Cara 'kejam' tidurkan anak kecil !

by - Jumaat, Jun 30, 2017

Aariz dah nak masuk 10 bulan. Dia punya '10 bulan' macam dah lebih 1 tahun !! Dia punya main... aduh ! Merangkak dah laju. Nak sibuk berjalan dah sekarang. Gigi , sebatang lom tumbuh lagi tapi selera makan , dasat ! Huhhhh.. 
Masalah bila wife ada ! Dia tak nak tidur dalam buaian. Nak kena tidur dengan mak dia. Kalau mak dia kerja , boleh pulak tidur dalam buaian. Jika di rumah mak aku , punya la senang nak tidur dalam buaian. Hurmmmmm... 
Balik kampung ni.. dia punya ligat lain macam ! Malam nak tidur pun payah. Puas paksa. Puas kasi susu.. Tak nak tidur ! Nak gak main. Buaian lak takda.. Dah tu camana nak kasi dia tidur ? Aku ada satu cara dan cara ni memang berkesan jika dilakukan pada dia.. dan jugak abang dia ! Hehehehe.. Kes terpaksa jer ni.. 
Apa yang aku buat ? Aku peluk Aariz , rapat rapat. Dia akan rimas. Mula meronta ronta nak lepaskan pelukan aku. Jika dia gagal... dia akan mula menjerit dan disusuli dengan teriakan ! Jangan lepas lagi. Itu sekadar trick dia jer ! Aku dah kena.. Bila lepas , dia senyum dan sambung lagi.
Buat sehingga dia betul betul menangis ! Dan biarkan dia menangis sampai kuar air mata.. Ketika ni baru aku serahkan pada wife.. wife susukan.. dan terus lena ! Hehehehehe... 
Kes terpaksa je ni. Kalau tak terpaksa , jangan buat ye ! Nanti dia terbiasa teriak dan teriakkan memang akan sakitkan telinga ! Huhuhuh.. 

You May Also Like

2 comments

  1. Good idea untuk anak2 lelaki la kot. Anak perempuan senang je nak tido.. Mungkin la sebab anak ai pompuan

    BalasPadam
  2. Hahahaaa last² mak jugak yang tidurkan.

    BalasPadam