Aku nak jadi macam IQRAM DINZLY !

Viral kisah Iqram ni beberapa bulan dah. Macam macam netizan kata mengenai dia. Aku pernah tengok video dia di IG. Apa kata aku ? Heee.. aku tak kata dia giler pun. Aku tak kata dia meraih simpati pon. Aku tak kata dia tengah stress ! Tapi yang aku pasti.. dia sedang mendidik mereka yang suka mengeji ni ! Takda keje lain.. komen mesti mengeji ! 

Mengkritik dan mengeji tu dua perkara yang berbeza. Aku mengkritik gak di dalam media sosial ni tapi berpada pada la. Dalam mengkritik , kita bagi cadangan. Bukan sekadar melempar kutukan yang mana kita baca sendiri pun rasa cam.. aduh , yang komen ni keturunan malaikat turun ke bumi ke ?? 


  • Dunia media sosial atau dunia realiti di negara kita , sama jer. Bezanya sedikit jer. Tak nampak muka atau tak kenal sapa dia. Pastu yang menjadi pujaan adalah insan insan 'terpilih'. Kentot busuk pon tetap wangi ! Tapi bila dah tak dipuja atau ada kesilapan sikit.. perghhhhh , turunlah bala tentera membawa papan kekunci masing masing. Dia punya komen.... macam dia maksum ! Tak pernah buat dosa gituuu ! Kalau Allah bukak aib dia, entah la camana gamaknya yer.. 


Adalah benar dia  saja saja buat untuk mendidik netizen atau dia memang dah jadi gitu ? Pendapat aku , dia menjadi diri dia yang sebenar. Dia nak tunjuk betapa bebasnya dia setelah selama ni menjadi insan yang menurut kehendak orang lain ! Dalam erti kata lain , berlakon jadi macho ! Haaa..

Akhirnya dia berjaya bebaskan diri dia ! Sekarang dia sedang enjoy dengan kehidupan dia. Korang lak camana ? 

10 ulasan:

  1. neitizen yg terlalu -ve sgt pemikirannya..

    BalasPadam
  2. Hakikatnya hanya Allah SWT sahaja yang tahu bagaimana beliau dan kita semua.Kita cuma menilai dari apa yang kita lihat dan dengar..adalah lebih baik dan selamat sokong dengan doa yang baik-baik.

    BalasPadam
  3. Apa yang baik dia sampaikan kita jadikan ikhtibar kan, yang tak baik jangan ikut dan tak perlulah kutuk².

    BalasPadam
  4. macam2..biarlah apa die nk buat.asalkan Allah tahu kebenarannya

    BalasPadam
  5. ade baru tgk gmbr die yg baru..siap lukis2 lg..utk 1st impression agak la..myb byk lg cara lain kot nak mgajar netizen2..huhu

    BalasPadam
  6. kisah Iqram ni memang menarik. Gambar kat instagram dia pun semua pelik-pelik.. tapi tu hak dia nak buat apa dan nak berfoto gaya macam mana.

    BalasPadam
  7. tak pernah kenal Iqram. Tiba2 viral pasal dia. Baru laa kenal..

    BalasPadam
  8. Suka sangat ayat 'keturunan malaikat turun ke bumi' ramai sangat yang macam tu..

    BalasPadam
  9. saya ketinggalan keretapi... xtau psl kes viral ikram ni... baru tgk video tu... hehe.... setahu sy masa belajar dl cam tu la karekter dia.... apa sgt yg nak digembar gemburkan....

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.