Blogger #kelabbloggerbenashaari menyerang Agrofarmstay , Melaka !

 

Berbulan berbincang untuk merealisasikan program Bloggers Day ni. Mencari masa yang sesuai memandangkan Agrofarmstay yang terletak di Durian Tunggal , Melaka ni sering dipenuhi dengan tetamu.

Dan , Alhamdulillah .. Jumaat lepas ( 19/09/2014 ), sejarah terukir buat kali pertama .Team blogger #bloggerbenashaari serta beberapa blogger lain seperti Eriqazz dan Miera sekeluarga berjaya berkumpul di Agrofarmstay ini , berjaya dikumpulkan untuk beriadah , beraktiviti , bertukar pendapat di sini !

Adeh.. apahal aku macam buat report je ni ??? Hahahaha .. Ok ok .. Nak dijadikan cerita .. sampai sampai sana … oh , lupa lak.. Nak ke sana , sila masuk ikut UteM.. sat je sampai ! Haaaa … Masuk ikut tol Ayer Keroh tu , pastu belok kiri.. Jangan masuk dalam Phileo tu.. Tu lain resort dah tu.. hehehe.. Terus menghala ke UteM.. Atau celah je terus ke Durian Tunggal.. Dah kira dekat dah tu.. Alamat penuh ? Niii..  Lot 453 , Batu 13 , Jalan Tebong Machap  , 76100 , Durian Tunggal

Ok ok … Sampai je situ , perkara pertama yang aku akan lihat ialah swimming pool ! Kalau ada , Qhaliff akan jadi orang ke 9 seronok di sana ! No 1-8 , aku laa.. heeee ..

Ok adaaaa… Lepas tu , jumpa En.Bari .. selaku pengurus Program Bloggers Day ni .. Muda lagi orangnya.. heee.. Komited dan bersungguh sungguh.. Bagus baguss..

Rupanya , aku bukan orang pertama sampai.. Ada dah beberapa orang blogger #kelabbloggerbenashaari yang dah sampai. Amboiii.. Ceria benar mereka !

Kitorang menginap di villa ! Tu diaaa… Villa ni ada 7 bilik besar ! Bermakna , ramai akan menginap dalam ni .. Heheheh.. Best best ! Baru seronok kan ?

Lepas check in .. bersuai kenal dengan blogger lain yang dah lama kenal , maka masa untuk sessi ‘pecahkan ais’. Best sessi ni.. hahaha.. Adeh… Seronok Qhaliff..

En.Mat selaku orang besar di AgroFarmStay ni memulakan sessi suai kenal ni.. Orangnya amat peramah sekali. Begitu juga isterinya.

Dan aku… wakil bloggers diminta bagi cadangan bagaimana nak mempromosikan Agrofarmstay ni .. huhu ..

Selesai berucap.. makan time ! Heheheh.. Lapar dah woooo … Huhuh.. Dan makan malam , ditaja oleh Agrofarmstay.. Sedap sedap ! 

Makan tetap makan .. kerja tetap kerja ! Aku bagi pandangan aku pada En.Mat bagaimana kami bekerjasama membantu mana mana pihak yang ingin mendapatkan khidmat kami.. Maksud aku , kami tu ialah blogger #kelabbloggerbenashaari

Selesai makan .. semua blogger #kelabbloggerbenashaari ke vila utama untuk .. mesyuarat !! Nak brainstorming la kononnya .. hehehe ..

Jam 2 pagi.. semua bersurai.. dan masa untuk berehat ! Banyak tenaga nak pakai esok !

Untuk pertanyaan dan tempahan , sila rujuk ..

Web AgrofarmStay : http://www.agrofarmstay.my

Facebook : https://www.facebook.com/agrofarmstay

7 ulasan:

  1. Arghhh!! jeles aku tengok korang bersuka ria tanpa aku... ha aha ha

    BalasPadam
  2. seronoknya abg ben :) mesti byk pgalaman duduk sana beberapa hari kn walaupn dalam Mood kerja juga hehee :)

    happy utk ksemua yg tlibat #kelabbloggerbenashaari tahniah!

    BalasPadam
  3. terbaiklaa...pasni nak join..tak kira..hahaa

    BalasPadam
  4. seronoknya tengok gathering cenggini....

    BalasPadam
  5. Salam.. Morning..

    wow! bestnye 3 hari 2 mlm kat sana.. menarik..

    **always support #kelabbloggerbenashaari

    BalasPadam
  6. Cantik jgk tempat ni.. boleh la booking sini kalau ke Melaka..

    BalasPadam
  7. Mcm mane nak join kelab abg ben nie ?

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009