Brownies dari Shazwani Shakeri , sedap weh !

by - Khamis, April 16, 2020

Bermula dari kes mencari kek harijadi Qhaliff. Aku di Kok Lanas. Nak pergi ke Secret Recepi , jalan ditutup. Hurmm.. Terpaksa la cari yang online jer. Wife bagitau aku , yang Shaz ada buat kek gak. Dari situlah bermulanya terjebak ! 

Kelmarin , wife bagitau aku dia order brownies. Aku yang friend dengan si Shaz ni bertahun lamanya , memang dah tau dia ni kaki memasak. Cuma tak berkesempatan nak merasa je la.. Dan akhirnya , wife order la satu ari tu. 

Sampai. Guna courier hantar. Cepat. Hehehe.. Bukak kotak dan.. Hurm.. wife offer. Aku tolak ! Diet ! Konon.. Er, aku jeling... Hurm.. Tak pe la.. Lama lagi kat sini. Sempat diet lagi ! Hahahaha.. Capai sepotong.. Hurm.. sedap !   Aku panggil anak anak aku. Dan tak sampai 5 minit.. Abis ! Huh..



Kalau nak , boleh mesej dia di Facebook Shazwani Shakeri . Area Kota Bharu , Kelantan. Luar dari tu.. leh kirim melalui email. Aku tolong makan kan .. hehehe.. gambar je korang dapat ! Hahaha.. Harga bagai tu.. tanya Shaz sendiri.. Hee..

You May Also Like

1 comments

  1. friends jugak dengan shaz ni kat FB..memang nampak sedap dessert2 dia..dan tak lokek berkongsi tips apa2 kalau kita tanya..

    BalasPadam