BEN ASHAARI



 

Tu dia tajuk ! Hahahaha.. Bukan la kasi korang jeles pon.. Sapa sapa mampu je pergi.. Aku je tak mampu nak gi kalau ada duit sendiri.. InshaAllah.. Kerja rajin rajin yer.. Pastikan duit cukup berbaloi untuk ke sini .. Kalau tak , telan air liur je tengok barang barang kat sini .. Huhuhu..

Ok.. Destinasi semua pelancong bila ada kat Paris ni adalah ke Eiffel Tower.. Aku pun nak gi sini untuk abadikan selfie bersama 'besi buruk’ tu.. hehehhe.. Kalau tak , orang kata aku menipu je.. Hahahaha .. Takkan la ada orang nak kata gitu kan ? Hehehe ..

Dari hotel tu , naik bas ke sana.. Berpusing pusing la jalannya untuk sampai.. Nampak macam jauh je.. Padahal dari hotel tu tak sampai pon 2 km !! Amik koo.. Tu camana tau ? Nanti aku cerita lagi part kitorang balik jalan kaki sebab bas dah tamat perkhidmatan ! Hahaha..

Kat sini , terus terang… sampah sarap banyak ! Putung rokok merata rata .. Aku rasa yang buang pon bukanlah orang tempatan.. Mesti pelancong .. Hurm..

Bila naik bas , akan turun betul betul depan Eiffel Tower ni .. Pastu silalah merayau sepuasnya ..  Sila berhati hati di sini yer ! Jangan beli apa apa souvenir lagi ! Ada mata memerhati..

Sempat jugak la aku mengukur.. hehehehe ..

image

Ok.. Tempat ni mmg cantik.. Waktu ni pon sebenarnya cuacanya sejuk tapi bagi orang tempatan , panas ! Sampaikan ada penjual souvenir tanya aku , kenapa pakai sweater dan head gear ? Sejuk ke ? Aku jawab la yang aku ni dari negara yang panas .. Maka ni sejuk dah bagi aku ! Hahahaha .. Walhal nak bergaya ! Hahahaa.. Tapi mmg sejuk pon !

image

Hurm… Rasanya kalau letak polis kat kawasan taman ni , orang akan lebih seronok nak bergambar ! Tapi disebabkan risau dek ‘penyangak’ cun dan jelita berkeliaran , maka kena la hadkan ! Kang tak sedar diri lak.. huhu ..

Hurm… lepas pusing dan balik ke kawasan untuk membeli belah .. Malam tu patah balik ke sini.. nak amik view malam lak ! Hahahaha .. Selagi ada masa kooo ..

image

Selfie wajib.. Kat tengah tengah , bawah Eiffel Tower ! Heehehe .. Saja nak buat kenangan .. Dah berada bawah dia pon.. nak naik atas , malas beratur.. hehee.. Kena bayar tiket lagi.. Jimat duit woo..

image

Sini kalau nak guna teksi , mmg ko kena cekik laa ! Nak tak nak , samada guna bas atau jalan kaki ! Hahahaha .. Nak dijadikan cerita , ala kononnya la kan .. Naik Big Bus tu ke sini semula.. tapi tak nak turun ! Tunggu dia patah balik.. Sekali , driver tu kata tu last stop ! Hahahahha… Nak balik kena amik Metro .. iaitu cam Lrt laaa … Amik kooo !

Nasib baik Evelyn tu berpengalaman.. Dia gunakan google map.. Jalan kaki ! Perghhh .. Evil dead tul cadangan dia .. Hari dah gelap koooo ! Nak jalan kaki kat kota romantik ni ? Aiyokkk… Seram siutt ! Aku ni dah la muka baik .. haaa ..

Maka balik la ke hotel yang dalam lingkungan 1.9 km rasanya.. Ikut taman.. aku nasihatkan ikut jalan terang skit.. Bila masuk ke lorong belakang bangunan tu yang seram seram basah .. hahahaha ..

Bila ada nampak orang di depan .. cuak siot ! Aku nak lari kalau diaorang tu berniat jahat , payah ! Gadget penuh di badan.. Bawak barang lagi ! Hurmmm.. Tawakal pada Allah je la..

Alhamdulillah .. nasib baik pelancong gak bila bertemu.. Lega .. Bila dah kembali ke jalan besar , terang .. baru laaaaaa lega ! Berpeluh atas bawah ..

Dan akhirnya sampai ke hotel  setelah seharian merayau sana sini ! Berbaloi sungguh berjalan dengan orang yang ada pengalaman merantau ni ..

Share
Tweet
Pin
Share
14 comments

 

Bonjour ! Perghh.. Aku sempat belajar satu perkataan jer dalam kapal terbang .. MERCI ! Iaitu TERIMA KASIH ! Bukan apa .. kita kena ramah ucap Terima Kasih .. Haaa.. Lain lain tak tau , tak pee.. Janji ucap terima kasih senantiasa ! Hehehe..

Alhamdulillah.. Tiba juga di Perancis setelah kecoh di FB selama beberapa sejak terima email pelawaan dari Air Asia X . Maunya tak kecoh ! Gi Paris tuuuu.. Free lak tuuuu .. Haaaa !

Dari Dubai dalam kul 4 petang .. Sampai di Paris dalam kul 9 malam gak kot .. 7 jam perjalanan dalam kapal terbang ! Aku terpaksa tidur bangun tidur bangun ! Budak Bollywood yang duduk sebelah aku , asyik keluar masuk je.. Sabar je la.. Aku pun ada anak gak. Confirm dia punya karenah gitu gak ..

Setibanya di France .. kena cop dulu kat Imigresen ! Heeee.. Imigresen mereka , bagus gak ! Tak banyak cerita .. Asyik berborak jer.. Hehehehe ..

image

Cop pertama di passport aku . Hehehehe.. Jauh tuuu …

Dah dpt keluar , aku terus berkumpul dengan rakan lain dan kemudian gi amik beg .. Beg aku , dapat lambat ! Rasanya orang terakhir.. Hehehe..

Dah dapat beg .. terus ke point berkumpul pastu keluar.. Naik teksi ke hotel.. Bila jejak kaki ke luar , tu diaaa.. Udara dia sangatlah segar ! Baru lepas hujan..

image

Rasanya dalam setengah jam jugak nak sampai kat hotel tu.. Hehehe.. Jauh dari airport .. Dekat dah dengan Eiffel Tower.Ok la tu kan ? Hotel ni selesa utk diduduki ..

image

Harga semalam ?

image

Mahal siut ! Nak datang sini bercuti mmg orang banyak duit her aa.. heee..

Share
Tweet
Pin
Share
13 comments

 

Hari pertama di Kota Paris ..

Sebelum keluar , rakan blogger .. Evelyn dah nasihatkan aku untuk bawa sejumlah wang yang mencukupi dan juga tinggalkan passport dalam peti besi. Bawa saja MyKad atau lesen memandu. Jangan risau kerana mereka akan menerimanya..

Kemudian aku masukkan duit yang aku bawa .. Rasanya tak sampai pon 200 euro dan MyKad dalam travel purse yang aku beli.. Aku beli warna hitam agar sama dengan porch bag aku tu.. Kalau orang nak  curi , dia takkan nampak .. InshaAllah ..

Awal pagi selepas makan pagi .. Semua berkumpul dan bergerak berkumpulan ke hentian bas.. Plan nak naik bas pelancong je untuk pusing kota Paris ni .. mudah dan cepat..

Maka semua berjalan kaki dari hotel ke hentian bas yang memakan masa .. 5 minit jer .. Tak jauh pun.. Pastikan sebelum nak buat kerja gini , dah ada sedikit research yer.. Nak kena tahu berapa tambang , pukul berapa bas berakhir dan destinasi.

Bila tiba di perhentian bas , blogger Cindy pergi tanya la berapa tambang kena bayar .. Kemudian dia maklumkan pada rakan lain berapa jumlah dan kita kumpulkan duit..

Aku yang sedang keluarkan duit , tiba tiba diserang oleh sekumpulan budak budak perempuan yang memegang pen dan kertas ! Mereka mintak suruh sign kertas tu.. Macam sign memo apa kejadah tah..

Aku cepat cepat tolak mereka permintaan mereka . Aku tak berani nak bersoal jawab dengan mereka.. Mereka terlalu ramai.. Dalam 5-6 orang datang.. Aku pelik la apahal gitu sekali .. Aku cepat cepat jaga handphone aku.. Aku tak sedar porch bag aku terbuka..

Tiba tiba blogger Evelyn menjerit !

“ Ben , mereka nak curi dompet !! “ .

Cepat cepat aku pegang porch bag aku.. Everlyn terus marah mereka dan mengatakan mereka nak seluk porch bag aku.. Budak budak tu menafikan ..

Everlyn dah mula nak marah.. Cepat cepat aku coolkan dia .. Aku halau budak budak tu… Dan aku check porch bag aku.. Adeh , diorang dah amik travel purse aku !

Evelyn yang dengar suara aku tu terus jerit  kat diorang .. Budak budak tu dah terus tak nampak ! Kemudian aku cek betul betul ! Ada rupanya ! Tersorok dan sememangnya tak nampak sebab warna hitam ! Nasib baik …

Evelyn cerita semula detik tu.. Dia kata dia nampak salah seorang dari mereka dah masukkan tangan ke dalam porch bag aku ! Sebab tu dia jerit !

Selepas dari kejadian tu , aku mmg terus zipkan sweater aku ! Semua orang berhati hati dengan budak budak yang bawak pen dan kertas ! Diorang mmg akan berada di lokasi yang ramai pelancong seperti di Eiffel Tower dan hentian bas.. Tempat yang ada polis , diorang mmg takde ! Diorang ni , bukan orang tempatan !

Cuak gak ! Memang tak berani dah aku ! Bukan apa , dalam beg aku tu penuh gadget !

Selepas kejadian tu , Evelyn nasihatkan aku supaya letak duit yang diperlukan di poket ! Kalau nak membeli , keluarkan duit yang sedia ada dah ! Tak perlu nak buka tutup porch bag.. Betul jugak kata dia ..

Alhamdulillah .. lepas dari kejadian tu , mana mana budak nak datang kitorang akan lari .. Dan yang pasti kami senantiasa menjaga antara satu sama lain !

Share
Tweet
Pin
Share
13 comments

Seawal pagi aku bangun.. Kemas pakaian.. Selebihnya wife buatkan.. Saja bagi dia buatkan. Orang kata nak bermanja .. heee.. Kang dah pergi jauh , merindu pulak.. Jadi , saja je la biarkan dia buat.. Sekurangnya orang perempuan lebih terasa dihargai bila khidmat mereka diperlukan.. kan kan ?
 
Dalam kul 7 pagi , aku bertolak ke KLIA dengan jiran aku. Dia keje kat sana. Dari rumah aku ke sana , tak sampai setengah jam pun.. Dekat jer.. Hurmm..
 
Sebelum pergi , gi jengok anak anak.. Cium sepuashati hati ! Huhu.. Setiap pagi aku cium mereka berdua. Nampaknya untuk beberapa hari ni , aku akan merindui mereka !
 
image
 
Sampai KLIA dalam kul 7 lebih .. Berkumpul jam 8 pagi. Flight kul 1030 pagi. Aku ingatkan dalam masa 2 jam tu sempat la nak makan pagi .. Rupanya tidak ! Nak check in pon makan masa. Ramai pulak naik Emirates hari ni ..

Antara rakan yang turut pergi ialah blogger Shearosul , Cindy , Evelyn dan juga designer untuk kapal baru Airbus milik Air Asia tu nanti , Denzel ... heee..

Dalam kul 1030.. semua dah standy nak terbang ! Tak sabar nak merasa naik Emirates.. Hee.. orang kata best ? Makan banyak.. nak rasa la gak ..
image
Hurm… Perjalanan dari Kul ke Dubai memakan masa .. er , 6 jam ? Ke lebih eh ? Sebab sampai kat sana dalam kul 3 petang .. Haa.. Lama woo dalam kapal. Makan mmg meriah tapi aku je la tak meriah .. Duduk tepi tingkap… Layan movie. Nak bergerak , payah.. Huhu..

Sebelum nak bertolak tu , ada isu skit .. Ada mamat mana tah duduk tempat aku.. Nasib baik si Cindy tu ramah benar.. Dia la yang cepat cepat gi settlekan. Bukan apa , kalau dia tak settlekan , dia gak yang kena duduk sebelah mamat tu.. Hahahaha.. Ala ala bangla pun ada .. Nasib baik settle.. Mamat tu rasanya dia hilang tiket.. Dia gi tunjuk tiket dari Dubai ke Paris.. Hurmm..
Alhamdulillah.. Kapal berlepas dengan jayanya walaupun cuaca tidak menentu dan mendarat di Dubai dengan selamatnya ..
image
Hurm.. tak sempat nak merayau dalam airport Dubai ni sbb nak kena check in semula.. Transit ke Paris lak.. Makan masa 6 jam ! Aku dah sakit kepala ! Nasib baik ada bawak ubat .. Hurmm..
Share
Tweet
Pin
Share
18 comments

 

Dah 3-4 hari Qhaliff selsema teruk.. Asyik membersihkan hingus dia .. Nak gi beraya umah orang , segan.. Yelah , kang takut berjangkit lak .. Nak bersalam pon , risau orang geli .. huhu .. Terasa la kita kan ! Heee.. Tak pe , aku faham ..

Nak dijadikan cerita , stok susu Nutri Goat Miracle 8 aku sampai dah.. Aku kasi Qhaliff minum ari tu , tapi dia tak nak.. Dia tak nak , aku nak.. aku minum laaa .. Heee.. Dia dah kembali sedap ‘susu ibu’ . Susu apa pon dia tak nak dah !!

Dan hari ni , sewaktu nak gi keluar ke Alamanda , aku tengok selsema Qhaliff makin banyak.. Sedap pulak tengok dia menjilat haaa.. Haih.. Tak larat aku nak lap ! Asyik keluar jer ..

Geram punya pasal.. Sebelum bertolak ke Alamanda , aku masuk dalam rumah dan buat sebotol susu kambing #NGM8 .. Kereta bergerak , Qhaliff ngantuk.. Terus aku sua botol susu dia .. Dan dia amik , masuk terus ke mulut dia ..

5 minit kemudian , dia sua kat aku ! Selesai kooooooo !!  Sesampai je di Alamanda , aku tengok hidung dia .. Kering koooo !! Perghhh .. Tu diaaaa penangan susu kambing tu haa..

Photo

Alhamdulillah , sampai malam .. tak selsema dah ! Huhuhuh… Lega aku.. Demam pon tak dah ! 

Lupa lak.. semalam sewaktu aku sekeluarga  sampai  rumah dari Sedenak , terus basuh badan Qhaliff dan Zahra .. Kemudian lumurkan badan diorang dengan minyak Batook Ori.. urut betis , belakang badan diorang .. peha .. dan pakaikan baju . Tak yah suruh tidur , lena sampai ke subuh ! Hahahaha .. Kalau tak , Qhaliff asyik terjaga jer ..

Hurm.. 3 botol Batook Ori yang aku beli , satu dah kasi jiran aku. Anaknya asma.. Nak tengok berkesan ke tak.. Minyak Batook tu , aku baru guna.. Tak nak guna minyak yuyi dah.. Hurmm …

Mana beli dua dua ni ? Er… cer google dalam blog aku.. Aku pernah buat entri pasal dua dua produk ni .. Heee…

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

“ Bang , minyak Zahra abis dah ! Camana yer ? “ .

“ Hurm.. nanti abang order lagi.. Minyak yuyi tak nak guna dulu ke ? “ .

“ Tak nak.. Minyak tu ok sangat kat Zahra ngan Qhaliff..” .

 

Dan , alhamdulillah .. Agen Batook Ori di Putrajaya whatsapp aku.. Terus aku order 3 !! Hehehehe .. Dan yang terbaru , siap guna spray ! Senang katanya …

Untuk apa minyak ni ? Apa kelebihannya ? Hurmm… Aku cerita banyak kali dah kat blog ni.. Hehehhe … Bagus untuk anak anak kita minyak Batook ni.. Yang mana ada asma pon sesuai pakai.. InshaAllah ..

Minyak Batook ori ni , aku guna dah pada Zahra sejak lahir ari tu.. Bagi yang berminat nak membeli atau jadi agen , leh baca di entri Pati Batook Ori ni ..

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

Hurm.. risau aku sebenarnya.. Bila dia gi menghala ke tempat permainan yang ada budak budak lain , pasti aku kena ikut sama ! Kalau tak , naya budak budak kat situ ! Main suka tekak diaaaa je nak amik alih permainan tu dan marah kengkawan tu ! Apa dia pikir bapak dia punya ke ?? Haishhh .. Bapak dia punya , ada kat rumah ! Kat situ , bapak orang lain yang punyaaa..

Tangan dia cepat ! Sebelum dia nak hayun , dia akan bukak kuda kuda Ultraman dia dulu .. Yang tu aku risau tak sempat nak tangkap ! Kalau lewat , confirm hinggap kat budak tu ..

Tapi setakat ni  , yang jadi mangsa .. bapak dia je la.. Budak lain , dia gertak jer.. Dia tampar dinding ke.. lantai ke.. Pastu sendiri sakit ! Bila budak tu sergah dia lak , tau pulak takut ! Hahahahah ..

Seperkara lagi yang merisaukan aku.. Dia nak ajak kengkawan yang tak dikenali tu , main sama dia .. Pastu nak tolak bergurau .. Kena kalau budak tu halus dari dia ? Mau tak tersungkur ? Haihhh …

Rasanya , kena gi sekolah dah ni.. Kalau aku takde , dia takut skit .. Kalau dia tau aku ada situ , dia ‘besar kepala’ .. Hurmmm..

Normal ke ? Ke aku dah manjakan dia sangat ni ?

Hurm.. gini punya gaya , dah tiba masa kena hantar dia ke Oxford .. hurmm.. Ke awal lagi ? Hantar ke Al Azhar ? Erk.. heee.. Taska Melodi Taman Indah dah la…

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

Hari ni baru tukar duit.. Tunggu last minit baru gi tukar.. Hehehe.. Saja je tunggu hujung hujung.. Kot kot la tak jadi pergi atau postpone.. Manaaaa la tau kot .. Atau kot kot tetiba pihak penaja kata..

“ Acahhhh jer !! “ ..

Mau aku tak tukar jadi Hulk kat situ ? Huhuhu.. Kalau wat gitu , 15 tahun aku dok up entri bengang ! Hahaha.. Tapi rasanya tak la tahap wat lawak gitu sekali kan ? Perghh..

Nak dijadikan cerita , semalam .. blogger YanaMIB , isterinya si blogger Ujang ada pesan kat wife .. kalau nak tukar duit , gi ke PKNS Bangi… Situ ok lagi dari gi beli kat Alamanda tu … 

Kalau harap aku ? Aku gi beli je mana mana pon.. Asal leh tukar , dah .. Malas nak pening pening .. Rupanya ada beza wooo !! Bukan skit wooo !! Kalau cari betul betul , leh dapat murah lagi.. Haaaa .. Patut la ada orang buat projek jual beli matawang asing ! Heee..

Maka , tukarlah sejumlah wang tadi.. Yang rasanya boleh beli satu kontena barang untuk dibawak balik KL .. Huh ! Yolah tuuu !! Tengah pokai ni.. Baru pas raya kan ! Haaa.. Jadi bawak duit cukup cukup untuk beli hadiah kat wife .. Tu pun duit dia sendiri .. Harap duit aku ? Dah abis bayar duit kereta , insuran , duit kutu , duit itu ini .. Yang tinggal habuk duit jer .. Huhuh.. Er , faham tak ni ? Maksudnya , jangan la harap aku beli apa apa ye .. Aku sendiri pun tak tau lepas ke dak nak bershopping di sana ! Yang pasti , bergambar dengan sepuasnya je la ..

InshaAllah.. ada rezeki , leh gi satu keluarga lak.. Aku gi usha line kat sana dulu.. Kalau best dan selamat untuk keluarga aku.. aku bawak gi pasni .. Kalau tak best , gi bercuti kat Kelantan je la.. hehee…

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

InshaAllah , esok gi France.. Lokasi , Paris dan Toulouse.. Tujuan ? Untuk ke kilang Airbus. Kenapa sana ? Sebab ? Nanti aku cerita kalau ada wifi di sana nanti eh .. heee…

Persiapan terakhir.. Beli ‘porch bag’ ni… Semua leh letak setempat dan berada dikedudukan yang selamat.. inshaAllah .. Kamera dslr Sony Alpha 5000 pon leh letak dalam tu jer.. tak yah nak usung banyak bag ..

Kat mana beli ? Ikutkan kalau beli online , lagi murah tapi tak sempat dah .. Aku beli kat butik Traveler di Alamanda.. Harganya ? Hurm.. ok laa.. Ada jaminan setahun dua .. Hee..

Hurm.. lain lain ? Rasanya takde la sangat kot.. Aku nk gi pon untuk seminggu je.. Bukan nak terus menetap kat sana.. Yang penting , apa yang aku nak bawak balik ! Haaaa… Hehee..

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Akhirnya , dia dapat jugak !! Lama dah dia suka kat burung dalam sangkar ni ! Kat umah mak aku ada satu tapi tak berbunyi dah.. Dah abis bateri gamaknya.. Bila dia gi sana , confirm akan tunjuk sangkar tu.. nak pegang !

Dan tadi , sewaktu dalam perjalanan pulang dari Sedenak .. singgah sat kat RnR Restoran Jejantas di Melaka tu .. Ala , yang lepas RnR Ayer Keroh tu laaa.. Haa… Yang tu laaaa .. Dibantainya lalu depan kedai jualan barang kraf.. Ada pulak burung ni ! Terus dia mintak !

Hurm.. Beli je la.. Lusa daddy takde dah .. Hurm..

Terus dia usung sampai ke kedai Al Ikhsan ! Lega la jap.. Dia ada menda nak bermain .. Tapi sayangnya …

Tak lama pun.. pastu dia kasi aku , dan lari ke sana sini ! Haiyooo.. Penat lor daddy gini ! Nasib baik laaa daddy nak gi jauh seminggu .. Apa pun , dia akan cari balik sangkar burung ni.. Dia mmg suka burung , ikan dan kucing ! Lipas , dia takut. Aku tak tau la dari mana dia dapat ketakutan terhadap lipas tu.. Aku ? Aku berani je .. lalalala ..

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

Terbaca di akhbar online …

“ Kerajaan akan mengkaji kewajaran untuk menutup laman sosial Facebook di negara ini sekiranya mendapat sokongan masyarakat. “.

Kenapa ? Antara punca datangnya persoalan ini ialah kes penghinaan dilakukan penggunaan Facebook terhadap isu-isu sensitif rakyat negara ini termasuk melibatkan kaum dan agama.

Hurmm… Apakah rakan rakan setuju ? Ada yang setuju , tapi ramai je menolak termasuklah aku ! Kalau tutup Facebook , apakah salah guna laman sosial ni akan terhenti ? Kalau sekat internet , apakah tidak akan berlaku masalah fitnah dan hina menghina ini ? Dan apakah kita kembali mendapatkan infomasi terkini di suratkhabar ? Wowww… Jadi internet untuk apa dah ?

Dan paling tragis ialah mereka yang dah bina empayar perniagaan di Facebook.. Kalau tutup , camana nak teruskan perniagaan ? Kembali ke cara lama ?

Er , aku pulak ? Blogger blogger yg sepenuh masa mencari makan melalui dunia maya ni .. apakah perlu kembali membuat resume dan cari kerja ? Atau gi cari tanah kosong dan bertani ? Atau , jadi ahli politik yang pandai sembang , tabur janji dan menjadi kaya raya jika kena gayanya ? Hurm..

Yang pastinya , jika Facebook ditutup .. media cetak kembali gembira ! Kenapa ? Orang dah kembali membeli suratkhabar ! Heeh ..

Kesimpulan .. Menutup Facebook bukanlah jalan terbaik untuk mengelakkan masalah masalah ini dari berlarutan. Sepatutnya perlu ada satu unit yang lebih expert , berteknologi tinggi untuk menangkis serta akta yang bersesuai untuk menghukum pesalah laku dunia maya ini ..

Kerajaan perlukan pakar pakar yang jauh lebih bijak dari yang ada sekarang ni .. Latih , bayar gaji yang sepatutnya dan mulakan langkah yang sepatutnya , lama dah buat ! Ramai penganggur luar sana.. Berkualiti dan berilmu ! Majoriti tahu pasal FB .. Gunakan mereka untuk menangkis masalah masalah salah laku di internet terutama FB ni ..

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

Stok Ramadhan ari tu , abis awal ! Tak sangka lak adik aku pun nak order susu kambing NUTRI GOAT MIRACLE 8 ni .. Maka , aku bagi je la stok aku kat dia .. Kat mak aku pun kasi gak .. Dia dah suka dengan susu kambing Nutri Goat ni ..

Bila sampai je kat rumah mak aku tadi , cepat cepat aku buka bungkusan dan .. syukur ! Lama dah tak minum .. Ada la dalam 2 minggu gitu..

Bila dapat , terus bancuh 2 paket ! Huuhu .. Terus segar badan … dan tak lama kemudian , ngantuk ! Hehehhe.Kenapa ? Sememangnya aku lama dah tak cukup tidur.. Bila kena secawan susu kambing ni , mmg sedap tidur ! Lenaaaa koooo .. Bangun , confirm segar !

Alhamdulillah.. 3 kotak dah aku beri pada mak aku.. Sekotak pada abang aku untuk dia try.. Dia pun mmg dah mula minum susu kambing ni.. Dan baki , untuk aku anak beranak..

Terima kasih Nutri Goat Miracle 8 ! Sememangnya , dah lama aku tak minum susu lembu.. heeee …

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

Teringat baru baru ni aku beraya di rumah abang ipar aku di Besut , Terengganu. Suka kampung tu.. Cantik dan tenang .. Sawah pagi sedang menghijau !

Malam tu , kami semua berbbq .. Abang ipar aku tu jemput la kawan kawan yang terdiri dari orang muda di kampung tu .. Nak dijadikan cerita , waktu aku kemas kereta untuk pulang ke umah mak mertua aku , ada la dua orang kawan abang ipar aku tu lepak kat luar rumah .. amik angin malam..

Aku pun tegur , bersalaman.. Pastu salah seorang tu tanya la asal usul .. beramah mesra orang kata .. Bila sampai part kerjaya ni , aku lemah skit nak jawab.. Malu sebenarnya.. Bukan malu dengan kerjaya tapi malu nak bercerita panjang pasal kerja. Nanti confirm lepak lama punya .. hee..

“ Er , saya kerja sendiri jer.. Kerja melalui internet .. “ . Aku jawab gitu jer .. Pastu dia tanya lagi.. Kerja camana .. Jual apa ? Tergaru garu kepala gak aku nak jawab..

 

“ Er.. Saya menulis blog jer.. Blogger ..” . Senyum aku. Harap sampai di situ je la pertanyaannya tapi sangkaan aku , meleset ! Dia tanya lagi camana orang leh dapat income melalui internet ni !

Ah , sudahhhh … Aku kalau orang tanya part ni , mau jugak aku suruh bini aku wat kopi dan gorengkan nasi sekali .. Confirm sampai ke subuh cerita ! Huhuh..

Tiba tiba sorang kawan tu bersuara.. Ala ala ustaz orangnya.. Nampak berilmu jugak laaa..

“ Rasanya pernah keluar kat tv kan ? “. Dia tanya. Er , terkejut jugak aku sebenarnya.. Yelah  biasanya aku dengan trademark aku , bersnowcap atau bertopi , baru orang kenal.. Atau dok pakai baju kelab blogger tu.. Tapi ni aku sempoi je .. Dengan rambut ala ala baru lepas kena rogol .. camana dia leh cam aku ? Gelap pulak kawasan masa tu.. Huih.. teror benar abea ni !

Aku pun jawab la pernah .. Pastu terus laaa berbual panjang ! Seperti kebiasaanya , wife aku akan menjeling dari atas seperti menyampaikan mesej dari hati ke hati ..

“ Bang oiiii !! Tak nak balik keee ? Kang lewat malam kang ! Anak kecik ni ada bang oiii ! “ .

Dan aku membalas melalui pandangan mata ..

“ Orang tengah topik hangat ni.. Bagi 5 minit lagi ! “.

Gitulaahh ..

Terus terang .. aku tak bangga pon orang kenal aku.. Aku tak bangga sedikit pon ! Sebab aku takde apa apa pun ! Kalau ada yang kata aku berlagak , sombong , tu dia punya masalah ! Aku tak kenal dia pon .. Dia je berpura pura kenal aku .. huhuh..

Aku bersyukur ,sejak aku menjadi blogger ni .. aku lebih berkeyakinan tinggi ! Dulu , aku nak memandu seorang diri pun aku takut ! Aku nak melancong seorang diri pun aku tak berani !

Tapi sejak ada ramai rakan rakan di dunia maya ni , alhamdulillah .. aku lebih berani menyahut cabaran ! Kalau mereka boleh , mengapa aku tidak ?? Walaupun aku cuma seorang blogger , jangan ingat aku hidup dengan mengampu orang untuk dapatkan sesuap nasi ! Aku menulis apa yang aku rasa .. apa yang aku rasa itu membuatkan aku menanggung , dosa dan juga pahala !

Aku dah tak larat nak ikut cakap orang .. Aku pun tak nak orang ikut cakap aku ! Kita , sama sama hidup.. saling bantu membantu ! Apa jua pekerjaan kita , kerjaya kita .. kita saling melengkapi ! Tak perlu angkuh kawan !

Share
Tweet
Pin
Share
24 comments

 

Satu kempen khas buat pengguna setia Shell macam aku ni ! Heee.. Ok , cerita banyak tamoo aa.. Nanti bosan lak dok layan celoteh aku..

Disenangkan ceritanya , Shell ada menganjurkan Kempen “Shell Easy Win” yang mana menawarkan hadiah sebanyak RM20 ribu seminggu bagi pengguna Shell FuelSave 95 dan pengguna Shell V- Power pula berpeluang menggandakannya sehingga RM40 ribu ! Amacam ? Tertarik ? Heee..

Bagaimana nak sertai ? Korang hanya perlu membelanjakan RM30 di mana mana stesen Shell di seluruh negara bermula 7 Julai ni , sepanjang  10 minggu ni !

Ok.. pastu nak buat apa bila dah belanja RM30 ?? Pastu , sila isikan borang peraduan dan jawab soalan yang mudah itu.. Mudah jeee soalan tuuu .. Kemudian , sertakan resit pembelian dan masukkan borang peraduan di dalam kotak pertandingan yang disediakan .. Tu jeee !!

Ingat ! Hadiah adalah setiap minggu tau !! RM20 ribu setiap minggu bagi pengguna Shell FuelSave 95  dan untuk pengguna Shell V Power , RM40 ribu ! Perghhh.. banyak tuuuu !

Opsss .. Untuk mereka yang kaki selfie di Instagram ! Hehehehe ..

image

Ada peraduan Instagram untuk anda ! Hehehehe .. Caranya mudah jer :

Sila bergambar dengan Shell Easy Win polaroid imagery yang boleh korang dapatkan di stesen Shell. Kemudian beri caption yang paling kreatif dan jangan lupa hashtag #ShellEasyWin.

Pastu post dan share di Instagram korang ! Pemenang mingguan akan dapat 10x cash vouchers ( RM50) ! Ok la tu kan ? Sapa nak bagi ? Hehehehe.. Leh isi minyak untuk minggu berikut pastu bergambar lagi.. heheheh ..

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

Kali pertama aku singgah ke gerai jual satay ni , sebelum Ramadhan yang lepas. Bila aku up gambar di FB , ramai tanya kat mana. Ada yg gi cari… Tapi tak jumpa.. Rasanya akak tu dah bukak tapak tempat lain untuk jualan di bulan Ramadhan kot…

Tadi , aku nak gi cari satay .. Terlupa si Qhaliff suka makan satay.. Tu pun wife ingatkan aku semalam.. Masa balik Kelantan ari tu , dia mmg pantang nampak satay.. Cuma risau je la ngan batang lidi satay tu.. hurmm..

Ok.. nak dijadikan cerita , tadi aku gi singgah beli selepas nampak gerai ni dibuka jam 5 petang.. Awal tuu… Beli la dalam RM5 .. tu pun banyak dah !

Antara sebab beli ialah nak bantu OKU .. akak yang jual tu OKU .. Tapi bukan semata mata tu tau ! Satay dia murah dan sedap ! Haaa.. Isi banyak ke ? Aku kalau isi banyak , aku pun tak nak .. muak siut ! Makan satay ni bagi aku , macam makan main main jer.. Nak kenyang , jgn bakar satay.. bakar terus kambing kat situ gak ! Haaa.. makan sampai tergolek !!

Apa pun , akak ni bersama suaminya mmg peramah .. Lepas diorang meniaga , mmg diorang bersihkan tapak ni.. Aku dah perati bnyak kali.. mmg bersih la…

Dan sewaktu aku amik gambar diorang … akak ni bagitau diorang amik tempahan untuk Syawal ni .. Yang tinggal area Sepang atau sewaktu dengannya , boleh la try call tanya sendiri .. heee..

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

Di Aeon Alamanda.. Aku mmg cukup suka singgah di bahagian permainan kanak kanak.. Ada je aku nak cari mainan untuk Qhaliff.. Saja nak kasi dia kreatif… Nak gak tengok perkembangan mental dia.. sedikit demi sedikit ..

Lalu section kereta kawalan jauh.. terpandang koleksi koleksi kereta yang menarik perhatian aku .. Hurm…

Tengok harga .. Ok , mampu beli ! RM49 jer.. selepas diskaun… Nak beli ke tak eh ???

“ Qhaliff nak tak ? “ .

“ Nak nakkk .. “.

Aku kekadang terfikir gak.. Dia ni tau cakap NAK je ke ? Ke tau gak nak sebut TAK NAK ?

Aku test kasi patung Barbie lak..

“ Nak tak ? “.

“ Tak nak .. “.

Ok .. confirm .. Aku beli satu kat dia .. Warna lak jadi masalah .. Biru , merah dan silver .. Tanya dia..  Dia pilih silver .. Ok fineeee !

Akhirnya ‘aku sebuah kereta’ sampai di rumah.. Mencari la bateri untuk digunakan.. Huhuhu.. abis punggah satu rumah mencari bateri tu sbb ari tu mmg ada banyak simpan size AAA tu.. hurmm…

Jumpa dan pasang… Baru 2 kali aku tekan , Qhaliff ‘rampas’ dari aku remote tu.. Amboiii.. tak menyempat ! Macam reti sangat nak main .. hurmmm…

Dan .. 10 minit kemudian , ariel remote patah dan kereta pon tersadai sepi di tasik madu ! Haihhh … Terbang RM55 !

Berbaloi ke beli mainan kat budak ? Hurm… Tak beli , kesian lak dok punggah kat dapur tu .. hurmm..

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

Hari ni bawak Zahra Nur Iman amik suntikan ke 3 .. Hehehe.. Esok genap dia 3 bulan usianya.. Alhmdulillah.. Nampak macam lebih matang dari abangnya yang mana 3 bulan dok malu malu kucing lagi.. Zahra , lebih terserlah part ‘bebel’ .. Nak bebel dah diaaa !

Photo

Tapi ada satu masalah.. Dia baru baik dari sakit mata.. Boleh ke suntik ? Hurmmmm … Aku bgtau wife , suruh suntik lepas aku balik dari Paris je nanti .. Dia ok je.. Tp camana pun kena wat temujanji dengan klinik kerajaan dulu..

Wife call .. Dan nurse nasihatkan datang dapatkan pemeriksaan terlebih dahulu. Setuju je la ..Gi lepas lunch je sebab dah lewat pon nak gi belah pagi..

Lepas Zohor , terus gi klinik yang jauhnya .. cuma 5 minit dari rumah ! Hehehe.. 5 minit memandu yer… bukan jalan kaki.. heeee… Di klinik , cam biasa .. tunggu je la nombor giliran dipanggil. Lama gak.. Ramai orang .. Apa nak buat kan ? Sabar je laa..

Aku jaga Qhaliff . Wife dukung Zahra.. Qhaliff , sibuk nak gi bermain dengan rakan sebaya tapi aku tak lepaskan.. Agak keras corak permainan Qhaliff.. Kang menangis anak orang.. huhuh…

Aku bawak masuk dia dalam kereta dan wife tunggu masa utk berjumpa doktor .. Hurmm.. ngantuk ! Qhaliff lena dah dalam kereta .. Aku buat keputsan , gi isi minyak dulu .. Nak tunggu , lama tuuu ..

Hampir kul 4 petang .. siap ! Wife kata kena cucuk gak sbb sakit mata dia dah beransur baik .. hurm..

Harap harap takde masalah kesihatan pasni …

Photo

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

Hurm.. dah pandai dah skang ni ! Bila tengok perangai dia satu demi satu , teringat dia masa kecik dulu yang tak tau apa apa langsung. Setiap perkembangan , segalanya dalam  kepala otak kita.. Ianya memori indah !

Sekarang ni , mmg mencabar.. kekadang tu mmg geram giler la kat dia ! Sebenarnya perangai dia tu cute .. cuma kita yang dalam keadaan stress ni membuatkan rasa amarah tu hadir ! Kena kawal perasaan tu betul betul.. Kalau tak , anak boleh jadi mangsa..

Semalam , dok pusing pi pusing mai nak cari cerita best , terpasang la cerita Tokak tuuu.. Yang part si setan tu keluar dari laut.. Qhaliff ternampak .. Ternganga  mulut dia .. Paham ke dia ??? Hurmm..

Aku ubah ke rancangan lain.. Dia pandang aku ! Pastu cakap apa tah… dan rampas remote kat tangan aku.. Dia main tekan jer.. nak cari cerita tadi .. huhu …

Aku mampu gelak besar jer .. Hurm… dah besar dah dia .. Cara nak letak laptop pon dah tiru cara aku.. Hurm… Hurmmmm…

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

Hurm.. pelik… Kalau lelaki tu , aku tak pelik la sangat tapi perempuan tu !! Takkan sampai gitu sekali perangai ?? Haishh.. Buruk benor la dik ooiiiii !! Belajar tinggi dah tapi .. hurmm..

Ceritanya begini .. begini ceritanya .. Sedang aku sibuk menarik tali tali bagi menguatkan otot badan yang semakin lembik gara gara makan banyak , tiba tiba aku terima satu pesanan melalui whatsapp..

“ Ben , hujan nak turun.. Angkat jemuran.. “ .

Aku tengok di luar tingkap.. Wah , mendung … sejuk.. Hujan pastinya sebentar nanti.. Aku segera balas msgnya ..

“ Tqqqqqqqq “ .

Pintu dibuka.. Aku segera tarik penyidai pakaian aku.. Masih basah lagi.. Hurm…  Teringat aku satu isu yang pernah terjadi satu tika dulu di satu tempat .. Aku malas nak cerita la kat mana.. kot kot jiran dia membacanya.. hehehe …

Hurm.. Di sebuah rumah bujang.. Anak anak dara je duduk.. Hujan nak turun. Kelihatan seorang budak perempuan keluar dari rumah dan tutup pintu pagar luar .. Kemudian terus masuk ke dalam rumah dengan meninggalkan pakaian yg sedang dijemur tu !

Eh , takkan dia nak biar gitu jer ? Dan tak lama kemudian , balik seorang lagi rakan .. Pon biarkan je pakaian tu ! Bukan sehelai dua tapi berhelai helai ! Alahai.. siannya kawan yang jemur pakaian tu tadi ..

Apa dah jadi ni ? Takkan tinggal serumah tapi tak sebulu ? Agaknya bila berlaku kebakaran , masing masing pakat selamatkan diri sendiri ke ??

Bila aku up di FB pasal ni , rupanya …. Hurmm … Antara komen rakan rakan :

  • Masalah biasa bila perempuan yang study ke keje ke duduk satu rumah atau satu bilik.mmg ni la pesen nya hihi
  • saya pernah alami
    jenis balik terus masuk bilik
    satu hari depa balik sy tgh mop lantai di ruang tamu
    selamba dia ckp eh rajinnya...
    aku: pelik... klu aku x mop sape yg nak mop..... dah la segala sampah semua aku yg tukang angkut...
    sabar je lah sbb nak rumah bersih
  • cam gini la housemate sy . rumah ni dekat 2 minggu tak brkemas . tadi duk kemas dapur buang sampah yg bertimbun.cuci lantai. cuci bilik air . dia dkt depan tngk tv pstu msuk bilik tidur. bila kita dh siap kemas dh cantik smua. keluar blik ckp thanks . rasa nak makii pun ada.
  • pernah jugak brgaduh psl rumah ni. lst2 i choose not to do anything. kau makan kau basuh sndiri . kdg2 tu smpai smnggu dia duk biar mkanan yg dia makan tu atas meja. smpai berulat pun prnah lah.
  • sebab tu,kdg2 sya blh bsyukur dgn sikap sya yg sush snyum, abg ben. Sbb ex-h0usemate dlu pg0t0r jgk orgnya. Tp, dia ckp kt kwn,dsbbkn sya garang,muka sush snym, dia takt nk sepahkn brg2.. Ad skali 2, sya tgah msk, tdgr r0omate dia ckp, npe xbuang smpah dlm blik dia 2? Trus dia jwb, akakla buang! Ni kn,smph bsme.. Pdahal,trang2 r0omate dia 2, dh ada t0ng smph sndri.. Kalu nk ikt cntk,memg kt0rg ni kalahla. Dia pnya lama tempek mekap 2,kelas pkul 9, 9.3o bru gerak.. Dahsyat x dasyat.

Hurm.. Jangan la gini .. Kalau duduk serumah , kena la sepakat ! Jangan la dok .. aku , aku.. kau , kau ! Letih gini ..

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

Pergh.. aku rasa , persiapan untuk Aidilfitri pun tak macam ni punya kalut !! Huhuh.. Banyak menda nak kena pk dan usung ni ! Dan antara yang paling utama ialah ..

Gi beli menda alah ni.. Nak charge hp , kamera , laptop , GoPro ! Haaaa.. Banyak wooo gadget nak bawak ! Hurm.. Kena ingat , plug tak sama tauuu.. Ada yang terlupa part ni.. Dah tak pasal pasal hp tak menyala .. Nak beli kat sana , lom tau berapa harga.. Dah la main Euro euro ni.. Haaaa.. Mahai kalu , charge pakai arang je laa..

Hurmm… Banyak belanja gak ni ! Huhuh.. Nasib baik la gi Paris.. Sanggup la kuar duit skit .. Heeeee..

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

 

Mula mula ke tempat biasa Qhaliff gunting rambut di Alamanda .. Tapi saloon tu terpaksa menolak untuk gunting rambut baby sebab ada kes ..

Hurm… kena gunting gak ni.. Kalau aku buat , aku mesin sampai botak jer.. Tapi wife tak kasi .. Heee… Cukur je ? Er , panjang nak bahas part ni .. Maka gunting skit skit je dulu..

Aku ingatkan Zahra lain dari Qhaliff.. Tapi ? Tapi ? Hehehe.. Jangan gunting rambut anak ketika mereka mengantuk .. heee…

Kan dah meraung ! Tapi teruskan je gunting rambut dia.. Touch up skit skit jer.. Tak sempat nak kasi pendek abis .. huhhuh… Sian dia tengok dia meraung bersungguh sungguh ..

Dan hasilnya …

Haaa…. tu dia… Kecik rupanya kepala Zahra ni .. heeee…

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

Ikut daddy ? Rasanya ramai je masa kecik kecik dulu , suka mengigit apa jua barang yang boleh digigit ! Kan ? Haaa.. Kalau nak salahkan anak bila dia gigit barang berharga kita , kita tak leh la nak marah dia walaupun menda tu kita sayang .. Salahkan diri sendiri sbb letak merata rata .

Yer.. aku sendiri dah kena ! Cermin mata yang baru buat , Qhaliff dah ‘kekah’ ! Dah la tu.. dia kangkangkan secukup rasa bingkai tu.. ditambah lagi dengan gigitan cinta lagi di bingkai tu ! Menjadikan ianya bahan kenangan untuk aku bawa ke Paris nanti ! Huhuh…

Bagi makan aiskrim … pon dia ‘kekah’ sudu tu haaa.. Aiskrim tak abis jugak !

Acaner tu ??? Haihhhh…. Kekadang , bahu aku pun dia baham ! Aiyokkk….

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

Bila dapat email pengesahan , aku rasa cam nak pengsan ! Maunya tidak .. hanya 3 blogger terpilih ikut sama ! Perghhh.. Jap , nak pengsan.. tak tahan dah dok tahan dari tadi !

Ok.. dah sedar dah ! Apa aktiviti kat sana ? Yang pastinya , aku akan melawat kilang AirBus ! Perghhhh… Tahukah anda , aku mmg idamkan nak masuk kilang dan tengok sendiri semua ni dari kaca mata aku sendiri ?? Berapa banyak aku daaa.. heeee..

Alhamdulillah.. impian jadi kenyataan.. Cuma , yang jadi masalah aku ialah Qhaliff dan Zahra .. Hurm.. Boleh ke aku nak tinggalkan mereka jauh jauh jauh gitu .. nak contact pon nanti tak tau camana .. Hurm… Harap ada wifi percuma kat hotel nanti ! Kalau kena bayar , over bajet aku nanti .. huhu.. Gi nak bekerja .. bukan shopping maaa..

Alhamdulillah.. sakit mata diorang pon dah beransur kurang.. Aku dah cegah awal awal dengan mandi air halia ( terima kasih atas petua tu ) , dan air susu ibu .. Heee.. Harapnya tak naik la merah tu dah..

Hurm.. banyak benda nak kena beli ni utk bawak ke sana ! Yang penting , charger mata dua yang lain dari kita guna ! Kalau tak bawak ni , mau meraung aku woiii !! Nak charge camana .. Nak beli kat sana ? Perghhh… bajet bajet woiii !!!

Haaa.. Yang pastinya , aku berada di tempat yang betul utk pakai snow cap ! Hahahahaha !!!

Share
Tweet
Pin
Share
12 comments

 

“ Amik la apa saja ? Daddy bayar ! Tak nak order , daddy orderkan eh ? Nak ? Pizza , nasi mandy , air limau , air milo ais , apa lagi Qhaliff nak ? Haaa.. Roti nan cheese nak ? Haaaa … “.

 

Dia diam je.. Orang kata , diam tu tanda setuju .. Maka aku order je la.. Wife bayarkan pastu ..

Tak nak makan ? Ok la.. Daddy makan semua yer ? Nanti daddy belikan biskut Tiger yer ? Biskut Tiger , Nestle punya ke ?? Kena boikot ni… Daddy beli roti canai je la yer ?

Sian.. Budak kalau tak sihat , mmg tak de selera .. Nak tak nak , bapak dia yang tengah berselera gajah tu la yang makan kan .. Haihhh…

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

Hurm.. Dua program besar hujung minggu ni dan awal minggu depan ! Apakah aku terpaksa batalkan ? Hurmm…

Zahra semakin ok cuma selsema pulak .. Qhaliff , masalah dia .. payah nak titik ubat ke dalam mata dia .. Confirm menangis kaw kaw.. Tu yang demam tu.. semalam menangis bersungguh masa aku nak letak ubat mata dia tu ..

Kalau tak baik gak diorang ni sebelum Khamis , mmg aku tak gi la ..

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

Aku post ke FaceBook semalam selepas aku membelinya pada hari Sabtu lepas. Beli Jumaat malam , Sabtu tengahari aku dapat ! Bayar masa terima barang .. Best kan ? Weee.. Murah woo !! Aku tengok kat kedai fitness , harganya malatops skit .. Saja nak try ..

Memula pasang , aku ingat aku dah salah beli ! Tak leh nak sangkut sebab pintu bilik tu terlalu mencecah ke lantai ! Camana nak selak masuk ????

Aku test ke guna pintu tandas.. ok !! Waahhh .. Masa untuk bersenam !! Tapi , aku masih terngiang ngiang ngan kelogikan menda alah ni .. Takkan tak leh guna pintu bilik ??? Hurmmm ..

Aku belek balik web Nile yang aku beli barang ni .. Mesti ada manual dia atau bagitau cara nak pasang yang sebetulnya ! Hehehehe… Selepas membelek beberapa keping gambar , baru aku sedar ! Hahahaha .. Apa punya turrr daaa aku nih !! Haihh.. Menda senang pon tak leh pikiaq kaa ??? Aiyookkk..

Kalau tak leh selit , maka soronglah dari tepi tu haaaaa .. Dari tepi masuk terus ke dalam !!

image

Haaa… Dari hujung daun pintu tu.. selit je la masuk ! Selesai masalah dunia ! Perghhh… Bila dah boleh buat gitu , maka … mmg best la bersenam guna menda alah ni ! Jangan risau , diorang bagi langkah langkah yang boleh digunakan dengan menda ni .. Hehehehe …

Harga ? Mampu beli aihhhh… RM166 je pon .. Maka dengan ini … dengan ini , dengan ini …. aku leh bercuti dari gi gym untuk beberapa bulan hinggalah , Zahra besar sedikit .. hehhehe ..

Aktiviti cuba menyelamatkan perut menjadi berlemak lemak ! Heee.. Jaga kesihatan …. Oh ya .. kat mana beli eh ? Rujuk kat 10 jenis alatan gym di rumah berbaloi untuk dimiliki ! ni ..

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

“ Ben , kenapa blog saya takde orang masuk baca yer ? “.

“ Kak , bagi link .. bagi saya masuk siasat ! Kot la ada orang letak jin ke… haaa ! “.

Aku gurau jer .. Takkan la ada orang sanggup main kotor gitu kan ? Blog je pon ??? Kan kan ? Hurm..

 

Setelah aku melihat blognya .. aku tersenyum ..

 

“ Akak mmg nak meniaga online je ke ? Jadi blog ni mmg dibuat khas untuk promosi bisnis akak je ke ? “.

“ Aaah.. Camana nak dapat pembeli yer  ?” .

Hurm.. panjang cerita ni ! Kalau nak duduk berborak berkongsi pengalaman , mau sampai ke malam tak abis !!

 

“ Ginilah kak .. Ini pengalaman saya dan juga cara saya. Lain orang , lain caranya.. “

Bila nak meniaga online ni , saya akan membeli barang pada kenalan yang yakin kejujuran dan kesungguhannya bila berniaga ! Sebelum dan selepas !

Ada cara nak mengetahui dan mengujinya .. Yang pertama , google dulu nama fan pagenya dan juga blognya .. Dari situ kita leh dapat review atau sebarang info mengenai produk mahupun si penjual ..

Camana nak mengujinya ? Tanya la macam macam pada dia.. Tengok camana dia menjawab… Memang la penjual akan pening kepala dengan karenah pelanggan gini tapi kena la ingat yer.. Kita yang berniaga ni , segala duit masuk adalah dari mereka ! Jadi mereka ada hak untuk tanya macam macam ! Sakit hati tu mmg ada tapi kena la tahan dan bersikap profesional ..

Kemudian .. aku akan tengok blognya.. Apakah 100% pasal bisnisnya ? Atau dia ada blog lain selain tu ? Kalau ada , nak tau gak apa ceritanya.. Aku lebih suka peniaga yang menceritakan hal hal personal di blognya. Dari situ , kita akan tau camana orangnya !

Ada yang tak suka tapi bagi aku , bila mengetaui sapa blogger tu , aku boleh promotekan pada rakan yang lain ! Pastinya rakan rakan kita akan tanya macam macam pada kita mengenai blogger blogonline tu.. Dan kita dah sedia dengan jawapan bagi setiap persoalan kerana dah kenal pon dia walaupun di dunia maya !

Sebaiknya , buatlah dua blog ! Satu lifestyle dan satu lagi bisnis ! Pastu linkkan !!! Atau kalau malas , satu blog pon ok dah.. Yang penting , jgn cerita 100% palal bisnis di dalam tu ! Kena la pandai tackle !!

Contohnya ? Cerita pasal anak kita dalam 2 perenggan pastu kita promote produk kita satu perenggan sebelum sambung update blog ! Haaa..

Atau .. dalam 3 entri sehari , salah satu entri tu kita up pasal produk kita secara santai ! Haaaa.. Mesti boleh punya ! Ini sebagai permulaan utk mendapatkan pembaca setia ..

Pastu kan…. jangan la tanam pokok hari ni , esok dah harap berbuah ! Kalau nak pantas gitu , tanam kacang hijau ! Esok lusa pasti dah dapat hasilnya ! Haaaa ..

Aku permudahkan yer .. Dalam blog tu , jangan 100% cerita pasal bisnis melainkan dah buat dua blog berbeza kemudian linkkannya ! Dan satu lg , pastikan Facebook atau media social yang lain aktif .. Tak aktif pon , gi beraktiviti di FB orang lain pon ok dah ! Asalkan dapat menviralkan nama dan produk anda melalui NAMA dan GAMBAR di profile anda ..

Share
Tweet
Pin
Share
11 comments

 

Hurm…  Mata kiri yang awalnya kena tu dah makin ok.. Tapi mata kanan , semakin naik merahnya. Susu ibu dah letak .. ada jugak la kurangnya tapi camana pun , kena dapatkan rawatan dari pakar gak .. Alang alang ada klinik kad , baik gi kan ? Apa guna dah bayar ..

Keluar dalam kul 10 pagi gitu dengan harapan klinik tak ramai orang .. Destinasi , klinik An Nur yang jadi panel klinik kad Zahra.. Bila sampai sana , wife ngan Zahra turun dulu.. diikuti Qhaliff… Dia awal awal lagi nak turun dari kereta.. Hurm.. Aku sorang je dalam kereta. Memerhati tindak tanduk Qhaliff di dalam klinik , bermain dengan rakan sebaya. Risau jer aku dengan perangai Qhaliff.. Ringan je tangan dia tu.. Bukan ringan tulang yer.. ringan tangan ! Kang ada budak meraung dalam tu.. Haish…

Tak lama kemudian , wife masuk ke bilik doktor.. 5 minit selepas tu .. dia keluar.. dan dapatkan ubat untuk Zahra. Hurm.. Pastu dia kembali ke kereta ..

“ Klinik An Nur tak cover dah klinik kad .. Diorang dah batalkan .. “

“ Hurm… Tanya Ady nanti .. “ .

“ Dah .. nanti dia whatsapp utk beritahu info .. “ .

Yup… sememangnya Klinik An Nur / Dr.Maria bukan lagi panel sejak Mei 2014 hari tu.. Hurm… Nak tak nak kena bayar RM41. Salah sendiri sebab tak check dulu panel .. Hurmm..

Zahra , doktor kata kalau tiada perubahan dalam 3 hari .. kena gi jumpa pakar.. Harapnya ada perubahan sebab nak gi Sedenak Sabtu ni.. huuhu ..

Dan Qhaliff .. kalau bermain dengan budak perempuan , aku tak risau sangat sbb dia tak berminat nak bermain dengan budak perempuan cuma .. aku risau dia akan menolak budak tu ! Dia nak bermain tapi tak dilayan ! Hahahha.. Tu marah kot ? Nak tak nak , kena angkut dia sebelum dia meroyan ! Hurm…

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

 

Bila mereka kelaparan , inilah harga yang perlu dibayar ! Salah sapa ??? Salahkan diri sendiri..

Lambat sangat nak gi makan.. Nak bagitau lapar sangat , tak reti lagi.. Jadi buat bahasa badan je la.. Sayangnya , tak perasan pon dia lepaskan geramnya kat stroller mahal ni !! Mahal ok !! Aku tak beli , tapi disponsor.. hehehe.. Tapi serius mahal ! Rasanya masa keluar ni , RM3999 .. ke 2999 ? Tak hengat lak … Mahal la kan ? Haaa…

Mahal camana pon , anak dah baham ! Automatik jadi murah dohhhh… Huk alohhh …

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

Bukanlah aku ajak boikot atau anti mana mana telekomunikasi dalam negara ni tapi kita sebagai pengguna kena bijak memilih dah memandangkan dah ada banyak operator telekomunikasi ni ..

Sepatutnya , di zaman ni … tiada lagi dah main kuota kuota ni ! Apa yang sepatutnya mereka tawarkan ialah pakej kelajuan ! Nak begini , berapa .. nak begitu berapa .. Yang penting , UNLIMITED !

Macam sekarang aku guna ni .. RM88 untuk pakej 20GB sebulan ! 1Gb berapa lama sangat boleh pakai skang ni ? Dengan hp yang semakin canggih .. app yang semakin bersepah , pastinya sekejap je selesai 1GB tu ..

Menariknya  utk pakej aku tu , pecahan dibuat untuk pakej ni .. Atas jam 2 pagi , boleh guna sebanyak 15GB ! Sehingga jam 8 pagi.. Pastu  boleh guna baki iaitu 5GB ! Haih.. ni zaman apa ni ??? Sepatutnya ini zaman segalanya tiada lagi batasan. Pengguna bayar ! Bukan guna free..

Maka , aku dengan ini akan menutup Maxis Broadband dan beralih arah pada penggunaan yang lama dah aku tunggu ! Serius , aku sangat berpuashati ! Siap leh kongsi dengan 2 lagi hp dan smart tv !!

Kalau tempat tu ada 4GLTE , maka … telefon pintar akan laju banget !!

Photo

Maka , segalanya di tangan kita .. Tiba masa untuk mereka buktikan perkhidmatan mereka berbaloi untuk dilanggani !

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (13)
    • ▼  Jun 2026 (1)
      • Cara nak kurus cepat !
    • ►  Mei 2026 (2)
    • ►  April 2026 (2)
    • ►  Mac 2026 (2)
    • ►  Februari 2026 (3)
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (171)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (16)
    • ►  Julai 2023 (14)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes