Tiba di Osaka , Jepun buat kali ke dua !

by - Selasa, November 06, 2018

Tiba di Jepun malam pada 4hb Disember 2018. Dari Malaysia , jam 2.15 petang. Alhamdulillah , penerbangan dengan Air Asia X yang mengambil masa 5 jam 40 minit itu selesa bagi aku. Nasib baik aku beli neck pillow di KLIA2. Terpaksa beli sebab aku ada dah 2 di rumah tapi terlupa nak bawak. Aku beli untuk elakkan aku sakit leher. Aku tahu aku akan tidur sepanjang perjalanan tu nanti. 

Mendarat dengan baik di Lapangan Terbang Kansai, Jepun. Perjalanan sempurna dan tiada masalah.  Jam menunjukkan  sudah pun 9.30 malam. Sejam di hadapan waktu Malaysia. Syukur sangat. Dari Kansai , aku dan rakan rakan Kembara #KBBA9 mengambil keretapi  ( Kankai Line ) ke Namba Station.. Tambang dalam ¥920. Kemudian dari situ kena  tukar laluan Kintetsu ke stesen Osaka Uehommachi Station. Tambang cuma ¥150.

Kadar pertukaran ketika ini RM33.90  dengan nilai pertukaran ¥1000 = RM39.9
  
Kali kedua di Kansai. Dan syukur Pegawai Imigresen dan Kastam tak cerewet. 

Rupa bentuk tiket sehala. Masukkan je ke dalam mesin. Lebih kurang macam pintu mesin masuk LRT jer. Mereka yang biasa guna keretapi di Malaysia , takda masalah punya untuk kendalikan laluan keretapi di Jepun ni. Sebaiknya sebelum ke sini , kena study sedikit mengenai peta laluan keretapi. Jangan panik ! Kena faham yang mana laluan keretapi di Jepun ni ada banyak dan dikendalikan oleh banyak syarikat. Ala macam Malaysia gak la. Ada LRT , ERL , Monorel , MRT , Komuter. Haaa.. gitu jer. 

Rupa bentuk Pas untuk sehari Kintetsu Line. Berbaloi amik pass seharian sebab perjalanan tanpa had untuk sepanjang hari. Fungsi sama macam tiket. Masukkan dalam mesin dan dia akan keluar semula. Digalakkan guna pas harian jika lama di satu satu tempat. Mudah , pantas dan menjimatkan. 

Walaupun ini kali ke tiga aku di Jepun , sejujurnya kali ni aku baru paham mengenai selok belok penggunaan laluan keretapi ni. Sebelum ni segala trip aku dikendalikan oleh pegawai yang mengiringi trip aku tu. Dan kali ni , kena urus sendiri dan sememangnya aku nak uruskan sendiri. Kena tahu  sebab mana tau aku akan ke sini bersama keluarga aku sendiri.. hehehee.. Kalau ada duit, guna agen travel seperti J-Horizons Travel ( M ) Sdn. Bhd pun berbaloi. Kita ikut jer. Heee.. 



Dari Namba Station ke  Osaka Uehommachi Station cuma perlu melepasi satu station je. Kemudian kena  keluar dari station. Hotel untuk malam pertama kami menginap ni ialah Sheraton Miyako Osaka. Keluar je dari station , tak sampai 200 meter je hotel tu. Bersebelahan ! Legaaaaaa giler. Penat sangat. Dalam kepala nak baring atas tilam empuk jer nanti. Huhuh..

Kalau korang travel ada bajet , terutama yang baru berkahwin tu kan.. kira nak honeymoon , nah.. amik la hotel yang berdekatan dengan station. Mudah nak usung pasangan korang tu ke mana mana terutamanya jika pasangan korang tu tak fit nak berjalan jauh. Hehehe.. 


Gambar di bawah rupa station dalam waktu siang. Bagus station ni sebab ada banyak kemudahan dan sangat bersih walaupun senantiasa sesak dengan orang ramai. Papan tanda juga turut berbahasa English. Maka takda alasan tak boleh baca papan tanda. Heee.. Kena rajin membaca papan tanda dan juga penunjuk arah. 





Check in ! Benda pertama aku buat ialah basuh muka dengan pencuci muka Tea Tree Oil dari Cosmoderm. Leganya nak oii !! Sebelum tu nak pegang muka sendiri pun rasa geli sebab berminyak. Lepas dibersihkan , barulah kembali segar. Terus hilang rasa ngantuk. Tapi kena tidur gak sebab esok harinya bermula Kembara KBBA9 di Osaka. Mencari yang HALAL untuk diterokai. Seperti produk Cosmoderm yang  ada sijil Halal ! Ada Halal , kita pun tak perlu risau mengenai produk tersebut...kan ?

Lepas cuci muka , turun bawah semula. Nak cari makanan. Maklumlah , kitorang sampai di hotel jam 11.30 malam. Dan pastinya sasaran kitorang ialah Family Mart. Hehehe.. Dalam Family Mart macam macam ada. Tips aku nak makan , elakkan sesuatu yang berdaging. Buat masa ni , aku cari sandwich telur dan donut jer.

Nikmat !

Sebelum tidur , aku nak hilangkan rindu di Malaysia.. Layan secawan LazzCafe. Huhuh...



Hari Kedua di Osaka. Baca di SINI.






You May Also Like

9 comments

  1. Alhamdulillah selamat sampai .. Semoga dipermudahkan semua utusan Ben dan team KBBA9 sepanjang kat sana nanti ..

    BalasPadam
  2. Seronok, boleh saya jadikan panduan kalau nak ke Jepun suatu hari nanti.

    BalasPadam
  3. Bestnya dah jejak kaki ke jepun 3 kali!

    BalasPadam
  4. Keretapi di jepun memang terbaik, ada banyak pilihan

    BalasPadam
  5. wahh lajuuuu... dekat nak sebulan beza tarikh kat sana ekk..sini baru 7.11..haha gurau jer,..,selamat bercutii..hehe

    BalasPadam
  6. seronoknyaaaaa.haritu dah plan nak pergi jepun jugak tapi kena posponed sebab tetiba ada baby ehhh hahaahaha

    BalasPadam
  7. Bestnya dapat melancong ke Jepun ni. Teringin nak rasa life kat sana, selalu tgk dalam tv je huhu

    BalasPadam
  8. kene study jug akan sebelum ke negara orang ni..hehe..

    BalasPadam
  9. Tren kat sini, once kite dah pick-up & study route sikit, Insyaallah tak sesat.... Tapi station yang banyak rail tu jenuh sikit la... Xtau mane nak arah... Hahahhaa

    BalasPadam