Perjalanan jauh , mengimbau kenangan ketika kecil sambut raya di kampung !

by - Ahad, Jun 02, 2019




" Raya mana bro ? " tanya sahabat.

Tersenyum. Rasanya sejak kawin , hanya sekali jer aku raya di Kuala Lumpur. Selebihnya, di Kelantan. Tak adil ? Ok jer.. sebab selama kawin tu la , puasanya di KL.. tidak di Kelantan. Maka adillah jika beraya di Kelantan. Lagi pun , di KL , takda orang kot ? Yelah.. memang mak ayah ada tapi diorang ok jer. Sebab sepanjang Ramadan , kerap berbuka dengan mereka. Ok la kan ?

" Kelate la wei... " jawab aku ringkas. 

" Pergh... jammed siut ! Naik kapal terbang la baru best. Cepat sampai " katanya lagi. 

Hurm... Naik kapal terbang ? Adeh... tak syioknya. Tahukan perjalanan ke Pantai Timur melalui jalan kampung tu menyeronokkan ? Hahahaha.. Kenapa ? Ke pantai timur ni , amat mudah nak jumpa masjid dan surau. Berhenti la mana mana pon.. mesti meriah punya. Terasa la sedikit kemeriahan berhari raya gitu..

Teringat sewaktu aku kecil dulu. Tiap kali nak balik beraya di Pulau Pinang , terasa begitu teruja. Dalam kereta , memerhati jalan jalan di luar. Jalan lama gitu. Ikut Nibong Tebal.. yang masih dipenuhi dengan hutan hutan.. Haaaa.. 

Dan teringat satu cerita arwah ayah aku. Dia memandu ketika tu. Di satu perhentian , dia bertanya... hehee.. 

" Hangpa perasa tak ? Tadi ada dua budak jalan tepi jalan. Pakai baju sekolah. " . Aku cuak ! Huhuh.. Dia bercerita lagi. Masa tu jam 3 pagi seingat aku. Mana ada orang gi sekolah kul 3 pagi ! Hahahaha..  Dan arwah mak sedara aku pun nampak. Dia yang bersama keluarganya , berada di belakang kereta kitorang. Arwah ni memang mudah nampak makhluk halus.. Hee.. Gerun la jap tapi seronok ! Hahaha.. 

Sekarang ni.. setakat 16-18 jam perjalanan tu biasa dah bagi aku. Memang akan kerap berhenti dan tidur sebentar. Anak anak je la tak sabar nak sampai. Penat dalam kereta. Tapi bagi aku , biarlah. Pengalaman buat mereka. Nanti dah besar , diorang akan tau keseronokkan pulang berhari raya ! 


You May Also Like

2 comments

  1. bestnya...teringin nak balik kampung jauh²..suasana sepanjang jalan nak sampai tu yg buat rasa happy je...

    BalasPadam
  2. Seronoknya! Selamat Hari Raya abg Ben :)

    BalasPadam