan sesebuah tempat.. Macam g Sunway Lagoon baru baru ni .. tak sampai 5 minit masuk kolam air , terus meraung.. Kan dah spoil mood .. Terus balik.

Kesimpulan.. bila berjawatan BLOGGER , kena paham mana satu yang patut dikejar dan mana satu patut dikorbankan ! Mengorbankan sesuatu tu adalah untuk memastikan masa depan yang lebih terancang dan lebih menyakinkan !

Amik contoh.. satu tika dulu , aku keluarkan sedikit modal membeli telefon pintar ! Ada orang tak paham mengatakan aku membazir membeli telefon pintar yang mahal mahal ! Tujuan aku adalah satu.. Aku nak tarik perhatian syarikat gergasi seperti Samsung , Sony dan sebagainya ! Dan , aku berjaya melakukannya !

Untuk jadi blogger , kena ada strategi dan perlu tau apa yang patut kena tau !

Impian aku sewaktu pertama kali bergelar blogger.. segalanya dah tercapai sekarang ! Alhamdulillah ! Bila kita tau apa yang kita inginkan , maka kita patut tahu bagaimana nak mendapatkannya !

Bukan segalanya mengenai duit tetapi ianya akan memastikan segalanya memberikan pulangan yang lebih lumayan termasuk duit !

image

15 komen :

amir zahari berkata... [Reply to comment]

Salah satu cara untuk mencipta nama dan mengukuhkan 'brand' terima pelbagai sponsor dari pelbagai pihak.. build up personal image.

Muhammad Khudri berkata... [Reply to comment]

Good Luck abg Ben....
Setiap kejayaan perlu ada pegorbanan....

Dkna Abza berkata... [Reply to comment]

tahniah beben.. tunggu anak besar sikit, boleh la bawak dorang lak. Jangan lupa hantar dulu k.zila blk raya haji..hahahahaa

safurara berkata... [Reply to comment]

tahniah SIFU!

Haffizul Iskandar berkata... [Reply to comment]

Alhamdulilah. Dapat 1 ilmu harini dekat blog abang ben. Alhamdulilah. Dah nampak macamana jalannya dalam dunia blogger ni. Hehehehe

eima berkata... [Reply to comment]

Tahniah abg ben....aku kagum ngan kau.....boleh jd idola ni

Amanda Suria berkata... [Reply to comment]

Tahniah Ben, kalau job yang baru ni..ikut gerak hati..apa yang you impikan ikut yang tu...tapi kalau i kat tempat u pun memang pening nak buat keputusan

Mama Kembar 3 berkata... [Reply to comment]

pilihan terbaik ben, have fun in japan!

Den berkata... [Reply to comment]

1st time komen, pilih pengalaman

PeRdU cINta berkata... [Reply to comment]

Melalui pengalaman kita boleh kembangkan input..dari input menjana pula pendapatan..in sya Allah..

anazarin dotcom berkata... [Reply to comment]

Tahniah abang ben..kagum dengan cara kerja abg ben

Shark Kay berkata... [Reply to comment]

ada betulnya bro amik trip ke japan tue.
bukan snang nak dapat trip secara percuma.
pergi ke japan plak tu.
RM7k belum tntu cukup nak bawak family.

Nadia Johari berkata... [Reply to comment]

keputusan yang betul

Wahyunie Wahip berkata... [Reply to comment]

Saya pilih pengalaman. Bak kata pujangga omputeh ni:-

"Travel while you're young and able. Don't worry about the money, just make it work. Experience is far more valuable than money will ever be"

Dan saya suka travel. Lagi-2 kalau ditaja. Heheheh ^_^

Zizie Zack berkata... [Reply to comment]

Dua2 tawaran tu best.. mmg susah nk wt keputusan.. skurang2nya abg ben ada points yg kukuh utk memilih ke jepun..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI