Tumbuhkan semula rambut dengan pantas selepas dibotakkan kepala ! Ini tips aku..

by - Ahad, April 19, 2020

Botakkan kepala dah jadi acara rasmi aku setiap tahun. Tiap kali menjelang bulan Disember , aku akan botakkan kepala. Kasi clear segalanya. Hahaha.. Tapi tahun lepas , aku serasa macam menyesal lak botakkan kepala ! Kenapa ??? Sebab amik masa hampir 3 bulan untuk tumbuh panjang balik walhal sebelum sebelum tu, aku spesis mudah tumbuh rambut ! 

Tercari cari la apa sebabnya.. Tak jumpa punca camana nak kasi panjang rambut. Tiba tiba aku teringat. Aku suka makan telur setengah masak dan dah lama tak layan telur setengah masak dek kerana nak jaga badan. Badan aku mudah naik jika banyak makan telur ! Hehehehe.. 

Dan aku amik semula telur setengah masak. Dalam sehari , mesti lebih 5 bijik tapi tak sampai 10 bijik. Dengan kuning kuning aku balun. Hehehehe..  Hasilnya , memberansangkan. Rambut tumbuh semula dengan mudah. Rambut  kan terdiri dari unsur protein. Ditambah lagi aku ada amik supplement whey protein. Nah... sekejap je..



Dalam tempoh PKP yang baru sebulan lebih , aku dah dua kali botakkan kepala dek kerana takda tukang gunting rambut. Nak harapkan wife.. aku risau aku jadi The Last Mohawk lak nanti.. hehehe... Baik botakkan je. Senang. Tapi tak sampai 3 hari , rambut dah naik panjang ! Huhuhuh.. Yer , aku dok makan telur setengah masak setiap pagi dan selepas workout.. Huhu.. Alhamdulillah. Dan sebelum ni bahagian atas yang nampak jarang pun dah lebat sedikit.. 


Bila botak pala ni.. kena rajin shampoo.. Jangan ingat bila botak , tak yah shampoo lak ! Huhuh..

You May Also Like

1 comments