Jom sertai larian Save Our Rainforest @ SORR 2018 sebagai tanda protes anda terhadap..

by - Rabu, Februari 07, 2018


Dalam ucapan Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil semalam di Concorde Kuala Lumpur ketika merasmikan pelancaran Save Our Rainforest 2018 atau S0RR 2018 ,beliau menekankan betapa pentingnya kita dalam menjaga hutan hujan tropika di negara kita yang semakin pupus dek kerana kerakusan manusia yang tamak haloba !

Yer... kita semakin kehilangan khazanah paling berharga. Atas sebab itulah PEKA atau Pertubuhan Perlindung Alam Malaysia , setiap tahun mengadakan larian ini atas tujuan untuk menyedarkan orang awam mahupun individu individu 'berkuasa' untuk turut bersama menjayakan program ini. 


Kali ini , negeri Selangor dipilih sebagai tuan rumah SORR 2018 dan akan diadakan di Hutan Simpan Gading , Hulu Selangor pada Sabtu , 24hb Mac 2018. Menurut Presiden PEKA itu ,  SORR 2018 kali ini akan melibatkan laluan sejauh 15km  bermula dan berakhir di Pelangi Hill resort dengan beberapa 'check point' yang akan terdapat pelbagai aktiviti menguji meinda peserta dan pastinya memberi pendedahan kepada peserta-peserta terhadap kepentingan hujan hujan tropika di negara kita ini. 

SORR 2018 menyasarkan golongan muda khususnya agar lebih menjiwai dan mempunyai kesedaran mendalam mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan hutan hujan tropika di negara ini.Kebimbangan PEKA Malaysia mengenai aktiviti pembalakan tidak terkawal di hampir seluruh negara sehingga menjejaskan kawasan tadahan air yang menjadi sumber air mentah dan kepupusan habitat dan kehidupan di negara kita yang tercinta ini.  


Dijangka 1000 hingga 2000 peserta  dari pelbagai peringkat dari seluruh negara akan menyertai S0RR 2018 dan menyasarkan penanaman sebanyak 1000 batang pokok hutan hujan pelbagai jenis. Satu usaha yang wajar dapat sambutan dari kita semua ! 

Penaja utama SORR 2018 adalah UMW Toyota , Concorde Hotel Shah Alam , Tanah Aina Sdn. Bhd dan beberapa lagi penaja sebagai penaja sokongan SORR 2018. Bagi yang berminat untuk turut serta, bolehlah mendaftarkan diri secara online di web PEKA MALAYSIA atau hubungi terus saudara Haikal ( 017 901 9920 ) atau Bazlinda ( 019 242 2625 ) . Email ke sorr2018@gmail.com

You May Also Like

5 comments

  1. Menarik aktiviti ni. Sambil lari sambil menyaksikan keindahan hutan dan alam sekitar :) yup paling penting beri kesedaran :)

    BalasPadam
  2. bestnyer..bestnyerrrr... kalo dekat nak juga join ni.. Sambil2 bdapat mengeratkan silaturrahim

    BalasPadam
  3. bestnyer..bestnyerrrr... kalo dekat nak juga join ni.. Sambil2 bdapat mengeratkan silaturrahim

    BalasPadam
  4. Bestnya aktiviti camni, sambil lari sambil tengok keindahan alam.

    BalasPadam
  5. bagusnya objektif larian ni untuk memberi kesedaran mengenai pemuliharaan hutan.. k

    BalasPadam