Cara mudah untuk kawal telefon pintar anak anda. Guna je aplikasi ini !

by - April 14, 2020

Cuti terpaksa masih panjang. Yang ada anak besar pasti dok sibuk dengan telefon pintar. Pelbagai alasan diberikan. Boring laa... nak main game laa.. nak tengok video je la.. Nak mesej kawan la... Tapi percayalah , mereka tu licik dari kita tapi sayangnya.. mak bapak dia lebih berpengalaman ! Jangan percaya mereka 100% ! Amat bahaya sangat tu.. 

Qhaliff sebagai contohnya.. Aku tak bagi dia install game dalam phone spare aku tu. Hanya boleh install masa nak main jer. Dan dia akur. Tapi aku tau... takkan dia nak uninstall kan ? Dia 'diajar' oleh sepupunya camana nak sorok game tu ! Hurmmm... Kantoi dengan aku.  Apa aku buat ? Aku terus reset phone tu dari jauh jer.. Walaupun ketika tu dia bawak lari phone tu..Hehe. Kira nak suh aku kejar dia la.. 

Begitu juga dengan Aariz.. Bila dah dah dapat phone... memang payah la nak kasi balik kat aku. Tapi aku senyum je. Dari phone aku. aku locked ! Segalanya dikawal melalui phone aku. Caranya ? Gunakan aplikasi Find Device... Pastikan phone punya security locked dan anda je yang tau password tu ! Kalau diorang tau, tak guna gak la ! Hahaha... 

Sign in phone tu dengan guna id Google korang ! Semua phone yang nak dikawal tu , mestilah atas nama korang ! 





Itu jer... senang kan ? Kalau phone korang tu disorok , pon boleh dicarik ! Tekan je play sound. Menjerit la dia sekuat hati ! Hahaha..

You May Also Like

2 comments

  1. WAh... bagusnya. tq atas sharing this, sifu... tapi SS tak de baby lagi... doa2kan SS ye...

    BalasPadam
  2. loh baru tahu. hahahahaahah.. thanks for the tips aben

    BalasPadam