Tiba-tiba aku tersedar..rupa-rupanya..

by - Khamis, Jun 13, 2019

MashaAllah.... Besar dah mereka ! Aariz dah nak masuk 3 tahun , perangainya dah cukup berbeza. Dia ni hati lembut jer. Awalnya aku ingat dia ni macam aku. Jenis sukar nak didekati rupanya tidak. Dia paling mesra... dan ayat dia untuk join kenalan barunya ialah.. 

" Hi guyss.. ". Pastu dia akan join bermain bersama. 

3 tahun dah dia walaupun belum genap. Tidurnya makin panjang. Kena faham perangai anak anak bila usia 3 tahun ke atas ni. Tidurnya memang kena 10 jam gitu. Jika tidak , dia akan buat perangai. Jika cukup tidurnya , dia akan gembira sepanjang hari. Cakap baik baik dengan dia.. dia akan faham. Dan pandai dah nak bergurau.


Wife antar gambar Zahra sejurus jemput dia dari tadika. Naik naik je kereta , terus pakai cermin mata hitam. Ikut perangai mak dia.. dan aku. Dia ni jenis memerhati. Bahaya skit. Huhuh.. Dan nampak tak anting anting tu ? Hahahaha.. Dah pandai bergaya !  

Kalau ke pusat membeli belah.. dia akan pilih barang dia nak. Mainan mainan ni dia tak gemar dah melainkan berkaitan masak masak dan juga mekap ! Boleh dah nak ajar jadi instafamous..Hahaha. Jangan cari pasal ! 




" Daddy , cantik tak ? " tanya dia. Aku senyum. 

" Cantiknyaaaa...." jawab aku. Terus dia peluk aku. 

" I love you , daddy. " katanya. 

Hurm...besar dah mereka. Begitu juga dengan Qhaliff. Berjiwa sentimental. Ketiga tiga anak aku ni, dah berubah . Kena cakap baik baik dah dengan mereka. Baru dengar cakap.

You May Also Like

4 comments

  1. Tiba masanya daddy dan ibu jadi bff pula dengan Qhaliff,Zahra dan Aariz..
    Hehehehe..cute je Zahra.

    BalasPadam
  2. nanti auntie ajar barang mekap wajib beli. hahahahaha

    BalasPadam