Sukar dapat makanan HALAL di Jepun ?

by - Jumaat, November 16, 2018

Seminggu sudah berlalu. Fuh, terasa rindu pada udara nyaman , suasana tenang terutama di pinggiran desa seperti di Kashikojima. Rileks dan damai. Tapi yang buatkan rasa nak balik Malaysia dengan cepat ialah part makanan. Huhuhu.. Seminggu kat sana , dah keluar otot otot perut tanpa pergi gym.

Susah sangat ke nak dapatkan makanan halal di sana ? Ok.. secara jujurnya aku dan team #Kembara KBBA9 sengaja tak bukak aplikasi atau search di web mencari  tempat tempat makan menarik selain dari yang disediakan di hotel ketika di Sheraton Miyako Hotel Osaka , Westin Miyako Kyoto dan Kashikojima , Shima Kanko Hotel . Di 3 tempat tu , sarapan pagi dan malam di sediakan di restoran. Dan ianya ada sijil Halal Kyoto.



Ketika berjalan jalan sekitar Osaka dan Kyoto membuta tuli.. sambil melihat restoran restoran makanan yang sedap sedap belaka sememangnya membuatkan terliur ! Tiada tanda Halal membuatkan kami ragu nak makan. Jika tiada kandungan babi atau arak sekali pun , part harga akan buatkan kami tergaru kepala ! Hahahaha.. Serius ! Wang kita sekarang rendah nilai. Nak shopping pun kena tutup mata ! Beli yang rare jer. 

Di Jepun, kalau korang jenis yang pentingkan ada logo Halal baru nak makan , disyorkan bawalah makanan dari Malaysia untuk elak kebuluran. Jika ke Family Mart pun , pasti payah nak dapatkan makanan berlogo Halal ! Cam aku , aku amik sandwich telur sebagai makanan backup di kala pagi dan malam hari. Tak nak tidur dalam kelaparan ! Hahahaa.. 

Jika berkemampuan , menginaplah di hotel seperti yang aku bagitau di atas. Tak perlu risau bab makan dah. Heee...  Begitu juga dengan produk kosmetik. Lambakan produk kosmetik di sana buatkan si gadis tergila gila nak membelinya. Cuma satu je masalahnya... Jika makanan dicari logo Halal , kenapa part kosmetik tidak pula ? 

Maka sebab itulah kami , team #Kembara KBBA9 bawa Cosmoderm ke sini. Terbukti Halal dan yang penting , melindungi kulit kami ketika di sini.. cuaca sejuk tapi agak berbahang. 



Bagi korang yang pertama kali nak ke negara seperti Jepun dan Korea , disyorkan la bawa makanan tambahan andai tekak korang tak leh nak terima makanan tak berlogo Halal atau download aplikasi Halal Jepun dan explorelah Jepun. Lagi menarik. Dan jangan lupa dapatkan Cosmoderm untuk perlindungan kulit sewaktu di sana. Terang terang dah ada logo Halal ! Heeee.. Beli online jer. Untuk pek travel. Kecil dan mudah nak selit.

Teringin nak ke Jepun dan perlukan agen yang berpengalaman ? Sila hubungi J HORIZON TRAVEL ( M ) .

You May Also Like

11 comments

  1. Oic , bab makanan memang kena pilih betul2 , kalau takde sijik halal memang was-was sangat , bagus Hotel ada sediakan halal food , trbaik

    BalasPadam
  2. Sekali dah pakai Cosmoderm memang tak pandang lain dah... Cukup puashati dan berbaloi dengan harga. Paling suka Vit E 3000

    BalasPadam
  3. susah juga yer nak cari makanan halal kat jepun. kena stand by makanan halal dari malaysia dan penting ada travel kit dari cosmoderm bila travel ke mana2. Tak payah nk susah2 cari

    BalasPadam
  4. Yup kena hati² dengan makanan di luar negara ni. Bab Cosmoderm tu memang wajib bawak walau travel kemana saja.

    BalasPadam
  5. Yup, nasib baik hotel mementingkan soal halal kan... Kat sane boleh bawak halal card, tapi definisi halal diorang tu camne kite xpasti kan.... So kat hotel tu tak rasa ragu nak makan...

    BalasPadam
  6. Yup, nasib baik hotel mementingkan soal halal kan... Kat sane boleh bawak halal card, tapi definisi halal diorang tu camne kite xpasti kan.... So kat hotel tu tak rasa ragu nak makan...

    BalasPadam
  7. Fuh... list ni penting oo kalau nak g travel jepun

    BalasPadam
  8. Betul tu, kosmetik Halal pun penting gak. Baru boleh guna tanpa was was.

    BalasPadam
  9. bagus dah ada sijil halal ni..senang..

    BalasPadam
  10. Kalau pergi oversea, makanan hotel pun ragu-ragu halal nya. Tapi ada hotel yang dah memang halal macam ni, senang lah nak buat pilihan.

    BalasPadam
  11. Once this is done, the pest control specialist will issue a new report on household pest control and recommend a course of action. When touring a new home, experts recommend observing the following signs that may mean termite infestations are hidden in plain sightشركة مكافحة حشرات
    شركة مكافحة النمل الابيض بالقصيم
    شركة مكافحة حشرات بالقصيم
    شركة رش مبيدات بالقصيم

    BalasPadam