BEN ASHAARI



Asik asik laki vs perempuan jek..mana best...malam ni aku nak bukak kes ni lak...Teruna Vs Duda..
Zaman skang ni susah nak jumpa teruna suci memandangkan semua muda mudi zaman ni dah terlalu 'terbuka fikiran'nya namun masih ada laaaagii yang menjaga kesucian maruah diri dan paling penting ialah maruah keluarganya...Ramai lagiii yang masih suci walaupun adakalanya tergugat gak tuuu..kan kan..

Anak teruna ni secara umumnya ialah lelaki yang belum pernah kawin / nikah ..Aku tamo cita yang dah kawin tapi lom nikah ni ..Tu lantak p la....antara dia ngan Allah..Biasanya lelaki teruna yang dah keluar dari kepompong mak bapak ni di antara usia 25 keatas...bawah dari tu , aku rasa still lagi di dalam buaian...Jgn laaa nak nafikan....walaupun ramai yang dah merantau sampai ke luar negara namun sebenarnya masih lagi anak mak ayah...Sebab pe ? Sebab setiap tindakan yang akan dibuat akan terlebih dahulu dirujuk pada ibu bapanya terlebih dahulu..Majoritinya gitu...kalau ada yang tak tu , no komen la...Aku tak kata salah , bagus la gitu...Aku dulu pun gitu gak..

Lelaki jarang membelakangkan mak bapak dia..Perempuan , aku tak tau...sebab perempuan ni lebih cepat matang dalam segi pemikirannya dan disebabkan matang tu la ramai yang 'terbabas' dalam membuat keputusan ...Bermaksud kebanyakkan keputusan yang dibuat , tak betul...erm..ok..tu topik lain...

Kita bandingkan mereka ini sekarang :

Lelaki teruna ni , majoritinya ....masih lagi panas baran....ego....rasa diri tu senantiasa kacak dan ramai perempuan nak....haaaa...suka keluar malam...kawan kawan adalah keutamaan..kuat cemburu !!! ...romantik ?? ermmm...memula jeeeee...kematangan fikiran ? tak kot...

Lelaki Duda atau Dude ..majoritinya ...dah cool down...malas nak marah marah sebab ramai dah ada darah tinggi ...ego ? haaa..ni ego ego orang tua...ego nak bermanja sebenarnya...Keluar malam ? paling lewat pun sampai 12 tgh malam sebab badan dah sebu..mudah masuk angin..hehe...kawan kawan adalah no 2 ..no 1 , samada kerjaya atau anaknya ...kuat cemburu ? aku rasa tak sangat dah..ada tu ada la..tak la tahap cemburu sampai nak terajang gf dia...romantik ?? haaa...cool je spesis ni...wat biasa biasa je..sebab dah pengalaman....tak mau gopoh gapah...kalau ada jodoh , ada laa...hehehe..takut pisang berbuah 4-5 kali ! ...kematangan fikiran ? pengalaman mengajar erti kehidupan ..kalau tak gak , mmg sah duda tak reti bahasa ..

Dari segi $$$ ...

Lelaki teruna ...majoritinya masih belum stabil .. sebab ramai baru abis belajar ...tak reti menyimpan duit...joli sana sini...shopping untuk bergaya..abiskan duit untuk gadget atau kereta..

Lelaki duda / dude ... majoritininya ..dah ok dah....poket penuh senantiasa ...stabil ? aku rasa ramai dah stabil ...diorng ni gemar simpan duit..untuk masa depan...samada untuk kawin lagi atau pun untuk anak diorng....malas nak membazir ..

Tu dua perbandingan aku bagi je..banyak lagi...tapi nanti jadi panjang lak...jadi wahai anak dara atau gen2 yang berada diluar sana tu , sebelum memilih , senaraikan semua sifat sifat yang korang nampak pada bakal korang tu..tak kira baik atau buruk..apa yang korang nampak , terus tulis dalam buku nota kecik..kalau takde buku nota kecik , bagitau aku ..nanti aku pos kat korang....Apa pun , jangan takut bercinta ...hehehe...hidup sekali je kak oiiii..sekian....
Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Aku baru balik dari pasar malam Putrajaya..Di sana aku belajar satu perkara baru yg mana aku sendiri tk sangka begitu sekali penangan pada aku..

Aku beli bihun goreng, maggie goreng ( bukan aku buat tau ) , murtabak ayam ...tu jee..Wife aku lak beli nasi kerabu dan selebihnya barang basah ..dia kata dia teringin buat ikan 3 rasa..sah sah pagi tadi dia bukak blog Mat Gebu utk cari resepi..Tapi yang aku perasan dia bukak resepi cup cake ! ..Apa kene mengena cup cake dengan ikan ?? Apakah Mat Gebu mempunyai resepi istimewa ??? Aku pun tak pasti...

Berbalik pada topik aku tadi...Semasa menunggu wife aku memilih ikan kat situ , aku dok perati sorang penjual ikan ni...Suara dia saling tak tumpah suara Mawi arrr..dok berulang kali dia jerit , " Ikan segar , ikan segar dari Kuala Selangor...Mari mari mari..singgah singgah singgah.." Lebih kurang gitu la..

Yang menarik perhatian aku ialah ikan keli yang dia jual...hidup lagi....Erk..aku tengok cam tak percaya...Maklumlah , org bandar...ehehhe...Bukan tak penah tengok ikan keli tu cuma tengok gelagat ikan tu...hidup lagi dan berada dalam bekas plastik tu..

Teringin aku tengok camana salah seorang tu penjual kat situ mengambil ikan tu sebab ikan keli kan licin ...pastu ada sengat lak tu kan...haaaa....Aku tunggu je pembeli..hehehe...Ada sorang tu..mintak 4 ekor..waaa..best tuuu...

Brother tu dengan selamba dia amik ikan tu dengan kedua tangannya...kemudian , satu tangan pegang kepala dan satu lagi tangannya pegang badan...lalu dipatahkan kepalanya...Erk...dipatahkan gitu jeeee...aku siap dengar lagi bunyi tulang kepala ikan tu dipatahkan...Mak aihhhhh....

Aku tak tau la selama ni nak matikan ikan tu dengan cara gitu jee...just like that !!! Patahkan tengkuk dia..Err..ikan ada tengkuk ke ?? huhu..Aku ingat selama ni , lemaskan je dia dalam air..kasi mati lemas laaa...kan....haa...ikan mati lemas ???? Aiseyman...bengong tul aku....

Walaupun aku segan sikit ngan ikan keli hidup tapi aku tak segan langsung bila bab membedal ikan keli masak cili mahupun masak 3 rasa...Ada ke ikan keli masak 3 rasa ??? Mat Gebu ?? Penah dibuat orang tak ??
Share
Tweet
Pin
Share
10 comments
Setiap pagi dan petang ..mmg aku tengok je dia ...Geram giler tengok dia ..Dia seolah olah tersenyum sinis bila aku memandangnya..Dah berapa lama perkara ni berlarutan..Aku tak boleh nak biarkan lagi...Bulan lepas pun aku dah dapat amaran dari pihak berwajib agar selesaikan masalah ini atau aku akan diambil tindakan !

Semalam..akhirnya aku membuat keputusan...Aku ngan wife aku g Tesco Ampang...Aku membeli sesuatu sebagai senjata aku.TERPAKSA !! Aku bukan nak sangat beli..Duit gak tu ..Bukan murah ! Terbang la gak dalam Rm30...Aku periksa ketajamannya...

Balik dari Tesco , setelah memasukkan semua barang barang dapur yg dibeli tadi termasuk dua kotak aiskrim yang bakal menemani hari hari cuti ku ini , aku memandang ke arah dia lagi..Huh..Siap kau esok !! Aku takkan bagi peluang lagi !!

Tadi , selepas solat Jumaat , sesampainya aku di rumah...Aku segera keluarkan senjata yang aku beli tadi lalu membawanya masuk ke dalam rumah...Aku tukar pakaian..Buat senaman ala kadar..Meregangkan otot otot dan urat urat ....Huh..Aku turun ke bawah...Belum sempat buat apa apa , wife aku dah bagi arahan dulu .." Abang , tolong jemur carpet ni kat luar " ..huh..potong stim betul ! ..

Lepas settle bab tu ..aku g amik senjata aku tu...Aku tersenyum melihatnya..Test power sat...Ok OK ..tajam ni...mmg bakal terputus dia nanti !!

Aku keluar...g ke laman umah aku...Aku tengok dia...aku keluarkan senjata aku tu...Yearghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....habiss semua lalang lalang aku tebas !!!! hahahahaha....akhirnya ko pendek juga wahai lalang !! Hahahahaha....depan belakang rumah aku sapu dengan gunting pemotong lalang tu !! Aku puas !! Aku puas !! Hahahahahahha
Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

Masalah paling besar dalam kalangan sesetengah yang memakai gelaran ‘agamawan’ atau tokoh agama adalah apabila mereka tidak memiliki manhaj atau method yang betul dalam memahami sesuatu fakta yang dikaitkan dengan Islam ini.

Lalu, atas kurang teliti, atau ‘kurang fikir’ atau ‘memang tak fikir’ mereka menelan semua perkara yang dikaitkan dengan agama samada hasil percakapan orang atau bahan bacaan. Dari situlah lahirnya khurafat, karut marut, tokok tambah, kekartunan pemikiran yang diberikan lebel agama.

Jika hal itu berterusan, maka kekeliruan terhadap agama akan berkembang lantas agama akan dipersenda dan didustai.

Seterusnya >> disini

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Seorang penceramah haji dalam satu penyampaiannya menyatakan bahawa apabila seseorang melontar di jamrah, dia hendaklah melontar dengan sekuat mungkin dan penuh kemarahan terhadap syaitan yang selalu menghasut kita. Menurutnya, ini kerana jemaah haji ketika itu sedang melontar syaitan yang berada di situ.

Para hadirin ada yang terfikir: Apakah syaitan yang begitu bijak menipu dan menghasut manusia menjadi begitu bodoh sehingga sanggup tunggu di jamrah-jamrah pada waktu haji untuk membiarkan diri mereka dilontar oleh jutaan manusia? Dia bertanya saya tentang kekeliruan itu. Saya berkata, syaitan memang jahat dan dilaknat, namun saya juga tidak fikir untuk mereka menunggu agar dilontar pada hari-hari haji. Saya rasa syaitan tidak sebodoh itu. Beliau kehairanan dengan jawapan saya. Dia bertanya kebingungan: Habis, apakah agama menceritakan sesuatu yang bohong? Saya katakan: Tidak! Tetapi ustaz itu yang cuba berfalsafah tentang ibadah tanpa merujuk kepada dalil dan akal yang waras.

Seterusnya >>> sini

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

LUASKAN RUANG, MANFAATKAN PELUANG

Dalam sejarah dakwah Rasulullah s.a.w, baginda banyak mengambil manfaat daripada berbagai ruangan atau kesempatan selagi mana ianya tidak menggadaikan prinsip-prinsip Islam. Gerakan dakwah para pencinta Rasulullah s.a.w juga hendak mempelajari fiqh al-Sirah untuk kegunaan dakwah. Mempelajari tentang keluasan pandangan dan kehalusan strategi adalah sesuatu yang dituntut demi menjaya agenda dakwah dan seruan tajdid yang kita bawa.

Seterusnya >> sini

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Allahumma solli ‘ala sayyidina muhammad ..Wa ‘ala alihi wasohbihi wabaarik wassalim....

Ringkas..gini..pada yang sudi nak add aku dalam FB , bolehlah berbuat demikian dengan search wunanthegreat@yahoo.com ...atau search je BEN ASHAARI , KELAB BLOGGER , BEN ASHAARI BLOG , BIONIC GYM MALAYSIA dan KELAB WANITA ( khas untuk wanita berbincang isu isu sensitif ) ... KELAB BLOGGER adalah khas untuk mempromosikan blog korang di FB..ada yang cuba add BEN ASHAARI II ...harap maaf kerana dah tak boleh nak accept sebab capai dah maksimum..dibenarkan hanyalah 5000 kawan...

Jadi , jika berminat nak jadikan aku sebagai kawannya , boleh lah berbuat demikian yer...Aku bukan artis tapi seorang kawan saja..Terima kasih .Semoga Allah merahmati anda semua..sambung tido balik neh..

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Masih segar lagi ingatan aku terhadap peristiwa tersebut .. Bagaimana ketika itu kawan aku bersama tunangnya pegi ke Melaka untuk melawat salah seorang rakannya yang terdampar di hospital Melaka kerana kemalangan jalanraya.

Jam menunjukkan pukul hampir pukul 10 malam.Keadaan jalanraya amat sunyi..Bagi memecahkan kesunyian malam itu kawan aku memasang cd manakala tunangnya dah lena diulit mimpi .. "Dah dekat ni " ..hatinya membisik..

Tiba-tiba ada dua buah keta baeekk punya berlumba dari belakang lalu memotong kereta kawan aku neh....Pergh..." Giler la diorng tu..Cari pasal betul ! " ...member aku membebel sorang diri...Nun kat depan dalam 200 meter ada selekoh tajam..." Kalau diorng bawak laju gitu , entah lepas ke selekoh tu ? Kalau lepas , sah sah teror ar " ...

Huh..masin gilerrr kata kata kawan aku tu....Terdengar bunyi dentuman yang kuat secara tiba tiba yang mana dia pasti bunyi tu datang dari selekoh tersebut...Dia memperlahankan keretanya..Sahh...mmg kereta tadi tu terbabas !

Dia kejutkan tunangnya...Dia memberentikan kereta lalu mengeluarkan telefon bimbitnya dan menelefon rakannya yang sama sama konvoi ke Melaka tu tapi berada nun jauh kebelakang disebabkan terlalu kerap berenti..

Dia memerhatikan ke arah jalan raya..Mana tau ada kereta yang lalu dan boleh sama sama membantu mengeluarkan mangsa ..Tiba-tiba dia ternampak satu cahaya dari arah jalanraya tersebut...Diperhatikan betul betul...kereta rakannya baru tiba...Lega dia.. Cepat cepat dia tahan...ajak g tolong keluarkan mangsa...

Ada dua orang di dalam kereta tu...Sorang sedang mengerang kesakitan manakala sorang lagi diam...disyaki dah mati di tempat kejadian...Dia menelefon polis dan ambulan..Yang sorang lagi mangsa tu minta ke hospital ..Kawan aku ni pun berbincang ngan kawan yang lain..Untuk pengetahuan korang , kereta satu lagi tu , penuh...ada 4 orang dalam keta tu..Jadi mereka beramai ramai pakat untuk tunggu polis dan ambulan datang manakal kawan aku tu bersama tunangnya , nak hantar mangsa tu ke hospital memandangkan mmg mereka nak ke sana...

Mereka angkat mangsa kemalangan tu lalu dimasukkan ke dalam kereta...Mangsa diletakkan kat belakang ..Tunang kawan aku ni mmg tak cakap pe...ikut jee...nak wat camana..bukan kereta dia..huhu..lagi pun kan menda baik..tolong orang tak bernasib baik...

Maka bergerak la diorng....Sepanjang perjalanan tu , keadaan dalam kereta tu sepi...Kawan aku tengok ke arah tunangnya...tunangnya seolah olah sedang merenung sesuatu ke arah jalan raya...terbeliak matanya...Kawan aku ni dah mula pelik...dia panggil tunangnya...Tiada respon !!!!

Kawan aku dah syak sesuatu....Dia rasa tunangnya dah dirasuk ...Lantas dia mencari cd surah Yassin yang berada dalam kereta tu....Jumpa...lalu dipasangnya...Tanpa melihat kearah cd player tu , tunangnya dengan pantas mematikan cd player tersebut !

Member aku tu dah cuak...dia tak tau nak buat apa...Tidak lama kemudian...dia ternampak ada sebuah stesen minyak berhampiran...Lalu dia memberhentikan keretanya dia situ .Dia ternampak ada seorang lelaki tua berkopiah sedang mengisi minyak ke tangki minyak keretanya..

Kawan aku ni pergi ke arahnya lalu memberi salam...Pakcik tu melihatnya dengan keadaan muka yang penuh tanda tanya..Kemudian dia memandang ke arah kereta kawan aku tu..Muka dia berubah..

Mereka bersalaman...Kawan aku menceritakan kejadian yang baru berlaku sebentar tadi..Pakcik tu kata dia tau apa punca tunangnya jadi begitu...Pakcik tu kata .....Ada mayat berdarah berada atas bumbung keretanya sedang merenung tunangnya !!!!

Tiba-tiba murid murid dalam kelas aku tu menjerit ketakutan...Adoiiiii....potong stim betul la ...Diorng suruh aku berhenti cerita kerana takut...huhu...Pastu ada yang takut dah nak g tandas !! Tak pasal pasal aku lak kena teman diorg ...

Gitulah antara pengalaman aku semasa mengajar sementara di sekolah rendah area Cheras..Ada yang best , dan ada yang kurang best....huhu ..
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
SHAH ALAM - Komposer terkenal, Eddie Hamid berkata, beliau tidak pernah berniat menghina atau mengejek golongan bergigi jongang kerana lagu yang dicipta dan dinyanyikannya itu hanyalah hiburan semata-mata.

“Ia juga hanya kebetulan sahaja. Bukannya nak menghina orang. Saya buat lagu ini pun atas permintaan penerbit, A Aida yang mahu lagu tema untuk dramanya Halimah Jongang,” katanya, semalam.

Bagaimanapun, Eddie tidak menafikan ada segelintir pihak, terutamanya yang bergigi jongang yang tidak puas hati dengan lagu dendangannya itu.

Namun, katanya, sebagai orang lama dalam industri seni, dia sedia memohon maaf kepada sesiapa saja yang tersinggung.

“Lagu ini sebenarnya dibuat khas untuk Halimah Jongang dalam drama itu saja dan tak ada kena-mengena de:ngan orang lain. :Kalau ikutkan banyak lagi cerita-cerita lain yang menghina kelemahan orang, misalnya kisah orang cacat, gagap dan sebagainya. :Tapi, kenapa pula hanya Halimah Jongang yang jadi isu?” katanya.

Menurutnya, lagu tersebut sememangnya memberikan kesan terhadap dirinya, kerana ke mana-mana sahaja dia pergi pasti ada yang menegurnya.

Malah, ada yang menyanyikan lagu tersebut de -ngan trademarknya sekali.

“Selepas ini saya akan muncul dengan beberapa lagu baru seumpama Halimah Jongang iaitu Fatimah Juling dan Dollah Hapak,” katanya.

Dari Sinar Harian

________

Oh bro Eddie..Dulu lagu lagu dikau best didengar....nape laa mau bikin lagu lagu menghina lak skang ni ?? Apa kata bro eddie jongangkan gigi dan juling mata serta jgn mandi 8 tahun untuk mendapatkan feel lagu lagu tu nanti....Kalaulah orang lain buat lagu macam tu takde isu , tu lain kes sebab orang dulu tak kisah apa pun sebab tahap pendidikan lagu mana berbanding skang ni , berapa ramai dah celik ilmu ??

Budak budak suka nyanyi lagu lagu gitu..Membinakah minda mereka ? Renti rentikan laaa..sian kat diorng tu..kalau nak buat sangat , buat la yang melibatkan fizikal bro sendiri...bila wartawan tanya , ni adalah lagu berkisarkan diri saya...sapa mau kecoh ?

Kembalikan zaman kegemilangan lagu lagu jiwang Eddie Hamid ! Tangkap lentok siuttt...Tu lagi best dari wat lagu lagu cam skang ni....Respek Eddie hamid yang dulu !

Entri berkaitan >> sini
Share
Tweet
Pin
Share
5 comments
Penat otak , penat jadi , penat mata dan paling paling penat ialah kepenatan ...haaa...Begitulah yang aku rasa...Aku dah tak mampu lagi nak membebel..berleter..bising..

Biarlah..biarlah mereka dengan labu labu mereka..aku dengan pelambung aku...tamo join guna labu...kan mat gebu kan...haaaa...Dengan ini aku rasa aku akan berhenti membebel...tamo dah menulis lagi...cukup lah...Aku nak bersara dari dunia blogging ini...Biarlah aku pergi membawa diri..Cukuplah apa yang aku curah isi hati dan isi perut aku selama ini pada pembaca semua ..Sampai sini saja ...Tak ingin aku kembali...tak ingin aku pergi jua tetapi apakan daya..dayabumi mampu bertahan tapi bukan daya magnetik otak aku...aku lemah..aku insan biasa walaupun sekuat superman dan sekacak wolverine tapi aku bukan gay ! tu yang penting...Eh..dah tersasar cerita ku ini..kembali ke pentas utama...silap...ke landasan cerita ku ini..

Mulai saat ini , aku akan berhenti menulis ...berhenti menaip...berhenti segala berhenti sebab aku...aku ..aku..haihh...aku tak bisa bicara lagi....sebab aku mau pulang..mau pergi gym...tadi makan banyak wooo...tak bleh blah...4 pinggan bihun !! mana tahan...

Ok la..nak balik..g gym..mlm nanti citer lagi ekkk....hehehe....Tescooooooooooooo , im comingggggg......nak beli aiskim 3 kotak...1 kotak satu hari...huhu
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
Bila pulak Sungai Gombak jadi tempat orang ramai beriadah ?? Cantik pulak tu airnya..jernih je...Aku tengok 5-6 orang kawan aku dok baek punya mandi kat situ...Diorng ajak aku mandi sama...Aku tolak..tamo..tak confident dengan kualiti airnya..Aku tengok je diorng mandi...hehehe..Betul betul mandi diarg ni...

Aku pelik lak tengok kawan aku sorang ni..Member aku ni , tersengih jeee ....Makin loaded je..siap pakai superbike tu...warna biru lak tu ...jeles gak neh..Abis bermandi manda tu , diorng ajak lepak kat kedai mamak...Kat sana aku tengok ramai gak orang lepak...Sambil bual bual tu , ada sorang budak ni dok memanjang tengok aku..Aku pun tanya la kat dia. " Nape tengok saya cam tu ?? " .. Jawab budak kecik tu , " Tak suka kat abang ! " ..Erk....nape lak tetiba dia tak suka kat aku neh ? Sedangkan aku pun tk kenal dia ?? .. Pelik tul...Aku cakap kat budak tuu.." Nape tak suka lak ? Abang jahat ke ? " ..

Tak sempat dia jawab ..Tiba-tiba aku terdengar " Bang ..bangun..dah 7 lebih dah ni .. " .. Hah !!
Patutlah panjang semacam jeee mimpi aku !! ...Terbabas subuh dah ari ni..huhu...
Share
Tweet
Pin
Share
9 comments
Aku skang berada di sebuah restoran Nasi kandar Al-Maju untuk menikmati makan malam..hurm..Ada spesis spesis yang aku rasakan teramatlah tak berakal pun ada di sini..Diorng ni tak sedarkah ni tempat makan ? BOLEH DIORG BANTAI HISAP ROKOK ? Eloooo ...Tak sedar ke ada orang lain kat sini ??? Kalau nak mati , g mati sorang sorang ...haihh

Aku perasan diorg seolah baru abis bersukan...Ni sah sah keje gomen...Bengong tak sudah...Bersukan tapi merokok ! Apa kejadahnya semua ni ?? Aku nak makan pun dah putus nafsu....Nasib baik kena bayar..kalau tak lama dah aku cabut...

Kedai ni pun satu hal...letak la tanda dilarang merokok kat sini..Haih.....
Share
Tweet
Pin
Share
8 comments
Anonymous said...

ko ni..dah kawen...tp perangai masih macam sama je..mmg dah dasar GAY...add lelaki yg ko rasa ensem...selebet la ko ni...tunjuk body sana sini??ko xrasa berslah ke dgn bini ko??buat top 100wanita la konon..nak cover diri ko tu GAY kan??

ko ni mmg memalukan kaum adam..GAY paling jijik...selebet gay lord!!!

Aku terkejut aku dapat komen ni kat blog aku yang mmg khas untuk R N D .... Hahahaha...aku tak sangka ada jugak lalat tahi singgah kat situ....Nasib baik aku kunci pintu komen blog yang lain...kalau tak ??? Bersepah tahi siuttt....hahahahha..aku tak sangka tul..

Camana dia boleh anggap aku gay ???? Dia kata aku add lelaki yang aku rasa hensem ?? hahaha..bengong...dia tak sedar ke yang aku add tu semua kawan aku jer ?? Adoiyai....kalau ikut hati aku , mau aja aku add semua perempuan....tunjuk bodi sana sini ?? tu sazali tu ? Ronaldo tu ? ok jeee..tak gay pun diorng....hahaha..sekolah tak abis neh ..mau gak aku bagi dia makan maggie goreng buatan aku ....hahahahha

Apa masalah dia pon aku tak tau...
Share
Tweet
Pin
Share
10 comments
GLASGOW: Separuh daripada lelaki di Britain mengaku dalam satu tinjauan bahawa mereka selalu memandang payu dara wanita sebelum melihat wajahnya, lapor akhbar The Scotsman.

Empat daripada 10 lelaki mengakui merenung buah dada sekurang-kurangnya 10 kali sehari.

Tinjauan syarikat pembedahan kosmetik Transform di kalangan wanita pula mendapati, 48 peratus daripada mereka tidak puas hati dengan saiz buah dada mereka dan mahu mengubahnya.

Selain itu, empat daripada sepuluh wanita cemburu dengan ‘aset’ rakan sendiri dan 46 peratus pula mahukan payu dara seperti selebriti terkenal. - Agensi

Aku ternampak artikal di dalam suratkhabar online ..Memula tu aku tamo la nak nak jadikan entri tetapi aku ternampak ada satu blogger dah bangkitkan isu ni maka teringin aku nak keluarkan gak...Bukan nak tiru tapi aku teringat sesuatu..

Aku rasa majoriti lelaki tak nafikan perkara tu..Kalau nak tau , sebenarnya tempat tempat tu laaa syaitan suka lepak....selain kat punggung tu haa...serius aku cakap....mmg tempat syaitan lepak...Kebanyakkan lelaki bukan nak sangat tengok ..Yelah , benda sama..bukan ada ukiran khas ke apa kan...Atau siap letak batu delima mahupun berlian...Sama jee...Orang orang yang suka tengok semua adalah orang orang yang jarang berzikir , beristighfar mahupun berpuasa...Jadi syaitan mudah memperdayakan mata manusia lebih lagi lelaki...

Sama gak ngan mulut mahupun telinga...Kalau mata suka tengok kat tempat tempat gitu , camana lak ngan mulut yang suka mengumpat , memfitnah , mencaci ? Adakah mmg lumrahnya gitu atau sebab digoda syaitan ? Ubat nak menghindari semua tu apa dia ? Haa..mcm aku kata tadi la...g check kat atas tu ..

Perempuan pun sama...Jgn la nak kelentong ! ...Jgn ingat lelaki je suka cuci mata ...ramai perempuan pun suka gak cuci mata..diorng suka tengok susuk tubuh lelaki ...Kena yang jenis kental , muda , berbadan sasa , kacak tu sudah pasti laa...mula la curik curik pandang...mmg la tak seteruk lelaki tapi still pandang gak kannnn...haaa...

Cuma perbezaan pandangan lelaki ngan perempuan tu adalah samada pandangan bernafsu atau tidak je...Aku rasa perempuan lebih pada suka nak tengok atau teringin nak tengok berbanding lelaki yang mmg senantiasa tengok...haaa...kalau tak tengok nanti kata gay lak kan ?? Kata tak normal la pulak...

Jadi , jgn la pelik kalau lelaki dok tengok awak ( perempuan ) macam nak makan tu ...pakat pakat tengok badan tu...tengok pakaian...kalau bertudung tu , pastikan la benar benar menutup aurat..jgn kepala je tutup ! tang lain cam nak bungkus nangka jeee...ketat macam nak kasi koyak je baju tu...'Setan' mana laaa tak tengok kalau dah lalu depan mata ngan pakaian gitu...Cuba pakai sopan..benar benar mengikut lunas Islam...aku rasa , lelaki tak lalu nak tengok..malah jauh sekali nak ngorat...Selamat laaa wanita...

Akhir kata , pk la mana terbaik n mana korang nak...nak bagi 'free' atau nak jual mahal ??
Share
Tweet
Pin
Share
6 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (13)
    • ▼  Jun 2026 (1)
      • Cara nak kurus cepat !
    • ►  Mei 2026 (2)
    • ►  April 2026 (2)
    • ►  Mac 2026 (2)
    • ►  Februari 2026 (3)
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (171)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (16)
    • ►  Julai 2023 (14)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes