Sambut Ulang Tahun Perkahwinan di Utan Cafe & Golf Range , Sepang.

by - Jumaat, November 23, 2018

Hari gaji. Kebetulan. Dia nak belanja. Heee.. Biasa aku belanja. Kang korang kata aku makan duit isteri lak.. Kena perjelaskan betul betul.. kan kan ? Ok.. tak kisah la apa pun. Orang nak kata, dia tetap akan berkata. Kita tak boleh nak halang. 

Dan setiap kali menjelang 22/11 adalah hari ulang tahun perkahwinan aku dengan isteri pertama, kedua, ketiga dan keempat. Walaupun aku keliru , 22 ke 20 eh ? Dia pun gitu tapi akhirnya dua dua sepakat yang kitorang diijabkabulkan pada 22/11 setelah melihat kalendar tahun 2008. Aku yakin tahun 2008 sebab aku mula berblog 2009. Setahun sebelum tu kerja aku setiap malam ialah mengadap tv... layan Astro dan layan drama Korea. 

Alhamdulillah.. walaupun tak dirancang , makan malam kali ni bagi aku istimewa. Bersama anak anak ! Takda lilin atau kek special. Dan menariknya , di sebuah restoran yang selama ni... aku tengok dari luar jer ! Teringin nak masuk tapi takut dan segan ! Hahaahha.. Nampak ekslusif gitu.

Akhirnya , aku ke sana setelah wife bersetuju nak makan malam di situ. Utan Cafe & Golf Range ni terletak berdekatan dengan Taman Tasik Teratai , Sepang. Kawasan ni memang dikelilingi hutan. Maka malam hari memang sejuk la. Siang katanya cantik. Aku nak kena datang siang lak nanti. Buka pada jam 11 pagi hingga 11 malam. Tutup hari Ahad. Heee.. 


Menu di sini , selama 3 tahun adalah masakan Melayu asli. Nahhh... memang terbaik ahh ! Menurut Chef Anet ,  Utan Cafe ni sering dikunjungi oleh mereka yang sememangnya pelanggan tetap. Haaa.. Datang sini memang untuk makan besar jer. 

Sejujurnya ketika aku masuk ke Utan Cafe ni , memang style macam restoran cina. Meja besar besar. Kalau bawak keluarga , memang puashati la. Tapi ada je yang datang berpasangan. Takda masalah pun.. Dan selesa sangat.









Amacam rupa makanan ni ? Simple kan ? Haaa.. Tu belum makan lagi tu ! Kalau makan, hurmm... Memang tak boleh berhenti selagi tak abis. Aku ketika deal nak datang sini , ingatnya nak makan biasa biasa je. Maklumlah , dah nak start diet. Tapi bila tengok dalam menu , fuhhh.. semua nak cuba rasa ! Oh yaaa.. Kat sini, korang kena cuba asam pedas dan masak lemak. Fuhhh.. Power! 

Harga? Ok je kan ? Untuk pengetahuan , kalau nak buat tempahan catering pon mereka ambil. Dan bukan baru sehari dua dalam bidang ni. Dah lamaaa woo ! 





Murah kan ? Haaaa.. Ok la kan ? Haahaha.. nak murah cam gerai tepi jalan tu , tak leh laa.. Ok, kalau nak datang sini berjemaah , korang boleh buat booking dulu. Hubungi je Chef Anet di Instagram atau whatsapp mahupun call je terus. Senang gitu.

Tel : 019 239 4757
Instagram : norafidahwahab



Jangan lupa ajak aku sekali tau.. Dekat je ngan aku. Hahahaha...  Nak try makan tengahari dan petang lak kat sini !

You May Also Like

12 comments

  1. Happy anniversary abg ben dan kakzila. Wahh sedap lak yanie tgk menu nya.. Lapar terus pagi ni huhu

    BalasPadam
  2. Wow! Bestnya menu dia. Nanti nak makan kat sini lah. Anyway, Happy Anniversary Aben n Kak Zila, moga sentiasa cool dan ohsem sampai ke akhir hayat

    BalasPadam
  3. Laaa kat Sepang je ke, dekat dah ni. Nanti nak ajak pergi jugaklah!

    BalasPadam
  4. Huish makan besar betul tu, lauk gitu mmg ratah je dah sedap dah

    BalasPadam
  5. Bestnya makan gini , ada lauk2 kampung dan budu , sebab makan gini konfirm menambah

    BalasPadam
  6. Selamat ulangtahun pernikahan ya abg ben dan isteri.Moga terus teguh berpimpinan tangan menerajui bahtera yang dibina bersama anak-anak hingga syurga.

    BalasPadam
  7. Happy anniversary ben and wife..nampak menarik semua menu.

    BalasPadam
  8. Happy anniversary aben dan isteri. Nak cuba la, huda memang suka makan asam pedas

    BalasPadam
  9. Banyaknya lauk dia. .Sedap pulak tu semuanyaa.. Dalam hutan lagi. .best2

    BalasPadam
  10. Happy anniversary
    semoga allah sentiasa lindungi keluarga ini

    BalasPadam
  11. Happy anniversary A.Ben. lepas ni boleh celebrate sekali tak 🤭🤭🤭 Haida 23.11.2007. bestnya tengok makanan macam tu. Suasana pun best je. Terliur jap tengok semua tu

    BalasPadam