The Westin Miyako Kyoto , Jepun

by - Jumaat, November 23, 2018

Kyoto adalah salah satu bandar yang cantik di Jepun yang sering jadi tumpuan para pelancong terutamanya dari Malaysia. Pastinya mereka yang berkemampuan akan memilih hotel untuk menginap. Nah , aku cadangkan The Westin Miyako Kyoto.


Dari lapangan terbang Kansai nak ke The Westin Miyako Kyoto ada 3 cara laluan.  Terpulang pada korang cara mana yang disukai dan mudah. Yang penting , sediakan duit jer.. kan ? 


Jika menginap di sini , korang mudah nak bergerak ke destinasi pelancongan samada yang terdekat atau yang jauh. Nak berjalan kaki pon boleh , atau guna je keretapi. Stesen keretapi sebelah jer! Tu yang menarik tuuu.. Haa... 2 minit je jalan kaki.



Macam tempohari aku dan team #Kbba9 di Kyoto ni, bergerak ke tempat pelancongan mengguna kankeretapi dan juga berjalan kaki. Tak jauh pun. Banyak tempat menarik berhampiran.









Jangan lupa guna Kintetsu Pass jika menggunakan keretapi! Berbaloi ok.

WESTIN MIYAKO KYOTO

Dah tau kan kenapa Westin Miyoko Kyoto patut jadi pilihan ?  Pengalaman semalam menginap di sana, sangatlah berharga. Sarapan pagi dan makan malam turut ada bahagian Halal ! Ternyata Westin Miyako Kyoto mengambil berat guest mereka yang beragama Islam. Dan lebih menarik lagi, mereka ada chef dari Turki. Namanya Chef Murat. Sangat peramah dan banyak membantu terutama dalam pemilihan makanan ketika sarapan pagi dan makan malam.

Buat pengetahuan korang , Westin Miyoko Kyoto ni pernah diinap oleh orang orang besar negara kita seperti Tun Mahathir dan kerabat diraja.











Ok.. jom tengok bilik lak.. Hehehe.. Best ! 

Keselamatan sangat penting di sini.



Tilam yang empuk ! 

Mesra Muslim

Permandangan luar bilik yang menakjubkan !





Sidai tuala ? Jangan buat hal ! Bikin malu jer. Ni saja je berlakon. Hahahaa

Bilik bilik Guest yang sedia ada.






Keterangan lanjut mengenai bilik , boleh baca di SINI. 

Fasiliti dan Servis

Hotel turut menyediaka pelbagai fasiliti dan juga servis perkhidmatan seperti library, lounge, fitness center , sauna , kids room . baby sitter service , skin care salon , Japanese Garden , tempat meletak kereta yang selesa. Dewan bagi mereka yang ingin adakan majlis pun kelihatan sangat cantik. 

Gym ! Fuhhh.. 

Kolam renang in door


Dewan
Restoran Chinese

Japanese Garden. Permandangan dari luar dewan. Sangat cantik ! Entah camana jika musim sakura !

Cantik kan ? Haa... Kalau rasa nak kelainan dan meninggalkan kenangan terindah , boleh la cuba menginap di The Westin Miyako Kyoto. 







You May Also Like

5 comments

  1. Wahh bagus hotel ni. Ada makanan halal. Bilik dan view pun cantik. Kalau ke Jepun boleh la menginap kat sini nanti

    BalasPadam
  2. Cnntiknya tempat dia.. Bagusla mesra muslim.. Takde rasa was2

    BalasPadam
  3. Memang menariklah, bilik pun nampak selesa dan tilam tu empuk betul.

    BalasPadam
  4. Memang terbaekkklahhh... Tak Tak sangka ramai org ternama dah stay sini. Untungnya dapat jejak ke Jepun. Satu hari nanti InShaaAllah

    BalasPadam