Perintah Kawalan Pengerakan tamat selepas Aidilfitri ?

by - Jumaat, April 10, 2020

Hari ni Perdana Menteri , TSMY akan memaklumkan secara rasmi apakah akan tamat atau dilanjutkan. Ramai pakar perubatan meminta dilanjutkan. Manakala mereka yang mencari rezeki kais pagi makan pagi ni , berdoa akan tamat. Begitu juga mereka yang dah tepu duduk tengok tingkap. Yang punya rumah besar bertingkat , ok la lagi.. Yang tinggal di apartment ?  Huhuh..

Aku ? Yang 'terperangkap' di Kelantan ni memang nak sangat la balik. Yelah.. bak kata orang , camana sekali pun.. selesa di rumah sendiri ! Tapi nak balik pun risau gak. Tempat aku tu kawasan 'panas' berbanding di lokasi yang aku berada sekarang ni. Dan banyak kelebihan lagi seperti bekalan makanan hanya di depan mata saja. Masalah aku ialah... tiap malam payah nak tidur. Nak tengok handphone pon dah tepu. Hahahah... 

Dan berharap PKP ditamatkan segera ? Tak pun ! Dari awal lagi aku dah jangkakan PKP ni memakan masa lama sangat ! Dan aku jangkakan sehingga lepas raya ! Bukan apa ha.. Rakyat Malaysia ni mudah terlupa.. termasuk aku la. Jika kerajaan kata elakkan perhimpunan , korang rasa diorang nak elak ? Hurm... Tengok sekarang ni pun dah tau dah. Dalam kata kena PKP duduk di rumah pon masih banyak berlaku kemalangan.. malah ada yang mati ! Camana tu ? Bukan banyak kereta pun ! 

Tambah lagi Ramadan sebereang jalan je. Rasa rasa apa akan jadi ? Haa... nak rasa kemeriahan walaupun bukan seperti biasa , akan ada yang meniaga curi curi. Kerajaan tak mampu nak pantau semua kawasan. Bila dah kena , baru nak kalut ! Perlu tau.. kita belum ada vaksin lagi ! Tengok saja di China dan Korea. Kes pesakit pulih kembali positif ! Tak ke itu bahaya ? Malah bila dah kembali positif, membawa kematian ! 

Tak pe la.. Tahun ni kita jadikan pengajaran.. Kita dah terlalu leka 'berpesta'. Dan sekarang ni baru kita rasa camana berpuasa dengan kadar amat sederhana , beraya dengan ala kadar. Kalau tidak , baju berpasang pasang.. selagi boleh nak sebulan ! Dan tahun ni , mesti raya kita cuma di pagi raya jer.. Huhuh.. Pastu pakat termenung semula. 


Nah.. jangan kecewa.. Kita lihat negera negra Asia yang lain..  Ambil contoh di India... bagaimana keadaan mereka ketika ini .. sewaktu kerajaan mereka arahkan PKP ?

Manakala di India.. 

" Kami dengar ada penyakit sedang menyerang. Kata mereka, penyakit ini ambil masa 2 minggu utk berjangkit & boleh mati. Tetapi tahukah mereka, kami akan mati dlm masa 5 ke 7 hari kalau tak keluar cari makanan? "

Slum area paling terjejas. 93 juta manusia, 1.8 juta homeless, 390 juta kais pagi belum tentu esok boleh makan, 400 juta yg lain kais pagi, makan pun pagi sahaja. 95 juta org langsung tak tahu macam mana nak makan setiap pagi

Kredit: musafir senja



Kita bakal hadapi satu lagi krisis global. Masalah ekonomi yang dikatakan paling teruk berbanding sebelum ini dan juga perangai Amerika yang cam kartun tu. Haih.. Amerika dan China.. dua negara yang 'sampah' bagi aku.  

Apa pun..bertabahlah buat kita semua. Pastikan kita teruskan survive sehingga selesap semua ini. Dijangka makan masa setahun ke dua tahun. Semoga Allah lindungi kita semua. 

You May Also Like

2 comments

  1. Peribadi bagi PC COVID-19 ni fasa pertama..fasa seterusnya ekonomi..seterusnya lagi sosial semuanya saling berkait dan berantaian..ujian dan pelajaran yang mesti dipandang berat dan serius.Bila setiap individu sedar inshaAllah semua menjadi lebih baik nanti.

    BalasPadam