Hari ke 4 , dah negatif tapi kenapa hari ke 5 kembali positif ?

by - Khamis, Julai 07, 2022

Dulu aku tertanya tanya.. best ke kuarantin di bilik hotel ? Aku dah dapat jawapan dia ! Kalau seminggu duduk dalam bilik tanpa boleh keluar , jawapannya.. kau boleh mati kutu ! Tak kisah la ada cerita best ke... ada permandangan menarik ke... maksima boleh duduk seorang diri , 3 hari. Pastu mula laaa... 

Aku .. dah masuk hari ke 5 hari ni. Semalam , aku swab test hari ke 4. Katanya kalau negatif , boleh gi ke klinik dan buat swab test rasmi. Kalau betul negatif dah , boleh tukar status Mysejahtera tu.  Tapi kena gi klinik la buat. Sendiri swab test , tak boleh ambil kira. Hahaha.. Tetiba rasa menyesal lak gi report ke MySejahtera  ! Tapi aku kan rakyat yang bertanggungjawab. Aku juga perlu ambil kira jiran tetangga dan juga kawan kawan . Kang dah tau diri tu ada virus, merayau lak sana sini. Saja nak sebarkan pada orang lain ! Huhh... 

Aku amik keputusan untuk terus duduk dalam bilik hingga ke hari 8. Bermakna, hari raya korban nanti baru aku boleh keluar dari bilik dan jumpa anak anak. Diorang dah mula merindui aku. Terutatama si Zahra tu yang nak sangat peluk aku. Huhuhu... 

Hari 4 . 

Hari 5 , kembali menunjukkan 2 belang tarungnya. 


Aku ambil keputusan untuk kembalikan stamina aku secara perlahan lahan. Terasa semput gak masih boleh bersenam dan takda masalah pernafasan. Alhamdulillah... Tapi aku tetap kena berhati hati. Jangan nak berlagak sihat sangat. Huhuh.. kan kan ? 

Belajar bernafas dengan betul ketika ini ! Bersenam di depan bilik, aku pakai face mask. Ahli keluarga yang lain , di tingkat bawah. InshaAllah... mereka selamat. Ubat ubat untuk mereka pun wife dah topup. Mana la tau kan... Ketika awal awal jangkitan, diorang bersama aku. Kena bersedia je la. Tapi setakat ni , hari ke 5 dah.. Alhamdulillah mereka ok. Kecuali Aariz yang dedar. Suhu 37-38 gitu. Aktif dan selera makan tinggi. Tiada selsema dan juga batuk. Tapi tetap ambil serius situasinya. 





Setiap hari , kena report ke MySejahtera. Alhamdulillah , tekanan darah ok. SPO dan nadi pon ok. Batuk sesekali menyerang. Terasa gatal di tekak. Minum air suam panas halia , banyak membantu meredakan batuk aku. Tapi kena minum banyak kali la. Bukan sekai minum terus baik. Huhuhu. 

Dan ubat ubatan yang aku ambil.. seperti gambar di atas. Membantu gak la selain guna herba seperti halia , kulit kayu manis , cengkih , madu dan lemon. Alhamdulillah... bila kena Covid 19 ni  aku punya perasaan gemuruh takut pada dia dah hilang. Malah ketika aku disahkan ada Covid 19 pun , aku tenang jer. Malas nak serabut. Terus amik ubat dan naik atas. Redha dan tawakal. Sampai bila kita nak hidup. kan ? Namun aku perlu sihat demi keluarga aku. Mereka masih perlukan aku. InshaAllah , selepas ni aku akan lebih berhati hati. 


 

You May Also Like

4 comments

  1. alhamdulillah dah kembalik sihat seperti sedia kala

    BalasPadam
  2. Kalau negatif boleh keluar, hehehe tak payahlah Tuan Ben, Kak Mah dulu berkurung dalam rumah je, hari ke 5 dah negatif, hari ke 15 baru boleh keluar, Hehehe, bersabar yer adinda..

    BalasPadam
  3. Ooo ye memeng Kak Mah hari ke 5 tu check pukul 12 tengahari negatif, tapi bila tengok petang tu pukul 6 ada dua belangyang satu tu kabur, hari ke 7 baru betul betul 1, owah.

    BalasPadam
  4. Semoga A.Ben diberi kesembuhan sepenuhnya ya dan dipermudah urusan sekeluarga

    BalasPadam