Fida Ibrahim dah single ?? Yeyehhhh ...

by - Sabtu, Oktober 01, 2011

 

 

Sian... Itulah harga sebuah populariti. Bukan mudah jadi selebriti. Kadang-kadang , kena 'berlakon' tak kira tempat .. Hakikatnya ? Jadilah diri sendiri tapi biarlah berpegang pada agama. Jangan bagi alasan tunggu hidayah.

 

Kes Fida dan Mamat ni , peminat dah mula menyampah sebenarnya. Ramai malas amik tau. Sekarang ni mereka dok sok sek sok sek kat Norman dan Memey. Biasalah , ada isu panas yang memanaskan bontot masing masing termasuk bontot aku .. Hehehe.. Aku jujur gak neh.. Bukan pe , masing masing ada kelemahan dan kekurangan diri. Kena terima hakikat .

 

Kes Fida ni , seolah dia nak salahkan Mamat 100% .. Wah.. itu tak adil la Fida. Kalau Mamat tak terbuat gitu , nampaknya peminat akan terus ditipu dengan sandiwara gadis melayu terakhir ini . Lagi pun kejadian itu berlaku dengan izin Allah , kan ?

 

Malah dalam drama sekali pun , kita nampak camana lakonan Fida yang tidak menjaga batasannya kan ? Haa.. Dari situ , ramai dah tertanya-tanya..  Itulah , bukan mudah sebenarnya masuk industri hiburan ni.

 

Aku bagi contoh cam Heliza Helmi. Setakat ni cuma satu filem je kan dia berlakon ? Kenapa takde dah ? Aku rasa dia kurang selesa dengan berlakon ni. Aku sendiri ada pengalaman bila bersama dengan dia sewaktu  shooting vlog bersama dia. Dia amat jaga batasan dia. Contoh artis masa kini yang patut diteladani, bagi aku.

 

Menurut Fida ,  "Saya memang sengaja tidak menjawab semua panggilan. Saya mahu menenangkan diri dan tidak mahu memberi sebarang penjelasan. Saya tidak mahu mengeruhkan keadaan yang ketika itu sangat tegang"..


"Saya tak tahu nak cakap apa. Saya sangat terkejut dengan tindakannya tapi, sukar untuk saya jelaskan. Terus terang saya katakan saya terkilan dan kesal dengan apa yang telah berlaku".
"Bukan sahaja gambar malah apa sahaja kenyataannya, saya benar-benar tidak tahu dan sangat kesal. Perkara pun sudah berlaku. Saya berharap tidak lagi dikaiktan dengannya selepas ini," katanya dengan nada begitu kecewa.

Fida berharap tidak ada lagi cerita kurang enak berlaku pada dirinya. Fida juga tidak bertemu mamat selepas insiden itu dan hanya berhubung sekali bertanyakan perkara itu.

"Seperti yang saya pernah kata, kami masih dalam peringkat permulaan. Belum lagi bercinta dan masih mengenali hati budi masing-masing katanya.. " - Sumber : Amyliana

Hurm... Mamat ni pon cakap main lepas je.. Tengok dalam kenyataannya kelmarin di  sebuah akhbar online ..

 

" Cuma sebagai kawan, saya ada memberi teguran. Saya minta dia fikir yang terbaik untuk dirinya. Fikir kalau peminat boleh terima fesyen tersebut saya tidak ada masalah. Jangan sampai peminat komplen, kerana karekter kami berbeza. Saya pakai seluar pendek pun tak apa, tapi dia dilahirkan dalam industri ini dengan bertudung. Saya tidak tahu sejauhmana dia terima teguran saya. Tapi setakat ini saya tak berani nak sentuh banyak soal pemakaian dia, ”.

 

Mamat , lain kali cakap .. fikir dulu... Kalau terlepas cakap susah.. Mulut tak rabun tapi cabul .. Masalah gak tu .. Hehehe..

 

Ben :  Sekadar luahan hati seorang peminat seni tanahair .

You May Also Like

11 comments

  1. rumah tangga yang tak siap tangganya.....

    BalasPadam
  2. kagum ngan heliza helmi.cantik, lembut, tau jaga batas.

    fida?tak la cantik mana pun. tau pulak buat hal cam ni, lg rasa tak cantik..huhu

    BalasPadam
  3. cayalah en.Ben... luahan yang menarik.. mula2 aku nak salahkan mamat tu sebab sebar keaiban org..

    tapi bila baca entri ni, betul juga kan.. Kalau mamat tak dedahkan gambar tu, taklah kita peminat akan terus tertipu dengan sandiwara gadis melayu terakhir ini...

    watpa nak hipokrit... lama-kelamaan tupai yang pandai terbang pun akan jatuh juga ke bawah

    BalasPadam
  4. aku single jugak..xpe la fida..kalau jadi org biasa,masalah ni org x pandang sgt kan.bila jadi selebriti,kuku patah pun leh kena canang.huhu.

    BalasPadam
  5. Kesian kat fida. Dah terjebak dalam dunia "HIBURAN".. kisah hidup sendiri pun jadi "HIBURAN" jugak.. aduuiii

    BalasPadam
  6. biar masa yang menentukanya....

    macam kes memey dan norman...:)

    BalasPadam
  7. sangat salute sama heliza ^^,

    BalasPadam
  8. artis skang ni kebanyakkan nye hipokrit kan...

    BalasPadam
  9. ayat nak tutup salah.
    ish.. sih.. ish...
    kena belajar dr kesilapan la :)

    BalasPadam