Kintetsu Line jadi pilihan di Jepun !

by - Isnin, November 12, 2018

2 kali aku di Jepun , aku ingin rasai sendiri bagaimana nak 'menawan' laluan keretapi. Buat pengetahuan korang , jika berjaya ' menawan laluan keretapi , maka korang mampu ke mana saja.. hanya dengan berjalan kaki ! Fuh... memang best giler ! Tapi perlu tahu , korang kena menguasai MASA juga. Jika tidak , korang akan kerugian banyak masa di Jepun. Nah... inilah bestnya di Jepun. Belajar berdisplin terhadap masa. 

Melihat pada itenary yang disediakan oleh J Horizon Travel , hari berikutnya akan lebih mencabar. Mungkin ada bagi korang, ianya biasa tapi tidak bagi kami kerana hanya aku saja ada pengalaman di area Osaka ni tapi itu pun aku ikut orang! Kali ni kena merayau sendiri tanpa pengalaman mengenai subway dan juga keretapi ni.

Ada banyak tempat tempat menarik untuk dikunjungi di Osaka ni. Korang kena tau ke mana nak pergi , dan dengan apa nak naik. Di laman web rasmi Kintetsu, ada cadangan lokasi lokasi menarik untuk dilawati.


Oh ya.. perlu tahu yang percutian kitorang kali ni bukan ala Backpackers. Sememangnya menumpukan pada mereka yang ingin bercuti di tempat  tempat yang mewah dan selesa di bahagian penginapan. Seperti mereka yang nak berbulan madu dengan bergaya... atau mereka yang ada duit dan ingin mencari hotel yang selesa dan menarik , nah... J Horizon Travel mampu membantu !

Aku cerita dulu mengenai pengangkutan eh..

Pengangkutan Pilihan, Kintetsu Railway




Untuk bergerak ke sana sini  dengan menggunakan keretapi , kami memilih Kintetsu Line. Buat masa ni , Kintetsu Line memberikan tawaran menarik pembelian pakej melalui online. Tak kira la samada laluan tempatan mahupun express. 

Rugi tau tak amik peluang beli murah. Maklummlah , duit kita rendah berbanding Yen. Bila jumpa yang ada tawarkan diskaun , beli jer.. kan kan ? Menariknya , ada pilihan untuk pass menaiki bas juga. Haa... aku dan team dah pun cuba guna bas. Berbaloi ! 


Laluan tempatan memberikan laluan yang strategik ke lokasi lokasi menarik untuk dikunjungi manakala express pula memfokuskan pada keselesaan di dalam keretapi untuk perjalanan yang mengambil masa yang lama.. Sebagai contohnya ketika menuju ke Kyoto dari Kashikojima yang mengambil masa lebih dari 2 jam , kami menggunakan Premium Express Shimakaze. Beli secara online di Malaysia sebelum harinya dan print tiketnya di station keretapi kemudian. Dapat la harga murah.

Perlu difahami.. jika nak naik Premium Express Shimakaze , korang kena ada tiket tambahan selain dari Kintetsu Rail Pass.  Katakan korang berada di Osaka dan nak ke Kashikojima, korang kena ada pass masuk ke dalam laluan Kintetsu dan untuk menaiki Premium Express Shimakaze, korang kena ada tiket untuk naik keretapi tu. Haa.. Kalau tak nak naik yang tu , tak perlu dah beli tiket lain. Memadai dengan pass masuk tu jer. Faham ? Haaa.. senang je kan ?


Pengangkutan keretapi di Kashikojima

Shimakaze Premium Express - Keretapi mewah





Amacam ? Best kan ? Memang mencabar guna keretapi sehinggakan secara jujur aku cakap.. aku naik teksi  di sana rasa cam nak muntah. Lebih selesa guna keretapi. Huhuhuh.. 

Tempahan tiket di https://www.ticket.kintetsu.co.jp/vs/en/e-ticket/

You May Also Like

18 comments

  1. Bestnya.. Pahni kena g Jepun gak la ..kena cuba Kintetsu Line jugak . Bila laa blh g jepun ni .

    BalasPadam
  2. Bila nak rasa gi Jepun ni.. Nampak kerusi dalam train ni boleh lena... Tapi rugilah kalau tidur kan..

    BalasPadam
  3. Wish list. Mana tau ada rezeki g sana nanti nak merasa gak naik tren ni. Nampak best

    BalasPadam
  4. Jepun memang known dengan pengangkutan awamnya yang efektif especially keretapi diorang.. Bestnya jalan2 Osaka..

    BalasPadam
  5. wooow seronoknya...senang je nak gerak kemana2 naik keretapi ni kalau faham dia punya route...terbaik lah...ni betul2 awesome...

    BalasPadam
  6. Urus masa dan keretapi ke Jepun, menarik!!! HEBAT tgk sistem keretapi efiesien disana...bestnya

    BalasPadam
  7. Nampak selesa dan menarik sangat tren yang disediakan oleh Kintetsu Line ni. Kawasan yang dilalui pun ade pemandangan indah

    BalasPadam
  8. Wow...Canggihnya..Memudahkan kita nak ke mana2...

    BalasPadam
  9. Satu pengalaman yang best ni, bila dah mahir baru seronok nak jalan² kan? Pastu dahlah keretapi depa canggih dan selesa.

    BalasPadam
  10. Hebat yer teknologi keretapi jepun. Keretapi pun nampak mewah. Wishlist nak g jepun!

    BalasPadam
  11. Fuhh best giler keretapi mewah gitu, syoknyaaa

    BalasPadam
  12. Selesanya tengok seat tu.. kalau perjalanan jauh pun selesa naik train cenggini

    BalasPadam
  13. Student Jepun saya pernah present tentang laluan dan kepelbagaian tren di Osaka sahaja...berselirat! Kemudian dia bandingkan dengan tren yang ada di Malaysia...Hahaha.Kami yang tengok ni ternganga, jauhhhhhh berbeza. Patutlah diorang cekap je naik tren kat Malaysia ni, kalah kami yang warga tempatan. Diorang lebih tahu macam mana nak capai tempat-tempat di KL guna tren.

    BalasPadam
  14. wow! menariknya. salah satu sebab saya suka pergi jepun ialah sebab transportation system dia yang sangat efiksyen dan efektif

    BalasPadam
  15. tu la..kalau tau tempat dan masa, senang naik keretapai je..bgus ni..tengok orang jepun pergi mana2 dengan train

    BalasPadam