Penting buat pembayar Zakat Fitrah di Selangor !

by - Sabtu, Mei 19, 2018


Wah... baru aku tau ! Rupanya bukan main bayar gitu jer. Kena ikut jenis beras yang kita makan rupanya... Oooooo. Macam aku , beras apa eh ? Beras yang wife aku beli ? Ada tak.. eh , hahahaa.. gurau jer... Beras wangi katanya. Import dari Kelantan. Bermakna kadar Zakat Fitrah aku tahun ni ialah RM7. Ahli keluarga ada 4. Termasuk aku , kira 5 la kan ? Haaaa.. 

Tapi bayaran mengikut beras tu bukanlah wajib tapi digalakkan. Jika berkemampuan , ikut la kategori tu. Kalau tak , bayar ikut kadar yang ditetapkan jer. Takda isu aih.. Jangan rasa bersalah. Yang penting, tunaikan kewajiban. Untuk maklumat lanjut mengenai bayaran zakat fitrah mengikut kategori ni boleh di baca di laman web Lembaga Zakat Selangor

Tak sempat nak bayar di kaunter zakat ? Jangan risau ! Hehehehe... Lembaga Zakat Selangor semakin maju ke hadapan. Tuan tuan dan puan puan boleh bayar secara online jer. Mudah dan pantas. Seperti aku. Huhuhu...  


Klik pada  BAYAR ZAKAT ( BAYAR SEKARANG ). Kemudian ikut je arahan. Sangatlah mudah. Tak sampai 5 minit , selesai. Er, bergantung pada kelajuan internet korang gak yer. Heeee.. Jangan salahkan web LZS lak... Ha ! 



Alhamdulillah. Selesai sudah tanggungjawab aku.


Klik SINI untuk buat bayaran secara online. Jangan risau ! Zakat Fitrah anda akan sampai ke penerima penerima yang layak. InshaAllah. Jika anda tidak yakin atau was was , boleh tengok Laporan Kutipan Dan Agihan Zakat.  InshaAllah segala persoalan akan terjawab. Jika masih was was dan tidak yakin, boleh terus hubungi Lembaga Zakat Selangor di 1300-88-4343 atau boleh email ke maklumbalasaduan@zakatselangor.com.my .

Tunaikan kewajiban kita sebagai umat Islam yer. 


Selamat berpuasa dan selamat menunaikan zakat fitrah.


You May Also Like

7 comments

  1. Senang dah ada cara online camni!

    BalasPadam
  2. Oh baru tau ada ikut jenis beras juga ya.

    BalasPadam
  3. Wajib oo..semakin dipermudahkan urusan..tq LZS

    BalasPadam
  4. Bhai Ben ...

    Bayar lebih aper salahnya... skali skala... yang lebih kira sedekah la... Amik la rate paling mahai... berapa lah sangat berbanding 1 barrel KFC kan... hahaha

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    BalasPadam
  5. mudah yer bayar zakat seiring dengan kemajuan dan teknologi. Macam ni la #malaysiabaru!

    BalasPadam