Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 21 April 2016

Sidang Media Moslema In Styles International Tour 2016 dan Pra Pelancaran Kuala Lumpur Modest Fashion Week 2016

 

Bertempat di Talent Lounge , Damansara Perdana..sekali lagi aku menyaksikan perkembangan positif fesyen muslimah tempatan. Sidang akhbar “ Moslema In Style International Tour “ dan Pra Pelancaran Kuala Lumpur Modest Fashion Week 2016 telah berjaya dirasmikan dengan sempurnanya.

Majlis pelancaran dimulakan dengan kata kata aluan dari pengasas Moslema In Style , Encik Nurizman bin Abdul Rahman disusuli oleh Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Keusahawanan Majlis Amanah Rakyat ( MARA ) , Datuk Salmah Hayati bt. Ghazali.

image

image

image

Selaku rakan rasmi Malaysia , Moslema In Style bakal menyertai siri pertunjukan fesyen antarabangsa  yang diadakan di beberapa kota terkemuka dunia. Siri pertunjukan ini  bermula pada April 2016 hingga November 2016 dan dimulakan di kota London, Istanbul , Moscow, Jakarka, Paris , Machester dan berakhir di Kuala Lumpur.

image

Pada 30 April hingga 1 Mei 2016 , Moslema In Style akan menyertai acara fesyen terulung London Muslim Lifestyle Show 2016 yang bertempat di Olympia London , United Kingdom. Ia merupakan platform berprestij bagi mempromosikan kebudayan dan keseniaan Islam selain memasarkan produk dan perkhidmatan menerusi rangkaian jenama muslim di peringkat global yang mana  lebih100 buah negara bakal terlbat.Selain pertunjukan fesyen , London Muslim Lifestyle Show 2016 turut menawarkan pelbagai program menarik kepada bakal pengunjung seperti seminar , persembahan selebriti dan sesi jalinan rangkaian perniagaan bersama ikon ikon hebat industi.

image

image

Moslema In Style selaku rakan rasmi Malaysia bakal membawa dan mempromosi enam jenama tempatan yang mewakili Malaysia di sana nanti..

  1. Telekung Siti Khadijah
  2. Aidijuma
  3. Naelofar Hijab
  4. Imaan Boutique
  5. Rina Salleh Boutique
  6. MARA In Fashion ( Usahawan Fesyen  MARA )

image

Pada 13-14 Mei 2016, Moslema In Style kemudian bakal meneruskan siri jelajah antarabangsa ke kota Istanbul , Turki dengan menyertai Istanbul Modest Fashion Week 2016 dan merupakan fesyen Modest yang paling berprestij di peringkat antarabangsa.

Kali ini Moslema In Style bakal berkolebrasi dan mempromosikan 5 lagi jenama Malaysia di sana.

  1. Telekung Siti Khadijah
  2. Aidijuma
  3. Naelofar Hijab
  4. Jubah Souq
  5. TSAR

image

Selepas London dan Istanbul , program Moslema In Style International Tour 2016 bakal ke beberapa lagi kota fesyen seperti Moscow , Jakarta , Paris dan Manchester bagi mempromosikan industri fashion Modest Malaysia di peringkat antarabangsa.

image

Siri jelajah ini dijangka melabuhkan tirainya pada November 2016 di Kuala Lumpur , Malaysia menerusi acara fesyen Kuala Lumpur Modest Fashion Week 2016.

Moslema In Style , sekali lagi dilantik selaku Penganjur Kuala Lumpur Modest Fashion Week 2016 yang bakal mewarnai kalender fesyen Malaysia pada 26 hingga 27 November 2016. Kuala Lumpur Modest Fashion Week 2016 memberi peluang kepada pereka fesyen terkemuka mahupun pereka fesyen muda untuk mempamerkan hasil karya mereka melalui inteprestasi seni rekaan busana yang kreatif dan sopan.

image

Untuk maklumat lanjut berhubung Kuala Lumpur Moderst Fashion Week 2016 :

Web : www.klmodestfashionweek.com

Facebook : KLMODESTFASHIONWEEK

Instagram : MoslemaInStyle

Youtube : MoslemaInStyleTV

SnapChat : MoslemaInStyle

Tel : 011 2661 1187 ( En.Nurizman )

Email : Rizman@moslemainstyle.com

 

Bagi yang berminat untuk turut serta , jangan lepaskan peluang ini. Masa untuk mengembangkan lagi sayap perniagaan anda , berada di depan mata ! Heeee..

33 komen :

razzwey razz berkata... [Reply to comment]

Waaahhhh, tak sabarnya nak tunggu November ni...

Shiqeen Sattar berkata... [Reply to comment]

Dapat gak offer drpd Rizman tp lum ada rezeki.

Izzati Suhaide berkata... [Reply to comment]

Wahh..bagus untuk pereka baru bergiat aktif dan pamerkan lagi idea kreatif mereka..

Bonda Zahra berkata... [Reply to comment]

Wau!!

Bonda Zahra berkata... [Reply to comment]

Wau!!

Bonda Zahra berkata... [Reply to comment]

Wau!!

Lisa Nurulain berkata... [Reply to comment]

I ahh bnyk nya peniaga2 terkenal disitu. Boleh share untuk kengkawan ni...

Kak Sue berkata... [Reply to comment]

Wah Aidijuma tersenarai mewakili Malaysia..

durian berkata... [Reply to comment]

Alhamdulillah..moga2 berkembang fashion islamic seluruh dunia..

dyamohamad

Rozita Abdul Rahman berkata... [Reply to comment]

hebat...alhamdulillah industri mcm ni dah semakin mendapat tempat di mata dunia...kalau ada bawal esklusif mesti lagi gempak..

irra yyan berkata... [Reply to comment]

Boleh g yg kat KL tu... Mesti meletops

Mama Kembar 3 berkata... [Reply to comment]

Ada Aidijuma, yayyy! I peminat Aidijuma hehe. Harap dapat pi lah event nov nanti :-)

careno berkata... [Reply to comment]

tudung yg org berebut2 tu takde ke? hehehe... Aidijuma dgn neelopak jer aku tahu sbb mem ade pakai... hahaha

gulew kapas berkata... [Reply to comment]

Wah hebatnya. Sampai ke antarabangsa

PCL berkata... [Reply to comment]

Menarik !

Mezquita Lifestyle berkata... [Reply to comment]

Saingan sengit semuanya. Semoga success semuanya.

Salina Johari berkata... [Reply to comment]

kagum dgn pencapaian TSK...alhamdulillah...

Akif Imtiyaz berkata... [Reply to comment]

Kita peminat telekung siti khadijah..wahh tersenarai juga kat situ...semoga produk anak bangsa kita diterima ramai..insyaallah..

Julia Johari berkata... [Reply to comment]

wauuu tertarik tengok....nanti nak join beli hehehe

ewento marcello berkata... [Reply to comment]

pakaian muslimah semakin mendapat sambutan sekarang. alhamdulillah

Azlinda Azman berkata... [Reply to comment]

Nealofar pun ada..yeay.

Cahaya Hayati berkata... [Reply to comment]

wauuu bestnya sebab jenama yang suka ada.

Allene typicalmommy berkata... [Reply to comment]

Makin berkembang industri fesyen msia skrg

shazillahsani.com berkata... [Reply to comment]

wow...adijuma...i like it's...hihihi

Normi Nieza berkata... [Reply to comment]

wow..terbaik...

Fieza Sani berkata... [Reply to comment]

Menariknya..wakil dari Malaysia tu kebanyakan well known brand..

Eny Abdullah berkata... [Reply to comment]

Idustri fashion cmni lah patut ada kat malaysia....

Raihanah Ahmad berkata... [Reply to comment]

naelofar pun ada. semoga mereka berjaya

mas saari berkata... [Reply to comment]

wahhh ramai jugak wakil fesyen dari malaysia.. memang terbaik!

Suriaamanda berkata... [Reply to comment]

Sentuhan Rizman adalah terbaik..bestnya kalau dapat tengok fashion show...

YB Shehan berkata... [Reply to comment]

best giler. hebat orang Malaysia. huhuhu

AziRahmanDot Com berkata... [Reply to comment]

Jenama-jenama menarik dikumpulkan ni..

Afidah Azmi berkata... [Reply to comment]

aidijuma...ni barulah senarai tudung yang ada taraf antarabangsa..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI