Anugerah Pilihan Online martabatkan blogger !

 

Sejak aku mula blogging , aku teringin melihat BLOG termasuk dalam anugerah berprestij dalam negara. Yelah , bila kita tengok Anugerah Popular Berita Harian , takde pon kategori untuk blogger sedangkan blogger sekarang memainkan pelbagai peranan di media sosial termasuk mempopularkan artis tanahair dan juga luar negara.. Namun tiada hinggalah DIGI WWWOW muncul. Waktu tu , aku berjaya layak ke pusingan akhir dan satu kebanggaan buat aku yang hanya bercerita pasal anak di blog..

Dan satu penghormatan buat aku serta rakan rakan blogger bila mana MSTAR , Suria FM dan Dnars selaku penaja rasmi. Selain tu ada penaja penaja gempak seperti Rafflesia dan Ice Watch. Satu kebanggaan !

Cita cita nak tengok Kategori Blogger disenaraikan tercapai ! Mstar mengangkat martabat blogger di tempat yang sepatutnya ! Blogger banyak memainkan peranan di media sosial. Tak kira dalam apa bentuk sekali pon , tapi yang nyata.. blogger bukanlah lalat yang membawa kotoran sebaliknya lebah yang memberi manfaat pada hidupan lain..InshaAllah !

Apa pun yang berlaku malam ni , aku akan tetap beri sokongan pada APO pada akan datang selagi mana kategori Blogger dipertandingkan.. walaupun aku tak tersenarai !

Jutaan terima kasih buat para penaja dan juga buat Mstar , semoga Anugerah Pilihan Online ini setanding dengan anugerah anugerah lain di Malaysia ni..

image

Ke gym.. persiapan terakhir.. Hehehe..

5 ulasan:

  1. siapa sangka.
    pngalaman yang takkan dilupakan bila dh tercalon tu,
    satu malaysia le knal ben ashaari pasni kalu dpt naik pentas tu.
    tahniah bro.

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah..blogger dah dapat pengiktirafan sendiri..semoga abg ben terus maju

    BalasPadam
  3. Semoga blogger terus diberi tempat di masa depan

    BalasPadam
  4. First time dalam media ... blogger di kategorikan. Sllu tgok anugerah lain.. takda katefori tuk blogger. :)

    Menang kalah dah jadi adat... dan terimakasih untuk jam ice wacth !! Akan kusimpan sampai bila2 kenangan tak ternilai sebenarnya ..bkn sbb hrga.. sbb terasa dpt miliki jam tgn tu. Bertuah. Hehe

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009