Awat laaaa tak habaq awai awai ???
KUANTAN – Misteri kehilangan bakal pengantin yang dijangka berkahwin 12 November ini, Rozaliya Mat Lazim, 20, akhirnya terungkai apabila dia ditemui bekerja di sebuah kedai serbaneka di Changkat Bukit Bintang, Kuala Lumpur petang semalam.
Gadis itu bekerja di situ sejak dua hari lalu dan menyewa rumah bersama beberapa rakan berhampiran kawasan Bukit Bintang.
Sebaik sahaja polis Kuantan menerima maklumat awam mengenai kehadirannya di kedai itu, mereka menghantar beberapa orang anggota untuk menahan gadis itu dan membawanya pulang ke Kuantan malam tadi.
Rozaliya memberitahu Kosmo!: “Saya tidak mungkin bersama dia lagi (tunangnya, Mohd. Helmi Mohd. Noor). Saya ingin bina hidup baru, apa yang sudah berlaku biarlah berlalu.’’
Gadis yang berasal dari Kemaman, Terengganu itu kini mahu menenangkan fikiran dan tidak berhasrat memikirkan mengenai majlis perkahwinannya yang telah sedia diatur pada 12 November ini.
“Kalau diberi peluang jumpa tunang pun saya tidak mahu.
Hati saya sudah tertutup,’’ katanya.
Rozaliya mengakui perhubungannya dengan Mohd. Helmi begitu singkat dan terburu-buru.
“Saya hanya kenal dia kira-kira empat bulan dan terus bertunang sebelum merancang untuk berkahwin,’’ katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Yusoff pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan malam tadi memberitahu, ketika ditemui, Rozaliya tidak lari sebaliknya bersetuju untuk dibawa pulang.
“Kes ini tiada unsur jenayah dan kepada kami, siasatan telah selesai,’’ ujarnya.
Ditanya kaitan dua khidmat pesanan ringkas (SMS) yang diterima oleh Mohd. Helmi pada hari kehilangan Rozaliya yang berbunyi: ‘Ada dua lelaki sedang mengekori’ dan ‘abang datang cepat, saya takut’: beliau menjelaskan, ia mungkin rekaan gadis itu.
Katanya, Rozaliya sendiri mengaku menaiki bas ekspres ke Kuala Lumpur seorang diri pada hari kejadian.
Isnin lalu, akhbar melaporkan kehilangan Rozaliya semasa keluar membeli barang keperluan perkahwinan di Kuantan pada 13 Oktober.
Sementara itu, bapa mangsa, Mat Lazim Mat Ismail, 52, lega melihat anaknya selamat dan akan berbincang dengan keluarga bagi menentukan sama ada perkahwinan yang dirancang pada 12 November ini akan diteruskan.
Menurut Mat Lazim, Rozaliya mengenali Mohd. Helmi selama empat bulan sebelum mengikat tali pertunangan selama setahun.
“Bagaimanapun, selepas Rozaliya mengenali hati budi Helmi, dia sudah berubah sikap,’’ jelasnya.
Mat Lazim mendakwa, sikap Helmi yang pemarah, mengongkong dan sukar diajak ke mana-mana tidak disenangi oleh anaknya itu.
sumber : KOSMO
22 comments
harom.menyusahkan org.kesian mak ayah mencari.apa la.
BalasPadamalahai. ini mcam cerita pun ada ke.. huhu.. wat risau orang aje. isk
BalasPadambudak muda...fikiran bercelaru dan nak lari dr masalah ..gitulah jadinya.
BalasPadammoga org muda yg lain tak buat lagu tu na...
adoi..ni yang menyusahkan nih...nnti kalo ada kes yang betul2 ilang..kan dah org ingat main2 plakk...
BalasPadamHmmm...kalau tak nak cakap je la tak nak..ni duk lari-lari pulak..kan tak pasal-pasal menyusahkan ramai orang..
BalasPadamBA; Dia tgh confuse dan tension tu......bg dia masa tngkan fikiran...
BalasPadamtak pasal2 glamer...
BalasPadamko ye pun nak tenangkan fikiran, bg tau la ngn mak ayah.. xde la sampai libatkan kes polis.. huhuhu..
BalasPadambudak2 dpt benda baru...suka
BalasPadampe nk jadi.. memalukn dri n family.. terus terang kn sng..
BalasPadamPerbezaan Sifat
elok je boleh kerja kat kedai serbanika...taknak cakap je la terus terang..dah keluar skhabar pun tak nak balik smpai kena tangkap...
BalasPadamApe nak jadik la. Tak pasal2 melibatkan kes polis. memalukan mak bapak!
BalasPadamsepatutnya terus terang saje la..tak perlu nak buat sampai macam ni..benda macam ni dah menyusahkan banyak pihak..
BalasPadamapa la...menyusahkan ibu bapa&pihak polis untuk mencari dya ja haish...bikin gempak 1 semua org la dya ni..kalo xnk ckp awal-awal...tak ka ssh pelbagai orang memikir pasal dya...ish2...
BalasPadammenyusahkan mak ayah je budak ni...cuba bg tau tak mau kawen..huhuhu
BalasPadamCeq ingat dia dh jadi kes sosilawati..
BalasPadamhahhahahhaha
Kalau takmau,cakap la takmau..kita ada hak bersuara pa...
ish...budak nih menyusahkan org jek! polis byk lgi keja laen nk buat...klu xnak kawin ckp xnak kawin..terus terang jek psl tunang tuh...silap jugak sb bru knal 4bulan dh nk tunang nk kawin...uhmm....
BalasPadamlaaaaaaaaaaaaaa gempak je lebih.. esk polis da x tolong lagi padan muka ko *aku lak emo
BalasPadamdia keliru tu..muda sgt..mungkin dia xsangka sampai boleh jd isu negara..ingat juz libatkn family... tp biar la dia xkawen, dr kawen merana dan bercerai..
BalasPadamwat gempar aje dia ni , bincang elok2 la
BalasPadambuat penuh paper je kes macam ni,. kalau kena culik betul2 baru tau susah ke senang. umur pun muda lagi. silap jugak baru kenal dah nak bertunang,
BalasPadamni la sikap segelintir anok mudo hok kito... ;)
BalasPadam