Cara terakhir untuk pastikan rumah kembali bersinar dan bersih ! - BEN ASHAARI

Cara terakhir untuk pastikan rumah kembali bersinar dan bersih !

Benarlah kata pujangga.. jika nak rumah kita senantiasa bersih dan kemas , maka bukalah pintu seluas luasnya. Bukan suruh pencuri masuk tapi jemputlah tetamu datang ke rumah kita. Selain murah rezeki , inshaAllah pasangan kita akan rajin membersihkan rumah. Heee...

Contoh cam aku ni la.. Bukanlah aku ni pemalas tapi tak beberapa nak rajin jer. Heheheehe... Tapi kalau dah mula buat kerja tu... haaa ! Tak reti nak berhenti melainkan dah keletihan. Semalam , rakan rakan blogger nak datang rumah. Maka wife 'perintahkan' aku untuk bersihkan halaman rumah. Dia uruskan bahagian dalam. 

Di luar rumah.. adehh... pening gak aku tengok. Hobi wife yang dah berkali dia usahakan tapi tersangkut di tengah jalan , sekali lagi aku terpaksa 'clearkan' ! Buang bekas bekas plastik tanaman dan baja ! Nasib baik baja tu leh tabur di depan umah aku tu. Dari datang dia datang.. ke tanah jua dia kembali ! Haaa.. Dan bekas bekas plastik tu dah mereput pun. Mudah letak dalam plastik hitam dan tunggu lori sampah datang. 

Kemudian bersihkan longkang yang dah berlumut. Fuhh... Geram gak tengok lumut lumut tu. Dengan menggunakan pencuci Zip dan Magic Span , maka aku selesaikan tempat tempat yang berlumut. Alhamdulillah.. berkesan sama sekali.



Dan hasilnya..Serius , aku sendiri pun terasa lega mata memandang ! Hahahaha.. Kalau tak , sebelum ni aku rancang nak upah orang je bersihkan. Bukan malas tapi risau mencederakan diri sendiri. Hahaha.. Aku ni cuai dalam bab bab gini. Bila dah luka tu , hurmm.. Tapi aku nekad kali ni.. aku kena buat sendiri ! Dan ternyata puas sangat ! InshaAllah , akan buat setiap bulan ! Huhuh..




Hampir 3 jam gak aku kat luar ni ! Wife kata apa tau ? 

" Cam ni kan , bang.. kita kena jemput orang datang tiap minggu. Baru rumah kita senantiasa bersih cam ni ! ". 

Aku pandang dia. Amboi.. perli baik punya ! 


3 ulasan:

  1. Heheheh..motivasi tu...jemput tiap minggu..

    BalasPadam
  2. wah... bgs gak tu, macam saya la... lau ada org dtg umh baru la kalut menggilapkan rumah... hhee

    BalasPadam
  3. padu!! mana satu sabun yang digu akan tu

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.