Mengapa aku tidak layak dapat Bantuan Prihatin Nasional ?

by - April 07, 2020


Dari 1 hari bulan lagi aku mencuba nasib. Uhuk.. Bukanlah untuk berjoli tapi nak bantu PKS PKS domestik dengan membuat belian keperluan harian. Dah buat rayuan. Tapi... tapi.. keputusan tetap sama. 

Tak pe la. Bukan rejeki ku. Aku redha je la. Aku kena usaha cara lain lak. Yakni melalui media sosial. InshaAllah ok jer.. Masih ada beberapa payment sangkut. Sebab tu aku terkilan. Sebelum sebelum ni , tak kisah pun. Hahaha.. Merajuk ? Tak la.. 

Aku dah pun buat pengisytiharan cukai di LHDN tahun lepas. Mungkin sebab tu kot tak layak ? Huhuh.. Pendapatan dari blog melebihi dari RM8K sebulan tapi tu tahun tahun sebelum ni. Rezeki dari Allah. Camana pun akan datang dari jalan lain. Kena rajin mintak dan jangan putus asa. 

Hari ni.. badan terasa lemah. Nak kata demam , tak pulak.. Cuma terasa cam.. lembik jer.. sebu ! Aku check suhu badan. Normal ! Rasanya sebab asyik banyak dok baring dalam bilik berhawa dingin ! Kena banyak bergerak ! Huhuh.. Walhal tiap petang aku bersenam jer.. 

Maka petang tadi.. aku cuci kereta sekali lagi.. hehe.. 



Terlupa lak.. Takda termometer ! Semua tertinggal di rumah. Hurm.. Nak tak nak, aku order kat kawan aku ni. Malas nak order kat Lazada atau Shopee.. takut lambat atau tiba tiba tak da stok ! Dan 5hb April dia pos kat aku. Guna Pos Laju.. Dan hari ni sampai ! 7hb April ! Fuh.. berdesup gak... hehehe... 

Termometer ni penting. Setiap rumah kena ada satu ! Nak keluar rumah kena check. Takut nanti kita tak sedar rupanya suhu badan naik , pastu kantoi kena tahan kat mana mana.. Haa.. naya gitu ! Lagi pun sekarang ni dah musim demam. Kejap panas , kejap hujan. Maka kena la standby satu.. 



You May Also Like

8 comments

  1. InshaAllah sentiasa ada rezeki.

    BalasPadam
  2. Cuaca dan pemakanan yang tak menentu, kadang boleh buat kita rasa nak demam. Lebihkan air masak bila rasa badan lesu. Minggu lepas maq dah kena. Ngeri jugak tapi bila lebihkan minum air masak, Alhamdulillah suhu kembali normal. Sabar pasal PN tu, rezeki tak pernah salah alamat,mungkin ia akan dtg dari sudut lain. #stayhome #staystrong

    BalasPadam
  3. Saya punya permohonan tak tahu laa dapat ke tak.katanya dah terima, tapi sampai sekarang belum dapat kelulusan. Dah isi lama dah... berdebar jugak dibuatnya ni. Semoga bro Ben Ashaari cepat2 sembuh n stay safe!

    BalasPadam
  4. betul tu..kena ada termometer mcm ni kat rumah

    BalasPadam
  5. Berapa harganya tu? Rasanya mahal jugak tu. Saya beli termometer letak kat telinga pun dah rm20++++

    Update terbaru saya topik Geseren |Sains tahun 6

    Lengkap dgn video
    Nota yg boleh download
    Soalan dan jawapan. 😉

    BalasPadam
  6. samalah kita. saya pun tak dapat BSH. huhu

    BalasPadam
  7. Mrs. A pun tak tahu lagi dapat ke tidak.
    Dah buat permohonan masih dalam proses statusnya.
    Lama gak dah takde khabar berita huhuhuhu...

    BalasPadam