Drager Defense: Lindungi diri dan keluarga anda ! - BEN ASHAARI

Drager Defense: Lindungi diri dan keluarga anda !


Dunia sekarang semakin sangat mencabar ! Jenayah dan malapetaka boleh sekelip mata tanpa disangka sangka ! Kita tak tau hati budi manusia walaupun mereka itu kenalan kita. Segalanya boleh berubah dalam sesaat..
Aku terfikir.. andai berlaku kejadian jenayah pada aku , keluarga atau kenalan bagaimana respon aku. Bagaimana tindakan aku ? Apakah aku cukup pantas untuk berfikir dan bertindak balas ? Dah la aku takde asas seni mempertahankan diri ! Haaa… Camana tu ?
Atas kesedaran ni , aku hadiri satu pelancaran OSHA Self-Defense & Confidence Building PowerCamp yang mana bertujuan untuk mereka yang tiada asas seni mempertahankan diri belajar asas asas untuk menyelamatkan diri di kala berlakunya jenayah ke atas diri mereka seperti disamun , dirompak atau cubaan merogol !! 
image
Kelas seperti ini sangat menarik minat aku ! Ketika pelancaran , para hadirin diajar beberapa langkah mudah menyelamatkan diri bila berlakunya kes samun , ragut dan cubaan merogol !
Robert “Wizard” Chaen , selaku pengasas Drager Defense ini berkata , idea ini tercetus satu kes penculikan besar berlaku di Hong Kong dan ini menyedarkan beliau betapa kita memerlukan seni mempertahankan diri untuk membantu kita ketika dalam bahaya !
image
Kemudian beliau membuat demontrasi mudah yang mana aku rasakan sangat membantu aku menyelamatkan diri andai berlaku pada aku , kes ragut atau samun !
image
image
Selain tips keselamatan dari Robert , pakar seni mempertahankan diri juga hadir memberi tunjuk ajar. Bekas juara Sukan Sea ini memberikan beberapa tips mudah dan berguna pada para hadirin. Berbaloi aku datang ! Hehehehe…
image
image
image
image

Menurutnya lagi , beliau tertarik untuk membuka kelas begini setelah dapati kelas seni mempertahankan diri cuma dihadiri oleh mereka yang berminat dalam bidang tersebut tetapi kesedaran orang awam betapa pentingnya perlu ada asas pertahankan diri masih kurang.
Danger Defense dirasmikan oleh YHM Dato Setia Jaya Pahang , Tuanku Dato Iskandar Dzulkarnain DIMP.
image
Bagi mereka yang ingin hadiri workshop Drager Defense ni boleh email ke : Registration@ChangeU.co

5 ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.