Bila bos Mydin cadang potongan gaji penjawat awam..

by - Khamis, April 23, 2020


Bila aku baca tajuk ni , aku tersenyum dah. Tu baru baca tajuk. Bila baca isi.. aku cam.. hurm.. Aku makin tersenyum.. Antara kata katanya yang aku petik..

Menteri dan timbalan menteri menerima potongan gaji. Sesetengah menteri besar dan anggota mereka juga berbuat demikian. Itu bagus.  Tetapi sebilangan pegawai tinggi kerajaan masih mendapat gaji penuh, termasuk ahli Parlimen dan Adun. Mereka yang berpendapatan RM3,000 ke atas patut menerima potongan gaji,”. Sambung baca di SINI

Aku tahu.. dia nak mereka yang berstatus pegawai je dipotong. Tapi apakah jaminan mereka yang berstatus bukan pegawai terlepas dari dipotong ? Aku tahu.. penjawat awam tak kisah pon dipotong , kan? Sebab mereka tahu mereka adalah sebahagian daripada kerajaan dan perlu berkorban. Tapi bila cadangan itu datangnya dari.. hurm... memang kena la nak oiiii ! 

Apa yang bakal berlaku dek kerana kesilapan beri pendapat tu ? Dengar cerita penjawat awam bakal buat buat tak nampak pasaraya Mydin buat seketika ni ! Nah.... Apa akan jadi ? Perghh.... cari pasal weh ! Jangan dijolok sarang tebuan !! Nak kena paham... Gaji penjawat awam ni bukanlah besar pon. Mereka bekerja dengan kerajaan dek kerana jaminan jangka panjang. Jika ada yang nak sentuh gaji mereka , memang cari pasal la !  Yang ada pun tak cukup.. Malah siap buat kerja kerja tambahan bagi menampung kehidupan. 

Dan hari ni .. keluar kenyataan terbaru dari bos Mydin.. 

" Merujuk kepada kenyataan saya di portal FMT pada hari ini, saya ingin menjelaskan bahawa ianya melihat kepada situasi semasa dan ia merupakan pandangan peribadi dan cadangan yang dibuat atas dasar seorang usahawan dan pemerhati ekonomi melihatkan ekonomi Malaysia yang semakin meruncing. 

 Yang dimaksudkan dengan gaji atas 3 ribu adalah hanya contoh cadangan kepada kerajaan agar penjimatan dpt dilakukan dan ia sudah dilakukan oleh menteri- menteri termasuk PM kita sendiri. Tidaklah bermaksud utk campur tangan dalam urusan kerajaan sama sekali namun ia sekadar cadangan dan menggunakan pengalaman MYDIN sendiri yang sudah melakukan pemotongan gaji termasuk gaji saya sendiri 100%. 

 Saya amat memahami kepayahan golongan B40 & M40. Jika kerajaan boleh berjimat bermakna lebih byk bantuan seperti Bantuan Prihatin Nasional dapat disalurkan kepada golongan sasaran. Berat Sama Dipikul, Ringan sama Dijinjing. 

 MYDIN tidak pernah berhenti menyokong peranan dan kesungguhan semua penjawat awam dalam memastikan urusan pentadbiran negara lancar terutamanya frontliners dan langkah utk bersama-sama dengan kerajaan dalam episod sukar ini. Kita Jaga Kita. 

 Ameer Ali Mydin "

Dalam keadaan sekarang ni , sebaiknya KITA JAGA KITA dah la.. Rakyat tengah hangin dengan isu Rohingya gak ni. Ko lak suruh potong gaji. Mendapat la ! Hahahaaa... 

Aku BPN pon tak layak.  Ni nak suh potong gaji. Eh , aku bukan penjawat awam ! Hehehe.. 

You May Also Like

2 comments

  1. Kalau nak bagi pendapat sekalipun kena jelas, nyata dan terang supaya takde yang terasa hati. Menambah tekanan sedia ada je.. 😣

    BalasPadam
  2. Untuk membantu banyak sangat dah salurannya sekarang ni.Kalau tidak potong gaji secara terus pun..masing-masing tetap boleh membantu atau memberi sumbangan.Dalam isu ini ada yang bersetuju dan ada sebaliknya.Semua bergantung pada situasi ekonomi peribadi masing-masing.Masalah ekonomi setiap orang tidak sama..contoh..tidak bererti pendapatan 3000 dan ke atas itu tidak ada masalah.Dalam situasi sekarang lebih baik galakkan sesama kita memberi bantuan..ini lebih positif dan tidak keruhkan situasi.Awak mampu beri lebih silakan.Awak mampu beri sedikit pun tidak jadi masalah.Paling utama niat.

    BalasPadam