Pengalaman bermula di sini.. Hari ke dua di Osaka !

by - Rabu, November 07, 2018

Hari kedua di Osaka. Ikutkan jadual , free and easy hari ni jer. Walaupun program dah diaturkan oleh J- Horizons Travel (M) Sdn. Bhd ,tapi kami ada pilihan bebas untuk bergerak di Osaka ni.  Selagi ada aktiviti menarik..takda masalah... kan kan ? Heee.. 

Aku syorkan ke Osaka Castle. Kenapa situ ? Pertama , sejarah Jepun beribu tahun perlu diketahui dan dipelajari. Kerana sejarah inilah membentuk rakyat Jepun sekarang ini. Adat dan budaya mereka sehingga kini masih dipandang tinggi oleh Perdana Menteri kita , Tun Mahathir Mohammad.

Bersiap. Pakai losyen Advance Moisture Therapy Cream. Cuaca terasa makin sejuk. Untuk elakkan kulit aku kekeringan nanti dan juga aku nak putihkan kembali siku aku yang kering teruk gara gara buat plank ! Huhhh.. Nanti aku cerita bab ni di entri lain yer..


Selepas sarapan pagi di hotel , team #KembaraKBBA9 dibawa pusing  Sheraton Miyako Hotel Osaka terlebih dahulu. Untuk pengetahuan korang , bahagian makanan Halal diasingkan yer. Ini termasuk pinggan dan juga sudu ! Memang prihatin !



Ketika ini , hotel dipenuhi dengan pelancong dari dalam dan luar negara. Mungkin kerana sekarang ni musim luruh di sini maka ianya jadi tumpuan. Ternyata Sheraton Miyako Hotel Osaka ni ada kelebihan tersendiri kenapa jadi pilihan. Seperti yang aku kata , lokasinya yang cukup strategik pastinya menjadi pilihan di samping keselesaan serta kualiti yang sememangnya dari dulu lagi diketahui antara terbaik di dunia.

Aku dah tandakan. Pintu keluar dari stesen dan ke hotel. Strategik kan ? Malah di sini boleh amik bas limosin terus ke lapangan terbang Kansai. Mudah ! 

Dekat kan ? Perghh... memang lega sangat la menginap sebelah stesen keretapi jer. 

Berbincang.. nak naik bas atau jalan kaki ? Perjalanan dari hotel ke Osaka Castle mengambil masa 30 minit jer dan sangat mudah jer pun. Jalan terus tanpa ada selok belok atau mencelah ke laluan yang tidak diketahui. Sebab tu aku pilih jalan kaki. Sememangnya 2 kali sebelum ni aku ke sini , aku tak sempat nak menikmati OSAKA dari dekat ! Dengan berjalan kaki , aku akan lihat sendiri bagaimana kehidupan sebenar penduduk Osaka ni.



Tapi sebelum tu , kitorang je Namba dengan menggunakan Kintetsu Daily Pass. Bagus sekali Kintetsu Daily Pass ni. Boleh ke mana saja tanpa had dalam masa sehari. Kalau tak nak guna train, guna je bas Nara Kotsu Bas. Banyak kawasan pelancongan yang dilalui oleh Nara Kotsu Bas ni.

Kitorang ke Namba ada hal kat situ jap. Heheheee.. Best Namba  di siang hari ni. Meriah sungguh la. Nasib baik aku dah set dalam kepala aku , shopping di hari terakhir. Kalau tak , penat tangan nak usung barangan yang dibeli.


Kemudian barulah ke Osaka Castle. Tercapai impian aku kali ni ! Penat tapi seronok. Berjalan kaki pergi dan pulang memanglah membikinkan kaki aku kembali sengal di bahagian lutut tapi aku berpuashati. 




Selepas ke Osaka Castle , balik semula ke hotel untuk makan malam. Kali ni , 3 orang rakan aku tu berpeluang menikmati Bento yang dibuat dengan bahan yang Halal. Menurut pihak Sheraton Miyako Hotel Osaka , mereka mempunyai dapur berasingan untuk menyediakan masakan Halal. Ini bertepatan dengan kembara kami kali ini yang mana kami sememangnya mencari restoran atau tempat makan halal yang bertepatan dengan slogan Cosmoderm , ' Yakini Halal' .

Bento'Moyabi' yang buat khas Halal ini memang lain sedikit rasanya tapi masih lagi terasa keenakkannya.








Alhamdulillah.. Siap makan ! Bertenaga semula. Dan tiba masa untuk meredah malam hari di Dontonburi , Osaka. Bagi mereka yang ke Osaka , ini tempat wajib untuk dikunjungi ! Kitorang ke sini dari hotel dengan menaiki keretapi. Sekejap jer.. dalam 10 minit jer sampai dah. Selang satu stesen jer. Disebabkan kitorang amik pas harian , maka... jimat sudah ! 


Sebelum jam 12 malam , kitorang balik ke hotel. Keretapi berakhir jam 12 malam. Jika terlepas , balik jalan kaki la jawabnya. Tapi tak jauh pun jika kena balik jalan kaki. Di sini , aku tak beli apa apa pun sebab aku ada fokus lain. Duit tu , aku nak guna untuk hari terakhir nanti ! Aku ada agenda di sini nanti...kembali ! Heee...

Sheraton Miyako Hotel, Osaka : https://www.miyakohotels.ne.jp/osaka/english/
Kintetsu Railway : https://www.kintetsu.co.jp/foreign/english/


You May Also Like

16 comments

  1. Menarik makanan halal di Sheraton dimasak guna dapur asing. Alhamdulilah panduan best

    BalasPadam
  2. Seronoknya... Pengembaraan sebenar. Baru laaa betul Jalan Jalan Japan. Capek berjalan. Hehe..
    Menariknya menu halal Sheraton Miyako Hotel Osaka. Tapi... Sure kena standby budget besau banyak makan kat sana. Tuk merasa apa salahnya kan

    BalasPadam
  3. Bagus ada makanan halal dari segi handling kitchenware ke food preparation. baru lah yakin nak makan. Terbaik hotel sheraton kat japan ni. lokasi pun strategik

    BalasPadam
  4. Senang betoi hotel dkt ngan tren stesen gitu

    BalasPadam
  5. Wah...Bagus la tu dekat dgn stesen keretapi..Senang nk travel...Bab makanan halal tu yg paling penting bila travel kt luar negara..

    BalasPadam
  6. menarik.. tak sabar nak baca lagi next entri di japan.

    BalasPadam
  7. Memang betul² kembara ni sebab banyak aktiviti berjalan kaki, walau penat mesti puashati kan?

    BalasPadam
  8. bestnya pergi osaka. jangan lupa pergi ke universal studio

    BalasPadam
  9. Menariknya... dah lama teringin nak ke jepun. One fine day, insyaAllah.

    BalasPadam
  10. bestnya pergi sana... len kali ajak lisa sekali yee hahahaha

    BalasPadam
  11. tak sabar tunggu entry jepun yang lain

    BalasPadam
  12. Alhamdulillah jika mudah dapatmakanan halal.

    BalasPadam
  13. Asalam..teringat pergi Osaka suatu masa yang lalu.Bestnya tu..Kena bersyukur nikmat travel ini..

    BalasPadam
  14. jalan sana sini dekat jepun satu hari suntuk..bgus betul aktivtivi you all

    BalasPadam