Seminggu cuti.. aku kembali dengan semangat baru !

by - Isnin, Mac 05, 2018


Seminggu aku cuti dari workout. Nasib baik badan tak kembali boroi. Dalam cuti tu , aku dapat pakej sakit. Demam , sakit lutut dan sakit pinggang. Selera makan pun takda. Semangat , semua luntur. Nak kembalikan semangat , bukanlah mudah. Ditambah lagi aku keseorangan. Kawan ? Hurm... Biasa biasakanlah Ben ! Realiti kehidupan. 

Dan gym sajalah penghibur aku. Di gym , ada ramai kawan bual.  Mereka tak tanya sapa kau... apa kereta kau pakai.. apa kerja kau. Sebab tu, camana sekali pun.. aku nak pulihkan kaki dan pinggang. Apa yang aku buat ialah gi farmasi. Aku beli dua benda. Satu untuk pinggang dan satu lagi untuk lutut. 

Ya.. kali ni aku kena pikir untuk diri aku sendiri. Cukup cukuplah dok berkorban untuk insan lain. Bila ko sakit , ada yang datang jengok ? Nak tanya khabar pon tidak ! Kalau jauh tu , paham la.. Dekat ? Hurmm... 

Tak pe.. mungkin diorang sibuk dengan urusan masing masing. Seperti aku jugak la.. sibuk ! Maafkan je. Husnuzon. Bersangka baik. Semoga Allah jauhkan kita semua dari keuzuran. Aamin. 

Banyak perkara sebenarnya berlaku kebelakangan ni. Sebab tu aku macam.. down skit ! Kematian sahabat yang ikhlas berkawan... membantu.. memberi nasihat mengenai dunia media sosial , sedikit sebanyak menambahkan lagi sayu di dalam hati. 

Entahlah... aku hanya menunggu masa jer..


You May Also Like

4 comments

  1. Tak perlu menunggu masa. Masa dan kematian sentiasa mengejar kita. Cukuplah kita kumpulkan pahala dan buat amal jariah. Insan lain? Macam Ben cakap, kita husnuzon je lah

    BalasPadam
  2. AL-fatihah. Takziah untuk kawan Ben tu. Semoga Arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah dah beransur pulih.

    BalasPadam