Tahun 2020 bukanlah tahun yang diimpian sebagaimana ketika kecil dulu !

by - Selasa, April 21, 2020

Teringat waktu sekolah menengah dulu.. ketika Perdana Menteri ketika itu , Tun Dr. Mahathir Muhammad membuat satu perancangan jangka panjang untuk negara kita.. semua macam WOW ! Apakah ketika tu nanti , negara akan maju seperti dalam cerita omputeh yang ada kereta terbang dan bangunan canggih tu ? Cikgu lukisan suh gambarkan. Cikgu Bahasa Melayu bagi tajuk.. Wawasan 2020.. sila gambarkan ! 

Tak sabar menanti 2020 ! Angka yang gempak. Dan bermula pada tahun 1991 tu , bergerakkan setahun ke setahun.  Dan panjang umur aku ! Siap dah berkeluarga gitu. Hehee.. ingatkan dulu tak laku. Maklumlah , tak hensem. Hahahaha...  Sapa sangka , kan ? Makin meningkat umur , makin kacak. Eceh..

Okk.. lari tajuk lak. Nah ... sekarang aku di tahun 2020. Kereta Proton Saga edisi pertama masih ada di atas jalan raya. Dan bukan lagi kereta nasional. Dah milik orang luar. Hehehe.. Bangunan pencakar langit masih lagi KLCC tapi akan siap satu lagi bangunan yang gempak. Cuma tak tau bila nak siap. Kereta terbang ? Garu kepala je la.. 

Tahun 2020 menjelang. Manusia semakin alpa. Bebas. Siap ada yang mencabar Tuhan. Ada yang keluar agama.. maksiat..zina macam dah jadi kewajiban. Satu tahun yang cukup mengerunkan sebenarnya. 

Dan akhirnya... muncullah satu wabah penyakit yang mana pernah muncul 100 tahun dahulu.  Bukan setakat wabah penyakit je tapi ekonomi dunia turut terkesan juga ! Ramai kehilangan kerja. Yang hilang nyawa akibat virus Covid 19 pun bukanlah jumlah yang kecil . Malaysia juga turut terkesan ! 


Yang pastinya.. peradaban manusia akan berubah selepas ini ! Untuk kembali seperti sediakala, akan ambil sekurang kurangnya lebih 5 tahun. Itu pun jika ada vaksin . Jika tidak ? Hurmm.... 


Sambil merenung anak anak aku yang masih kecil.. Tertanya apakah nasib mereka nanti ? 

You May Also Like

4 comments

  1. Betul..zaman sekolah dulu macam2 imaginasi utk tahun 2020..tiba masanya..tiada 1 pon yg dicoretkan.... digambarkan dalam didalm penulisan menjadi reality..mugkin ada..tapi hny cebisan

    BalasPadam
  2. allahuakhbar..smoga ini akan brakhir cpt. ksian anak2 yg masih kcil

    BalasPadam
  3. sungguhlah baru terasa sangat nikmat aman dan sihat yang sebenarnya seperti apa.. saya ada share kan doa perlindungan covid yang turut dikongsikan oleh qariah negara kita..

    BalasPadam