Dua kes rogol yang berbeza tapi ..

by - Sabtu, September 08, 2012

 

image

Dari Sinar Harian Online ..

Yang pertama , seorang wanita Turki sedang menunggu perbicaraannya selepas dia ditahan kerana memenggal kepala seorang lelaki yang dikatakan merogolnya berulang kali selama lapan bulan. Wanita berkenaan membunuh lelaki itu demi maruah diri.

Menurut sumber yang dekat dengan kes, perogol itu dikatakan mula menyerang wanita itu beberapa hari selepas suaminya meninggalkannya pada Januari lalu untuk bekerja di bandar lain.

Tambah sumber itu, perogol mengancam mangsa  dengan pistol dan mengugut akan membunuh anak-anaknya yang berumur dua dan enam tahun jika dia bising.

Selanjutnya , baca di SINI ..

Kes kedua , perkenalan singkat melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) yang baru menjangkau tiga hari mengundang padah buat seorang calon Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) di salah sebuah sekolah di Bidor apabila dia menjadi  mangsa rogol secara bergilir-gilir tiga pemuda.

Dalam kejadian Ahad lalu, mangsa berusia 15 tahun itu baru berkenalan dengan salah seorang suspek dan diajak keluar untuk beraya di rumah rakan suspek di sekitar Tapah sebelum makan malam bersama

Selanjutnya , baca di SINI ..

 

Hurm.. tak perlu nak komen yang mengutuk mengeji .. Kita baca dan jadikan pengajaran .. Entri ni sekadar untuk kita fikirkan sejenak …Dua kejadian rogol tapi situasi berbeza ..

You May Also Like

2 comments

  1. jadikan ianya sebagai pedoman utk kita semua... bermacam2 kes jenayah yang semakin berleluasa sekarang ni... bg remaja2 wanita, jagala maruah diri dan nama baik keluarga..

    BalasPadam