BEN ASHAARI



 

Hahahaha .. Youtube tak leh pasang dah ! Tak leh nak layan ABC dan Ultraman dia .. Terus terkedu.. Dia bagi aku.. Aku kata dah tak boleh .. Haaaa haaa !!  Terus dia bosan …  Tak tau nak wat apa ! Maka pilihan permainan dia ialah , guling guling …

Bila kawan aku dah tolong settlekan .. dan dia … kembali …

Anti sosial ???

Share
Tweet
Pin
Share
11 comments

 

Wife aku cerita kat aku satu perbualan yang dia terdengar ketika sedang membeli barangan di sebuah kedai .. Melibatkan seorang pekerja kedai dengan penduduk taman perumahan di situ..


" Kak , kalau ada kenalan yang janda , rekemen la kat saya.. Hehehe.. "


" Eh , kamu ni .. anak dara kan ramai .. Kenapa nak janda lak ? "
" Ala kak.. anak dara sekarang , lom tentu dara.. Hantaran dah la mahal.. Tu pon belum tentu tau buat kerja .. Kita pulak nak kena ajar nanti. ".

Aku cuma mampu tersenyum..

Aku paham maksud pekedai tu. Dulu pon aku berfikiran gitu. Yelah , dengan gaji kerja gitu.. nak himpun pastu nikah.. Hantaran bukannya murah sekarang ni. Tu belum masuk part belanja kawin lagi..

Tapi bila bab buat kerja , tak tau apa apa pun ! Last last suami kena ajar balik ! Ada lelaki tak suka ! Ada lelaki tak kisah pon nak ajar. Lelaki yang  tak suka , baik kawin dengan janda jer. Tak yah nak ajar apa apa pun. Serba serbi dah tau apa nak dia buat.

Ok , fine.. tak perlu nak bertekak dengan aku.. Aku paham maksud korang dan aku paham maksud dia .. Pendapat aku mudah jer.. Anak dara ni , dari kecil lagi patut rajin rajin bantu ibu di dapur ! Belajar dengan ibu soal urus rumah tangga ! Bila ada ilmu ni , lelaki tak boleh nak ‘tembak’ dah  part ni ! Kan ? Tak perlu ego ..

Aku dulu camana ? Wife aku dulu cuma ala kadar je part pandai memasak ni tapi dia belajar sedikit demi sedikit dan aku pun tak kisah sangat part makan. Asal makan kenyang dah la..

Anak dara atau janda .. dua dua ada kelebihan. Zaman ni , janda makin bijak berhias .. Kalah anak dara ! Dah la part rumahtangga, mereka berpengalaman !  AAhaaa.. anak dara perlu lebih selangkah di hadapan untuk pastikan calon pilihan hatinya tidak berkata padanya nanti ..

“ Baik kawin je ngan janda macam ni .. “ .

Haaa…. inilah realiti sebenarnya.. Ramai je kawan aku , kawin dengan janda. Maksudnya , anak teruna akan memilih janda sebagai teman hidupnya..

Wahai anak dara , belajar tinggi saja tak cukup kalau part dapur tak reti apa apa ..

Mampu senyum je aku..

Share
Tweet
Pin
Share
14 comments

 

Dapat jugak akhirnya kad PRUClinic Qhaliff ni .. Agen kami , En. Addy yg senantiasa pantas memberi respon tiap kali aku atau wife ada pertanyaan mengenai insuran.

Baru baru ni , masa Qhaliff tak sihat , aku bawak Qhaliff ke klinik Medivron , Nilai .. salah satu panel PruClinic Care , ditemani En.Addy. Masa tu kad ni lom dapat walaupun dah didaftar. Dia uruskan part pembayaran dengan mengatakan Qhaliff adalah pemegang PruClinic.

Alhmdulillah.. settle.. tak perlu bayar dah.. Kalau nak bayar , Rasanya dekat RM30 la gak.. Hurm..

Berbaloikah amik PruClinic ni ?? Ada yang kata , baik gi hospital kerajaan jer.. Ok , fine … memang betul pon .. murah tapi nak kata cepat tu.. hurmmm .. Rasanya , kalau sakit demam selsema batuk tu , baik gi klinik swasta je dulu.. kan ? Kalau tak sihat jugak pastu baru gi klinik kerajaan.

Teringat satu kes .. Kawan ni , gi klinik kerajaan.. anaknya tak sihat. Batuk batuk gitu laa.. Doktor yang rawat kata , batuk biasa jer.. Kawan ni tak puashati lalu gi klinik swasta lak.. Di sana ,pemeriksaan rapi dibuat dan doktor telah mengesan ada jangkitan di paru parunya .

Bagi aku , bab kesihatan melibatkan anak ni terutamanya.. kena bersungguh sungguh. Jangan pandang sipi sipi jer.. Kalau tak sihat tu , dapatkan sekurangnya dua pendapat perubatan.. Kerajaan dan swata bila anak masih tak sembuh lagi .. Macam macam penyakit muncul sekarang ni .. Sian budak budak .. hurm…

Berbaloikah amik pakej ni ?

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

Buat masa ni aku guna Sony Xperia Z2 dan Sony Alpha a5000 aku dah lingkup ! Dalam kepala aku hanya dua benda ni je aku nak beli.. Kalau aku beli Z3 , Z2 ni aku bagi kat wife ! Kenapa nak beli Z3 lak ?? Er …. kenapa eh ? Sebab kualiti low light dia .. Ahaaa .. Maklumlah , suka amik gambar di mana mana saja ..

Dah tu , kenapa tak beli Sony Alpha 5100 je ? Kan harga lebih kurang je ? Hurmmm…. banyak sangat gadget nak bawak ! Itu ini nak kena bawak.. Kan nanti jadi macam kamera lama.. Tergolek dok ke lantai ! Terkedu terus aku dan Qhaliff… huuhu ..

Ada banyak perbezaan berbanding dengan yang lama .. Huhuhuh.. Dan dan eh ? Hehehehe.. Selfie pon cun wooo pakai ni … Ni nanti nak masuk Taman Negara , kena pakai kamera mcm ni.. Nak snap pon laju.. Kualiti gambar pon dipertingkatkan dah ..

Hurm.. maka.. nak amik mana satu ni ??? Haih.. pening ! Perlu sbb aku pakai ke sana sini ..

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

Kids SoCun menerima tempahan baju kurung kanak-kanak, gaun kanak-kanak, Jubah kanak-kanak, simple dress berlengan pendek untuk kanak-kanak dan kaftan kanak-kanak.

Kids SoCun menerima tempahan baju kurung kanak-kanak, gaun kanak-kanak, Jubah kanak-kanak, simple dress berlengan pendek untuk kanak-kanak dan kaftan kanak-kanak.

clip_image002

clip_image004

clip_image006

clip_image008

Kami menerima order setiap masa, kami hanya akan tutup tempahan sekiranya tempahan sudah penuh. Kami juga menerima tempahan jahitan butang comel pada baju anak anda.

Kami akan datangkan pelbagai lagi design comel untuk kanak-kanak dari masa ke semasa.

Silalah melayari dan like page FACEBOOK kami : Baju Bayi dan Kanak-kanak – Kids SoCun

INSTAGRAM : kids_socun_wfs

Whatsapp : 012-4843463

Msg : 012-4636750

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

 

Puashati pakai ! Kalau guna yang jenama XYZ , confirm masih melekat dan terasa .. hurm… macam masih dilekati dek sabun walaupun dah cuci dengan sebersihnya ! Hurmm..

Aku ada 2-3 pencuci muka dan kekadang pakai wife punya.. Hanya yang ni saja aku puashati ! Rasa bersih muka.. Aku yang rasa yer.. orang lain , aku tak pasti ..

image

Ada banyak produk dari Cosmoderm , aku berkenan.. Harga ? Aku rasa tak la mahal mana pon.. berbaloi la dengan produknya .. Bersih dan puashati !

Nak beli mana ? Er… er…. farmasi ada jual rasanya ..heee..

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

Legaaa ! Dua dua bangun awal pagi.. Kena settle sorang sorang .. Yang penting Zahra. Lepas dia mandi , baru dia boleh tidur semula .. hehehe..

Yg abang .. hurnmm… Nak main dulu.. Layan tab sat.. Nak bagi dia tidur ? Tak payah..dia akan tidur sendiri.. hehehe …

Photo: Ahhh.. Baru leh wat ketok ketampi 13 kali..

Bila dua dua  tidur , daddy dapat buat kerja ! Jemur baju dah… Makan ? Hurm… lom.. update blog dulu .. huhu.. Inilah dia , kerja sebagai blogger sepenuh masa ..

Anak depan mata ..best ! Tapi rasanya si abang dah boleh gi antar ke sekolah.. Nak sangat belajar dah tu.. hurmm..

Share
Tweet
Pin
Share
11 comments

 

Hurm… Ingat lagi masa aku belajar dulu.. Soalan bocor ni , lama dah wujud.. Cuma masa tu takde internet jer ! Maaf cakap la yer .. dah lama ! Naik bosan dah dengar .. Aku sendiri malas nak amik tau pasal soalan bocor ! Kenapa ? Aku belajar bukan untuk lulus peperiksaan ! Aku belajar kerana aku perlukan ilmu untuk aku bersaing di atas dunia ini dan juga untuk akhirat ! Kalau aku belajar untuk lulus peperiksaan , aku akan jadi seperti robot !

Cemerlang atau tidak , segalanya bergantung pada aku sendiri .. Yang penting bagaimana aku akan memanfaatkan ilmu tu nanti ! Apa yang berlaku sekarang ni , ramai yang bertungkus lumus untuk cemerlang dalam peperiksaan tapi gagal menggunakan ilmu tersebut di dunia realiti ! Sebaiknya orang kata .. ‘study smart’ dari ‘study hard’ !

Sebab tu .. ada pelajar tertekan bila kena duduki semula peperiksaan setelah dapati soalan bocor hingga ‘air melimpah’ keluar dari kertas soalan tuu .. Haaa..

Ke anak tak stess tapi mak ayah yang stress ? Hahaha.. ok la.. aku tak leh nak kata apa sebab anak anak aku kecik lagi.. Sebaiknya , elakkan stress perkara yang tak penting .. Kita ni , dapat tekanan perasaan sebab dok fikir perkara yang boleh .. hurmm.. diselesaikan dengan mudah..

REDHA… kalau kita dah sedia .. ulang la banyak kali mana pon , inshaAllah kita akan dapat menjawabnya.. sebab kita ada otak dan ilmu itu ada di dalamnya !

Photo

Aku belajar bukan untuk lulus periksa tapi untuk manfaatkan ilmu tersebut !

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

Hari kedua .. Hari pertama baca dah kan ? Kalau belum , sila gi baca .. Tak baca , rugi laaa.. sebab pengalaman yang best gitu ! Sama best gi Paris haaa.. heee.. 

Hari kedua ni , bermula dengan agak slow pada aku .. Satu kejadian yang berlaku , telah mematahkan semangat aku untuk terus beriadah dengan kawan kawan seperjuangan ..

Apa kes ??? Kamera aku tu…. tau kan ? Jatuh sewaktu aku nak dukung Qhaliff turun dari tangga .. Huhuu … Entah camana , terkeluar dari porch bag aku.. Silap aku la lupa nak zip..

Pastu , mmg aku terus tak keluar dari rumah.. Kasi cool down jap ! Tenangkan jiwa.. Mood mmg lebur laa .. Selepas tenangkan diri , baru gi lepak ngan kawan kawan.. Masa tu , sukaneka pon abis dah… Kalau nak baca pasal aktiviti pagi tu , leh baca di blog Emas Putih dan Yanty

Aku sempat lepak layan diorang berkayak dan berbot di tasik. Qhaliff pon naik bot ! Hahahaha.. suka dia.. Bila tunjuk gambar ni , senyum je dia.. huhu ..

Photo: Aktiviti bersama anak anak..

#Agrofarmstay #kelabbloggerbenashaari

Sambil layan diorang naik bot , ada yang gi makan pisang goreng dan kopi panas ! Perghhh .. menyelerakan !!

Dan sebelah malam adalah malam yang meninggalkan seribu kenangan ! Hahahaha … Selepas berbbq kami semua berkaraoke ! Serius.. bilik karaoke diorang yang cool tu membuatkan aku hilang akan lalu mengeluarkan segala skill yang ada ! Huhu ..

 

Hurm.. Baru nak naik giler , ‘mak tiri’ blogger dah halau balik ! Huhu…. Baru nak layan rock kapak.. Hurmmm..

Mengenangkan esok nak balik , aku terus bosan ! Hahahaha.. Aku kat sini , mmg hilang tensen ! Walaupun kamera rosak , rasa berbaloi sangat abiskan cuti 2 hari di sini .. Tenang ….

Sebarang pertanyaan atau nak tempah , sila rujuk ..

Web AgrofarmStay : http://www.agrofarmstay.my

Facebook : https://www.facebook.com/agrofarmstay

Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

 

Entah tiba tiba dia mengemari ayam goreng ! Sebelum tu , tengok pon dia tak lalu ! Tiba tiba … selepas demam terus jadi antu ayam.. sama cam bapak dia ! Hurmm..

Tadi gi makan di Kenny Rogers… Amik setengah ekor untuk aku.. Memandangkan dia pon dah jadi antu ayam , setengah ekor tu dah tak cukup untuk aku seorang makan !! Biasanya ok jer… tapi tadi , dah kongsi dengan Qhaliff.. tak pasal pasal tak cukup.. hahaha..

Anak punya pasal.. makan laaaa.. Daddy tak kenyang pon tak peee.. Asal anak kenyang..

Dalam kereta… dia lena siap berdengkur.. sian… lapar rupanya ..

Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

 

Ray Ban !!

Terus terang aku katakan , memang sedap pakai Ray Ban ni. Berbeza dengan cermin mata hitam yang pernah aku gunakan satu tika dulu. Ray Ban Aviator yang aku pakai ni , ringan tapi mantap ! Terletak je kat batang hidung tu !

Aku pakai sewaktu memandu. Jelas dan tidak lagi aku punya masalah silau bila memakai cermin polarize ni.. Memang best jer .. Sedap jer rasa.. Kalau boleh , nak tidur pon pakai.. Hahahaha…

Kawan aku ada gak .. sebijik aku punya. Aku tanya harga masa dia beli spek tu.. Katanya RM1k lebih.. Tapi lama dah tuuu namun harganya masih lagi di tahap ‘nak beli kena pikir panjang’ melainkan bukan original !

Bahaya beli bukan original ni terutama part cermin tu.. Mata boleh rosak yer kawan kawan.. Jangan cari pasal nooo .. huhu… Biar rugi skit dari rugi banyak..

Sewaktu aku tunjukkan cermin mata ni kat ayah aku , dia berkenan jugak. Katanya lama dah dia minat jenis ni.Dia suruh aku belikan satu. Tanya harga dan kat mana aku beli .. Aku bagitau la aku beli GlassesOnline. Ada banyak pilihan kat situ selain Ray Ban.. seperti Oakley , Prada , Persol ,Carrera ,Super , Gucci ,Emporio Armani ,Maui Jim ,Tom Ford ,Police  dan banyak lagi !! Kena belanja dia satu la jawabnya.. heee ..

Gi la tengok dulu.. kot kot ada yang berkenan di hati.. Apa salahnya kalah membeli tapi menang memakai ! Maksud , keselesaan dan kelebihan menggunakan cermin mata hitam yang ‘betul’ ni.

Share
Tweet
Pin
Share
12 comments

 

Ni la jadinya pada aku bila dah dapat mic ! Bayangkan depan juri pemilihan  ? Perghh… Menangis juri tengok aku buat persembahan lupa diri macam ni haa ..

Video aku berkaraoke ni ada .. Kalau nak tengok , mmg tak dapat .. Aku dah deal dengan syarikat rakaman untuk mereka edarkan secara khas pada yang berminat membelinya dengan harga tertinggi. Setakat ni , ada 10 individu nak beli dengan harga melebih RM500K .. Aku tak terkejut pon.. Memang dalam jangkaan aku. Dan berharap akan cecah RM1 juta tak lama lagi.. Hurmm..Harap tak dicetak rompak la..

Poyo kan ? Hahaha.. Aku gurau jer. Ni kes naik giler ari tu.. hahaha.. Gara gara dah syok berkaraoke lagu rock kapak.. huhu .. Best best !! Kenangan indah di Agrofarmstay Resort di Melaka.

Share
Tweet
Pin
Share
15 comments

 

Ololooo.. dia ke yang pakai sendiri ??? Huhuh… tak pe tak peee… nak belajar.. gini la adatnya.. kan kan ? Hehehehe ..

Ok laa.. bukan dia yang pakai.. tapi daddy dia yang sarungkan.. Heeee.. Apa nak buat ? Dah mata pandang tempat lain , tangan kat tempat lain.. jadi gini la.. heeee…

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

Berbulan berbincang untuk merealisasikan program Bloggers Day ni. Mencari masa yang sesuai memandangkan Agrofarmstay yang terletak di Durian Tunggal , Melaka ni sering dipenuhi dengan tetamu.

Dan , Alhamdulillah .. Jumaat lepas ( 19/09/2014 ), sejarah terukir buat kali pertama .Team blogger #bloggerbenashaari serta beberapa blogger lain seperti Eriqazz dan Miera sekeluarga berjaya berkumpul di Agrofarmstay ini , berjaya dikumpulkan untuk beriadah , beraktiviti , bertukar pendapat di sini !

Adeh.. apahal aku macam buat report je ni ??? Hahahaha .. Ok ok .. Nak dijadikan cerita .. sampai sampai sana … oh , lupa lak.. Nak ke sana , sila masuk ikut UteM.. sat je sampai ! Haaaa … Masuk ikut tol Ayer Keroh tu , pastu belok kiri.. Jangan masuk dalam Phileo tu.. Tu lain resort dah tu.. hehehe.. Terus menghala ke UteM.. Atau celah je terus ke Durian Tunggal.. Dah kira dekat dah tu.. Alamat penuh ? Niii..  Lot 453 , Batu 13 , Jalan Tebong Machap  , 76100 , Durian Tunggal

Ok ok … Sampai je situ , perkara pertama yang aku akan lihat ialah swimming pool ! Kalau ada , Qhaliff akan jadi orang ke 9 seronok di sana ! No 1-8 , aku laa.. heeee ..

Ok adaaaa… Lepas tu , jumpa En.Bari .. selaku pengurus Program Bloggers Day ni .. Muda lagi orangnya.. heee.. Komited dan bersungguh sungguh.. Bagus baguss..

Rupanya , aku bukan orang pertama sampai.. Ada dah beberapa orang blogger #kelabbloggerbenashaari yang dah sampai. Amboiii.. Ceria benar mereka !

Kitorang menginap di villa ! Tu diaaa… Villa ni ada 7 bilik besar ! Bermakna , ramai akan menginap dalam ni .. Heheheh.. Best best ! Baru seronok kan ?

Lepas check in .. bersuai kenal dengan blogger lain yang dah lama kenal , maka masa untuk sessi ‘pecahkan ais’. Best sessi ni.. hahaha.. Adeh… Seronok Qhaliff..

En.Mat selaku orang besar di AgroFarmStay ni memulakan sessi suai kenal ni.. Orangnya amat peramah sekali. Begitu juga isterinya.

Dan aku… wakil bloggers diminta bagi cadangan bagaimana nak mempromosikan Agrofarmstay ni .. huhu ..

Selesai berucap.. makan time ! Heheheh.. Lapar dah woooo … Huhuh.. Dan makan malam , ditaja oleh Agrofarmstay.. Sedap sedap ! 

Makan tetap makan .. kerja tetap kerja ! Aku bagi pandangan aku pada En.Mat bagaimana kami bekerjasama membantu mana mana pihak yang ingin mendapatkan khidmat kami.. Maksud aku , kami tu ialah blogger #kelabbloggerbenashaari

Selesai makan .. semua blogger #kelabbloggerbenashaari ke vila utama untuk .. mesyuarat !! Nak brainstorming la kononnya .. hehehe ..

Jam 2 pagi.. semua bersurai.. dan masa untuk berehat ! Banyak tenaga nak pakai esok !

Untuk pertanyaan dan tempahan , sila rujuk ..

Web AgrofarmStay : http://www.agrofarmstay.my

Facebook : https://www.facebook.com/agrofarmstay

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

Masa jatuh ke tanah ari tu , aku harap sangat yang retak tu adalah Tempered Glass Screen Protector yang aku pasang ! Huhuhuh.. Kalau skrin yang pecah , maka aku dah kehilangan dua ‘Sony’ dalam masa satu hari ! Huhuhu..

Aku post gambar ni di Facebook .. Ramai kawan ingat skrin Sony Xperia Z2 aku ni pecah tapi tidak sebenarnya .. Dan pagi tadi , lepas check out dari Agrofarmstay Melaka tu , terus aku ke Low Yatt Plaza. Tujuan nak beli tempered glass yang baru ! Retakan tu boleh merbahaya pada jari kalau dibiarkan. Kena pantas sebelum ada yg cedera..

Di Low Yatt , aku kena cari betul betul .. sebab ada kedai memang akan tekan kaw kaw harganya ! Aku dah kena dahhhh .. Hari tu beli , RM100 .. dan tadi , aku dapat cuma RM39 !! Aku rasa boleh dapat lagi murah dari tuuu ! Hurmmm .. Tapi sebab dok mengejar Qhaliff yg asyik nak meronta nak turun , maka aku malas nak cari lagi.. Terus je beli..

Tapi sebenarnya kalau rajin survey online , boleh dapat lagi murah ! Pasang sendiri jer.. bukan susah pon.. Korang yang lom pakai lagi , aku nasihatkan gunakan tempered glass screen protector ni ..

Share
Tweet
Pin
Share
13 comments

 

Hurmmm … Ada sorang rakan blogger meminta nasihat dari aku melalui private message di Facebook..

“ Ada satu produk review ni dah seminggu post kat blog.tp orgnya x sebut nak bayar pun lg. bg no account pun dia x reply.. buat x tau jer. nak kata dia x online.Hari2 nampak ada je update kat FB.tayang keta la.. tayang beg la..x kan tak dapat mesej sy kot . “.

Dan kes yang sama , berlaku juga pada ‘jiran’ aku , Mat Gebu .. kerja dah buat tapi bila part payment , terus senyap sunyi ! Email dah bagi.. Sms dah send. Whatsapp dah dihantar.. Namun tiada jawapan ! Apa cerita ?

Aku pon baru kena baru baru ni ! Beratus la jugak ! Perghhh.. cam ni punya manusia pon ada !! Mula mula deal nak letak banner ! Dah bagi harga . Setuju. Pastu dia kasi banner , aku up. Dia kata nak bayar hari Isni. Tetapi tak dapat sebab bank problem. Aku kata tak pe la.. Esok lusa je la.. Takkan nak paksa kan ? Esok lusa .. terus senyap !!! Aku send email pon takde balasan ! Nak pk positif , aku rasa mungkin dia dah meninggal dunia ? Mana tau diserang penyakit merbahaya.. Jadi aku halalkan je la..

Tapi kalau dia masih hidup dan membaca entri ni ..camana ? Hurmmm.. Aku tak kisah la korang nak menipu kami ni , blogger … Tapi ingatlah , korang pon hidup macam kami.. Nanti pon akan ditimbang segala amalan.. Dan bayangkan hutang dengan kami ni camana nak settle ? Hurmm .

Kalau takde duit , bagitau je laa.. Boleh bincang.. Kalau ada duit , jangan la kedekut ! Bayar je la.. Tak yah nak tahan tahan duit orang .. Keje dah buat .. dah pon selesai ! Bayar je laaa.. Apa masalah anda ??

Share
Tweet
Pin
Share
26 comments

Tadi kamera dslr Sony Alpha 5000 aku jatuh. Dan baru jap tadi , Sony Xperia Z2 aku jatuh !!!

Apakah ini tanda ?? Tandanya aku kena beli Alpha 5100 dan Z3 ???
Share
Tweet
Pin
Share
10 comments


Jatuh tangga !! Hurmmmmm... On , boleh tapi gi menu jer terus senyap.. Hurmm.. Tak sampai setahun pun pakai..
Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

Nak susu ? Dgn pantasss dia jawab ... " Nak, nak !!". Dia plan nak tidur dalam kereta !! Dan memang lenaaaaa..
Share
Tweet
Pin
Share
11 comments

 

Lama tak gi jumpa sahabat aka tokey Lava Grill , Razman Mamu ni .. Entah tetiba semalam , aku ajak wife gi restorannya yang terletak di Seri Kembangan . Teringin nak makan burger bakar kambing pon satu hal gak.. hehehehe ..

Sedap ! Ni bukan kali pertama gak la aku ke sana.. Dah banyak kali. Antara tujuan lain aku ke sana pon sebab nak bagi key chain yang aku beli di AirBus ari tu .. Aku bagi yang paling special sebab dia punya komen membuatkan aku betul betul nekad  pergi ke Perancis baru baru ni .. Dan aku ada satu sebab lagi.. Huhu… Cita cita dia tak jadi kenyataan jadi sekurangnya , sedikit cenderamata dari aku tu , mampu mengubat sedikit perasaan terkilannya tu..

Berbalik pada burger bakar Mamu ni .. Bagi aku rasanya seperti dulu.. maintain sedap ! Servis pon semakin laju sebab sekarang dia gunakan pekerja asing . Dulu guna pekerja tempatan tapi banyak ‘ songeh’ .. Ternyata banyak perubahan.. Alhamdulillah ..

Selain burger bakar di malam hari , siang harinya ada jual nasi bajet ! Menurutnya , nasi yang dijual berharga RM3.50 tu adalah lebih pada nak bantu pelajar UPM yang mana tak mampu atau bajet perbelanjaan.. Nasi campur pon ada dijual belah tengahari ni..

Apa pun mamu , selamat hari lahir .. semoga bisnis terus maju.. Dan dimurahkan lagi rezeki ..

Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

 

Tiba tiba aku ternampak satu garisan merah di pipi Zahra .. Aku pandang Qhaliff .. Dia nun jauh di tempat dia bermain ! Sambil makan roti telur

Hurmmm.. takkan dia kot ? Mesti dia lagi ni ! Dia dah cakar muka dia banyak kali dah .. Memang feveret dia kah ? Apakah dia rasa dengan rambut dia tu melayakkannya digelar wolverine ? Mana boleh ! Tu daddy punya gelaran tuuuu…

Hurmm.. ilang comel 2% ! Esok dah la nak gi family day kat melaka.. Blogger punya family day tuuuu .. hehehehe.. Kali pertama punya hari keluarga #kelabbloggerbenashaari… Harap harap berjalan dengan lancar.. heee…

Esok pakai bedak banyak banyak kat pipi tu.. Tapi petua orang , sapu je susu ibu kat pipi tu.. cepat je sembuh calar tu..

Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

 

Kalau bawak gi mall , mesti cari barang dia nak pegang .. makan … kasi tenang dulu , baru leh cari barang kita ..

Tapi bila dah kenyang dan tenang .. dia nak pulak panjat keluar dari troli ! Adehhh … Jenuh nak mengejar dia kalau turunkan.. Kalau tak turunkan ? Perghhh.. dia punnya buat karenah dalam tu.. kecik besar kecik besar jerrrrr kita tengok dia ..

Jangan bagi muka ? Babap je kaki tu eh ? Hurmmm.. ada gak.. pastu pujuk balik.. sian tengok muka dia nangis.. macam kehilangan mak ayah je rupa tangisan tu.. huhu ..

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

 

Akhirnya , KELAB BLOGGER BEN ASHAARI tertubuh dengan rasminya baru baru ini. Cuma takde la nak buat pelancaran bagai. Tapi , mana tau nanti kan ? Cuma tinggal satu lagi langkah saja untuk menjadikannya lebih realiti ! InshaAllah.. tu tugas aku tu.. Tugas yang aku cukuppppp malas dari dulu hingga sekarang ! Malas giler babas punyaaa ..

Kenapa dan mengapa aku nak tubuh kelab ni ? Apa kelebihannya ? Apakah blogger yg bernaung di bawah kelab ini akan dapat job ? Populariti ? Glamer ? Atau aku yang mendapat nama ???

Tak dinafikan , ramai berfikiran begitu. Berfikiran yang BEN ASHAARI laa yang akan popular ! Tapi kan , orang yg nak kata tu kan.. tak pikir ke yang BEN ASHAARI ni lama dah popular ? Maaf cakap laa.. aku bukan nak riak atau sombong mahupun berlagak.. Tapi dah banyak kali keluar majalah , surat khabar dan juga tv.. Malah turut dijadikan contoh di kelas kelas pengajaran blog !

Ikut hati aku , aku malas nak kembangkan kelab ni tetapi setelah ramai tanya aku macamana nak join kelab ni serta beraktiviti dengannya , maka atas inisiatif dan usaha rakan rakan yang berpengalaman , mereka jadikan impian ini satu realiti ! Aha.. macam AF lak.. hahaha ..

Aku tak kisah la apa orang nak kata pasal kelab ni .. Nak cakap buruk ke .. nak kutuk ke.. nak keji ke. nak puji ke.. Yang penting , aku tahu apa yang aku buat.. Dan syukur kepada Allah , beberapa blogger di dalamnya dah merasai perubahan dan berjaya memantapkan lagi semangat untuk terus berblog kerana sokongan dari rakan rakan seperjuangan yang bernaung di dalam kelab ni..

Kelab ni bukan kelab bermotifkan keuntungan ! Kelab ini tak amik yuran pendaftaran .. Kelab ni tak amik komisien atas setiap job yang diberi pada rakan blogger ! Kelab ni takde kontrak ! Kelab ni takde protege ! Kelab ni takde sifu ! Kelab ni takde otai ! Kelab ni takde retis ! Semua sama level dalam ni ! Kami saling bertukar ilmu , bersantai , bergurau senda dan memperbaiki segala kesilapan untuk menjadi lebih baik !

Kalau ada yang kata mereka yang buat kelab ni akan mengutamakan kroni , meh aku nak tanyaaa .. Kalau anda ada satu bisnis dan dapati ada rakan rakan anda yang layak mempromosikan bisnis tu , apakah anda akan beri pada dia atau nak cari orang di luar sana tu , yang mana anda pon tak tau disiplinya , ketulusan hatinya serta amanahnya bila melakukan kerja tersebut ? Memang ada .. ramai ! Tapi paling mudah dan cepat , cari rakan yang ada di depan mata yang kita sendiri dah nampak kelebihan dan kesungguhannya bila buat kerja .. kan ?

Dalam kelab ni dah ada lebih 50 blogger yang join group whatsapp dan Telegram .. Bukan semua nak kejar populariti , job dan sebagainya. Mereka hanyalah inginkan persahabatan. Seronok bila ke mana mana tempat , ada rakan blogger yang dikenali di situ dan berjumpa ..lepak minum gitu haaa ..

Akhir kata laa.. Kalau kita malas nak berkomuniti , kita tanya balik diri kita.. Kita malas ke atau sebenarnya , kita yang tak dipelawa ? Tunggu carpet merah depan rumah ? Jangan berlagak retis .. Tak perlu ego dan jangan jadi keyboard warrior .. Apa yang anda dah buat untuk menyatukan blogger ? Blogger perlu bersatu ke ? Tak pernah dengar pepatah , bersatu teguh bercerai roboh ? Takkan tak tau , solat berjemaah tu lebih baik dari sendirian ? Takkan nak beli pulau sebijik dan duduk sorang sorang ? Kalau tak nak berkomuniti , tutup je internet tu.. Layan game sorang sorang  ! Bila dah on internet , gi Facebook dan post status .. Bukankah dalam tu ada ramai kawan kawan .. Tu bukan komuniti ?

Kadang kadang , ego membuatkan kita nampak lebih kurang bijak dari mereka yang tak bijak .. Banyakkan istighfar ..

Share
Tweet
Pin
Share
40 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (13)
    • ▼  Jun 2026 (1)
      • Cara nak kurus cepat !
    • ►  Mei 2026 (2)
    • ►  April 2026 (2)
    • ►  Mac 2026 (2)
    • ►  Februari 2026 (3)
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (171)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (16)
    • ►  Julai 2023 (14)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes